Anda di halaman 1dari 2

.....Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.

Selain dapat memupuk persefahaman


sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di
negara kita. Walaupun khalayak sedia maklum akan kepentingan semangat kejiranan, namun masih ramai dalam
kalangan masyarakat yang memandang enteng akan kepentingannya. Pada zaman dahulu, hubungan sesama
jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar seperti aur dengan tebing. Dasawarsa ini,
hubungan sesama jiran semakin renggang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Persoalannya, bagaimanakah kita boleh merapatkan hubungan yang semakin renggang ini?
.....Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat kejiranan, antaranya adalah dengan
menghidupkan kembali konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga merupakan satu
badan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan, terutamanya pada malam hari. Aktiviti
ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang secara tidak langsung mampu menanam
semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Ketidaksamaan taraf sosial dapat dilupuskan
melalui rukun tetangga kerana dalam konsep badan ini, semua orang berada pada martabat yang sama, seperti
kata orang tua, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
.....Selain itu, kita juga perlu menyuburkan kembali amalan bergotong-royong. Hal ini membolehkan masyarakat
bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat
kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian
para penjenayah dan sebagainya. Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran, bak kata
peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
.....Di samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh
menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam
kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini
memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang
berbeza. Sebagai contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari
Raya Aidil Fitri.
.....Malahan, hubungan kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti menziarahi jiran tetangga. Amalan ziarahmenziarahi dan bertanya khabar dapat menyemarakkan rasa prihatin. Umpamanya, apabila jiran ditimpa
kemalangan, dan ada kematian, kunjungan jiran tetangga sedikit sebanyak dapat mengurangkan rawan yang
bersarang dalam lubuk hati. Apabila berkunjung, usah lupa membawa buah tangan seperti buah-buahan,
manisan atau hadiah sebagai tanda ingatan. Kata orang, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
.....Intihanya, semangat kejiranan dapat dipupuk sekiranya masyarakat menyedari peri pentingnya semangat
tersebut dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat kejiranan juga penting dalam konteks negara kita sebagai
sebuah masyarakat berbilang bangsa. Dengan itu, penyuburan semangat kejiranan yang kental dapat membantu
usaha-usaha perpaduan negara yang selama ini menjadi agenda utama kerajaan untuk memastikan keharmonian
negara. Marilah kita sama-sama mempraktikkan slogan jiran sepakat membawa berkat ini dalam kehidupan
berjiran agar negara kita terus aman dan harmoni sepanjang masa. Saya cukup optimistik, sekiranya
kepincangan dalam membentuk semangat kejiranan dalam dibedah dan dibubuh ubat yang mujarab, sudah tentu
kesejahteraan yang diidamkan selama ini akan terus meronai pembangunan negara.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah
kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran
tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran
sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati
dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa
berkat ?.
Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan dapat
memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat
penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran
dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong
akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan
peribahasaseperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap
komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan
kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan

dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat
dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.
Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Melalui amalan
gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan
ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu
jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama pada musim perayaan, sebagai contoh semasa
perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam, masyarakat India, masyarakat Cina bekerjasama dalam menyempurnakan
rumah terbuka tersebut. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang
untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai
kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini
sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian
kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal
kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi
mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan
sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui
amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan
perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi
kesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan
berpecah belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu
faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat.
Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman
mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh
membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam
keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang
bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya
masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata jiran sepakat membawa berkat dengan sebaiknya
bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya.
Tegasnya masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat
setempat.
Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini demikian
kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum
akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan
Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan
Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali,
kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan
pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran
yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat
budaya antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum akan
lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat
mengenali adat dan budaya kaum lain.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat
.Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan
akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai