Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan folio Geografi Tingkatan 2 dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Cik Siti Khatijah Bt Ibrahim kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yangditetapkan.Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu ayahanda Baharudin bin Mohd Yusop dan bonda Norashikin bt Abdul Manaf yang turut membantu untuk menyiapkan kerjakerja ini. Tanpa sokonganmereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,usaha dan buah fikiran.

pendahuluan
Saya Sofiya Elyana binti Baharudin, pelajar Tingkatan 2 Bijak di SMK Tengku Afzan, Kuantan telah diberi tugasan oleh guru Geografi saya untuk menjalankan kajian luar tentang fungsi petempatan.Saya telah memilih Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat tempat tinggal dan kelahiran saya kerana ia merupakan kawasan yang berkembang pesat. Saya menghabiskan lebih kurang tiga minggu menyiapkan folio ini dengan bantuan keluarga dan penduduk setempat.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian luar ini adalah untuk: 1. 2. Mengkaji fungsi petempatan di . Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat Mengkaji faktor yang mempengaruhi fungsi petempatan di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat

KAWASAN KAJIAN
Pada asalnya, Bandar Tasek Mutiara adalah ladang kelapa sawit. Bandar Tasek Mutiara terletak di daerah seberang perai selatan,negeri Pulau Pinang.Jarak Bandar Tasek Mutiara dengan Bandar Butterworth adalah kira-kira 15km. PETA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PETA KAWASAN KAJIAN BANDAR TASEK MuTIARA

Kaedah KAJIAN

Kaedah Pemerhatian

-Saya telah memerhatikan di sekitar Bandar Tasek Mutiara untuk mengetahui keadaan sebenar dengan berbasikal.
Kaedah Soal Selidik -Borang soala selidik diedarkan kepada penduduk Bandar Tasek Mutiara untuk mengumpul maklumat. Kaedah Rujukan Saya telah merujuk bahan bacaan dan internet bagi mengenal pasti maklumat tentang kerja kursus.

HASil KAJIAN
Jenis Petempatan Di Bandar Tasek Mutiara Bandar Tasek Mutiara adalah petempatan jenis Bandar.Ini disebabkan Bandar Tasek Mutiara terletak di Bandar Simpang Ampat. Pola Petempatan Di Bandar Tasek Mutiara Pola petempatan di Bandar Tasek Mutiara merupakan jenis pola berjajar.Ini disebabkan bangunan di Bandar Tasek Mutiara dibina selari dengan jalan raya. Saya berasa sangat bersyukur kerana Bandar Tasek Mutiara tidak berlaku pencemaran. Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Bandar Tasek Mutiara Kegiatan Ekonomi Kawasan Bandar Tasek Mutiara terdapat banyak bangunan perniagaan.Kegiatan ekonomi di sini boleh dikatakan pesat. Bentuk Muka Bumi Bandar Tasek Mutiara merupakan tanah pamah.Maka ini telah memudahkan pembinaan kawasan perumahan. Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Bandar Tasek Mutiara merupakan sebuah kawasan perumahan yang berhampiran dengan Bandar-bandar seperti Butterworth. Oleh demikian mempunyai sistem Pengangkutan dan Perhubungan yang baik. Sebagai penduduk Bandar Tasek Mutiara, saya berasa bersyukur kerana Bandar Tasek Mutiara juga mempunyai banyak peluang pekerjaan.

Fungsi Petempatan

Fungsi Pendidikan Bandar Tasek Mutiara berfungsi sebagai pusat pendidikan kerana mempunyai institut pengajian. Fungsi Perniagaan Bandar Tasek Mutiara berfungsi sebagai pusat perniagaan kerana mempunyai pasar raya. Sebagai penduduk Bandar Tasek Mutiara saya berasa bangga kerana Bandar Tasek Mutiara juga mempunyai banyak kegiatan ekonomi.

Rumusan
Kesimpulannya , Bandar Tasek Mutiara adalah petempatan jenis bandar.Pola petempatan di Bandar Tasek Mutiara merupakan pola berjajar.. Faktor mempengaruhi petempatan di Bandar Tasek Mutiara, antaranya ialah bentuk muka bumi , kegiatan ekonomi, dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik.. Manakala fungsi petempatan di Bandar Tasek Mutiara ialah berperanan sebagai sebuah pusat pendidikan dan perniagaan.. Akhir sekali, melalui kajian luar ini saya telah belajar mencintai petempatan sendiri.

Rujukan
1. Buku Ilmiah Khairuddin Hj. Kamaruddin, 19 9 2. H utan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia. Malaysia : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Lee Shok Mee, Tee Kim Hong, 19 9 4 .Pendidikan Alam Untuk Kanak-kanak. Malaysia : Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Shamsudin Ibrahim, 19 9 4 .Tumbuhan Pantai. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. 2. Orang Sumber Encik Kassim bin Samad, 57 tahun, No 3, Jalan TRJ 2/1A, Taman Rahmat Jaya, Kundang, Rawang, 4 8 0 2 0 .Selangor. Puan Saniah binti Zainuddin, 6 0 tahun, No. 51, Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat, 542 0 0 Kuala Lumpur.

Jadual Tentang Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Bandar Tasek Mutiara


Daripada maklumat 20 orang responden di Bandar Tasek Mutiara melalui borang soal-selidik.

Faktor Bentuk Muka Bumi Kegiatan Ekonomi Darjah Ketersampaian Jumlah

Bilangan Orang 6 5 9 20

Anda mungkin juga menyukai