Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2
JADUAL KERJA 3
PENDAHULUAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 5
KAWASAN KAJIAN 6
KAEDAH KAJIAN 7
HASIL KAJIAN 9
RUMUSAN 14
RUJUKAN 15
LAMPIRAN 16
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta dengan

keizinanNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan

terhasilnya tugasan ini, secara tidank langsung dapat menambahkan lagi pengetahuan dan

pengalaman saya berkaitan dengan tajuk kajian saya ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepasa

penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang proses

temubual yang telah dijalankan.

Kepada rakan saya, Tengku Muhammad Faiz Bin Tengku Rosli, saya turut

mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau turut sama berjumpa dan menemubual

penduduk setempat dalam usaha untuk mendapatkan maklumat tentang pengaruh bentuk

muka bumi terhadap aktiviti penduduk. Kami sering berkongsi idea dan pendapat bagi

menyiapkan tugasan ini.

Ucapan istimewa ini juga saya kalungkan kepada guru mata pelajaran iaitu Cikgu

Nurul Atiqah Binti Abdul Wahab yang telah memberi bimbingan dan penerangan tentang

cara untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan daripada cikgu, saya percaya tugasan

ini sukar untuk untuk disiapkan. Saya doakan agar Allah memberkati cikgu. Semoga sagala

usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini juga diberkati Allah S.W.T dan akan memberi

manfaat kepada kita semua.


JADUAL KERJA TUGASAN

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 2 September 2018 Taklimat mengenai tugasan geografi 2018.

2 4 Semtember 2018 Soalan tugasan geogragi diedarkan.

3 6 September 2018 Mengumpul maklumat awal.


Membuat kerangka kerja.
Membuat jadual senarai semak.
4 10 September 2018 Mula menulis tugasan geografi.

5 12 September 2018 Membuat tajuk, objektif kajian dan kaedah


kajian.
6 13 September 2018 Menulis draf awal tugasan bersama rakan-
rakan.
7 14 September 2018 Menulis pengenalan.

8 16 September 2018 Mengumpul semua maklumat dan membuat


semakan dengan guru.
9 18 September 2018 Mula menaip tugasan yang diberikan.

10 22 September 2018 Tugasan telah siap dan dibukukan.

11 23 September 2018 Penghantaran tugasan yang siap kepada


guru.
PENDAHULUAN

Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di Negeri Terengganu,Malaysia.Marang

menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas,Pulau Redang,Pulau

Gemia,dan lain-lain.Marang terletak dia tepi Laut China Selatan.Bentuk muka bumi di

Kampung Batangan,Marang telah mempengaruhi aktiviti penduduk disekitar.Kampung

Batangan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Pulau Kerengga.Saya memilih

kampung ini untuk dijadikan kawasan kajian memandangkan kampung itu terletak

berhampiran dengan tempat tinggal saya.

Bentuk muka bumi di kawasan tersebut telah mempengaruhi aktiviti

penduduk.Kebanyakan penduduk di sini mengusahakan dodol daun palas sebagai sumber

ekonomi.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:


1)Mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan kajian.
2)Mengenal pasti pengaruh bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di sekitar kawasan
kajian.
3)Mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian ini ialah sebuah perkampungan iaitu Kampung Batangan yang terletak di

dalam Daerah Marang.Kampung Batangan merupakan sebuah kampung yang terletak dalam

Mukim Pulau Kerengga.

Bagaimana Ke Kampung Batangan, 21600 Marang, Terengganu.


KAEDAH KAJIAN

1) Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan penglihatan di Kampung Batangan.Saya telah

membuat pemerhatian tentang kawasan yang berpotensi di majukan di Kampung Batangan

dan mengenal pasti potensi tersebut.

2) Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan.Meminta pandangan atau

pendapat daripada orang tertentu.Temu Bual di buat di rumah responden,di pasar,di gerai

makanan,di perhentian bas,dan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai,melalui kaedah

ini.Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk tempatan untuk mendapatkan

maklumat tentang latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di Kampung Batangan,kawasan

yang berpotensi di mjukan dan potensi tersebut,halangan untuk memajukan kawasan dan

cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan berkenaan di Kampung Batangan

3) Kaedah Soal Selidik

Sejumlah 10 orang penduduk tempatan telah saya temui untuk menjawap soalan-soalan

dalam sial selidik yang telah disediakan.Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan kawasan

yang berpotensi dimajukan di Kampung Batangan dan potensi tersebut,halangan untuk

memajukan kawasan dan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan berkenaan di

Kampung Batangan.
4) Kaedah Rujukan Internet

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan cara

mencari peta lakar,cara mentafsir peta lakar koma latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya

penduduk setempat.maklumat berkenaan dimuat turun untuk dijadiakan sebagai bahan

rujukan Tugasan Geografi 2018 dan dihubungkaikkan dengan penulisan tugasan ini.

5) Kaedah Bimbingan Guru

Tanpa bimbingan guru sudah tentu saya tidak akan Berjaya melaksanakan tugasan kajian

yang telah diberikan.Oleh itu,saya mendapat bimbingan daripada guru iaitu Cikgu Nurul.

6) Melawat Kwasan Kajian

Saya telah melawat lokasi kawasan kajian pada 4 September 2018,pukul 5:00 petang.Saya

telah mengambil beberapa foto bagi menggambarkan kajian yang dibuat itu.
HASIL KAJIAN

Pada pemerhatian saya berdasarkan maklumat yang saya dapat, aktiviti utama yang

dilakukan oleh penduduk kampung ini ialah sebagai penoreh getah, memandangkan bentuk

muka bumi di kampung ini berbukit, maka pokok-pokok getah ditanam di sini sejak dari dahulu

kala lagi.

Sebahagian besar penduduk di sini juga mengusahakan perusahaan membuat dodol

daun palas, manisan dan pengeluar utama air nira.Oleh sebab bentuk muka bumi tanah pamah

yang luas sesuai untuk tanaman kelapa dan dijadikan manisan.Maka tidak hairanlah ramai

orang dari luar kawasan akan ke sini untuk mendapatkan bekalan dodol dan manisan iaitu gula

kerek. Perusahaan manisan di Kampung Batangan yang paling termasyur adalah Manis Sokmo

Enterprise yang diusahakan oleh Suri Binti Abdul Ghani.Pada awalnya penghasilan dodoldaun

palas ini dilakukan oleh penduduk sebagai aktiviti mengisi masa lapang dan proses

penghasilannya hanya dibuat dibelakang rumah sahaja. Namun demikian, aktiviti ini telah

menjadi sumber ekonomi kerana di Kampung Batangan dengan bentuk muka bumi yang

demikian mudah untuk mendapat bekalan daun palas dan gula kerek untuk penghasilan dodol

daun palas.

Selebihnya penduduk di sini melakukan kerja sendiri seperti petani, pengusaha

keropok, peniaga dan nelayan disebabkan faktor bentuk muka bumi bersaliran.Terdapat juga

beberapa orang penduduk di sini yang bekerja sebagai pegawai keselamatan dan pekerja swasta

di sekolah yang terdapat di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Batangan.Terdapat juga beberapa

orang penduduk di sini yang bergelar kakitangan kerajaan dan agensi tertentu seperti guru dan

juga guru memandu.


Kampung Batangan, Marang sangat terkenal dengan perusahaan Dodol daun palas. Dodol
daun palas sangat sinonim dengan Negeri Terengganu. Ia merupakan perusahaan turun-
temurun yang terdapat di Kampung Batangan, Marang, Terengganu.

Kawah dan Dapur bata tradisional yang masih digunakan.


Daud Setaffa atau lebih dikenali sebagai Pok Din merupakan anak kepada Mak Cik Esah,
antara pengusaha dodol yang paling lama di kampung Batangan ini. Terdapat lebih 30
bangsal pembuat dodol di kampung ini.

Kebiasaaanya bagi sekawah dodol, 16 kilogram tepung beras digunakan, digaul


bersama 2 baldi santan, 35 keping gula melaka dan juga gula.
Gula Melaka dicampurkan.

Daun palas disalai atau dijemur untuk menghilangkan kelembapan pada daun tersebut.
Daun palas yang kering sempurna akan membuatkan dodol lebih tahan sekurang-
kurangnya 3 bulan. Jika tidak dodol akan mudah berkulat.
Daripada warna putih, lama
kelamaan warnanya bertukar menjadi warna perang gelap. Proses ini memakan masa
antara 5 hingga 7 jam.

Dodol yang telah siap. Rasanya yang manis sesuai dijadikan pencuci mulut. Selain itu,
dodol daun palas ini juga sesuai dijadikan buah tangan kerana lebih lama ia disimpan
lebih sedap rasanya.

*Untuk Maklumat Lanjut


dan Tempahan Hubungi :
Daud Setaffa @ Pok Din
di
019-9173810
09-6186075
RUMUSAN

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dibuat di kawasan Kampung Batangan

ialah saya dapat mengetahui maksud bentuk muka bumi yang merupakan pandang darat fizikal

seperti tanah pamah sesuai untuk penanaman pokok kelapa.Selain itu, menerusi kajian ini saya

dapat mengenal pasti jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian yang bertanah pamah sesuai

juga untuk penempatan.

Saya juaga dapat mengenal pasti kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di

kawasan kajian seperti bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti guru dan berniaga.

Sebahagian besar penduduk di sini juga mengusahakan perusahaan membuat dodol daun palas,

manisan dan pengeluar utama air nira.Maka tidak hairanlah ramai orang dari luar kawsan akan

ke sini untuk mendapatkan bekalan dodol.

Saya telah menyiapkan kajian ini selama 3 minggu.Walaupun semasa membuat kajian

ini saya menghadapi pelbagai kekangan, tetapi semuanya telah dijadikan sebagai cabaran. Saya

harap kajian ini akan dapat memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakan-rakan.Saya

bersyukur kepada Allah kerana sepanjang kajian dijalankan, saya mendapat kerjasama yang

baik daripada penduduk kampung..Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.
RUJUKAN

1.Buku Teks

Geografi Tingkatan 1, 2017,Kementerian Pendidikan Malaysia, Hisham Azman Bin Ibrahim

2. Internet

https://www.scribd.com

www.visit-terengganu.net

https://www.teganukita.net

3.Orang Sumber

i) Suri binti Abdul Ghani

Kampung Batangan, 21600 Marang, Terengganu.

ii)Nor Mazurani binti Mamat


B123 Kampung Batangan,21600 Marang, Terengganu.
Tel; 09-6186496
4. Rajini Binti Abdul Razak
Jalan Masjid Kampung Batangan, 21600 Marang, Terengganu.
LAMPIRAN
PETA LAKARAN KAMPUNG BATANGAN

Anda mungkin juga menyukai