Anda di halaman 1dari 2

WATAK DAN PEWATAKAN NOVEL MENITI IMPIAN

Watak

Pelaku atau pelakon dalam sesbuah karya yang boleh terdiri daripada
manusia,haiwan,tumbuhan dan unsur alam.

Pewatakan

Sifat-sifat luaran dan sifat dalaman yang positif dan negatif yang dilihat melalui
perasaan,tindakan,pemikiran dan fizikal seseorang tersebut.

Watak Utama
-watak utama ialah watak yang memainkan watak utama dalam sesebuah cerita.

Watak sampingan
-watak lain yang memainkan peranan kecil dan menyokong watak utama untuk
melengkapkan cerita.

Watak Utama

Zahar

*anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.


*berusia awal 20-an
*telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
* mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
*Zakri dan Halim merupaka adik lelaki Zahar
*Pandai bermain bola sepak
*bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
*menamatkan persekolahan di peringkat SPM
*lulusan IKM
*berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
*Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.

Pewatakan

1.Seorang yang rajin


Contohnya:
Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat perabot tempahan
penduduk kampung dan jiran-jiran.

2.Tidak mudah putus asa


Contoh:
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon pelbagai jawatan dan
telah beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi belum juga berjaya.

3.Anak yang baik


Contoh:
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak RM200 yang diterimanya
setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai
persekolahan dua adiknya.

4.Seorang yang tegas


Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang
tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan
usahanya sendiri.

5.Seorang yang tekun


Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum sepanjang
pengajiannya di IKM.

6.Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili,namun Zahar tidak murah berasa
marah sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.

7.Mempunyai sikap setiakawan


Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar bukan
sumbangan peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya.

8.Taat kepada agama


Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.

9.Tahu membalas budi


Setelah berjaya,Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang
terlibat dengan latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.

10.Cinta akan kampung halaman


Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot sejak mula
dia diterima menjadi pelatih IKM.

11.Seorang yang berdikari


Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf,
jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan
Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai