Anda di halaman 1dari 2

Zahar

– Anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.


– Berusia awal 20-an
– Telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
– Mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
– Zakri dan Halim merupaka adik lelaki Zahar
– Pandai bermain bola sepak
– Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
– Menamatkan persekolahan di peringkat SPM
– Lulusan IKM
– Berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
– Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.
Perwatakan :
1. Seorang yang rajin
Contohnya:
Sejak setahun yang lalu, Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat perabot tempahan
penduduk kampung dan jiran-jiran.
2. Tidak mudah putus asa
Contoh:
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon pelbagai jawatan dan telah
beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi belum juga berjaya.
3. Anak yang baik
Contoh:
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200 yang diterimanya setiap
bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan dua
adiknya.
4. Seorang yang tegas
Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang
tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan usahanya
sendiri.
5. Seorang yang tekun
Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum sepanjang
pengajiannya di IKM.
6. Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili, namun Zahar tidak murah berasa marah
sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.
7. Mempunyai sikap setiakawan
Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar bukan
sumbangan peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya.
8. Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.
9. Tahu membalas budi
Setelah berjaya, Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang terlibat
dengan latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.
10. Cinta akan kampung halaman
Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot sejak mula dia
diterima menjadi pelatih IKM.
11. Seorang yang berdikari
Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf, jadi
dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota
Bharu.

Anda mungkin juga menyukai