Anda di halaman 1dari 2

TEMA :

Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang usahawan.

PERISTIWA
1. Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan kerana ingin mencapai cita-
citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang.

2. Zahar gigih membantu Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung
dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di kampung.

3. Zahar gigih berusaha mendapatkan pasaran luar dengan bantuan pihak MARA bagi
mengembangkan lagi perniagaan perabotnya.

PEMBINAAN PLOT
PERMULAAN

Zahar bekerja di bengkel perabot kepunyaan bapa saudaranya Pak Yusuf. Dia bercita-cita tinggi
untuk melanjutkan pelajaran ke Uitm tetapi tidak kesampaian. Zahar memohon untuk memasuki IKM
kerana dengan cara itu sahaja yang mampu dilakukan untuk membentuk masa depannya. Dia
berusaha mencari kemahiran dalam dirinya untuk meneruskan impian dan cita-citanya menjadi
seorang usahawan perabot yang berjaya.

PERKEMBANGAN

Zahar mendapat tawaran belajar di IKM Sungai Petani tetapi Suhaili tidak bersetuju malah
memperlekeh dan memandang rendah terhadap pelatih lepasan IKM. Selepas itu hubungan antara
Zahar dengan Suhaili menjadi renggang apatah lagi selepas Zahar melihat Suhaili menaiki kereta
bersama lelaki lain. Semasa di IKM, Zahar masih lagi meneruskan kerja-kerja di bengkel perabot Pak
Yusuf setiap kali dia pulang bercuti. Suhaili pula sudah mendapat pekerjaan di Petaling Jaya dan
Zahar tidak lagi bertemu Suhaili selepas itu. Zahar mendapat keputusan yang cemerlang di IKM. Di situ
juga dia berkawan rapat dengan Norimi dan hubungan mereka menjadi semakin intim.

KEMUNCAK / KLIMAKS

Ketika menjalani latihan amali di sebuah kilang perabot di Taiping, Zahar bertemu dengan Suhaili
semula kerana secara kebetulan Suhaili juga bekerja di situ. Suhaili ingin berbaik-baik semula dengan
Zahar memandangkan dia sudah putus cinta dengan lelaki yang dilihat oleh Zahar dahulu. Suhaili
berasa menyesal atas perbuatan dan kata-katanya terhadap Zahar dahulu. Zahar pula telah
memaafkan suhaili dan cuba untuk melupakan segala kenangan antara mereka berdua.

PELERAIAN

Selepas tamat latihan di Sungai Petani dan latihan amali, Zahar pulang ke kampung dan mendirikan
sebuah bengkel perabot di kampung. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu
Zahar memasarkan perabotnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi
mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan
barangan pengusaha-pengusaha perabot bumiputera. Zahar menerima surat daripada Norimi yang
mengucapkan tahniah atas kejayaan Zahar membina Bengkel Perabot Meniti Impian.

Anda mungkin juga menyukai