Anda di halaman 1dari 6

NOVEL TINGKATAN 1: DESTINASI IMPIAN (Mohd Ismail Sarbini)

SINOPSIS

Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari
Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50
kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih.
Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan
Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani.
Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.

TEMA
masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup.
Contoh: Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi
cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam
keluarga

PERSOALAN
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak - Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak
tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain - Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila
ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan - Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4
sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai
daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan - Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan
kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia
mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan - Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan
sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam
perjalanan.

WATAK UTAMA ( Firdaus )


o Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak
lelaki dalam keluarganya.
o Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar - Firdaus beria-ia mahu pulang ke
rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
o Selalu dimanjakan - Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini
ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
o Pendendam - Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Azlina (watak sampingan)


o Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan
aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan.
o Suka mengejek Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki
yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.
o Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama
empat jam setengah.
o Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

-Latar Tempat
- Tanah terbiar - tempat Azlina merakamkan gambar bunga Lalang
- Sekolah Menengah Kapar - tempat Azlina dan Firdaus belajar
- Kampung Bukit Kapar - tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina. tempat permulaan ekspedisi berbasikal
Menuju ke Morib.
- Jambatan Musaedin - tempat Johari, Firdaus dan Azlina melintas dalam ekspedisi berbasikaldan masuk ke
Kampung Jawa
- Pekan Banting - tempat berehat-.Pantai Morib Baru - tempat yang dituju dan tempat perkhemahan
NILAI
Cinta akan bahasa kebangsaan Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya
dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Keberanian Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
Keprihatinan Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari
basikalnya.
Bertanggungjawab Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus
agar menjadi lelaki yang sejati.
Semangat setia kawan Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

PENGAJARAN
o Kita hendaklah berani menyahut cabaran- Azlina seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun sangup
menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer
o Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan Firdaus menyesal apabila sedar dari melakukan
kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersikap angkuh. setelah peristiwa dia lemas di
pantai. Dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
o Kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain Johari sentiasa membantu sepupunya apabila
ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat dating memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal

NOVEL TINGKATAN 2: MENITI IMPIAN (Osman Ayob)


SINOPSIS
Meniti Impian karya Osman Ayop mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Instiut
Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan
pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik
tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi
dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat
baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya.
Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha
yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan
bengkel perabotnya sendiri.

TEMA
Tema novel Meniti Impian ialah kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang
usahawan. Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot
di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat
digambarkan melalui usahanya membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung
dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di kampung.

PERSOALAN
1. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani
latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.

2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun
dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak
belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM

3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak
menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat
cemburu.

4. Keharmonian hidup di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri
oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Atau, Orang kampung
bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan
hidangan tengah hari.

5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji
dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan
antara satu sama lain.

WATAK UTAMA (Zahar)


Anak sulung / Berusia awal 20-an/ kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
Abang kepada Zakri dan Halim / Bapa saudaranya Pak Yusuf/ Pandai bermain bola sepak
Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri / Lulusan SPM dan IKM
Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili
Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang rajin / Tidak mudah berputus asa
Anak yang baik / Patuh pada arahan / tegas / tekun / Bersikap rasional / Setia kawan / Taat pada printah
agama

WATAK SAMPINGAN
1. Pak Yusuf
Bapa saudara Zahar / Dalam lingkungan 60-an / Kesihatannya baik / Mempunyai bengkel perabot
Isterinya Mak Temah / Dua orang anaknya sedang belajar di universiti
Perwatakan: Mengambil berat terhadap anak saudaranya / bertanggungjawab / gigih bekerja / pemaaf

2. Suhaili
Tinggi lampai / kawan sekelas Zahar / Anak ketua kampung, Pak Karim/ Lulusan ITM / Jawatannya Penolong
Ketua Unit Pemasaran
Perwatakan: mengakui kesalahannya / Suka memandang rendah terhadap orang lain / Mudah berputus asa

3. Ramli
Kawan baik Zahar / Berasal dari Pulau Pinang / Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM / Pemain pasukan
bola sepak IKM Sungai Petani
Perwatakan: Suka mengusik rakan / Pemain bola sepak yang baik

LATAR MASA:
Lima tahun Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun
lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan
Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu
Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan
Satu jam setengah Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam setengah
Waktu pagi Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
2.30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada
minggu suai kenal

LATAR TEMPAT
Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ang berkenaan.
Bengkel perabot Pak Yusuf Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu
keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah
oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya
Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam
Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.
IKM Sungi Petani tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang
mengikuti kursus Lukisan Seni Bina

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat pekebun yang rajin bekerja Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering
membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya.
Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan
Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas
Masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang
bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama
Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan
IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM
Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun
mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.

NILAI DAN PENGAJARAN


1. Bertanggungjawab - Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan
Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa
rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid.
mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas
tanggungjawabnya sebagai isteri.
2. Bermaaf-maafan - Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita
Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM
Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai
minggu suai kenal

3. Keyakinan - Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri


Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-baiknya,
di samping kerana doa restu daripada ibunya

4. Setia kawan (setia kepada kawan) Kita perlu setia pada rakan
Sikap setiakawan agar hubungan persahabatan berkekalan Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan
pasukannya dalam perlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana
kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan

5. Kerajinan - Kita mestilah rajin belajar / bekerja untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik /
mendapat rezeki yang bertambah baik
Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk
menambahkan pendapatan keluarganya
Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat
perabot di bengkel

6. Keprihatinan - Kita mestilah prihatin terhadap orang lain yang hidup susah
Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia
akan membantu mereka setakat yang dia mampu.

7. Berdisiplin - Kita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita berada
Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang
dengan berbasikal sejauh 2 kilometer

8. Ketabahan - Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lain


Zahar tabah apabila dipandang rendah oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan IKM
Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara
keluarga setelah kematian suaminya

9. Kerjasama - Kita mesti bekerjasama untuk mencapai kejayaan


Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam
perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar
Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak seluas
padang bola dalam masa yang singkat.

10 Berpendirian tegas - Kita mestilah berpendirian tegas atau berpegang teguh pada prinsip yang telah kita
tetapkan
Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang
perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk
membuka bengkel perabotnya sendiri

10. Keberanian - Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan diri
Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan
minggu suai kenal

11. Bergotong-royong - Kita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar akan menjadi mudah
Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik
pacaran cahaya matahari

12. Berbelanja dengan berhemah - Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi
untuk kegunaan tertentu.
Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah
agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi
13. Kegigihan - Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan
Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan

14. Menghormati orang lain - Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita
Pelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa hormat
dan menyediakan jamuan ringan.
Kita haruslah menghormati guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita Zahar begitu
menghormati cikgu Baharum, guru pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan ilmu pertukangan
kepada anak-anak muridnya

NOVEL TINGKATAN 3: TAWANAN KOMANDER CAUCASUS

LATAR

Latar tempat Latar masa Latar masyarakat

Sekolah Menengah Kebangsaan Petang Farhani menunggu


Kencana kawan-kawannya sebelum
mereka mencari kumbang tetapi
Tempat-
mereka lambat datang, Farhani
mencari kumbang bersendirian

Rumah usang Malam Warga sekolah yang terdiri


daripada guru dan murid. Guru
Tempat Farhani dan rakan-
memberi tugasan kepada murid
rakannya memasuki alam
kumbang

Mahligai Komander Caucasus Masyarakat majmuk yang terdiri


daripada pelbagai kaum yang
Tempat:
saling bekerjasama

Dusun datuk Farhani Masyarakat pengamal media


yang terdiri daipada wartawan,
-2 peristiwa yang berlaku di sini;
jurugambar yang bertugas untuk
iaitu
mendapatkan beria
Makmal sains sekolah Golongan remaja

Dunia kumbang Masyarakat haiwan

Anda mungkin juga menyukai