Destinasi Impian
(Mohd Ismail Sarbini)
Sinopsis Keseluruhan Novel
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan
Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih.
Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana
berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan
sedar serta tidak bersikap angkuh.
Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib
Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer.
Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih.
Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih
kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama
menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai
Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang
perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih,
Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari
sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk
meneruskan perjalanan.
Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan
berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat
menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi
seorang yang lasak, berdikari dan berani.
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk
mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api
dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana
Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana
berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat
berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke
Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-
kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas
kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.
Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan
Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa
bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus
akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai.
Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer.
Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran
datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari dan
Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa perbualan,
mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang
diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan
mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat
pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan
kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba
mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa,
akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas
dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada
Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan
tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi
penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang
dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah
pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi
manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan
Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia
sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus
agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Persoalan jiwa remaja yang mudah memberontak