Anda di halaman 1dari 18

SENI BAHASA

PROSA TRADISIONAL
PELANDUK MENGAJAR
MEMERANG
SINOPSIS 2

• Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba (SAR) terjumpa akan lubang
memerang dengan tujuh ekor anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa
yang keluar mencari ikan. Kebetulan pula Sang Bubut memukul
gendang perang, lalu Syah Alam di Rimba (SAR) membuka pencak
silat sehingga terpijak akan semua anak memerang hingga mati
belaka. Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas
tapak kaki Syah Alam di Rimba (SAR), lantas berpakat untuk
menghadap Nabi Sulaiman. Berdasarkan aduan memerang, Nabi
Sulaiman memanggil semua saksi dalam kes tersebut termasuklah
Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang
Udang serta Sang Seberau. Sang Seberau memaklumkan kepada
Nabi Sulaiman perihal anak bininya dianiaya oleh Sang Memerang.
Baginda murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah.
Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan Syah Alam di
Rimba (SAR) sebagai diat (nyawa dibalas nyawa) dan pesalah
sebenar ialah memerang.
01/08/2024 3

TEMA
• Kebijaksanaan dan keadilan dalam menyelesaikan masalah

Persoalan
• Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu.
• Pengaduan yang dilakukan kepada pihak yang berkuasa.
• Pengadilan memerlukan saksi dan bercakap benar.
• Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
• Mengakui kesalahan.
01/08/2024 4

PERSOALAN
• Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu.
• Pengaduan yang dilakukan kepada pihak yang berkuasa.
• Pengadilan memerlukan saksi dan bercakap benar.
• Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
• Mengakui kesalahan.
01/08/2024 5

LATAR TEMPAT
A. Hutan rimba.
• Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke
kawasan wilayah pemerintahannya.
B. Lubang.
• Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.

C. Kota istana.
• Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.

D. Lubuk.
• Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam
lubuk.
01/08/2024 6

PLOT
PERMULAAN PERKEMBANGAN

• Syah Alam di Rimba • Ibu bapa memerang mengadu


bertemu dengan anak-anak kepada Nabi Sulaiman perihal
memerang. Kemudian, dia kematian anak-anak mereka
akibat perbuatan Syah Alam di
terdengar bunyi paluan
Rimba. Baginda memanggil
gendang perang lalu Menteri Syah Alam di Rimba
membuka silat. Akibatnya, untuk mendapatkan penjelasan.
anak-anak memerang Selepas itu, baginda memanggil
terbunuh. Ibu bapa Sang Bubut, Sang Biawak, Sang
memerang pulang dan Labi-labi, Sang Udang, dan Sang
mendapati anak-anak Sebarau untuk mencari punca
mereka sudah mati. yang sebenarnya.
01/08/2024 7

PLOT
KLIMAKS PELERAIAN

• Sang Sebarau • Sang Memerang memohon


menceritakan perbuatan maaf dan mengaku akan
jahat pasangan memerang kesalahan mereka.
terhadap kaum Akhirnya, Nabi Sulaiman
keluarganya. Nabi Sulaiman memberi kemenangan
berasa sangat murka kepada Syah Alam di
terhadap Sang Memerang. Rimba.
01/08/2024 8

TEKNIK PLOT
1. DIALOG 2. MONOLOG DALAMAN

• Contohnya, • Contohnya:
• "Hai kanak-kanak, ke manakah • Fikir Syah Alam di Rimba,
pergi mak bapa kamu?" [hlm. "Itulah akan memerang ini,
35] selalu saja ia membuat aniaya
• "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi atas ikan-ikan itu, terlalu
Allah Sulaiman memanggil runsing hatiku mendengar
segera ke balai pengaduannya kepada Nabi
penghadapan." [hlm. 38] Allah Sulaiman; jikalau begitu,
baiklah aku perbuat pakatan
pula dengan dia." [hlm. 36]
01/08/2024 9

TEKNIK PLOT
3. PEMERIAN

• Contohnya:
• Sebermula adalah suatu hari
Syah Alam di Rimba pergi
berjalan menatapi sekalian
anak buah di dalam
pemerintahannya.
Berjumpalah ia suatu lubang
ternpat memerang, ada
anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
01/08/2024 10

LATAR MASA
a. Pada zaman dahulu.
• Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada
zaman dahulu.
b. Siang.
• Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah
Sulaiman pada waktu siang.
c. Petang.
• Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu
petang.
d. Malam.
• Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta
membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman
pada waktu malam.
01/08/2024 11

LATAR MASYARAKAT
A. Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang
Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan
masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
B. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
• Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan
untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-
ikan tersebut.
C. Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang
Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan
Nabi Allah Sulaiman.
01/08/2024 12

LATAR MASYARAKAT
d. Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
• Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah
Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah di
lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
e. Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga
keselamatan pemerintah.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak,
dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila
merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
f. Masyarakat yang cepat bertindak.
• Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah
Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang
menghadap baginda.
01/08/2024 13

WATAK DAN PERWATAKAN


1. PELANDUK ATAU SYAH ALAM DI RIMBA
a. Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
b. Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana
kebijaksanaannya.
c. Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
d. Pandai bersilat.
e. Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat
akan kehidupan rakyatnya.
f. Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah
Sulaiman.
g. Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang
masalah.
h. Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.
01/08/2024 14

WATAK DAN PERWATAKAN


2. MEMERANG ATAU SANG MEMERANG
a. Mempunyai tujuh orang anak.
b. Menjadikan ikan sebagai makanan.
c. Tamak terutamanya dalam hal makanan.
d. Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan
untuk anak-anak.
e. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
f. Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
g. Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak
Sang Sebarau.
01/08/2024 15

WATAK DAN PERWATAKAN


3. NABI ALLAH SULAIMAN
a. Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin,
dan binatang.
b. Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan
baginda.
c. Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua
rakyatnya.
d. Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
e. Pemerintah yang adil.
f. Tegas dalam membuat keputusan.
01/08/2024 16

GAYA BAHASA
Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang

Ayat panjang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat


sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya
membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan
akan anak-anaknya itu.

Penggunaan Allah Subhanahuwataala


bahasa Arab

Penggunaan bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah •


bahasa istana tuanku • beta
01/08/2024 17

GAYA BAHASA
Penggunaan • Hatta
bahasa klasik

Sinkope Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;

Repetisi Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang
Udang pun bersama membawa perisai itu,
01/08/2024 18

NILAI DAN PENGAJARAN


Nilai Pengajaran
Nilai prihatin Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin
terhadap kehidupan rakyat

Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan
setiap arahan pemerintah

Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita


hendaklah membuat keputusan dengan adil

Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang


bertanggungjawab.

Nilai kejujuran Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita


dihadapkan ke muka pengadilan

Anda mungkin juga menyukai