Anda di halaman 1dari 3

Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)

Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola
( berdasarkan predikat ayat), iaitu :

i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.

ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)


Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.

iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Cikgu


Faridah seorang yang baik hati.

iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS) Cikgu Faridah


guru di SMK Taman Universiti 2.

Latihan
Nyatakan pola ayat dasar bagi setiap ayat di bawah.

i. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.


ii. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.
iii. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.
iv. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.
v. Adik saya sangat comel dan manja.
vi. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan

i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan


ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut

1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.
Ayat Dasar: Ali membaca buku
Ali terdengar bunyi dentuman

POLA AYAT: FN+FK

2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .
AYAT DASAR: 1. Mei Ling menyertai pertandingan perbahasan
2. Aminah menyertai pertandingan perbahasan

POLA AYAT: FN+FK

3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya. AYAT
DASAR: 1. Gopal berpakaian kemas
2. Gopal dipuji oleh guru-guru sekolahnya

POLA AYAT: FN+FK

4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana dihidapi demam kuning. AYAT


DASAR: 1. Saya tidak hadir
2. Saya dihidapi demam kuning.

POLA AYAT: FN+FK

5. Membaca merupakan amalan murni. AYAT DASAR:


Membaca amalam murni

POLA AYAT: FN+FN


6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pemaju pada
hujung tahun 2009.
AYAT DASAR: Pembinaan disiapkan oleh pemaju

POLA AYAT:FN+FK

7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap
hari Rabu.
AYAT DASAR: Pelajar memakai uniform kokurikulum

POLA AYAT: FN+FK

8. Buah mangga ini masam


AYAT DASAR: Buah mangga masam

POLA AYAT: FN+FA

9. Seorang yang tegas , pengetua sekolah ini.


AYAT DASAR: Pengetua tegas

POLA AYAT: FN+ FA

10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.


AYAT DASAR: Kami ke rumah nenek
POLA AYAT: FN+ FS

Anda mungkin juga menyukai