Anda di halaman 1dari 5

Lihat gambar dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-


usaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Panjang huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bertanya Guru
Belajar Secara
Berkumpulan

Aktif dalam Rajin Membuat


Aktiviti Ulang Kaji
Kokurikulum

Aktiviti 1
Berdasarkan soalan karangan, lengkapkan kata kunci soalan dan isu
dalam petak di bawah.

KATA KUNCI SOALAN: ………………………………………………………………………….


………………………………………………………………………….
ISU : ………………………………………………………………………….
ISI-ISI :
 belajar secara berkumpulan
 rajin bertanya guru
 rajin membuat ulang kaji
 aktif dalam aktiviti kokurikulum
Aktiviti 2

Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan karangan di


bawah dengan perkataan dan rangkai kata yang sesuai.

Perenggan pendahuluan
Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk menjadi
pelajar cemerlang. Oleh itu, kita harus berusaha untuk
menjadi pelajar cemerlang .

Perenggan 2 (Isi 1): belajar secara berkumpulan


Antara usaha yang dapat diamalkan untuk menjadi pelajar
cemerlang belajar adalah dengan cara belajar secara berkumpulan .
Dengan mengamalkan cara ini, kita dapat bertukar-tukar pendapat
dengan rakan-rakan yang lain.
Perenggan 3 (Isi 2): rajin bertanya guru
Selain itu, sikap ……………………………….. kepada ……………………
juga merupakan …………………… yang dapat …………………………… untuk
menjadi ……………………………………. . Dengan berbuat ……………………… ,
guru dapat …………………………. kita menyelesaikan ……………………………
dalam ………………………………… .

Perenggan 4 (Isi 3): rajin membuat ulang kaji


Di samping itu, ………………………………………………. juga dapat
………………………… kita seorang ……………………………….. . Sesungguhnya,
…………………….. itu tangga ………………………………. .

Perenggan 5 (Isi 4): aktif dalam aktiviti kokurikulum


Seterusnya, ………………………………... perlu ……………………… dalam
……………………………………… . Penglibatan dalam ………………………………
ini akan menjadikan ……………………………….. sihat dan …………………….. .

Perenggan Penutup
………………………………… , …………………… harus …………………….. untuk
menjadi ……………………………………… kerana ……………………………. akan
………………………….. masa depan yang ……………………………… .
LAMPIRAN GURU

KATA KUNCI SOALAN: Usaha-usaha untuk menjadi pelajar cemerlang


ISU : pelajar cemerlang
ISI-ISI:
 belajar secara berkumpulan
 rajin bertanya guru
 rajin membuat ulang kaji
 aktif dalam aktiviti kokurikulum

Sampel Jawapan:
Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk menjadi pelajar cemerlang. Oleh
itu, pelajar harus berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang.

Antara usaha yang dapat dilakukan untuk menjadi pelajar cemerlang adalah
dengan cara belajar secara berkumpulan. Dengan mengamalkan cara ini, pelajar
dapat bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan.

Selain itu, sikap rajin bertanya kepada guru juga merupakan usaha yang dapat
dilakukan untuk menjadi pelajar cemerlang. Dengan berbuat demikian, guru dapat
membantu kita menyelesaikan kesulitan dalam pelajaran.

Di samping itu, rajin membuat ulang kaji juga dapat menjadikan kita seorang
pelajar cemerlang. Sesungguhnya, usaha itu tangga kejayaan.

Seterusnya, pelajar cemerlang perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum.


Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum ini akan menjadikan seseorang itu sihat dan
cerdas.

Kesimpulannya, pelajar harus berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang


edia
kerana kecemerlangan akan menjamin masa depan yang gemilang.

(126 patah
perkataan)

Anda mungkin juga menyukai