Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN KATA ADJEKTIF, KATA BERIMBUHAN DAN KATA SENDI NAMA

LATIHAN 1
Kata adjektif perasaan tidak boleh menerima akhiran –kan untuk menggantikan kata sendi nama “akan”
kerana “-kan” dan “akan” berbeza maknanya.
SALAH BETUL
rindukan rindu akan
sayangkan sayang akan
bencikan benci akan
kasihkan kasih akan
kasihankan kasihan akan
cintakan cinta akan
gemarkan gemar akan
pedulikan peduli akan
marahkan marah akan
sukakan suka akan

LATIHAN 2
Kata kerja berimbuhan apitan ber-...-an membawa maksud jamak (banyak). Maka, kata yang diikutinya
atau mengikutinya tidak boleh digandakan atau berunsur jamak.
SALAH BETUL
burung-burung berterbangan burung-burung terbang burung berterbangan
lampu-lampu berkelipan lampu-lampu berkelip lampu berkelipan
bingkai-bingkai bergantungan bingkai-bingkai bergantung bingkai bergantungan
nasi-nasi bertaburan nasi-nasi bertabur nasi bertaburan
benih-benih berserakan benih-benih berserak benih berserakan
anak-anak kecil berlarian anak-anak kecil berlari anak kecil berlarian
murid-murid berkejaran murid-murid berkejar murid berkejaran
batang-batang mancis bertebaran batang-batang mancis bertebar batang mancis bertebaran
kotak-kotak berselerakan kotak-kotak berselerak kotak berselerak
mayat-mayat bergelimpangan mayat-mayat bergelimpang mayat bergelimpangan

LATIHAN 3
Kata kerja berimbuhan apitan ber-...-kan sudah mendukung maksud sendi nama. Maka, kata sendi nama
yang diikutinya lewah. Opsyen kedua ialah menggunakan imbuhan awalan ber- dengan kata sendi nama
agar tidak lewah.
SALAH BETUL
berpandukan pada pelan berpandu pada pelan berpandukan pelan
berlandaskan pada agama berlandas pada agama berlandaskan agama
beratapkan dengan rumbia beratap dengan rumbia beratapkan rumbia
beralaskan dengan tikar beralas dengan tikar beralaskan tikar
berbantalkan dengan lengan berbantal dengan lengan berbantalkan lengan
bertilamkan dengan surat khabar bertilam dengan surat khabar bertilamkan surat khabar
bersenjatakan dengan pistol bersenjata dengan pistol bersenjatakan pistol
berdindingkan dengan konkrit berdinding dengan konkrit berdindingkan konkrit
bertatahkan dengan berlian bertatah dengan berlian bertatahkan berlian
berdasarkan pada Rukun Negara berdasar pada Rukun Negara berdasarkan Rukun Negara

LATIHAN 4
Frasa kerja berimbuhan yang digandakan sudah membawa maksud saling tidak perlu ditulis saling
sebelumnya agar tidak lewah.
SALAH BETUL
saling bantu-membantu saling membantu bantu-membantu
saling tolong-menolong saling menolong tolong-menolong
saling hormat-menghormati saling menghormati hormat-menghormati
saling kasih-mengasihi saling mengasihi kasih-mengasihi
saling kejar-mengejar saling mengajar kejar-mengejar
saling tolak-menolak saling menolak tolak-menolak
saling faham-memahami saling memahami faham-memahami
saling kunjung-mengunjungi saling mengunjungi kunjung-mengunjungi
saling tegur-menegur saling menegur tegur-menegur
saling hina-menghina saling menghina hina-menghina

LATIHAN 5
Kata sendi nama tidak boleh ditulis berturutan kerana dianggap lewah.
SALAH BETUL
demi untuk negara demi negara untuk negara
agar supaya sihat agar sihat supaya sihat
jika kalau dibenarkan jika dibenarkan kalau dibenarkan
sejak dari zaman kanak-kanak sejak zaman kanak-kanak dari zaman kanak-kanak
oleh sebab kerana sakit oleh sebab sakit kerana sakit
untuk bagi semua pekerja untuk semua pekerja bagi semua pekerja
bak seperti aur dengan tebing bak aur dengan tebing seperti aur dengan tebing
laksana bagai isi dengan kuku laksana isi dengan kuku bagai isi dengan kuku
demi untuk kebahagiaan demi kebahagiaan untuk kebahagiaan
oleh kerana demam oleh sebab demam kerana demam

LATIHAN 6
Kata sendi nama yang diikuti kata nama mestilah seimbang agar dapat mewujudkan perimbangan kata
yang gramatis.
SALAH BETUL
dari masa ke semasa dari masa ke masa dari semasa ke semasa
dari tahun ke setahun dari tahun ke tahun dari setahun ke setahun
dari minggu ke seminggu dari minggu ke minggu dari seminggu ke seminggu
dari musim ke semusim dari musim ke musim dari semusim ke semusim
dari sebulan ke bulan dari bulan ke bulan dari sebulan ke sebulan
dari hari ke sehari dari hari ke hari dari sehari ke sehari

LATIHAN 6
Kata “selain”tidak boleh diikuti sendi nama “daripada” kerana kelewahan bahasa berlaku.

SALAH BETUL
selain daripada itu selain itu lain daripada itu
selain daripada pelajaran selain pelajaran lain daripada pelajaran
selain daripada komputer selain komputer lain daripada komputer
selain daripada cuti sekolah selain cuti sekolah lain daripada cuti sekolah
selain daripada telefon bimbit selain telefon bimbit lain daripada telefon bimbit

Anda mungkin juga menyukai