Anda di halaman 1dari 13

BAHASA MELAYU

Tatabahasa - Kata Adjektif (Sifat) - Kata Hubung - Kata Seru

KATA ADJEKTIF (SIFAT)


Juga dikenali sebagai Kata Sifat. Kata yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata nama.

Jenis Kata Adjektif


Jenis Pancaindera Perasaan Bentuk Ukuran Tabiat / Sifatan Waktu Jarak Warna Contoh Kata Adjektif Manis, masam, tawar, wangi Sayang, benci, rindu, malu Bulat, bujur, bengkok, lurus Kecil, tebal, tinggi, besar Baik, pandai, zalim, garang Lama, baru, segera, lambat Dekat, jauh, hampir, rapat Biru, putih, merah, hitam

Contoh Ayat
1. Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh penduduk kampung. 2. Kakak suka memakai baju warna hijau. 3. Abang menjolok buah rambutan itu dengan galah yang panjang. 4. Adik tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu. 5. Pasar raya itu dekat dengan rumah saya.

KATA HUBUNG
Adalah sendi kata yang berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat-ayat. Dua jenis:
Kata Hubung Tunggal Kata Hubung Berpasangan

Kata Hubung Tunggal

Contoh Ayat
1. Kakak menggosok baju sambil mendengar radio. 2. Emak tersenyum apabila melihat telatah adik yang nakal itu. 3. Karim selalu termenung semenjak ayahnya meninggal dunia. 4. Kita mesti tekun berusaha supaya cita-cita kita tercapai. 5. Dia lambat datang ke sekolah kerana ketinggalan bas.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat
1. Semakin lama semakin ramai penonton yang masuk ke dalam stadium itu. 2. Sedangkan lautan dapat direnangi inikan pula laut sejengkal. 3. Bukan sahaja dia rajin bekerja, bahkan juga dia suka menolong orang. 4. Razak tidak pasti sama ada akan mengikuti latihan itu atau tidak. 5. Sungguhpun penduduk kampung itu miskin, tetapi mereka hidup bantu-membantu.

KATA SERU
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan seperti:
hairan kagum terkejut marah kesal dan sebagainya yang biasa digunakan dalam ayat seruan.

Contoh
Kata Seru aduh aduhai ah amboi ceh Aduh, sakitnya gigiku! Aduhai, sengsaranya hidupku! tidak suka Ah, memang dia sombong! hairan, kagum Amboi, rajin sungguh budak itu! mengejek Ceh, orang yang tak sedar diri! marah Cis, berambus kau dari Jenis Perasaan sakit sedih Contoh Ayat

cis

Contoh (sambungan)
Kata Seru eh nah syabas Jenis Perasaan Contoh Ayat hairan, terkejut Eh, engkau rupanya! marah Nah, ambil semua wang ini! gembira Syabas, kamu berjaya juga akhirnya! hairan, kagum Wah, besarnya kapal perang itu!

wah

- TAMAT Terima Kasih dan Selamat mencuba latihannya

Anda mungkin juga menyukai