Anda di halaman 1dari 10

Ayat Perintah

• Ayat perintah digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan,


menyatakan keinginan,harapan atau larangan untuk melakukan sesuatu.
• Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua dan kata ganti nama diri
ketiga.
• Terdapat 4 jenis ayat perintah:
1. Ayat suruhan / arahan
2. Ayat larangan
3. Ayat silaan
4. Ayat permintaan
1.Ayat Suruhan
• Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Ayat suruhan boleh menggunakan –lah di hujung perkataan.

• Contoh ayat:
1. Pergilah kamu ke kebun sayur bersama Adam.
2. Engkau tunggulah Felicia di sini.
2.Ayat larangan
• Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tidak
usaha. Ayat larangan boleh menggunakan –lah di hujung perkataan.

• Contoh ayat:
1. Jangan cabut rumput itu.
2. Usah diganggu binatang itu.
3.Ayat Silaan
• Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput dengan
tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.

• Contoh ayat:
1. Silalah datang ke kempen penanaman semula.
2. Jemput masuk.
4.Ayat Permintaan
• Ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong
dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

• Contoh ayat:
1. Tolong siram pokok bunga itu.
2. Minta amir tolong matikan suis kipas.
Kesilapan
• Penggabungan kata perintah
1. Sila jangan merokok di kawasan ini. ( X )
2. Tolong jangan bising di dalam perpustakaan. ( X )
3. Harap jangan memijak rumput ini. ( X )
Ayat Seru
• Ayat seru adalah ayat yang menyatakan perasaan
seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan,
sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan
sebagainya.
• Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.
• Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh
adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
KATA SERU PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
Aduh Untuk menyatakan perasaan • Aduh, sakitnya tanganku!
sakit dan kagum
Aduhai Untuk menyatakan perasaan • Aduhai, malang sungguh
sedih nasibku!
Amboi/wah Untuk menyatakan perasaan • Amboi, mahal betul kereta
hairan atau kagum itu!
• Wah, berani betul budak itu!
Cis Untuk menyatakan perasaan • Cis, berani dia menentangku!
marah dan benci
Eh Untuk menyatakan perasaan • Eh, kamu sudah sampai!
hairan atau terkejut
Kata Seru
KATA SERU PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
Wahai Menyatakan perasaan sayang • Wahai adikku sayang !
atau merayu
Syabas Gembira, puas, memuji atau • Syabas, awak berjaya juga
ucap tahniah akhirnya !
Alamak Terkejut • Alamak, sudah pukul 8.00
pagi !
Nah Untuk memberikan sesuatu • Nah, terimalah habuanmu !
kepada seseorang
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai