Anda di halaman 1dari 4

BIODATA DIRI

NAMA WINNIE WONG SHI EN


NOMBOR KAD PENGENALAN 000825-13-1372
ANGKA GILIRAN 2020062340048
OPSYEN PISMP BM-SJKC 1 SEM 1 AMBILAN JUN 2019
TARIKH LAHIR 25 OGOS 2000
TEMPAT LAHIR KUCHING
BANGSA CINA
AGAMA KRISTIAN
TEMPAT TINGGAL NO.433, JALAN KERANJI, LORONG 4G, TABUAN
DESA, 93350 KUCHING, SARAWAK.
EMAIL winniewongse2000@gmail.com
NOMBOR TELEFON BIMBIT 012-5915505
CIRI-CIRI PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL SECARA TERPIMPIN
(i) Integriti
Menurut Oxford English Dictionary, perkataan ini yang berakar umbi daripada kata adjektif
bahasa Latin ‘integer’ diguna pakai asalnya untuk menggambarkan keutuhan sesuatu
struktur atau binaan (structural integrity). Pada tahun 1659, pelbagai definisi tentang
perkataan ‘integriti’ mula diketengahkan dan kosa kata ini diperluaskan penggunaannya
untuk membezakan konsep benar dan salah dalam kehidupan manusia. Antaranya sebagai
kualiti kejujuran dan ketinggian prinsip-prinsip moral yang dipegang oleh seseorang individu.
Selain itu, integriti turut ditakrifkan sebagai tahap konsistensi antara nilai moral yang
dipegang oleh seseorang individu dengan cerminan tingkah laku (perkataan atau perbuatan)
yang ditunjukkannya. Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan walaupun di
kala lampu merah menyala dan tiada sesiapa di situ kecuali diri anda sendiri pada jam 2
pagi. Hal ini kerana takrif integriti memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip
moral dan nilai-nilai etika, tanpa mengambil kira sama ada dilihat ataupun tidak. Justeru,
untuk menjadi manusia yang bermoral dan beretika memerlukan seseorang individu itu
untuk menjadi manusia yang berintegriti dalam semua aspek kehidupan pada setiap masa.

(ii) Patriotisme

Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa
dan negara. Patriotisme berperanan dalam pembentukan bangsa Malaysia dan
mengukuhkan ketahanan nasional. Menurut Kamus Dewan (2005), patriotisme bererti
mencintai dan mempertahankan kedaultan negara. Istilah patriotisme dikatakan berasal
daripada beberapa bahasa asing seperti bahasa Latin (patriota) dan bahasa Perancis
(patriote). Patriotisme dapat dizahirkan melalui tindakan seperti mengibarkan Jalur
Gemilang, menyanyikan lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurkan
kenegaraan, mempamerkan pelekat patriotik pada kenderaan atau cara-cara lain yang
menunjukkan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara. Kepentingan semangat patriotisme
ialah membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi
penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara.
(iii) Berbudaya cemerlang

Insan yang bermoral haruslah memiliki budaya yang cemerlang dalam kehidupan mereka
seperti berbudi pekerti mulia, menghormati auditori, berdisiplin, pemaaf dan sebagainya.
Berbudi pekerti mulia merangkumi pelbagai aspek sama ada dari segi pertuturan atau
perbuatan. Seseorang yang berbudi pekerti mulia mudah disenangi dan dihormati oleh
masyarakat di sekelilingnya. Selain itu, insan yang bermoral haruslah menghormati ahli
keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Orang yang lebih tua
terutamanya ibu bapa dan datuk nenek haruslah dihormati bagi mencapai kesejahteraan
dan mendapat keberkatan dalam kehidupan. Perbuatan menderhaka kepada ibu bapa
merupakan satu dosa besar dan mendapat kelaknatan daripada Tuhan. Di samping itu,
seseorang yang berdisiplin wajarlah mematuhi peraturan yang ditetapkan, menepati masa
dan sebagainya. Seterusnya, sikap saling maaf-memaaf perlu dipupuk untuk mengecapi hati
yang bersih dan jiwa yang tenang. Insan yang bersifat pemaaf akan sentiasa berada dalam
keadaan yang ceria kerana sentiasa berfikiran positif, tidak terburu-buru dalam melakukan
pertimbangan dan tidak menanggung dendam yang akan membawa kemudaratan.
Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan Moral. Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Eow Boon Hin. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Selangor: Pearson.

Hannah Livan. (2015). Insan bermoral. Dicapai pada 13 Oktober 2020.

Daripada

https://www.slideshare.net/hannahlivan/insan-bermoral

Jennifer Wong Xiang Yun. (2016). K9 Pembentukan Insan Bermoral Secara Terpimpin
(New). Dicapai pada 13 Oktober 2020.

Daripada

https://www.scribd.com/doc/309617837/K9-Pembentukan-Insan-Bermoral-Secara-
Terpimpin-New

Anda mungkin juga menyukai