Anda di halaman 1dari 7

TEORI PERKEMBANGAN MORAL

• Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran,perasaan dan tingkah laku


terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.
• Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang
individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di
persekitaran.

(a) KOGNITIF

Jean Piaget

• Umur 4 hingga 7 tahun: Peringkat moral Heteronomus. Kanak-kanak melihat


peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan.
• Umur 7 hingga 10 tahun: Peringkat tradisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama yang
sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.
• Umur 10 tahun ke atas: Peringkat moral Autonomus. Mula sedar bahawa peraturan
dan undang-undang dicipta oleh manusia dan bukan mutlak. Menilai tindakan
berdasarkan niat dan akibat serta boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral.

Lawrence Kohlberg

• Lawrence Kohlberg (1927-1987) adalah dianggap sebagai pelopor utama dalam


teori perkembangan moral.
• Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga
tahap utama.
• Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan
perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap dalam
pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap
penaakulan moral seseorang.
• Beliau adalah ahli Psikologi Perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam
bidang pendidikan.
• Beliau merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi sosial Universiti
Harvard. Beliau telah mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan
merupakan pengkaji yang masyhur dalam bidang ini.
• Tahap 1 : Pra-konvensional
• Peringkat 1 : Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang
mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan
kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar
peraturan.
• Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi
Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan
balasan. Tingkah laku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.
• Tahap 2 : Konvensional
• Peringkat 3 : Orientasi perlakuan baik.
Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah
ditetapkan oleh ibu bapa,guru atau komuniti.
• Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan.
Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,undang-undang dan
ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Individu percaya
terhadap keutuhan undang-undang.
• Tahap 3 : Pos-Konvensional
• Peringkat 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu.
Individu berhujah menggunakan nilai,hak dan prinsip. Pemikiran moral
dalam tahap ini adalah berkaitan dengan usaha mempertahankan hak-hak
asasi,nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam masyarakat.
• Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat
Pada peringkat ini, inidividu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang
tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.

Fasa Keterangan
FASA 1 (dari lahir hingga 6 • Bayi membina hubungan dengan senyuman, gapaian,
minggu) tangisan atau renungan kepada individu-individu yang
menjaga. Bayi sudah dapat mengenal bau/penjaganya.
FASA 2 (6 minggu hingga 6 - 8 • Mula memberi tindak balas yang berbeza terhadap
bulan) penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali.
Mereka mula belajar bahawa tindakan yang mereka
lakukan boleh memberi kesan kepada orang di
persekitaran.
FASA 3 (6-8 bulan hingga 18 • Perlekatan sudah terbentuk dalam fasa ini. Bayi
bulan – 2 tahun) menunjukkan kebimbangan apabila dipisahkan. Bayi
menunjukkan tingkah laku dan berpaut rapat dengan
penjaga.
FASA 4 (18 bulan hingga 2 • Penguasaan kemahiran berbahasa menolong
tahun ke atas) kanakkanak memahami situasi antara mereka dengan
penjaga.
• Menurut John Bowlby, kanak-kanak mula membentuk
satu hubungan mesra dengan penjaga. Hubungan ini
akan memberi mereka asas perlindungan dan
harapan apabila ketiadaan penjaga.
• Mary Ainsworth mendefinisikan perlekatan sebagai
kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga
dengan bayi. Beliau telah merangka satu eksperimen
yang digelar “Strange Situation” di mana dalam situasi
ini bayi diletak dalam beberapa keadaan yang boleh
menimbulkan stres kepada bayi.
• Menurut Mary Ainsworth (Berk, 2003), sekiranya
perkembangan perlekatan berlaku dengan baik,bayi
dan kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa atau
penjaganya sebagai asas untuk berasa selamat dan
yakin dalam ssesuatu situasi.

(b) Behaviorisme

B.F. Skinner

• Teori perkembangan moral B.F. Skinner menyatakan bahawa tingkah laku manusia
dikawal oleh alam sekitar. Maknanya, moral seseorang dipengaruhi dan dibentuk oleh
alam sekitar, masyarakat dan budayanya.
• Dalam kelompok masyarakat, seseorang akan memerhati dan mempelajari tingkah
laku dan cara hidup yang ditetapkan dan diperturunkan oleh agama, adat dan budaya
sesuatu masyarakat.
• Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk
perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.
• Pembentukan pendidikan moral dihasilkan melalui peneguran positif (ganjaran)
menyebabkan tingkah laku baik/positif berulang.
• Pendidikan moral ialah peneguran kepada tingkah laku.
Ivan Pavlow

• Pembelajaran dikaitkan dengan ransangan dan tindak balas (pelaziman).


• Pembelajaran berlaku akibat rangsangan (pelaziman klasik).
• Tingkah laku dihasilkan daripada gerak balas terhadap rangsangan yang diterima
(pelaziman klasik).

J.B.Watson

• Menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.


• Kajian dijalankan untuk membuktikan emosi manusia boleh dilazimkan secara klasik.
• Kesimpulan kajian, tingkah laku seseorang boleh dipengaruhi oleh rangsangan yang
diterima.

( c ) SOSIAL

Albert Bandura (Teori peniruan atau modeling)

• Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
• Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi
seseorang supaya ditirui.
• Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
i. Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau model
dengan melihat kepada orang itu.
ii. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan merupakan
tingkah laku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang
lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan
tingkah laku dalam sesuatu situasi ke situasi yang lain.
iii. Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu terus
melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah individu tahu
melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri tindakan
orang lain.
• Moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru ibu bapa, guru atau
orang sekeliling secara formal atau tidak formal.
Emile Durkheim

• Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat


dapat mengekalkan integrity mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara
seperti perbezaan agama dan latar belakang ethnik tidak dapat dipastikan.
• Menurutnya, kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa
dekat dengan masyarakat.
• Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang
mengesahkan moralti (Durkheim, 1906).
• Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan manusia sebagai
satu jenis ikatan sosial atau kontrak.
• Kanak- kanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang
dikenakan oleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di
rumah adalah secara tidak formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal.
Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai orang tengah antara
masyarakat dan kanak-kanak.

(d) Humanistik (Personaliti)

Carl Rogers (Teori Konsep Kendiri Carl Rogers)

• Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi diri sendiri
tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat persepsi orang lain terhadap diri
sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah percaya dan yakin kepada
diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.
• Pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan
berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri.
Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep
kendiri yang positif.
• Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya
sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.
• Penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih
saying dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.
John Wilson

• Kanak-kanak perlu diberi pengajaran, pengetahuan dan kemahiran dalam mengatasi


masalah moral.
• Orang yang berpendidikan moral akan mengambil kira kehendak orang lain, kebajikan
dan peka terhadap perasaan orang lain.
• Wilson membahagikan elemen-elemen yang terdapat dalam seseorang yang
berpendidikan moral kepada enam bahagian yang mempunayi nama Greek klasik iaitu:
I. Phil
II. Emp
III. Gig
IV. Krat
V. Dik
VI. Phron

( e) Psikoanalisis

Eric Erickson

• Menurut Erikson, Bayi dilahirkan dengan beberapa kebolehan asas dan tabiat yang
jelas. Mereka melalui perubahan dramatik menuju kedewasaan dan semasa
meningkat tua.
• Setiap manusia melalui lapan peringkat perkembangan yang beliau namakan
peringkat psikososial. Antaranya termasuklah:
I. Percaya lawan tidak percaya
II. Autonomi lawan kesangsian
III. Inisiatif lawan rasa bersalah
IV. Kecekapan lawan rasa rendah diri
V. Identiti lawan kekeliruan peranan.
VI. Intim lawan pengasingan
VII. Menjanakan lawan tetap (Generity vs stagnation)
VIII. Ego Integrity vs. Despire
Sigmund Freud

• Membahagikan konsep struktur personaliti yang terbahagi kepada Id, ego


dan superego.
• Id – memang sedia ada ketika lahir merupakan bahagian persoanaliti tidak sedar
berkaitan dengan kepuasan keperluan yang dikawal oleh keseronokan dan
mengelakkan kesakitan.
• Ego – bertindak mengawal keinginan Id agar tidak melanggar nilai dan norma
masyarakat.
• Superego (kata hati atau penapis) – mewakili pengawal sosial bagi struktur psikik
ataupun merupakan bahagian personali yang bermoral.
• Bahagian ini berkembang beransur-ansur ketika kanak-kanak menghayati moral.
Superego menghantar maklumat tentang niali-nilai moral kepada ego yang bertindak
untuk mengawal Id.

Anda mungkin juga menyukai