Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN
Freedom Writers merupakan filem yang diangkat dari kisah sebenar perjuangan
seorang guru di wilayah New Port Beach, Long Beach, California, Amerika Syarikat
dalam membangkitkan kembali semangat anak-anak didiknya untuk belajar. Erin
Gruwell (dilakonkan oleh Hillary Swank), seorang wanita yang berpendidikan tinggi,
datang ke Woodrow Wilson High School sebagai guru Bahasa Inggeris di kelas 203,
di mana terdapat berbagai geng yang berlainan kaum yang selalu duduk
berkelompok, seperti kaum kemboja, kulit hitam, latin, dan kulit putih, dan pada
saat itu sedang hangat diperbincangkan tentang isu rasisme atau perkauman.
Pada awal kedatangan Mrs.Gruwell, para murid sama sekali tidak tertarik
dengan kehadirannya. Kabanyakan dari mereka tidak suka terhadap orang berkulit
putih. Mereka menganggap bahawa Erin tidak memahami apapun tentang
kehidupan mereka yang ganas, kehidupan yang selalu berada di bawah bayangbayang perang dan kekerasan. Bagi mereka, kehidupan adalah bagaimana caranya
mereka selamat daripada kekerasan.
Banyak tentangan yang harus dihadapi oleh Mrs.Gruwell , baik dari pihak
sekolah yang rasis, hingga ke pihak suami dan ayahnya. Diskriminasi yang
dilakukan oleh pihak sekolah, seperti pemisahan kelas, serta perbezaan fasiliti yang
terlihat antara kaum kulit putih dan kaum di luar itu membuat Mrs.Gruwell berasa
kasihan. Agar diterima oleh anak-anak didiknya, Mrs.Gruwell mencari cara untuk
melakukan pendekatan dan kaedah pengajaran yang tepat.
Dipendekkan cerita, akhirnya, ketegasan Mrs.Gruwell dalam mendidik muridmuridnya membuahkan hasil. Anak-anak tersebut, yang pada mulanya membenci
antara satu sama lain kerana perbezaan kaum, akhirnya menjadi kawan dan
menghapus batasan kaum di antara mereka. Jurnal harian yang telah mereka tulis,
dikumpulkan menjadi satu buku. Mrs.Gruwell menamai kumpulan buku harian
murid-muridnya itu dengan nama The Freedom Writers Diary. Dapat dilihat bahawa
Mrs.Gruwell adalah seorang guru yang telah melakukan pengurusan tingkah laku
yang sangat hebat.
Pengurusan tingkah laku pula boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
1

dengan teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Setiap guru
mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran
yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan
tingkah laku negatif dan bebas gangguan. Dalam proses modifikasi tingkah laku,
guru

mesti

mengikut

langkah-langkah

yang

berikut,

antaranya

membuat

pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah,


mengenal

pasti,

dan

menetapkan

matlamat

tingkah

laku

yang

diingini,

menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah
laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif guru perlu
membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid
sebagai bahan rujukan guru.

2.0 MASALAH TINGKAH LAKU MURID


Masalah tingkah laku mempunyai dua jenis iaitu positif dan negatif. Tingkah laku
bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanakkanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara
berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh
menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang
lain.
Manakala tingkah laku bermasalah negatif pula adalah jelas iaitu tingkah laku
yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh
tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti perlakuan sentiasa mengganggu
perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku
di luar kelas dan juga di rumah. Selain itu, kanak-kanak yang sangat bergantung
kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan
sendiri. Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada
ibu yang terpaksa duduk di luar kelas. Tingkah laku agesif juga antara salah satu
daripadanya seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki
hamun, dan sebagainya.

Dapat dilihat dan diperhatikan dalam filem Freedom Writers adalah sebuah
kelas yang dipenuhi oleh murid-murid bermasalah yang tinggal di kawasan atau
persekitaran yang tidak baik. Dalam kelas itu juga terdapat berbagai kaum yang
tidak menentu jumlahnya. Ada diantara mereka yang gelandangan, mengalami
penderaan dadah, mempunyai sejarah dalam aktiviti jenayah, ahli keluarga
dipenjarakan dan penglibatan dalam geng. Mereka ini juga bergelumang dalam
peperangan yang tidak diisytiharkan dimana bertanding merebut status Original
Gangsters(OGs).
Seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut, murid-murid ini tidak
mempunyai motivasi dalam mengikuti sesi pembelajaran atau sekolah. Mereka ini
datang ke sekolah adalah semata-mata mengikut norma kehidupan. Murid-murid ini
sering bersaing antara satu sama lain untuk menjadi kaum yang terbaik
sehinggakan pada hari pertama persekolahan mereka tidak mengendahkan apapun
mengenai kuliah. Inilah penyebab yang membuatkan mereka ini tidak mempunyai
minat tersendiri dalam belajar. Di samping itu juga, ketegangan sedikit wujud apabila
beberapa pelajar mula mempersoalkan keperluan mereka untuk belajar kerana ia tidak mampu
mengubah kehidupan yang mereka lalui dan memberikan provokasi terhadap guru mereka dan
menganggap guru tersebut tidak mengetahui apa yang mereka lalui dalam kehidupan mereka.

Selain itu, mereka ini juga telah membuat persepsi awal bahawa kebiasaan
datang ke sekolah tidak akan memberi kesan atau input apapun kepada mereka.
Bagi mereka, kejayaan akan dikecapi apabila kaum mereka menjadi unggul dan
diakui oleh kaum-kaum lain. Dapat disimpulkan disini bahawa sekolah bukanlah
suatu perkara yang penting dalam kehidupan mereka. Masalah ini menjadi lebih
parah apabila guru-guru selain Mrs. G beranggapan bahawa murid-murid ini tidak
akan

membesar

dengan

baik

mahupun

mendapat

keputusan

yang

baik.

Walaubagaimanapun, ia disangkal oleh Mrs G yang beranggapan mereka mapu


dengan meminjam buku-buku dan membuat lawatan di muzium.
Seterusnya, kepelbagaian dalam etnik mereka juga menjadi pendokong
kepada sikap mereka yang keras. Hal ini kerana pada dasarnya perangai mereka
yang keras ini terbentuk dalam persekitaran yang ingin mempertahankan kaum
mereka. Maka lahirlah sikap yang tidak mempercayai sekolah yang hanya membela
3

satu-satu kaum sahaja. Oleh itu para pelajar ini bertindak menunjukkan masalah
tingkah laku yang negatif dan masalah disiplin di bilik darjah kerana ketiadaan
kepercayaan dari pihak guru itu sendiri.
Akhir sekali, persekitaran pembelajaran yang tegang dan tidak selesa dek
kerana terpaksa belajar dalam kelompok kumpulan pelajar yang bukan dari kaum dan
bangsanya sehingga menimbulkan rasa takut dan bimbang dalam dirinya untuk berhadapan
dengan para pelajar yang lain dalam kelas tersebut. Hal ini kerana, dilihat terdapat seorang
pelajar kulit putih yang dikelilingi oleh pelbagai kaum selain darinya yang majoriti mempunyai
perilaku negatif seperti sering bergaduh antara satu sama lain. Impaknya, pelajar ini belajar
dalam ketakutan pada setiap hari yang juga telah menjadikan suasana pembelajaran tidak
lancar.

3.0 MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH


Model-model pengurusan bilik darjah ini, telah banyak dikemukakan oleh para ahli
teoris dan para pendidik. Model-model ini adalah berlandaskan aras kawalan yang
berbeza dimana ia bermula daripada kawalan luaran sehingga ke kawalan kendiri.
Model Beyond Disipline Alfie Kohn amat sesuai digunakan dalam menguruskan bilik
darjah yang mempunyai masalah tingkah laku seperti yang dipaparkan dalam filem
Freedom Writers. Hal ini kerana model ini menekankan komuniti bilik darjah yang
penyayang

dan

menghargai

antara

satu

sama

lain.

Dimana

murid

dapat

mempunyai rasa kepunyaan di dalam bilik darjah dan melibatkan diri dengan aktif
di dalam bilik darjah.
Kohn menyatakan komuniti bilik darjah ialah sebuah tempat murid-murid
berasa disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Mereka rasa dihargai dan
dihormati yang mana setiap murid adalah penting antara satu sama lain dan juga
kepada guru. Mereka melihat diri mereka di dalam kelas sebagai satu,
mempunyai rasa kepunyaan dan dipunyai. Hasilnya, mereka berasa selamat di
dalam bilik darjah bukan sekadar secara fizikal tetapi juga secara emosi (Kohn,
2001). Selain itu, keutamaan bagi Kohn adalah membina bilik darjah yang
penyayang, prihatin dan menyokong murid-murid supaya meneroka topik atau PdP
4

yang diminati mereka dengan mendalam. Untuk merealisasikan konsep ini, murid
seharusnya dibenarkan melibatkan diri dalam hal-hal yang melibatkan bilik darjah.
Kohn juga mengkritik keras pendidik yang cuba mendisiplinkan murid dengan cara
mengubah dan mengawal murid. Beliau banyak mengkritik tentang penggunaan
ganjaran

dan

hukuman

dimana

ia

bukan

sahaja

tidak

berkesan

malah

mendatangkan kesan sampingan yang negatif kepada murid.


Jika dilihat dalam filem tersebut, Mrs Gruwell langsung tidak menggunakan
kaedah yang melibatkan hukuman dan ganjaran. Bagi menghilangkan suasana
tegang dimana kaum membatasi pergaulan, Mrs. Gruwell kemudian membuat
sebuah permainanan berkaitan dengan hobi dan minat yang disukai dan diketahui
dalam kehidupan seharian murid. Beliau bermula dengan membuat garis dan
membahagikan sejumlah muridnya menjadi dua kelompok, yang masing-masing
kelompok menghasilkan anggota yang telah terdiri dari percampuran kaum, tidak
seperti sebelumnya dimana mereka hanya bergaul dan berkumpul dengan
kaumnya. Disini, Mrs. Gruwell memiliki tujuan untuk cuba mengeratkan dan
mendekatkan mereka antara satu sama lain agar dapat terbentuk kolaborasi
dimana suasana kelas dan suasana belajar menjadi tenang dan kondusif. Pada
akhirnya, strateginya itupun membuahkan hasil.
Selain

itu,

dengan

penggunaan

ganjaran

dan

hukuman

juga

akan

membuatkan murid hilang kepercayaan, bersikap menghindari dan menunjukkan


tingkah laku yang berfokuskan kepada ganjaran semata. Tingkah laku yang
berfokuskan kepada ganjaran semata tidak akan kekal lama dimana murid akan
melakukan semula tingkah laku negatif itu kerana bosan menjadi hipokrit. Oleh itu,
tujuan Kohn adalah untuk menukarkan sekolah dan bilik darjah menjadi satu
komuniti pembelajaran. Komuniti ini membawa maksud satu tempat untuk murid
berasa disayangi dan digalakkan untuk menyayangi antara satu sama lain. Mereka
juga akan rasa dihargai dan dihormati yang menjadikan setiap murid adalah penting
antara satu sama lain termasuk guru.
Apabila dirujuk kembali dalam filem tersebut, setelah hari pertama masuk
kelas, Mrs.Gruwell dengan cepat belajar bahawa murid-muridnya memiliki konflik
dari berbagai aspek kehidupan. Kemudian, beliau mencuba untuk menggantikan
sistem pembelajaran di dalam kelasnya dengan memberi tugasan menulis jurnal
5

harian berkaitan apapun yang dialami dan dirasakan oleh muridnya setiap hari.
Disinilah kemudian Mrs G mula memahami keadaan dan masalah yang dialami oleh
muridnya. Selain itu, ketika salah satu muridnya didapati jarang masuk kelas dan
mendapat keputusan peperiksaan yang rendah, Mrs G cuba mendekati muridnya
dan mengajaknya berbincang dengan menanyakan apa masalah yang dihadapi
sehingga

berlakunya

perubahan.

Setelah

itu,

beliau

menasihati

sekaligus

memotivasi muridnya agar lebih optimis dalam menjalani kehidupan. Potongan


cerita lain, Eva merasa tertekan memikirkan perdebatan batinnya tentang apa
tindakan terbaik yang harus dilakukannya dalam sidang mahkamah rakan satu
kaumnya berkenaan kes penembakan di sebuah minimarket. Dapat diperhatikan
disini, Mrs. G mendengar luahan hati Eva dengan senang hati dan memberikan
nasihat supaya dia harus berlaku jujur.
Oleh itu, Model Beyond Disipline Alfie Kohn wajar digunakan dalam
pengurusan bilik darjah untuk mengatasi masalah-masalah tingkah laku yang
berlaku seperti di dalam filem Freedom Writers. Hal ini kerana, murid-murid yang
sedemikian amat kekurangan kasih sayang daripada keluarga dan tiada tempat
mengadu. Dengan diaplikasikan model ini di dalam bilik darjah, murid akan lebih
senang untuk menyatakan masalah yang sedang mereka hadapi dan menjadikan
guru lebih mudah untuk menyelesaikannya. Dengan ini, proses pengajaran &
pembelajaran tidak lagi terganggu oleh masalah-masalah luaran.
Di samping itu, Kohn juga berpendapat bahawa guru bukanlah fokus utama
sebaliknya matlamat utama di dalam bilik darjah lebih berpusatkan persekitaran
pelajar dan apa yang mereka perlu belajar. Guru-guru dan pendidik perlu memberi
tumpuan masa, tenaga, dan perhatian untuk mengelakkan masalah tingkah laku
yang memerlukan pengurusan disiplin yang ketat. Pelajar perlulah diberikan
kawalan kendiri diatas bahan pembelajaran dan mereka sepatutnya memiliki
kebebasan untuk memilih bagi memberi manfaat kepada pembelajaran mereka
sendiri seterusnya dapat membantu mewujudkan tingkah laku yang positif dan
bertanggungjawab untuk masa depan. Dengan memberikan kebebasan cara belajar
kepada mereka, ia dapat menimbulkan rasa seronok dalam pembelajaran.
Dalam model ini juga ada mencadangkan beberapa strategi untuk membantu
guru dan sekolah membentuk komuniti pembelajaran ini. Antaranya, dalam
6

meningkatkan hubungan antara murid ia dapat dibina melalui aktiviti yang


berkaitan dan saling memerlukan antara murid. Aktiviti-aktiviti yang biasa
digunakan untuk meningkatkan hubungan adalah seperti pembelajaran koperatif,
saling mengenali dan berkenalan, atau mencari rakan untuk berkongsi pendapat
tentang perkara yang dibincangkan. Kohn juga mencadangkan aktiviti yang
menggalakkan perkongsian perspektif di mana murid melihat situasi berdasarkan
pandangan orang lain.
Jika dikaitkan dengan filem Freedom Writers, Mrs G menjalankan kaedah yang
hampir sama dengan model ini dimana beliau telah menjemput Mrs. Miep Gies,
seorang wanita penolong Anne Frank, anak Yahudi yang hidup pada zaman Hitler
dan holocaust-nya. Tujuan

Mrs G adalah untuk menambah motivasi belajar dan

wawasan muridnya seterusnya Mrs. Miep Gies dapat berkongsi cerita kepada anakanak didiknya tentang sebuah bencana yang terjadi kerana rasisme. Disini dapat
dilihat adanya perspektif yang memberi peluang murid melihat situasi berdasarkan
pandangan orang lain.
Mengikut Kohn juga apabila murid diberikan ganjaran terhadap apa-apa yang
dilakukan, mereka selalunya tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
perkara tersebut dan tidak faham tujuan tingkah laku itu dilakukan. Hal ini kerana,
mereka melakukannya kerana lebih tertumpu kepada ganjaran yang diterima.
Selain itu, Kohn menyatakan peraturan bilik darjah tidak akan berfungsi untuk
membentuk sahsiah murid kerana murid akan sentiasa mencari helah untuk
mengelakkan peraturan dan dendaan. Akhir sekali, Kohn berpendapat bahawa guru
yang mengawal murid dan cuba membuat mereka patuh pada peraturan akan
memberi kesukaran kepada guru itu sendiri dalam membentuk murid untuk
mempunyai nilai moral yang tinggi, mampu berfikir sendiri dan mengambil berat
tentang orang lain serta persekitaran.

4.0 INTERVENSI
Intervensi membawa maksud merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan
tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri. Intervensi ini juga biasanya diaplikasikan untuk
7

menangani masalah peribadi yang sangat teruk. Hal ini termasuklah merokok,
menghisap dadah, bergaduh, dan sebagainya. Kemahiran ini sering digunakan
sekiranya klien (pelaku) mengalami masalah tekanan emosi dan mental yang
membahayakan. Di samping itu, intervensi terbahagi kepada tiga jenis iaitu
langsung, tidak langsung dan awal kanak-kanak.
Intervensi langsung melibatkan klien (pelaku) secara terus sama ada seorang
mahupun secara berkumpulan iaitu diadakan secara berhadapan tanpa sebarang
halangan. Hal ini bagi mencari dan berbincang tentang punca dan kaedah
peneguhan kepada tindakan yang telah diambil. Intervensi tidak langsung pula
memerlukan kerjasama daripada keluarga klien. Ia dijalankan bagi menyelidik selokbelok klien dengan lebih terperinci. Justeru, masalah dapat diselesaikan dengan
lebih efisyen. Seterusnya, Intervensi awal kanak-kanak pula didefinisi sebagai
memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat
kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan
atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak.
Bagi menyelesaikan masalah tingkah laku seperti dalam filem Freedom
Writers, banyak intervensi yang dapat digunakan. Antaranya dengan menggunakan
terapi muzik, terapi seni, terapi bercerita dan terapi bermain. Terapi merupakan
rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan. Ia juga merupakan aktiviti fizikal atau mental
yang dilakukan untuk membantu merawat, memulih atau mengatasi masalahmasalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Dengan adanya
intervensi-intervensi

seperti

ini,

guru

akan

lebih

mudah

mengatasi

dan

menyelesaikan masalah-masalah tingkah laku murid.


Terapi muzik

adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang

profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan


dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal
dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada faktafakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga
bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan

dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.
Seterusnya, terapi bercerita pula satu medium untuk berkomunikasi antara
ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk
meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui
satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien. Ia merupakan salah
satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam
terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah
satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat
mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan
cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri
serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam.
Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak
serta dinamika keluarga mereka.
Terapi bermain adalah untuk mencipta satu proses interpersonal di mana
para terapi menggunakan kuasa terapi bermain untuk membantui klien menghindar
atau menyelesaikan cabaran psikososial dan mencapai pertumbuhan secara
optimum. Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang terapi ini
dapat diperhatikan melalui aktiviti bermain dengan menggunakan alat permainan.
Alat permainan digunakan untuk mengenalpasti gangguan tingkah yang dialami
oleh klien khususnya kanak-kanak. Melalui terapi bermain, kaunselor akan
mengenalpasti apa sebenarnya yang dirasai oleh kanak-kanak, ia lebih berkesan
dibandingkan dengan meminta kanak-kanak meluahkan dalam bentuk kata-kata.
Akhir sekali, terapi seni direka berlandaskan kepercayaan bahawa proses
melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa seseorang. Biasanya orang yang
mengalami masalah psikologi. Kanak-kanak tidak pandai menunjukkan perasaan
melalui kata-kata tetapi mereka biasanya menzahirkan ganguan emosi melalui
kelakuan. Terapi seni ini merupakan salah satu jalan untuk mereka luahkannya.
Pendekatan terapi seni yang merupakan gabungan disiplin art dan therapy telah
memperlihatkan gandingan di mana art as a therapydan art as psychotherapy.
(Waseson, 2000) yang menghubungkan dunia dalam diri klien dengan dunia luaran
menerusi penggunaan pelbagai bahantara seni. Mcniff (2004) melihat aspek kreatif
9

dan kreativiti menerusi karya seni dalam membantu merawat dunia dalam diri klien
dengan

meluahkan

kesakitan

dan

penderitaan

yang

klien

dialami

semasa

melakukan sesuatu yang kreatif. Pendekatan terapi seni merupakan kaunseling


tanpa lisan (non-verbal counseling). di mana dinamik proses rawatan dan
pemulihan berlaku semasa klien menghasilkan karya seni secara kreatif dan
kreativiti.

10

5.0 RUMUSAN
Sebagai rumusan, dalam proses modifikasi tingkah laku, guru-guru mestilah
mengikut langkah-langkah yang berikut iaitu membuat pemerhatian awal dan
penilaian terhadap tingkah laku bermasalah. Seterusnya, mengenalpasti dan
menentukan objektif tingkah laku positif yang perlu dicapai oleh murid-murid.
Kemudiannya, menunjukkan satu set tingkah laku positif iaitu sama ada dengan
kaedah model atau pemberitahuan.
Tingkah Laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia
tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui
keberkesanan system pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan
pembelajaran murid-murid di sekolah. Memodifikasikan tingkah laku ialah satu strategi penting
yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkah laku yang dikehendakki diteguhkan melalui
peneguhan positif dan tingkah laku yang tidak dikehendakki dihapuskan atau dikurangkan
melalui peneguhan negatif
Tingkah laku bermasalah tidak boleh memandang remeh. Hal ini kerana ia
akan menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Setelah suatu
tingkah laku bermasalah dikenalpasti, guru seharusnya menggunakan teknik
modifikasi tingkah laku yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Pengajaran
dan pembelajaran akan dijalankan dengan lancar apabila tingkah laku bermasalah
diselesaikan. Guru juga dikehendaki menunjukkan amalan nilai-nilai murni atau
teladan sebagai contoh kepada murid-murid. Pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh
juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh pihak sekolah bagi merancang strategistrategi untuk meningkatkan keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah di
kalangan murid-murid.

11

12

Perancanga
n

&

Pengurusan
13

BilikDarjah
yang Efektif
INTERNET
BUKU/MAJALAH

tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran

medan perjuangan
kerjaya
seseorang guru.

tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah


n

PENSYARAH
KAWAN

BILIK
DARJAH
14

MATLAMAT
PENGURUSAN BILIK
DARJAH

KERJASAMA

CORAK BILIK
DARJAH YANG
15
BERKESAN

MENGEKALKAN
PERSEKITARAN
BERKESAN UNTUK
PEMBELAJARAN

PERSEKITARAN BILIK
DARJAH YANG
POSITIF

MERANCANG

MENGAWAL

ELEMEN PENGURUSAN
MENGELOLA
BILIK DARJAH
MENGARAH

16

STRATEGI KAEDAH
PENGAJARAN

BAHAN
PELAJARAN

AKTIVITI
KUMPULAN

OBJEKTIF
PELAJARAN

ELEMEN PENGURUSAN
(MERANCANG)

AKTIVITI P&P

PEMERINGKATAN
ISI PELAJARAN

AKTIVITI
PENILAIAN

KEMUDAHAN DAN SUSUNAN BILIK DARJAH

Memerlukan kesefahaman antara


kedua belah pihak

KERJASAMA
17

Penerapan nilai kerjasama boleh


dilakukan melalui

Memilih
BBM

Objektif p&p

Perjalanan bilik
darjah

Membina kontrak
tingkah laku

Jangkaaan
prestasi

MATLAMAT PENGURUSAN BILIK


DARJAH
PENGURUSAN MASA

18

PELUANG PEMBELAJARAN

PENGURUSAN KENDIRI

19

SUASANA
PEMBELAJARAN
YANG POSITIF

merancang masa
dengan efektif

20

pengurusan bilik
darjah berjalan
dengan baik

Rutin dan
peraturan bilik
darjah

PERSEKITARAN
BILIK DARJAH
YANG POSITIF

Perancangan
ruang
pembelajaran

RUJUKAN
Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3-19 3, Ciri Iklim Sekolah
Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah Pendidikan
2005, Universiti Malaya.

21

Charles,

C.M.(2008).

Todays

Best

Classroom Management

Strategies:

Paths

to

Positive Discipline. NewYork: Allyn and Bacon.


Charles, C.M. (2010). Building Classroom Discipline. (10thed.). NewYork: Allyn and Bacon.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Goh Swee Chiew. (2007). Classroom Management: Creating Positive Learning

Environments.

Australia : Pearson Prentice Hall


Hew Fong Peng & Abdul Jalil Othman (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan
Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia.
http://www.counselling-directory.org.uk/counselling.html
http://psikologidplimu2012.blogspot.my/2012/08/terapi-terapi-kaunseling-dan-bimbingan.html
http://www.alfiekohn.org/article/discipline-problem-solution/
http://psikologi-shinrigaku.blogspot.my/2013/11/analisis-film-freedom-writers-diary.html

22

23

Anda mungkin juga menyukai