Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-


kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan
akan membantu pembentukan insan yang holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa


Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan
pandangan daripada tokoh-tokoh, Teori konstruktivisme yang membawa maksud kanak-
kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan
sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis
kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani
masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan
minda murid dengan lebih menyeluruh.Howard Gardener (1983) pendekatan yang
berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran
murid kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang
menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk


memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari
pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan
seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal
dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan
intelektual.

1
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam
Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam
kehidupan.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh
murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk
memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek
terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru
untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan
dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan secara seimbang
dan menyeluruh.

Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan
fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan
merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan
sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu
mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka
bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.

Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses


pengajaran dan pembelajaran iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak
dengan melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang
merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar.

Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung


merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan
memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya
ekprisi spontan mereka. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai
suatu pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor termasuk
pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain
yang menggunakan proses penemuan dalam proses pembelajaran serta

2
menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf Laban.
Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam
bidang pergerakan.

Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya kanak-kanak mendengar


ritma atau alunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit
daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan
bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekanan fizikal akan menimbulkan
perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di samping itu, muzik tidak jauh beza
dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan nada, intensiti dan tempoh
akan mengiringi pergerakan-pergerakan gerak tari, memantap serta memperlihatkan
ekpresi emosi.

3
REFLEKSI

Saya menerima tugasan kerja kursus bagi subjek Seni Dalam Pendidikan daripada
pensyarah selepas menjalani sesi tutorial dan kuliah topik-topik berkaitan bersama dua
orang pensyarah sejak awal semester .Sepanjang tempoh itu banyak aktiviti yang
dijalankan telah menyuburkan pengalaman seterusnya menyuntik semangat dan
kesedaran saya sebagai seorang pendidik yang seharusnya kreatif dan sentiasa
bermotivasi tinggi untuk memastikan anak didik asuhan boleh menguasai kemahiran-
kemahiran yang ada di dalam subjek ini .

Selepas tugasan diperbincangkan dan pengkhususan tajuk diperhalusi oleh


rakan-rakan sekumpulan saya adakan juga perbincangan dengan rakan-rakan
kumpulan lain sama ada dalam unit yang sama mahupun unit-unit lain. Rujukan melalui
internet dan bahan-bahan rujukan lain juga telah diusahakan.Setelah lengkap maklumat
berkaitan diperolehi saya mula melaksanakan tugasan mengikut pengagihan topik
yang telah dipersetujui bersama.

Tugasan yang perlu dilakukan oleh saya dan rakan sekelas adalah membuat kit
pembelajaran subjek major kami iaitu Pendidikan Agama Islam Sekolah Rendah. Kami
diberi pilihan untuk memilih tajuk yang disukai. Saya telah memilih tajuk tayammum
yang akan dipelajari oleh murid tahun 4. Saya telah mencipta dua bekas atau tempat
untuk meletakkan debu tanah yang suci untuk bertayammum. Selain itu, saya telah
menggunakan bedak untuk menggantikan debu tanah tersebut.

Seterusnya, saya mencipta bekas itu dengan memotong board yang besar dan
panjang kepada saiz A4. Saya juga meletakkan penghadang disekelilingnya bagi
mengelakkan debu tersebut terkeluar. Saya telah menggunakan tempat atau bekas itu
dalam lakonan sebaik mungkin. Dengan bekas itu, saya telah menggunakannya untuk
mengajarkan cara-cara bertayammum dengan betul.

4
Saya dapati tugasan yang diberi ini memberi peluang kepada saya untuk
mendalami berbagai teknik dan kaedah untuk menarik minat anak didik memberi fokus
dan seterusnya menjadikan pembelajaran menjadi menarik. Pencarian maklumat
berdasarkan tugasan telah membuka ruang yang luas kepada saya untuk meneroka
topik perbincangan secara lebih mendalam. Sebagai contoh dalam mencari bahan bagi
tugasan membina dan mengguna bahan bantu mengajar ,saya dapat mengetahui
mengenai berbagai sumber grafik,klip video,muzik,karektor dan juga gambar dapat
digunakan bagi tujuan meningkatkan lagi minat murid untuk belajar. Perkembangan
teknologi terkini banyak digunakan sebagai salah satu teknik penyampaian pelajaran di
dalam kelas.

Tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh yang pendek ini secara positifnya
telah memotivasikan diri saya untuk bergerak secara aktif dalam mencari maklumat
dan menjadikan saya dapat mengenepikan perasaan malu bertanya mahupun dalam
menjalinkan hubungan sosial dengan ahli kumpulan atau sesiapa sahaja yang
berkaitan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Semangat kerja berpasukan dalam
kumpulan saya sejak dari awal dan tanggungjawab setiap ahli telah menjadikan
tugasan ini dapat disiapkan disamping meninggalkan kenangan manis yang akan
merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya sebagai seorang guru,kita


mestilah peka kepada kehendak naluri kanak-kanak dan berusaha membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran dengan berbagai cara dan kaedah yang sesuai
dengan tahap pencapaian akademik seorang murid.Kegagalan murid menguasai
kemahiran juga berpunca dari kegagalan seorang guru memilih dan menggunakan
kaedah yang betul dalam menangani masalah pembelajaran anak didiknya.

Sekian terima kasih.

5
RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303


Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar.


Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan


Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

http://cgisaiman.blogspot.my/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.html

http://lastikbbdah.blogspot.my/2011/06/pengenalan-kepada-seni-dalam-
pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai