Anda di halaman 1dari 31

Aqidah Tauhid: Dalam Neraca

Agama-agama Samawi
dan Hindu
16122007

Aqidah Tauhid: Dalam Neraca Agama-agama Samawi dan Hindu

Islam merupakan agama yang terakhir. Di dalamnya mengandungi panduan yang


paling sempurna dan menyeluruh, dalam membimbing umat manusia. Ia hadir
dalam rangka untuk memansuhkan agama-agama samawi terdahulu, dan
membetulkan kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam ajaran yang
dinisbahkan kepada Allah s.w.t., seperti Yahudi dan Kristianiti, yang pada
hakikatnya merupakan suatu himpunan ajaran-ajaran rekaan para agamawan
mereka sendiri.

Jesteru itu, Allah s.w.t. menyeru ahlul-kitab, baik


dari kalangan Yahudi mahupun Kristian, agar bersama-sama di bawah satu payung
samawi yang baru, yang dibawa oleh nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad
s.a.w., dalam rangka untuk membetulkan pengabdian dan aqidah mereka terhadap
Tuhan Maha Pencipta.

Hadirnya Islam, menyeru ke arah kesatuan aqidah yang murni dan suci, iaitu
aqidah Tauhid, di mana, setiap manusia mengakui, Allah s.w.t.-lah satu-satunya
Tuhan yang layak disembah, dan Dialah satu-satunya tuhan yang menciptakan dan
mentadbir alam ini.

Walaupun agama Kristianiti dengan konsep Triniti-nya (Satu Tuhan dalam Tiga
Oknum), dan Yahudi dengan sikap anti-Isa (memusuhi Nabi Isa a.s.) dan
sebagainya, maka Islam hadir di tengah-tengah pertembungan dua golongan ini,
dalam mengetengahkan satu pelan damai dan satu perpaduan di bawah naugan
agama terakhir yang mengandungi kebenaran mutlak dan ajaran-ajaran yang
sempurna.

Islamlah satu-satunya agama yang benar lagi membenarkan segala kebenaran.


Segala agama selain Islam merupakan kesesatan dan mengandungi pelbagai
kesalahan dan penyelewengan, termasuklah dua agama samawi (iaitu Kristianiti
dan Judaisme/Yahudi).

Segala ajaran yang diajarkan dalam Islam merupakan suatu ajaran yang benar
dan paling baik dan sempurna. Aqidahnya jelas dan menepati hakikat, bahkan
turut mendamaikan hati, fitrah nurani dan mententeramkan jiwa.

Pada hakikatnya, kesatuan antara Islam dengan ahlul-kitab (Yahudi dan Kristian)
bukanlah suatu yang tidak releven, kerana Islam membawa ajaran Tauhid yang
sesuai dengan ajaran agama-agama samawi terdahulu, sebelum diselewengkan
oleh para agamawan mereka.

Allah s.w.t. berfirman dalam menyeru kepada konsep aqidah yang sebenar:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab,
marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil
akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan
didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu)
barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah
kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. (Surah Ali Imran:
64)
Jelaslah bahawasnya, Allah s.w.t. menyatakan bahawasanya, ajaran Tauhid
sememangnya terkandung dalam intipati suci seluruh ajaran samawi sebelum
Islam, termasuklah dalam ajaran Yahudi dan Kristian.

Kesatuan Tauhid

Dalam buku-buku yang menjadi rujukan agama Kristianiti dan Yahudi sendiri,
menceritakan tentang konsep Tauhid, iaitu tiada Tuhan yang menciptakan
sekalian alam dan layak disembah melainkan Allah s.w.t..

Hal ini seperti yang diriwayatkan dalam buku Torah (menurut Ahlul Kitab kini
sebagai Taurat):
Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna Ikhad (dalam bahasa Ibrani), atau:
Hear, O Israel: The Lord our God is one Lord (dalam bahasa

Inggeris) [The Bible, Deuteronomy 6:4]


Maksudnya: Dengarlah Wahai Bani Israel, Tuhan itu, Tuhan kita, ialah Tuhan
yang Maha Esa (Deutreronomy 6:4)
Kitab Deuteronomy termasuk dalam lima buku terawal buku Bible, yang diterima
oleh golongan Yahudi dan Kristian sebagai kitab Torah(Taurat). Jadi, orang-
orang Yahudi dan Kristian sepatutnya beriman bahawa Allah s.w.t. yang
menciptakan seluruh alam ini Maha Esa, bukan dua, bukan Trinity dan sebagainya.

Dalam Kitab Isaiah ada disebutkan lagi:


I, even I, am the Lord; and beside me there is no saviour.
[The Bible, Isaiah 43:11] maksudnya, Aku, hanya Akulah Tuhan, dan di sampingku
tiada penyelamat lain (selain daripadaKu).

Lagi disebutkan dalam kitab yang sama:


I am Lord, and there is none else, there is no God besides me. Yang bermaksud:
Akulah Tuhan, dan di sana, tiada tuhan yang lain, tiada tuhan di sampingKu [The
Bible, Isaiah 45:5]
Thou shalt have no other gods before me. Thou shalt not make unto
thee any graven image, or any likeness of anything that is in heaven above, or
that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth:Thou shalt
not bow down thyself to them, nor serve them: for I the Lord thy God am a
jealous God.

Yang bermaksud:

Tidak ada tuhan-tuhan sebelumku. Janganlah kalian jadikan bagiKu akan


sebarang gambaran, atau menyamakanKu dengan apa yang ada di langit, atau di
dunia, atau di dalam laut di bawah bumi: Kamu tidak sepatutnya tundukkan diri
kamu (menyembah) kepada makhluk-makhluk tersebut, dan tidak pula sepatutnya
kamu menyembah mereka, kerana sesungguhnya, Aku satu-satunya Tuhan, Tuhan
kamu, merupakan Tuhan yang cemburu
[The Bible, Exodus 20:3-5 dan kitab Deuteronomy 5:7-9]

Nabi Isa a.s. secara khusus mengajarkan konsep Tauhid kepada para pengikutnya
seperti yang diriwayatkan dalam buku Mark (Markus) yang berbunyi:

Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.

Yang bermaksud: Dengarlah wahai Bani Israel: Tuhan itu, Tuhan kita, ialah
Tuhan yang Maha Esa
[The Bible, Mark 12:29]

Jadi, jelaslah di sini bahawasanya, pengikut agama-agama samawi perlu mengikuti


Islam, kerana telah jelas bahasanya, agama Islam mengajarkan kepada mereka,
ajaran Tauhid yang diajarkan oleh nabi-nabi mereka terdahulu, sebelum ajaran-
ajaran mereka diselewengkan oleh para agamawan dan paderi mereka. Kebenaran
jelas berpihak kepada agama Islam, yang merupakan agama terakhir dari Allah
s.w.t., yang dibawa oleh nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
Ajaran Triniti yang diajarkan di dalam agama Kristianiti hari ini suatu ajaran
yang menyeleweng, yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Isa a.s. sendiri. Oleh
yang demikian, orang-orang Kristian seharusnya kembali kepada Islam, kembali
kepada ajaran Tauhid Nabi Isa a.s. yang diajarkan semula dengan syariat baru
yang kekal sehingga hari Kiamat, oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Bahkan, orang-orang Islam juga sebenarnya tiada alasan untuk memeluk


agama Kristian, setelah jelas, Islamlah yang mengajarkan kebenaran, bukan
agama Kristian.!

Hinduisme dan Tauhid

Agama Hindu menurut ajaran para sami hindu mempunyai pelbagai fahaman dan
kepercayaan yang berbeza-beza. Bahkan, kepercayaan-kepercayaan tersebut
saling berlawanan antara satu sama lain. Secara asasnya, kebanyakan pengikut
agama Hindu mempercayai tuhan itu ada tiga yang utama, iaitu Shiva, Brahma dan
Wishu. Ketiga-tiga tuhan ini mempunyai pasangan isteri. Selain itu, tuhan
melantik pelbagai tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan antara manusia dengan
tuhan-tuhan utama tersebut. Fahaman tiga tuhan utama ini dikenali
denganTrimurti.

Kehadiran Islam menyeru seluruh umat manusia, termasuklah pengikut agama


Hindu, untuk memeluk Islam dan beriman dengan aqidah Tauhid. Hal ini kerana,
tauhid merupakan aqidah yang benar, dan selain daripada aqidah tauhid
merupakan kepercayaan yang sesat.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan juga ialah, tauhid juga telahpun diajarkan di
dalam kitab-kitab mereka yang terdahulu. Hal ini membuktikan bahawa, Islam
merupakan agama kebenaran dan fahaman agama mereka (Hinduisme) ini
merupakan fahaman yang sesat dan diseleweng.

Telah diriwayatkan akan firman Tuhan dalam kitab-kitab mereka berkenaan


tauhid adalah seperti berikut:
Ekam evadvitiyam Yang bermaksud: Dia ialah satu-

satunya Tuhan, tiada yang kedua [Chandogya Upanishad 6:2:1]

Na casya kascij janita na cadhipah . Yang bermaksud: BagiNya (Tuhan), tiada


seteru mahupun tiada tuhan lain (selain daripadaNya). [Svetasvatara Upanishad
6:9].

Jelaslah bahawasanya, Islam meurpakan satu-satunya agama yang benar, yang


mengajarkan aqidah yang benar dan sempurna, kepada seluruh umat manusia,
dalam rangka mengeluarkan mereka daripada kesesatan dan pengabdian yang
sesat lagi terpesong.

Bukan Kristianiti, bukan Hiduisme, bukan Judaisme dan bukan agama-agama lain,
melainkan Islam yang mengajarkan kebenaran. Hanya Islam satu-satunya agama
yang mengandungi ajaran aqidah yang paling tepat dengan naluri insani dan aqidah
yang benar tentang Tuhan yang selayaknya disembah.

Tiada alasan untuk para pengikut agama lain seperti Kristian, Yahudi
dan Hindu khususnya, dan para pengikut agama-agama yang lain
amnya, untuk terus berpegang dengan agama-agama mereka, atas
alasan kebenaran, kerana hanya dengan mengikuti Islam dan ajaran-
ajarannya, manusia dapat berpegang dengan kebenaran. Hal ini juga
dibuktikan oleh buku-buku dan manuskrip kebanyakan agama-agama
lain sendiri.

http://mengapaislam.wordpress.com/2007/12/16/aqidah-tauhid-dalam-neraca-
agama-agama-samawi-dan-hindu/
MASJID AN NUR

BLOG MASJID AN NUR , SUNGAI HAJI DORANI, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR
DARUL EHSAN

Khamis, 19 Ogos 2010

Pelaksanaan syariah Islam di


Malaysia : Cabaran dan harapan
UMUM

Oleh: Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi Haji AbdMajid

Pendahuluan:

Secara mudahnya Syariah boleh dihuraikan sebagai system hidup Islam yang
diwahyukan oleh Allah s.w. kepada umat manusia meneri RasulNya Nabi Muhammad
s.a.w.Kebenarannya mutlak, rangkumannya komprehensif dan jangkauannya universal.

Wahyu berkenaan terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Usaha memahami wahyu
berkenaan oleh para fuqaha disebut sebagai ijtihad. Pemahaman atau kefahaman yang
terhasil daripada ijtihad berkenaan biasa disebut sebagai fiqh. Ketentuan yang
berasaskan kepada pemahaman berkenaan disebut sebagai hukum.

Meskipun kebenaran wahyu itu sendiri bersifat mutlak atau abslut, namun bukan
kesemua hukum yang difahami daripada nya bersifat seperti itu. Kerana dalam prosesm
emahami hukum dari wahyu berkenaan akal dan nilai intelektual faqih atau parafuqaha
ada saham yang tertentu. Begitu juga persekitaran hidup dimana faqihatau fuqaha itu
melakukan ijtihadnya. Sebesar mana saham akal dan nilaiintelektual serta juga
persekitaran dalam proses penentuan hukum berkenaan berbanding dengan saham
wahyu maka sebesar itulah juga kebarangkalian tepat atau sebaliknya dalam hukum
berkenaan. Bagaimanapun ia akan tetap juga disebut sebagai hukum Syarak. Cuma
tahap kejituan masing-masing berbeza-beza.

Sifat komprehensif pada Syariah berkenaan memberi maksud ia bukan merangkumi satu
duaaspek hiudup sahaja, tetapi semua aspek. Baik secara peribadi,
berkelumpuk,bermasyarakat, bernegara dan apa saja. Kadar penekanannya juga perlu
berimbang.Bagaimanapun prinsip keutamaan (al-Aulawiyat) boleh diguna pakai .
Begitulahj uga dengan berbagai pendekatan lain seperti penggunaan polisi
(SiasahSyariyah) sebagai langkah sementara.

Yang dimaksudkan dengan jangkauan yang universal bermaksud ia sentiasa


mengambilkira perubahan zaman dan tempat serta keadaan. Dalam pengajian fiqh sifat
iniboleh disimpulkan dalam dua istilah, iaitu semasa dan setempat. Fiqh semasa
bermaksud kefahaman tentang kehendak wahyu dalam konteks semasa. Sementara
fiqhsetempat pula bermaksud kefahaman dalam konteks tempatan. Secara bersama
duanilai ini boleh disebut sebagai Fiqh semasa pendekatan tempatan.

LatarBelakang:

Mukadimah yang panjang lebar di atas bertujuan untuk memberi peringatan bahawa
perbincangan tentang pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia sekarang perlumerangkumi
ruang lingkup yang luas . Bukan saja dari segi falsafah dan dasar tetapi juga dari segi
polisi danpendekatan. Kerana ia bukan sahaja perbincangan tentang idealism tetapi
jugaberkait dengan realiti di mana idealism berkenaan akan direalisasikan.

Meskipun secara idealnya yang hendak dilaksanakan itu ialah Syariah namun secara
praktiknya ialah fiqh. Malah lebih tepatlagi ialah hukum, undang-undang, peraturan dan
sebagainya yang diambil daripada Syariah. Apabila yang hendak dilaksanakan itu ialah
kehendak Syariah tentangmuamalat maka yang akan terlaksana sebenarnya ialah
kefahaman para fuqaha tentang muamalat berkenaan (Fiqh al-Muamalat) yang difahami
daripada Syariah.Malah secara lebih tepat lagi ialah undang-undang dan peraturan yang
mengaturtransaksi berkenaan yang dibentuk berasaskan kefahaman para fuqaha
terhadap kehendak Syariah sepertimana yang terdapat dalam wahyu yang berkenaan.

Begitulah juga kalau yang hendak dilaksanakan itu ialah kehendak Syariah tentang
jenayah,kenegaraan, kewangandan sebagainya.Kerana Syariah lebih bersifat idealism
kepada usaha pelaksanaan berkenaan.Sebagai idealism ia akan menjadi asas rujukan
bagi setiap usaha dan kegiatanyang dilakukan dalam mencapai objektif berkenaan.

Semuanya ini menunjukkan kepentingan fiqh dalam melaksanakan Syariah, termasuk


di Malaysiasekarang. Tanpa fiqh tiada usaha pelaksanaan boleh berlaku kerana
kefahaman tentang sesuatu itu merupakan asas utama dalam merealisasikannya.

KepentinganFiqh:
Sepertimana yang tersebut di atas, fiqh bermaksud kefahaman tentang ketentuan
Syariah. Namun ia bukan sekadar kefahaman begitusahaja. Dalam pengajian Syariah
adadisiplin atau method tertentu bagaimana kehendak Syariah itu difahama., Katapara
ulama Usul Fiqh, fiqh itu ialah memahami hukum Syarak berasaskan sandaran-
sandarannya secara terperinci.

Satu perkarayang sangat penting disebut di sini ialah fiqh mempunyai ikatan yang kuat
dengan zaman dan tempat.Maksudnya, apayang sebenarnya fiqh itu ialah memahami
Syariah dalam konteks semasa dansetempat. Kerana itulah dalam sejarah perkembangan
fiqh yang lama itu,disamping sebab- sebab lain seperti perbezaan tahap nilai intelaktual
dikalangan para fuqaha, zaman dan tempat memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan pendapat dan aliran sertamazhab yang berbeza di antara satu sama lain.

Adalah cukup diketahui di kalangan para pelajar ilmu Syariah bahawa antara satu sebab
besar perbezaan di antara mazhab Maliki dan Hanafi ialah kerana mazhab Maliki cambah
dan berkembang di Semenanjung Tanah Arab. Sedangkan mazhab Hanafi sebaliknya
cambah dan berkembang di Iraq, iaitu dalam persekitaranbudaya Parsi .Begitulah juga
dengan mazhab-mazhab yang lain

Semuanya ini member erti bahawa usaha melaksanakan Syariah Islam di Malaysia perlu
didahului dengan pembinaan fiqh semasa dan setempat . Maksudnya kefahaman tentang
Syariah dalam konteks Malaysia sekarang. Tanpa fiqh seperti ini pelaksanaan yang
diusahakan itunanti, dalam beberapa hal munkin akan gagal memenuhi kehendak
Syariah yangsebenar.

Mimang duniaIslam, termasuk Malaysia mempunyai perbendaharaan fiqh yang begitu


tinggi nilaikeilmuannya sehinggaboleh disifatkansebagai mencapai tahap
universal. Namun secara ilmiahnya terdapat jumlah yang tidak sedikit hukum yang
difatwakan dalam kitab-kitab fiqha kelasik itu sudah tidak tepat lagi dalamkonteks
Malaysia sekarang. Sebabnya, seperti disebut diatas bukan keranaal-Quran dan al-
Sunnah sudah ketinggalan zaman, tetapi sebaliknya kefahamanpara ulama berkenaan
terhadap wahyu yang terdapat dalam sumber-sumber utamahukum Islam itu sudah tidak
semasa lagi.

Untuk membangun fiqh semasa dan setempat bukan sesukar difikirkan secara negatif
olehsesetengah orang. Kerana walaubagaimana pun fiqh semasa itu ia tetap juga
merupakan kesinambnungan kepada fiqh kelasik. Dengan kata lain, ia bukan sesuatu
yang perlu dibina dari A atau alif. Tetapi sebaliknya suatu penerusanatau
kelanjutan kepada usaha yang telahdibuat agar perkembangannya tetap semasa dan up-
to-date. Dengan kata lain, ia merupakan kajian lanjut bagi menghapuskan jurang zaman
dan tempat dalam fiqhkelasik. Para ahli akademik boleh memamami konsep ini dengan
jelas dan dapat melakukannya dengan selesa berasaskan program akademik mereka.

PemulihanSosial:

Yang dimaksudkan dengan pemulihan social ialah usaha memulihkan keburukan


masyarakat Islam di Negara ini sampai kepada tahap mampu menjadi subjek kepada
pelaksanaanSyariah yang dicita-citakan itu.

Kenyataan initidak bertujuan untuk mengatakan bahawa umat Islam di Malaysia


sekarang tidaklayak melaksanakan Syariah Islam dalam kehidupan mereka. Sebalik nya
untuk mengatakan bahawa langkah memulihkan masyarakat sampai menjadi lebih
sesuaiuntuk menerima hukum, undang-undang, peraturan dan sebagainya yang
berlandaskan kepada Syariah yang ideal itu merupakan pendahuluan yang sangat
penting kepadausaha melaksanakan Syariah Islam itu. Agar pelaksanaan yang dicita-
citakan itunanti tidak mengalami kegagalan seperti yang pernah berlaku di sesetengah
Negara-negara Islam yang lain sebelum ini.

Paling penting dalam usaha ini ialah memperdalamkan rasa penerimaan masyarakat
Islamsendiri terhadap pelaksanaan berkenaan. Kerana umat Islam sekarang, miskipun
dari segi agamanya mereka tetap Islam tetapi dari segi kehidupan sebahagian daripada
mereka tidak lagi berkeyakinan penuh terhadap kemampuan hukum dan undang-
undang Islam menyelsaikan masalah mereka, terutama berdasarkan ketentuan-
ketentuan hukum yang terdapat dalam fiqhkelasik sepertimana yang ada sekarang.

Bagi tujuan tersebut proses pendidikan social dan pembudayaan hukum perlu dilakukan
dengansebaik munkin. Maksudnya sebelum sesuatu undang-undang dan peraturan yang
berasaskan Syariah Islam proses seperti itu perlu terlebih dahulu dilakukan agar
masyarakat tidak mempunyai prajudis yang tebal terhadap kemampuan undang-undang
dan peraturan Islam yang akan dilaksanakan itu.

Objektif seperti ini boleh juga dicapai, malah secara lebih berkesan lagi melalui proses
pemantapan akiodah. Namun ia memerlukan method yang tepat dan bukan sekadar
memperdalam ilmu atau maklumat secara yang biasa dilakukan dalam majlis-
majlispengajaran atau pembelajaran biasa. Dengan kata lain, ia memerlukan proses
penjiwaan dan bukan pengilmuan.

Satu aspeklain yang berkait rapat dengan soal pemulihan social ini ialah
pembersihaninfrastroktor masyarakat daripada anasir buruk yang boleh menegatifkan
usahapelaksanaan Syariat Islam itu sendiri. Ruang lingkup usaha ini cukup luas sekali
kerana keburukan masyarakat Islam di Malaysia sekarang merangkumi berbagai-bagai
aspek bermula daripada aspek kekeluargaan sampailah kepada aspek kenegaraan. Tanpa
usaha seperti ini kemunkinan besar faktor-faktor negatif berkenaanakan menggagalkan
sama sekali

Sebagai satu contoh ialah nilai buruk yang terdapat dalam media, baik yang berbentuk
cetak atau yang berbentuk elektronek. Nilai-nilai negatif ini perlu dihapuskan terlebih
dahulu sebelum Syariah Islam dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kerana tanpa
penghapusan seperti itu ia akanmengganggu pelancaran pelaksanaan berkenaan melalui
provokasi kearah pelanggaran undang-undang atau peraturan yang mahu dilaksanakan
itu.

Makanisme dan Method:

Persoalan tentang makanisme dan method pelaksanaan juga penting. Banyak perkara
yang baikdan bermutu ditolak oleh masyarakat kerana dipersembahkan dengan cara
yang tidak menarik. Sebaliknya pula banyak perkara yang tidak bermutu tetapi diterima
baik oleh masyarakat kerana mutu atau cara persembahannya yang baikdan menarik.

Pandangan remeh masyarakat terhadap usaha-usaha pelaksanaan sebahagian daripada


Syariah pada hari ini, antara lain banyak berpunca dari persoalan seperti ini.Pentadbiran
institusi institusi Islam pada hari ini yang tidak teratur dan berpristasi rendah boleh
ditunjuk sebagai contoh.
Bagaimanapun, untuk mempertingkatkan nilai dalam aspek seperti ini tidak semudah
yang disangka sesetengah orang. Ia tidak cukup dengan sekadar mempertingkatkan
pristasi fizikal seperti bangunan, perabut dan pakaian, misalnya. Sebaliknya yang lebih
penting ialah budaya cemerlang dalam melaksanakan tanggongjawab atau memberi
perkhidmatan.

Paling berperanan ialah kecekapan dan pristasi kerja yang baik. Para pelaksana perlu
mempunyai kepakaran yang tinggi dan mutu kerja yang baik. Selain itu ialah sikap
mengambil berat terhadap kebajikan orang lain. Sikap professional juga sangat
membantu. Malah banyak lagi sikap-sikap positif yang lain. Semua nya ini perlu
dibudayakan sehingga menjadi tradisi yang yang diwarisi dan masa ke semasa.

Kehendak Politik:

Tanpa kehendak politik Syariah tidak boleh dilaksanakan dengan sebaik munkin dalam
negaraini. Bagaimana pun kenyataan ini tidak menafikan sebahagiannya dapat
dilaksanakan, iaitu yang bersifat ibadat semata-mata, seperti sembahyang, puasa, zakat
dan sebagainya.Kerana untuk melaksanakan hal-hal ibadat seperti ini tidak memerlukan
kuasa politik atau pentadbiran. Ia boleh dilakukan oleh siapa sahaja dengan syarat tiada
halangan yang dilakukan.

Sehubungandengan kehendak politik ini ada dua aspek penting yang perlu
dilihat.Pertamanya para pemerintah yang memegang tampok kuasa politik dan
pemerintahan .Keduanya pula ialah rakyat, iaitu pemegang kuasa poilitik yang
sebenarnya dalamsebuah Negara dimokrasi seperti Malaysia ini.

Amat jelas sekali pemerintah sahajalah yang mampu melaksanakan Syariah Islam dalam
Negara ini. Namun pemerintah juga terikat dengan dasar pemerintahan yang ada. Dalam
Negara demokrasi seperti di Malaysia dasar seperti itu biasanya ditentukan oleh parti
yang mendokong pemerintahan berkenaan.

Dari sini dapat dilihat dengan jelas bahawa pelaksanaan Syariah Islam dalam Negara ini
memerlukan dokongan parti politik yang mempunyai dasar dan cita-cita untuk
melaksanakan sistem hidup berkenaan dalam Negara ini.

Dalam sebuah Negara dimokrasi seperti di Malaysia ini, kuasa rakyat yang paling besar
sekaliialah menentukan siapa yang menjadi pemerintah dalam pilihanraya yang
diadakan. Namun bak kata orang, demokrasisebenarnya bermaksud penguasaan
golongan kecil yang cerdik keatas golongan besar yang bodoh, ternyata yang
sebenarnya berkuasa ialah golongan menengah dalam masyarakat berkenaan.
Maksudnya kuasa rakyat ada pada mereka ini. Merekalah, walau pun kecil bilangannya
yang sentiasa mempengaruhi orang ramai dalam menyokong atau tidak mana-manaparti
politik dalam pilihanraya yang diadakan.

Dengan katalain, pelaksanaan Syariah dalam Negara ini memerlukan sokongan


golonganmenengah masyarakat. Kerana merekalah yang sentiasa mempengaruhi
pandangan umum dengan segala kecerdikan dan kepandaian yang ada pada
mereka. Malah boleh dikatakan merekalah golongan yangpaling dihormati oleh
masyarakat umum.

Halangan Perlembagaan dan Undang-Undang:


Ramai orang bercakap tentang halangan perlembagaan dan undang-undang dalam
usaha melaksanakan Syariah Islam dalam Negara ini. Meskipun kata-kata seperti itu ada
benarnya tetapi apa yang sebenarnya ia lebih bersifat pendalihan semata-mata. Terus
memperkatakan hal seperti ituakan meletakkan perjuangan pada sudut yang sukar dan
langkah-langkah yang diambil dalam merealisasikannya akan lebih bersifat negative.

Mimang benar perlembagaan Malaysia tidak menyebut undang-undang Islam sebagai


undang-undangNegara, tetapi ia menyebut agama Islam sebagai agama persekutuan.
Adalah juga benar perlembagaan tidak menjamin pelaksanaan undang-undang Islam,
tetapi jaminan berkenaan ada dalam kebanyakan undang-undang tubuh negeri. Begitu
juga benar undang-undang negeri tidakboleh mengatasi undang-undang persekutuan,
tetapi sekatan seperti itu tidak menyeluruh semua keperluan pelaksanaan Syariah.

Sejarahmenunjukkan dengan jelas bahawa kehendak politik boleh mengatasi


kehendakperlembagaan dan undang-undang ini. Malah perlembagaan yang ada cukup
terbuka untukmenerima pentafsiran samada yang bersifat libral atau pun konservatif.
Semuanya banyak terhenti atas kehendak dan kuasa politik. Dengan demikian
tidaksepatutnya lagi berbangkit soal halangan seperti ini.

Selain itu,yang dihalang oleh perlembagaan dan undang-undang persekutuan yang


berkaitdengannya tidaklah merangkumi jangkauan yang sangat luas sehingga
merangkumi ruang yang cukup besar dalam Syariah. Masih terdapat ruang yang cukup
luas bagi Syariah Islam yang tidak dihalang pelaksanaannya oleh perlembagaan.

Satu contohyang sangat jelas mengenai hakikat ini ialah urusan perbankan dan
kewangan Islam yang sedang berjalan lancar pada hari ini. Sijil dan produk halal jugasatu
contoh yang nyata. Lama sebelum ini sudah ada system pendidikan Islam yang
dilaksanakan dengan begitu selesa. Malah terdapat berbagai-bagai aspek pelaksanaan
Syariah Islam lagi yang tidak terhalang. Maka yang menghadapai sedikit sebanyak
halangan itu ialah Undang-Undang semata-mata. Itu pun lebih terjurus kepada bidang
jenayah semata-mata.

PersoalanTentang Emosi:

Satu perkara penting yang rasanya perlu diketengahkan berkait dengan perbincangan ini
ialah persoalan tentang emosi. Bukan sahaja di Negara ini, tetapi juga diseluruh dunia
umat Islam rata-rata menghadapi krisis emosi. Kemuncak kepada krisis ini antaranya
serangan berani mati, pengebuman diri sendiri dan sebagainya.

Secara objektifnya perjuangan Islam itu boleh dilakukan dengan berbagai cara. Para
ulama menyebutnya dalam suatu konsep besar, iaitu Jihad. Dalam penulisan kelasik ia
dihuraikan dalam sifat yang lebih menjurus kepada peperangan melawan musuh.
Bagaimana pun konsepnya yang sebenar lebih luas daripada itu. Ia merangkumi apa saja
perjuangan Islam yang dilakukan dengan gigih dan sesungguhnya.

Apa yang nyata, para ulama kelasik lebih mengambil kira realiti corak perjuangan Islam
pada waktu itu, iaitu mempertahankan kedudukan dan maruah Islam yang sentiasa
menerima serangan bersenjata dari pehak musuh. Maka oleh kerana realiti permusuhan
padahari ini coraknya agak berbeza, iaitu lebih luas dan menyeluruh maka konsep dan
pelaksaaan jihad juga perlu lebih luas dan menyeluruh. Peperangan bersenjata juga tidak
terkecuali.
Begitu pun apa yang hendak disentuh disini ialah bagaimana Islam mahu para
pejuangnya mengawal emosi agar sentiasa bersikap waras dan saksama dalam segala
langkah yang diambil. Dalam pertempuran sekalipun Islam mengingatkan agar para
tentera tidak membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak kecuali mereka ikut
berperang.Malah binatang dan pokok juga tidak boleh dimusnahkan.

Maka dalam perjuangan menegakkan Syariah Islam dalam Negara ini soal emosi ini perlu
dikawal. Agar segala langkah yang diambil bersifat waras dan bijaksana. Sebaliknya
kalau perjuangan berkenaan dipengaruhi emosi segala langkah kelihatannya sumbang.
Maka untukmenolak perjuangan itu,orang tidak perlu mempertikaikan kebenaran
perjuangan berkenaan, tetapi cukup dengan mengatakan bahawa cara yang dipilih tidak
sesuai. Bak kata al-Imam al-Ghazali, kekuatan seseorang itu tidak terletak pada
kebolehannya bergusti tetapi pada kesabarannya dalam menghadapi kesukaran.

Penutup:

Pada kesimpulannya, untuk melaksanakan Syariah Islam di Malaysia berbagai cabaran


perlu dihadapi. Bagaimanapun ia tidak terlalu besar kalau umat Islam di Negara ini
mempunyai kehendak politik yang jelas. Kerana sistem demokrasi yang ada
memunkinkan segala kehendak rakyatboleh berlaku.

Begitupun,oleh kerana rakyat secara umumnya dipengaruhi oleh golongan atau kelas
menengah maka kelas inilah biasanya yang merupakan golongan penentu. Dalam politik
mereka ini biasa diistilahkan sebagai golongan elit.

Untuk mengajak golongan ini bersimpati dengan perjuangan berkenaan para pejuang
dan pendokong perjuangan ituperlu bijak. Kalau tidak perjuangan berkenaan sekadar
akan menjadi perjuangan massa yang kurang berpengaruh walaupun mendapat
sokongan ramai.

Satu daripada acara untuk menarik perhatian golongan elit ini ialah mengurangkan
pengaruh emosi dalam perjuangan berkenaan. Kerana cerdik pandai masyarakat lebih
menghargai nilai intelektual daripada semangat yang berkobar-kobar, apatah lagikalau
digembelingkan dengan secara liar.

Dalam sebuah Negara demokrasi seperti di Malaysia sekarang, pertubuhan politik


memainkan peranan yang sangat penting dalam merealisasikan cita-cita politik bagai
sesuatu golongan atau masyarakat umumnya. Kerana itu, mempunyai dasar yang jelas
kearah merealisasikan Syariah di negara ini sangat penting bagi penerimaan golongan
masyarakat yang sukakan perjuangan berkenaan. Begitupun catatan dalam
perlembagaan sahaja tidak cukup. Pendekatan yang ditunjukkan bagi menggambarkan
dengan jelas bagaimana selogan itu dapat direalisasikan juga diperlukan.

Selain cita-cita politik, nilai intelektual juga sangat berperanan dalam menentukan
perjuangn berkenaan berjaya atau tidak. Satu aspek yang sangat diperlukan dalam
bidang ini ialah kemampuan untuk melanjutkan kesinambungan fiqh Islam dalam bentuk
dan sifat yang semasa dengan mengambil kira keperluan tempatan. Selainitu pandangan
yang menyeluruh tentang Syariat Islam juga sangat diperlukansehingga boleh mengelak
dari terjebakdalam pentafsiran sempit yang meletakkan undang-undang pada tempat
yang sangatterutama, apalagi satu-satunya pilihan.
Kepercayaan lama bahawa perlembagaan Malaysia merupakan penghalang utama
kearah merealisasikan cita-cita pelaksanaan Syariahdi Malaysia perlu disemak balik.
Kerana ternyata ruang untuk melaksanakan Syariah dalam Negara ini jauh lebih luas
daripada yang ditutup oleh perlembagaan berkenaan. Apa yang diperlukan ialah para
pentafsir undang-undang yang sudah benar-benar bebas daripada pengaruh penjajahan
Inggeris yang menyuap kepada para ahli undang-undang kita dengan tafsiran pasang
siap.

Selain itus emua, penguasaan terhadap emosi sangat perlu dalam perjuangan
berkenaan. Ia walaupun disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai perjuangan yang agak
sukart etapi Islam mempunyai cara yang jelas bagaimana melakukannya.

SEKATAN-SEKATAN DALAM PELAKSANAAN


UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

Prof. Ahmad Ibrahim

Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh Kerajaan British undang-undang asas


atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam bersama dengan Adat Melayu. Dalam
kesRamah lwn Laton ([1927] 6 FMSLR 128; 2JH 213) Mahkamah Rayuan di Selangor telah
memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan Mahkamah
hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu.

Undang-undang Islam yang diikuti itu ialah dalam semua bidang dan meliputi undang-
undang keluarga, undang-undang jenayah, undang-undang Tanah, dan undang-undang Mal,
termasuk undang-undang Acara dan Keterangan. Kumpulan undang-undang Melayu lama
seperti Undang-undang Melaka atau undang-undang yang dikumpulkan untuk Sultan Pahang
mempunyai peruntukan bagi undang-undang Mal, undang-undang Keterangan dan undang-
undang Acara. Majallat al-Ahkam, suatu kumpulan undang-undang Mal Islam, yang
diperundangkan di Turki telah diterjemahkan ke hahasa Melayu dan diiktiraf sebagai undang-
undang yang harus diikuti di mahkamah-mahkamah diJohor pada tahun 1914.

Walau bagaimanapun keadaan itu telah berubah selepas masuknya pengaruh British ke
negeri-negeri Melayu. Raja-raja Melayu telah membuat triti dengan pihak berkuasa British
dan bersetuju menerima nasihat British dalam semua bidang kecuali agama Islam dan adat
Melayu. Perkataan "agama Islam telah diberi tafsiran yang sempit dan "agama itu dianggap
sama seperti agama Kristian. Dengan tafsiran ini pihak British telah dapat mempengaruhi
bidang undang-undang di Malaysia, yang dianggap olehnya tidak berhubungan dengan
agama. Undang-undang Inggeris telah dimasukkan dan diterima di negeri-negeri Melayu
dengan dua cara.

Pertama melalui perundangan. Pihak berkuasa British telah menasihat raja-raja Melayu agar
membuat beberapa undang-undang bertulis dan undang-undang ini mengikut contoh undang-
undang Inggeris secara langsung atau tidak. Dengan cara ini diadakan Kanun Jenayah (Penal
Code), Enakmen Keterangan (Evidence Enactment), Enakmen Kontrak (Contract
Enactment), Kanun Acara Sivil, (Civil Procedure Code) Kanun Acara Jenayah dan Enakmen
Tanah (Land Enactment). Akibatnya bidang-bidang seperti bidang jenayah, kontrak, acara
jenayah, acam sivil, keterangan dan tanah, undang-undang Islam dan undang-undang Melayu
yang lama telah diketepikan dan undang-undang baharu yang mengikut prinsip-prinsip
undang-undang Inggeris telah dikuatkuasakan.

Keduanya melalui keputusan para hakim. Dengan nasihat pihak berkuasa British raja-raja
Melayu telah mengadakan mahkamah dan hakim yang dilantik mengetuai mahkamah terdin
daripada hakim-hakim British yang berpengalaman dalam undang-undang Inggeris. Apabila
hakim-hakim itu menghadapi sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui undang-
undang bertulis, mereka kerapkali memjuk kepada undang- undang Inggeris, kerana undang-
undang itulah yang mereka ketahui dan fahami. Akibatnya kaedah undang-undang Inggeris
tentang Tort dan Ekuiti diterima dan digunakan di negeri-negeri Melayu. Melalui cara
perundangan dan keputusan para hakim - undang-undang Inggeris telah dimasukkan secara
menyeluruh ke dalam undang undang di negen-negeri Melayu. Akhimya bolehlah dikatakan
undang-undang Inggeris telah hampir mengambil tempat undang-undang Islam sebagai
undang-undang negeri.

Keadaan seperti itu telah disahkan dan diperkukuhkan pula oleh undang-undang bertulis di
negeri-negeri Melayu. Pada mulanya Enakmen Undang-undang Sivil 1937 telah dibuat di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mengikut enakmen itu manakala tidak terdapat undang-
undang di negeri-negeri Melayu yang boleh dikemukakan dalam mana-mana perkara,
hendaklah mahkamah merujuk kepada undang-undang Inggeris yang berkuatkuasa di
England pada tahun 1937. Enakmen itu telah diperluas ke Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu pada tahun 1951, dan pada tahun 1956 pula ordinan yang baharu telah dibuat
untuk menggantikan Enakmen Undang-undang Sivil 1937 itu.

Ordinan Undang-undang Sivil ini dikenakan ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Seksyen
3 dalam ordinan itu memperuntukkan:

Kecuali ada peruntukan yang telah dibuat atau akan dibuat oleh undang-undang bertulis
yang berkuatkuasa di Malaya, Mahkamah akan (a) di Malaysia Barat atau di sebarang
bahagian daripadanya menguatkuasakan Common Law England dan peraturan-peraturan
Ekuiti seperti yang ditadbirkan di England pada 7 April 1956.

Ordinan Undang-undang Sivil 1956 telah disemak semula pada tahun 1971 dan diperluas ke
Sabah dan Sarawak dengan nama yang baru iaitu Akta Undang-undang Sivil, dan akta ini
masih berkuatkuasa di Malaysia. Akibatnya, undang-undang yang kita terpaksa ikuti di
Malaysia, kecuali jika ada undang-undang bertulis yang lain, ialah undang-undang Inggeris
dan undang-undang Inggerislah yang menjadi undang-undang asas dan undang-undang
negeri di Malaysia. Undang-undang Islam pada masa sekarang hanya dikenakan kepada
orang-orang Islam sahaja dan dalam perkara-perkara yang terhad sahaja iaitu perkara-perkara
bcrhubung dengan keluarga dan agama Islam dengan pengertian yang sempit.

Mengikut perlembagaan Malaysia agama Islam, undang-undang Islam dan Adat Melayu
diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri. Perenggan 1 dalam Senarai 2 - Senarai Negeri
Jadual ke-9, Perlembagaan seperti yang berikut:

Hukum Syarak

Kecuali mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, hukum syarak
dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk
hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak,
penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan
takrif serta peraturan mengenai amanat khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-
pemegang amanah dan perbadanan bagi orang tentang pemberian agama Islam dan khairat,
yayasan, amanah khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam
Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan baitulmal atau hasil agama Islam yang
seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang
menganut agama Islam, terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-
mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang
menganut agama Islam dan hanya tentang mana-mana perkara yang termasuk di dalam
perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan
kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara
hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

Oleh sebab kuasa dalam tangan negeri, dan-tiap negeri mempunyai enakmen yang tersendiri
mengenai pentadbiran undang-undang Islam. Tiap-tiap negeri mempunyai Majlis Agama
Islam dan Mahkamah-mahkamah Syariahnya sendiri. Sungguhpun pada dasarnya enakmen-
enakmen itu boleh dikatakan sama, tetapi, terdapat juga beberapa perbezaan antaranya.
Beberapa masalah juga timbul oleh kerana undang-undang itu tidak sama dan ditadbirkan di
peringkat negeri sahaja. Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah-mahkamah Syariah adalah
terhad. Mahkamah Syariah "mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang
menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam
perenggan in tetapi tidak mengenai mana-mana kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh
undang-undang Persekutuan .
Undang-undang yang mulai memberi kuasa itu ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang
KuasaJenayah) 1965 dan mengikut Akta itu Mahkamah Syariah hanya berkuasa
membicarakan perkara-perkara di mana hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih dan enam
bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1000.OO. Akta itu telah dipinda pada tahun 1984
dan diperuntukkan Mahkamah Syariah berkuasa membicarakan perkara-perkara di mana
hukuman yang boleh dikenakan tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi
RM5000.OO atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman-hukuman itu (Akta
Mahkamah Syariah Bidang KuasaJenayah 1965 (Akta 355).

Undang-undang yang dikenakan di Malaysia tidak semestinya undang-undang Islam yang


asal akan tetapi boleh dipengaruhi dan diubah oleh undang-undang bertulis, keputusan-
keputusan mahkamah dan Adat Melayu. Undang-undang bertulis, khasnya yang diperbuat
sebelum merdeka, boleh mengetepikan undang-undang Islam. Sebagai contoh seperti yang
diputuskan dalam kes Ainan lwn S'yed Abu Bakar ([19391MLJ209). Soal yang timbul dalam
kes itu tentang sah tarafnya seorang anak yang telah dilahirkan oleh ibunya selepas empat
bulan dia berkahwin dengan seorang lelaki. Jika perkara itu dirujukkan kepada undang-
undang Islam jelaslah anak itu tidak sah tarafnya. Akan tetapi dalam perkara tersebut terdapat
seksyen 112 Enakmen Keterangan yang menganggap seorang yang dilahirkan pada masa
ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki sebagai anak sah kepada lelaki itu. Dalam
kes Ainan lwn Syed Abu Bakar mahkamah berpendapat bahawa undang-undang yang harus
diikuti ialah Enakmen Keterangan dan bukan undang-undang Islam dan kerana itu diputuskan
anak itu sah tarafnya.

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen selepas Hari Merdeka tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang telah disebutkan, pada amnya Parlimen tidak
mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai undang-undang Islam (kecuali untuk
Wilayah Persekutuan) dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang Islam
hanya boleh diadakan dan dikuatkuasakan dengan persetujuan kerajaan negeni yang
berkuasa. Contohnya Akta Penjagaan Kanak-kanak (Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961
(Akta 351). Akta ini dibuat oleh Parlimen untuk menyelaraskan undang-undang mengenai
hak kewalian dan jagaan seluruh Malaysia. Akan tetapi diperuntukkan juga bahawa akta itu
tidak dikenakan kepada onang-orang Islam melainkan dengan syarat (a) akta itu diterima oleh
Kerajaan Negeri, dan (b) mana-mana peruntukan dalam akta itu yang bertentangan dengan
undang-undang Islam tidak dikenakan kepada orang Islam. Dalam kesMyriam lwn Mohamed
Ariff ([1971] 1 MU 275: 3JH 35) seorang ibu menuntut hak penjagaan anak-anaknya iaitu
seorang perempuan yang berumur lima tahun dan seorang lelaki berumur dua tahun. Dia telah
diceraikan oleh suaminya dan selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang lain. Pada masa
pendaftaran perceraian kadi telah mencatatkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju
bahawa anak-anak itu diserahkan kepada ayahnya.

Hakim yang arif dalam kes itu memutuskan bahawa dia harus mengikut Akta Penjagaan
Kanak-kanak yang mengarahkan mahkamah memandang kepada kepentingan anak-anak
yang berkenaan dalam memutuskan perkara penjagaannya. Beliau berpendapat bahawa
peruntukan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Islam, sungguhpun dalam undang-
undang Islam ada disebutkan bahawa seorang ibu yang telah berkahwin dengan orang lain
dengan sendirinya hilang hak penjagaannya. Dalam undang-undang Islam pun, kata beliau,
perkara yang harus diberi pertimbangan ialah kepentingan anak-anak itu. Berhubung dengan
kes ini, memandangkan kepentingan anak-anak itu beliau telah memutuskan memberi hak
penjagaan anak lelaki berumur dua tahun kepada ibunya dan menetapkan anak perempuan di
bawah jagaan ayahnya.

Sungguhpun pada amnya perkara-perkara mengenai undang-undang Islam biasanya


diputuskan di Mahkamah-mahkamah Kadi di tiap-tiap negeri, ada kalanya perkara seperti itu
boleh dibawa di hadapan Mahkamah Sivil, seperti Mahkamah Tinggi. Khususnya di dalam
perkara mengenai harta dan harta pusaka, tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Sivil.
Contohnya kes Commissioner of Religious Affairs Terengganu lwn Tengku Mariam ([1970] 1
MU 222). Perkara yang timbul dalam kes itu ialah tentang sah atau tidaknya wakaf khas yang
dibuat oleh Tengku Chik. Wakaf itu ialah untuk keluarga Tengku Chik dan selepas itu untuk
Islam dan penuntut-penuntut pengajian Islam. Ahli waris yang berkenaan telah bersetuju
merujukkan perkara itu kepada Mufti dan Mufti telah pun memberi fatwanya bahawa wakaf
itu sah. Akan tetapi kemudiannya beberapa orang ahli waris mengemukakan perkara tersebut
ke Mahkamah Tinggi. Dalam perkara itu, telah terdapat keputusan Privy Council yang telah
menunjukkan bahawa wakaf ahli seperti itu tidak sah dan Mahkamah Tinggi telah mengikut
keputusan yang dianggap mengikatnya, dan memutuskan bahawa wakaf Tengku Chik itu
adalah tidak sah. Apabila rayuan dibuat di Mahkamah Persekutuan, mahkamah berpendapat
oleh kerana ahli waris itu telah bersetuju menerima keputusan Mufti, mereka adalah terikat
dengan keputusan itu dan mereka tidak boleh lagi mempemsoalkan perkara itu di Mahkamah
Sivil. Walau bagaimanapun Mahkamah Persekutuan juga menganggap ia terikat dengan
keputusan Privy Council dalam perkara ini dan jika ia ada kuasa memutuskan perkara itu ia
harus memutuskan juga bahawa wakaf itu tidak sah.

Perkara Adat Melayu boleh timbul juga dalam pelaksanaan undang-undang Islam. Mengikut
hakim-hakim Inggeris dan hakim-hakim yang beraliran Inggeris, undang-undang Islam boleh
diubahsuai oleh adat Melayu. Umpamanya dalam kes Robert lwn Ummi Kalthom [1966] 1
MU 163; 2JH 82). Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa harta sepencarian ialah
perkara Adat Melayu dan harus dikenakan sebagai Adat Melayu di negeri-negeri Melayu. Kes
itu telah diikuti dalam kes Boto bt. Taha lwn Jaafar bin Muhammad [1985]2MLJ98) di mana
HBM Salleh Abas, (pada masa itu) telah berkata bahawa harta sepencarian bukan bersandar
kepada hukum Islam akan tetapi bersandar kepada Adat Melayu. Usaha tidak dibuat di
Mahkamah Sivil untuk mencari asas harta sepencarian itu yang terdapat dalam undang-
undang Islam. Sebaliknya usaha itu telah pun dibuat oleh Mahkamah Syariah sebagai contoh
dalam kes Zainuddin lwn Anita [1982] 4JH 73) danMansjurlwn Kamanah [1988] 3 MU xlix;
6JH 289.

Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa
buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang
asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5
dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan
merujuk kepada undang-undang Inggenis yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang.-
undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah
diadakan dalam Pemlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-
undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka hendaklah
undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan.

Dengan dua cara mi bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia


sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Selepas dan itu hendaklah kita menghormati dan menerima undang-undang Islam dalam
semua bidang. Langkah ini tidaklah boleh diambil tergesa-gesa tetapi hendaklah orang Islam
sendiri mempelajari dan meyakinkan ketinggian taraf dan keindahan undang-undang Islam
itu. Kita harus meyakinkan diri kita sendiri dan orang-orang lain di Malaysia bahawa undang-
undang Islam itu adil dan saksama. Sayangnya kita telah mengabaikan dan mencuaikan
khazanah yang berharga yang telah diwarisi kepada kita oleh para ulama Islam. Kita harus
mempelajari undang-undang Islam itu dan berikhtiar dan berijtihad jika perlu untuk
menjadikan undang-undang Islam itu undang-undang kebangsaan di Malaysia. Beberapa
langkah telah pun diambil di Jabatan Syariah, Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
dan di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya, dan dengan kerjasama kedua-dua fakulti
itu telah membawa kesan yang sangat baik. Kulliyyah Undang-undang Universiti Islam
Antanabangsa telah ditubuhkan dengan tujuan menyiapkan pelajar-pelajarnya untuk
menerima dan mengemukakan undang-undang Islam diterima sebagai undang-undang asas
bagi orang-orang Islam di Malaysia. Tetapi ini adalah langkah permulaan sahaja dan banyak
lagi langkah harus diambil untuk menghilangkan sangka buruk terhadap undang-undang
Islam dan mengiktiraf dan menghormati undang-undang Islam di Malaysia. Undang-undang
di negeri-negeri Barat, dengan secara langsung atau tidak, dan dengan diketahui atau tidak,
telah banyak mengambil dan meniru undang-undang Islam. Di England banyak pembaharuan
telah dibuat, yang telah membawa undang-undang itu lebih dekat kepada undang-undang
Islam. Tetapi sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerap kali menurut sahaja
pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat di England, sungguhpun peruntukan yang
setanding dengan itu atau yang lebih baik boleh didapati daripada undang-undang Islam. Kita
orang-orang Islam di Malaysia haruslah menyesuaikan diri dan menguatkan iman kita supaya
layak menenima kurnia undang-undang Islam kepada kita dan selepas itu bolehlah kita cuba
memujuk jiran-jiran kita di Malaysia menikmati undang-undang itu.

Sumber utama undang-undang Islam ialah al-Quran dan Hadis dan selain itu rujukan juga
dibuat kepada kitab-kitab Fiqh. Antaranya Minhaj al-Talibin, I'anat al-Talibin, Bug at al-
Mustarshidin, Fath al-Mu in, Tuhfat al-Muhtaj, Nihayat al-Muhtaj dan Iqna'. Di Malaysia
undang-undang Islam ditadbirkan di peringkat negeri dan tiap-tiap negeri mempunyai
enakmen tentang pentadbiran undang-undang Islam di negeri itu. Di tiap-tiap negeri diadakan
Majlis Agama Islam dan pegawai seperti mufti, kadi besan dan kadi. Mufti biasanya menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Syariah yang ditugaskan mengeluarkan fatwa jika perlu. Pada ketika
membuat atau mengeluarkan fatwa pendapat yang biasanya diikuti ialah dari qaul yang
muktamad dalam Mazhab Shafie. Akan tetapi jika difikirkan dengan mengikut qaul Mazhab
Shafie itu akan berlawanan dengan faedah umum, jawatankuasa syariah boleh mengikut qaul
dari tiga mazhab yang lain iaitu Maliki, Hanafi dan Hanbali yang mana difikirkan
munasabah. Di tiap-tiap negeri diadakan peruntukan untuk mendaftar perkahwinan,
perceraian dan rujuk. Mahkamah Syariah terdapat di tiap-tiap negeri untuk membicarakan
perkara mal dan jenayah dalam bidang kuasanya. Rayuan biasanya dibuat kepada
Jawatankuasa Ulangbicara yang dianggotai oleh mereka yang dipilih daripada panel yang
dilantik oleh raja-raja di tiap-tiap negeri.

Enakmen-enakmen di negeri-negeri di Malaysia boleh dikatakan mengikut bentuk yang sama


dan pada amnya boleh dikatakan peruntukan-peruntukannya sama, akan tetapi adakalanya
terdapat sedikit perbezaan. Tiap-tiap negeri mempunyai enakmennya sendiri dan sistem
Mahkamah Kadi yang mentadbirkan undang-undang Islam itu berlainan di tiap-tiap negeri.
Oleh sebab kebanyakan enakmen itu dibuat pada masa penjajah British enakmen-enakmen itu
perlu dibaharui dan diselaraskan antara negeri-negeri.

Baru-baru ini beberapa langkah telah diambil untuk menyelaraskan Undang-undang Keluarga
Islam yang ditadbirkan di Malaysia. Satu rang undang-undang telah digubal di peringkat
Persekutuan dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja. Apabila rang undang-undang itu
telah dibahas dan diterima pada dasarnya oleh Majlis Raja-raja, rang undang-undang itu
dirujukkan kepada tiap-tiap negeri untuk diterima dan dijadikan undang-undang negeri.
Antara negeri yang asal menerima cadangan itu ialah Kedah di mana Majlis Undangan
Negeri telah meluluskan Enakmen Keluarga Islam pada tahun 1979 dan ini telah disiarkan
pada tahun 1984 (Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah) 1983 (No. I Tahun
1983); dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1984 dan No. 3 Tahun 1987). Kemudiannya
negeni Kelantan telah mengadakan Enakmen Keluarga Islam pada tahun 1983 dan Wilayah
Persekutuan Akta Keluarga Islam pada tahun 1984 (Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Beberapa negeri lain juga kemudiannya telah
mengadakan Enakmen Keluarga Islam, Negeri Sembilan dan Melaka pada tahun
1982, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (No.7 Tahun 1983;
Enakmen Keluarga Islam Melaka 1983 (No. 8 Tahun 1983).

Perak dan Selangor pada tahun 1984, Pulau Pinang pada tahun 1985 Terengganu pada tahun
1986 dan Pahang pada tahun 1987 iaitu Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Perak)
1984 (No. 13 Tahun 1984); Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984 (No. 4
Tahun 1984), dipinda oleh Enakmen No. 6 Tahun 1988. Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Pulau Pinang) 1985 (No. 2 Tahun 1985). Enakmen Undang-undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Terengganu) 1985 (No. l2Tahun 1985) dan Undang-undang Keluarga Islam
(Pahang) 1987 (No. 3 Tahun 1987).

Langkah juga telah diambil untuk membaharui cara pentadbiran undang-undang Islam di
mahkamah. Mengikut cadangan yang dibuat oleh suatu jawatankuasa yang mengkaji sistem
kehakiman Islam di Malaysia, beberapa negeri di Malaysia telah mengadakan enakmen untuk
menyusun Mahkamah Syariah di tiga peringkat - Mahkamah Syariah Rendah, Mahkamah
Syariah Tinggi dan Mahkamah Syariah Ulangbicara melalui Enakmen Mahkamah Syariah
Kelantan 1982 (No. 3 Tahun 1982); Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Kedah 1985
(No. 6 Tahun 1985); Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 (No. 2 Tahun
1989); Rang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1990.

Hakim-hakim mahkamah itu diasingkan pentadbirannya daripada majlis dan Jabatan Agama
dan diberi kebebasan sebagai mahkamah keadilan. Baru-baru ini usaha telah diambil untuk
meningkat pengalaman dan pencapaian hakim Syaniah dan suatu kursus di peringkat diploma
lanjutan telah diadakan untuk mereka.

Di beberapa negeri juga telah diadakan enakmen mengenai undang-undang acara mal
sepertiEnakmen Acara Sivil Syariah Kelantan 1984 (No. 5 Tahun 1984); Enakmen Aturcara
MaI Kedah 1979 (No. 2 Tahun 1984); Rang Akta Acara Mal Syariah Wilayah Persekutuan
1990, undang-undang acara jenayah seperti Enakmen Acara Jenayah Syariah Kelantan 1983
(No. 9 Tahun 1983); Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Melaka 1986 (No. 2 Tahun 1986).
Rang Akta Acara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1986 (No. 2 Tahun 1986) dan
undang-undang ketenangan bagi Mahkamah Syariah seperti Rang Akta Keterangan Syariah
Wilayah Persekutuan 1990. Dengan adanya enakmen itu hakim-hakim Mahkamah Syarah
dapat merujuk kepada peraturan-peraturan yang mengikut hukum syarak. Di Kedah dan
Kelantan telah diadakan Kanun Jenayah Syariah iaitu Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988
(No.9 Tahun 1988); Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 (No.2 Tahun 1985), dipinda oleh
No.4 Tahun 1987; Rang Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1990.

Undang-undang Islam di Malaysia bukan sahaja ditadbirkan di mahkamah-mahkamah kadi


tetapi juga adakalanya ditadbirkan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi apabila
memutuskan sesuatu perkara bukan memandang kepada hukum Islam sahaja tetapi
memberatkan undang-undang awam negeri.

Oleh sebab itu boleh terjadi pertentangan di antara undang-undang di Malaysia dan hukum
Islam, dan juga di antara keputusan kadi dan pendapat mufti dengan keputusan mahkamah
awam. Mengikut undang-undang yang berlaku di Malaysia pada masa dahulu apabila
pertentangan itu terjadi keutamaan diberi kepada undang-undang di Malaysia dan keputusan
mahkamah awam untuk mengelakkan kejadian seperti itu dan mengagungkan semula hukum
Islam, beberapa langkah harus diambil.

Pertama ialah memansuhkan seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil, 1956 iaitu Akta
Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67). Dengan memansuhkan peruntukan Akta itu, bermakna
kita pada masa ini dikehendaki merujuk kepada undang-undang Inggeris. Kita tidak harus
terikat sedemikian, dan harus bebas mencari panduan daripada undang-undang lain, khasnya
daripada undang-undang Islam.

Kedua hendklah diadakan suatu perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang berbunyi:

Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah


terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan itu.

Dengan syarat seperti ini yang telah pun terdapat dalam Perlembagaan Pakistan, Perkara
227, kita boleh menentukan bahawa semua undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia
tidak bertentangan dan sesuai dengan undang-undang Islam.

Ketiga, bolehlah kita anjurkan mengadakan syarat di semua kanun dan akta bahawa jika tidak
ada peruntukan dalam kanun atau akta itu mahkamah hendaklah merujuk kepada undang-
undang Islam.

Satu langkah yang sangat berkesan telah diambil dengan pindaan kepada Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 121, yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Bawahan tidak boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam
bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Dalam kes-kes yang disebutkan di atas dengan pindaan Perkara 121 Perlembagaan
Persekutuan, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A 704) percanggahan di antara
Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul kerana kes-kes itu hanya
boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidang
kuasa dalam perkara-perkara itu. Sungguhpun demikian terdapat juga undang-undang bertulis
yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan keraguan. Antara undang-undang bertulis
itu ialah:

1. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).

Seksyen 4 Courts of Judicature Act 1964, memperuntukkan bahawa jika terdapat


pertentangan atau percanggahan di antara Akta itu dan mana-mana undang-undang bertulis
lain kecuali Perlembagaan yang berkuat- kuasa pada tarikh berkuatkuasa Akta itu, peruntukan
Akta itu hendaklah mengatasi undang-undang lain. Seksyen ini hendaklah dimansuhkan.

(b) Akta Keterangan 1950 (Akta 56).

Seksyen 112 Evidence Act 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran
wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.

(c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (Akta 351)


Akta ini hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri yang telah mengadakan peruntukan
untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.

(d) Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208)

"Wakaf' hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust di bawah akta ini.

Sebelum undang-undang Islam dapat diterima sebagai undang-undang dan pedoman di


Malaysia pada keseluruhannya, kita harus berusaha memperbaiki cara pentadbiran undang-
undang keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang kita menghadapi
kekurangan dalam banyak perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada bangunan mahkamah
yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi, kekurangan pegawai dan
kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk pentadbiran
undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan sekurang-kurangnya
dengan apa yang terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti dan hakim-hakim hendaklah
menjalankan tugas mereka supaya pentadbiran undang-undang Islam mencapai mutu dan
kepercayaan yang telahpun dicapai oleh mahkamah awam di Malaysia.

Kita harus mendapat keyakinan daripada orang Islam sendiri bahawa undang-undang Islam
boleh ditadbirkan untuk memberi keadilan dan tidak kurang mutunya daripada mahkamah-
mahkamah lain di Malaysia. Apabila telah tercapai kepercayaan itu bolehlah kita harapkan
undang-undang Islam kembali semula sebagai undang-undang asas dan undang-undang
negara di Malaysia.

Undang-undang Islam menghormati undang-undang yang diikuti oleh penganut agama-


agama lain. Dalam Perlembagaan Malaysia, seperti juga dalam Perlembagaan Terengganu
dan Johor dahulu, disebutkan sungguhpun Islam menjadi agama Persekutuan atau negeri,
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Di Perak pada tahun 1893 telah
diadakan Perintah yang mengiktiraf undang-undang Cina dan membenarkan orang-orang
Cina mengikut undang-undang adat mereka melalui Perak Order in Council No. 23 of 1893-
Recognition of Chinese Laws.

Kedudukan itu bukan diubah oleh undang-undang atau kerajaan Islam akan tetapi telah
diubah dengan undang-undang sivil yang diadakan dan diterima oleh orang-orang Cina -
seperti Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) dan Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Orang-orang bukan Islam dibenarkan
mengikut undang-undang agama atau adat mereka dan begitu juga orang-orang Islam
hendaklah dibenarkan mengikut undang-undang Islam.

Sayangnya kita dapati di Malaysia apa yang didukung dan dimajukan oleh orang-orang bukan
Islam ialah undang-undang Inggeris yang kita terima daripada penjajah. Orang-orang Islam
sebaliknya ingin mengembalikan undang-undang Islam kepada tempatnya yang asal sebagai
undang-undang asas dan undang-undang negeri. Ini yang menimbulkan masalah di Malaysia.
Satu harapan ialah undang-undang Inggeris sendiri telah mengalami beberapa pembaharuan
yang membawanya lebih dekat kepada undang-undang Islam dan dengan kejadian itu
perbezaan antara undang-undang Inggeris dan undang-undang Islam dapat dikurangkan.
Usaha boleh dibuat untuk menyelaraskan undang-undang sivil di Malaysia dengan undang-
undang Islam yang dengan cara itu akan diterima oleh semua rakyat di negara kita.

Sungguhpun Mahkamah Syariah boleh dikatakan telah dibebaskan daripada percanggahan


dengan Mahkamah Sivil apabila pihak-pihak kes ialah orang-orang Islam dan perkara itu
dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah (oleh kerana Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai
bidang kuasa) satu masalah timbul apabila satu pihak orang Islam dan pihak yang lagi satu
bukan Islam. Dalam percanggahan undang-undang seperti mi sayangnya Mahkamah Sivil
selalu merujuk kepada undang-undang sivil iaitu undang-undang pihak yang bukan Islam
sebagai contoh Che Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor [1984] 2 MU 55; Eeswari
Visuvalingam lwn Kerajaan Malaysia. [1990] 1 MU 86. Pedley lwn Majlis Agama lslam
Pulau Pinang [1990] 1 MU 307 dan Teoh Eng Huat lwn Kadi Pasir Mas [1990] 2 MU 300;
Lihat juga Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, s. 51.

Adalah diharapkan Mahkamah Sivil akan juga merujuk kepada undang-undang Islam, iaitu
undang-undang pihak yang satu lagi, dan memutuskan perkara itu mengikut prinsip-prinsip
yang dikenakan apabila terjadi percanggahan undang-undang, iaitu memilih mana-mana
undang-undang yang munasabah dan membawa kepada keadilan:

Alangkah baiknya kita mengingatkan diri kita bahawa undang-undang Islam ialah undang-
undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia.

http://tayibah.com/eIslam/halangislam.php

.LATAR BELAKANG

Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan
negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka
menjajah negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana
sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam
konteks perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah undang-
undang Islam dan istilah pentadbiran undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-
undang itu sendiri.

Secara umum, istilah pentadbiran undang-undang lebih hampir kepada urusan siyasah yang membawa
maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu
sendiri atau dengan perkataan lain difahami sebagai kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat
secara rasmi(1). Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan jika dirujuk berdasarkan
semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya peruntukan undang-undang yang digubal semasa
penjajahan Inggeris berkaitan dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan
selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara
kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir.

Sebagaimana dimaklumi, penjajahan Inggeris di Tanah Melayu bermula di negeri-negeri yang dikategoriikan
sebagai Negeri-negeri Selat dan kemudiannya di Negeri-negeri Melayu yang lain yang diistilahkan sebagai
negeri-negeri Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sejarah menukilkan bahawa
sebahagian kuasa pentadbiran mereka ditentukan melalui autoriti Sultan sebagai ketua negeri dan ketua agama
di negeri masing-masing dan kuasa eksekutif di tangan mereka. Ini boleh dilihat selepas Perjanjian Pangkor
1874(2) dan kemudiannya banyak mempengaruhi sistem pemerintahan negara ini selepas merdeka termasuk
undang-undang pentadbiran hal ehwal Islam di negeri-negeri. Pengalaman dan kecekapan pentadbiran mereka
amat berkesan sekali mempengaruhi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama
Islam sehingga ke hari ini. Umum memahami bahawa antara perkara dipersetujui dalam perjanjian tersebut ialah
mereka tidak mencampuri dalam urusan hal ehwal agama Islam. Namun, hampir kesemua negeri-negeri Melayu
mempunyai suatu undang-undang pentadbiran agama Islam yang hampir seragam yang ditumpukan kepada
soal undang-undang diri bagi orang-orang Islam di negeri masing-masing misalnya undang-undang pendaftaran
perkahwinan dan perceraian orang-orang Islam (3), dan undang-undang penubuhan dan bidang kuasa
Mahkamah Kadi.(4) Mereka beranggapan bahawa mereka tidak mencampuri urusan agama tetapi sebagai pihak
yang mempunyai kuasa eksekutif yang mutlak maka adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga
kepentingan awam tanpa mengira agama. Sebab itu, mereka berjaya memperkenalkan undang-undang
pentadbiran bagi tujuan penyelarasan semua undang-undang yang mereka perkenalkan. Malah, dalam soal
yang menyentuh secara spesifik tentang hukum Syarak iaitu dalam menentukan tafsiran sesuatu perkara itu
sebagai hukum Syarak atau adat Melayu dimana mempunyai hubungkait dengan soal keterangan atau
persoalan yang tidak jelas, maka peraturan bertulis diperkenalkan(5) bagi memberi kuasa kepada Majlis Negeri
(State Council) mengesahkan sesuatu perkara yang dibangkitkan itu sama ia releven dengan hukum Syarak
atau adat Melayu. (6)

Secara umum, pada fasa pemerintahan mereka, undang-undang substantif yang diperkenalkan boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu undang-undang keluarga, harta dan kesalahan-kesalahan terhadap agama.
Pertama, kandungan undang-undang keluarga meliputi perkara yang berkaitan dengan permulaan kepada
perkahwinan misalnya pertunangan dan mungkir janji pertunangan, mahar; semasa akad misalnya soal wali dan
sebagainya; perceraian misalnya talak biasa, khul` dan fasakh. Sementara kedua, perkara yang berkaitan
dengan harta adalah tertumpu kepada harta pusaka, wasiat dan harta wakaf orang-orang Islam yang banyak
berkaitan dengan undang-undang bertulis lain dan bukan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal
Islam misalnya Ordinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(7) dimana kuasa diberikan kepada Pegawai
Pemungut Hasil Tanah untuk mentadbir serta menyelesaikan pertikaian, dan sebarang rayuan mengenai
pertikaian berkenaan akan dibuat di Mahkamah Sivil (Mahkamah Tinggi). Hingga kini, pertikaian kes berkenaan
dibuat di Mahkamah Sivil dimana biasanya hukum Syarak akan diambil kira jika tidak menyentuh undang-undang
bertulis atau selaras dengan undang-undang bertulis yang dipakai.(8) Ketiga, perkara yang berkaitan dengan
kesalahan terhadap agama yang bermula dari kesalahan-kesalahan misalnya tidak mendaftarkan perkahwinan
dan perceraian, mengakadnikah tanpa kebenaran atau tidak mengikut undang-undang hinggalah kepada
kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan moral misalnya melakukan zina, khalwat, meminum minuman
keras serta hal-hal yang menyentuh akidah misalnya tidak bersolat Jumaat tanpa uzur, tidak membayar zakat,
tidak berpuasa pada bulan Ramadhan dan seumpamanya.

Kecekapan mereka memperkenalkan sistem perundangan menerusi penubuhan Majlis Negeri yang bertindak
sebagai badan pemutus tindakan-tindakan eksekutif disamping berfungsi sebagai badan yang mengesahkan
sesuatu tindakan menerusi statut-statut bertulis yang diperkenalkan dan prinsip duluan mengikat(9) banyak
mempengaruhi tafsiran status dan rujukan hukum Syarak atau undang-undang Islam jika kes berkenaan
dibicarakan di Mahkamah Sivil. Tambahan pula, pemakaian undang-undang lazim Inggeris (English common
law) dan peraturan ekuitinya yang dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1937 melalui
Enakmen Undang-undang Sivil dan diluaskan ke negeri-negeri lain pada tahun 1951 dan dikenali kemudiannya
sebagai Ordinan Undang-undang Sivil 1956(10) telah dengan sendirinya mengukuhkan pentadbiran undang-
undang sivil dan sedikit sebanyak menyempitkan tafsiran undang-undang Islam. (11)

Kes-kes yang diputuskan semasa penjajahan yang melibatkan soal adat Melayu dan hukum Syarak juga
mempengaruhi peruntukan-peruntukan perlembagaan yang digubal kemudiannya dan seterusnya memberi
kesan kepada perkembangan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Biasanya hakim-hakim Inggeris tidak
dapat membezakan antara perkara hukum Syarak dan adat Melayu atau adat Melayu yang selaras dengan
hukum Syarak atau sebaliknya. Boleh disimpulkan bahawa kebanyakan penghakiman dibuat banyak
mengambilkira aspek prosedural dan aspek keterangan yang jika dipenuhi maka barulah mengambilkira hukum
Syarak atau yang diistilahkan sebagai undang-undang Islam.(12) Boleh dikatakan semua kes yang diputuskan
yang berkaitan dengan pemakaian undang-undang Islam melibatkan kes-kes sivil yang secara relatifnya boleh
ditafsirkan sebagai perkara yang mempunyai hubungkait dengan undang diri bagi orang-orang yang menganut
agama Islam(13) dan tidak sama sekali melibatkan undang-undang jenayah awam.(14) Malah, kesalahan-
kesalahan yang ada ditafsirkan sebagai kesalahan agama atau kesalahan melanggar peruntukan undang-
undang pentadbiran agama. Sebab itu, meskipun dalam sejarah penghakiman mereka di Tanah Melayu ada
dicatitkan yang undang-undang Islam bukan undang-undang asing tetapi sebagai undang-undang negeri,
sebenarnya ia hanya merujuk kepada undang-undang diri.(15) Pengalaman-pengalaman ini(16) adalah selaras
dengan laporan Suruhanjaya yang mencadangkan apakah bentuk dan kandungan Perlembagaan Persekutuan
yang sesuai kepada sebuah negara yang akan merdeka pada tahun 1957 itu.

2.TAKAT KUASA KERAJAAN NEGERI DALAM MENTADBIR HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara.(17) Dari segi definisi,
perlembagaan merupakan suatu himpuan peraturan tertinggi yang telah dipersetujui bersama dan maksud setiap
peruntukan memberi manfaat kepada warga selain memasyurkan sebagai sebuah negara merdeka..
Pembebasan sesebuah tanah jajahan seperti Malaysia dan pembentukan sesebuah negara moden biasanya
ditanda oleh pembentukan sebuah perlembagaan bertulis.

Keistimewaan Perlembagaan Persekutuan ialah dengan memasukkan empat elemen tradisi dimana
antaranya(18) ialah agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan,(19) serta kedudukan dan keistimewaan
Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri sebagaimana diakui dan diisytiharkan oleh
Perlembagaan Negeri. Tertakluk kepada Perlembagaan Negeri, segala hak, keistimewaan dan kedaulatan dan
kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua Agama Islam tidak tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa
perbuatan, amalan dan upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja adalah meliputi seluruh
Persekutuan, maka atas sifat Raja sebagai ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong
mewakilinya.(20) Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Melaka, Pulau Pinang,
Sabah(21) dan Sarawak) hendaklah membuat peruntukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam
bagi negeri-negeri itu.(22) Yang di-Pertuan Agong juga menjadi Ketua Agama Islam bagi Wilayah-wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dimana Parlimen diberi kuasa untuk membuat undang-
undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama untuk menasihati Yang di-Pertuan
Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam. (23)

Bertitik tolak dari semangat Perkara 3 (1-5), maka perkara-perkara lain berkaitan mempunyai hubungan dengan
pentadiran hal ehwal agama Islam misalnya penubuhan Majlis/Jabatan Agama Islam di negeri-negeri, Jabatan
Mufti, Mahkamah Syariah dan lain-lain.(24) Selaras dengan tuntutan semasa untuk memperkemaskan
pentadbiran hal ehwal Islam, kerajaan-kerajaan negeri telah mula mengasingkan tiga institusi penting iaitu
Majlis /Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah apabila undang-undang induk (pentadbiran hukum
Syarak) dipinda dengan memperuntukkan fungsi Majlis secara jelas iaitu membantu dan menasihati Yang di-
Pertuan Agong/Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan agama Islam di dalam negeri
kecuali perkara-perkara hukum Syarak iaitu penubuhan Jabatan Mufti dan yang berhubung dengan pentadbiran
keadilan iaitu penubuhan Mahkamah Syariah, dan. Majlis Agama negeri menjadi pihak berkuasa utama di dalam
negeri masing-masing. (25)

Apa yang perlu difahami ialah dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam,
Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk menggubal
undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri masing-masing termasuk di
Wilayah-wilayah Persekutuan. Apa yang menarik perhatian ialah di Wilayah-wilayah Persekutuan, undang-
undang yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang Islam adalah diluluskan oleh Parlimen yang juga
berfungsi sebagai Badan Perundangan Persekutuan. Namun, perlu difahami bahawa status undang-undang
yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama atau hukum Syarak hanya berkuat kuasa di dalam
Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja dan sama seperti undang-undang Islam yang digubal di negeri-negeri
(dalam Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1). Kuasa tersebut dibuat dalam Perlembagaan
Persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Senarai 1 Senarai Persekutuan Butiran 4 (k) yang memperuntukkan
bahawa Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk menentukan Hukum
Syarak(26) dan lain-lain undang-undang diri bagi maksud undang-undang Persekutuan.(27) Malah, dalam
Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan dimana peruntukan dibuat bagi memberi kuasa kepada Parlimen
untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran hal ehwal Islam dan penubuhan Majlis Agama Agama
Islam.

Kerajaan-kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang
diberi oleh undang-undang Persekutuan iaitu peruntukan hukuman bagi kesalahan-kesalahan termasuk
kesalahan jenayah Syariah untuk seluruh Persekutuan,(28) namun peruntukan yang diluluskan hanya
berkuatkuasa di negeri-negeri jika Badan Perundangan Negeri menggubal atau meminda undang-undang
kesalahan jenayah Syariah di negeri masing-masing supaya selaras dengan peruntukan berkenaan. Badan
Perundangan Negeri tidak diberi kuasa menggubal suatu peruntukan yang melebihi daripada peruntukan
berkenaan dan harus mengambikira perkara 75 Perlembagaan Persekutuan. (29)

Kerajaan-kerajaan negeri yang lain juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan
hal ehwal agama Islam di bawah Jadual Kesembilan Senarai 2 Senarai Negeri Butiran 1 memperuntukkan:

Hukum Syarak dan Undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam, termasuk
hukum Syarak yang berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan,
perceraian, maskawin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian
harta dan amanah bukan khairat;

Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-
pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan,
amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan;

Zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; (30)

Masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;

Mengadakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama
Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;

Keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syar`iyyah, yang akan mempunyai bidang
kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang
termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali
setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan;

Mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam;

Menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.

3.CABARAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM

- Peringkat Persekutuan

Selepas Merdeka, usaha-usaha di peringkat Persekutuan telah dibuat untuk menyeragamkan pentadbiran
undang-undang Islam. Penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKHEIM) yang
dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu (MRR) dan urusetianya ialah Bahagian Ugama di Jabatan Perdana
Menteri yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara fungsi Majlis ini ialah
memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, kerajaan-kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam negeri atau apa-
apa perkara berkenaan perundangan atau pentadbiran agama Islam dan pelajaran agama Islam dengan tujuan
hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran.(31) Untuk
tujuan itu, beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah urusetia dan termasuklah Jawatkuasa Teknikal
Undang-undang Syarak dan Sivil, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan lain-lain. Sejauh penelitian, penubuhan
MKHEIM dan JAKIM adalah selaras dengan kehendak peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 38 (2)
(b) (c) yang menjelaskan tugas-tugas MRR antara lain ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan dan mempersetujui atau tidak
mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat dan memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang
menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan MRR atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas
berunding dengan MRR

Walau bagaimanapun, sebagaimana dijelaskan bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang Islam adalah di
bawah kuasa kerajaan-kerajaan negeri termasuk juga di Wilayah-wilayah Persekutuan, maka usaha-usaha
penyeragaman di peringkat kebangsaan adalah bergantung kepada kuasa budibicara kerajaan-kerajaan negeri.
Pihak yang bertindak sebagai urusetia sebenarnya tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan
kerajaan-kerajaan negeri mengikuti model atau syor penyeragaman yang telah disediakan itu. Sebaliknya
kerajaan-kerajaan negeri walaupun sedia menerimapakai suatu model undang-undang yang sepatutnya
diterimapakai, tetapi tiada halangan dari sudut perundangan bagi pihak kerajaan-kerajaan negeri meminda
mana-mana peruntukan dalam undang-undang yang disyorkan itu terutama bagi kesesuaian di negeri masing-
masing. Sebab itu, sekali lagi mutakhir ini suatu penyelarasan menyeluruh cuba dibuat dengan memperkenalkan
undang-undang keluarga yang baru. Di bawah undang-undang yang baru ini, tiada banyak perubahan yang
dipinda kecuali yang paling ketara iaitu soal poligami iaitu memberi kuasa kepada mahkamah memanggil wali,
isteri yang sedia ada dan lain-lain yang berkenaan hadir di Mahkamah untuk memberi keterangan serta
permohonan pihak-pihak untuk membahagikan apa-apa harta atau aset yang dikumpulkan dalam tempoh
perkahwinan setelah Mahkamah membenarkan permohonan suami. Sehingga kini, hanya beberapa buah negeri
sahaja yang mengemukakan deraf undang-undang berkenaan untuk diluluskan oleh Badan Perundangan
Negeri.(32) Sebagaimana dijelaskan, tiada halangan bagi sesetengah negeri membuat pindaan terhadap deraf
undang-undang yang kemudiannya diluluskan itu. (33)

Usaha meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan juga misalnya peruntukan "Perkara
121 (1A)" (34) merupakan satu usaha untuk menjelaskan bidang kuasa Mahkamaha Syariah dan Mahkamah
Sivil. Menjadi satu cabaran kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang tertentu yang
memberi kuasa yang jelas dan eksklusif kepada Mahkamah Syariah setakat yang dibenarkan Perlembagaan.

Begitu juga dalam konteks selain undang-undang yang diistilahkan sebagai undang-undang diri, pengaruh
ajaran Islam atau hukum-hukum Islam telah mula mendapat tempat dan secara langsung dapat membantu ke
arah pelaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh misalnya dalam sistem perbankan, takaful dan pajak
gadai. (35)

-Peringkat Kerajaan Negeri

Mulai awal tahun 1980-an, kerajaan-kerajan negeri mula mengasingkan perkara yang berkaitan dengan undang-
undang keluarga daripada undang-undang induk dengan menggubal undang-undang keluarga Islam yang baru
(36) sebagaimana yang disyorkan di peringkat kebangsaan. Undang-undang baru ini dikatakan banyak
mengandungi pembaharuan misalnya mengenai kesalahan-kesalahan matrimoni, peraturan-peraturan
berpoligami, soal perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah dan lain-lain. Perkembangan
yang positif ini dilihat sebagai usaha kerajaan Persekutuan mengatasi sesetengah rungutan masyarakat Islam di
dalam negara tentang perlunya pembaharuan dalam pentadbiran undang-undang Islam terutama undang-
undang keluarga yang dikatakan tidak memberi keadilan kepada wanita dan seringkali Mahkamah Syariah akan
menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan berat sebelah memberi keadilan kepada pihak-pihak yang bertikai.
(37)

Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran, tindakan sudah dibuat untuk memisahkan antara Mahkamah
Syariah yang disebut sebagai institusi yang mentadbir keadilan dan Majlis Agama sebagai pihak berkuasa utama
selepas Ketua Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan Jabatan Kemuftian bertanggungjawab
mentafsirkan dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai hukum Syarak. (38)

Dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak, sesetengah negeri cuba melakukan sendiri
pindaan-pindaan dengan memanfaatkan peruntukan-peruntukan di negeri-negeri lain yang dianggap
terkehadapan dan negeri-negeri berkenaan sedang atau akan berhadapan dengan masalah yang sama.
Sebagai contoh, dalam perkara status pemelukan Islam dalam kes percubaan keluar agama(39) dan isu
mengenai anak yang masih di bawah umur 18 tahun. Merujuk beberapa kes yang diputuskan di Mahkamah Sivil
dimana mahkamah ini tidak ada bidang kuasa dalam menentukan status akidah seseorang,(40) malah
sebaliknya, ia menjadi kuasa badan perundangan negeri menggubal undang-undang dan memberi bidang kuasa
kepada Mahkamah-mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tindakan cuba keluar agama(41)
atau status anak bawah umur di bawah penjagaan seseorang. Misalnya peruntukan yang jelas dibuat oleh
sesetengah negeri yang menyebut bahawa seseorang yang didaftarkan memeluk agama Islam hendaklah bagi
semua maksud termasuk mana-mana undang-undang Persekutuan atau negeri dan untuk semua masa diiktiraf
sebagai seorang Islam dan jika apa-apa soal timbul di dalam negeri sama ada seseorang itu telah memeluk
Islam dan orang itu tidak didaftarkan dalam daftar memeluk Islam atau tidak didaftarkan di bawah mana-mana
undang-undang negeri sebagai orang yang telah memeluk Islam, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh
Mahkamah Syariah(42) berdasarkan kepada hukum Syarak. Jika pada saat ia memeluk Islam, seseorang itu
sama ada lelaki atau perempuan ada mempunyai anak kandung atau anak angkat yang belum mencapai umur
baligh mengikut hukum Syarak, maka kanak-kanak yang berada di dalam jagaannya hendaklah dianggap telah
memeluk Islam. (43)

Terdapat juga negeri cuba memanfaatkan kuasa yang diberi oleh Perlembagaan dengan menggubal undang-
undang baru(44) atau mengembangkan undang-undang induk yang sedia ada bagi memantapkan pentadbiran.
(45)

Kebanyakan negeri telah menyelaraskan peruntukan hukuman sebagaimana ditetapkan dalam Akta Mahkamah
Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1984 (Pindaan) dengan beberapa peruntukan dalam Akta/Enakmen Jenayah
Syariah negeri-negeri termasuklah hukuman sebat bagi kesalahan melibatkan akidah dan kesusilaan. Umumnya,
dari sudut kategori kesalahan adalah hampir sama iaitu kesalahan yang berhubung dengan akidah, kesucian
agama dan institusinya, kesusilaan, kesalahan pelbagai dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dalam perkara yang
berkaitan dengan pentadbiran undang-undang jenayah masih memerlukan kepada penelitian yang menyeluruh
terutama dari segi hukuman yang diperuntukkan. menggambarkan ketidakselarasan penggubalan undang-
undang bagi kesalahan jenayah Syariah antara negeri-negeri. (46)

Manakala penggubalan undang-undang berkaitan lain misalnya undang acara mal Syariah dan acara jenayah
Syariah, umumnya hampir seragam kecuali dari aspek pentadbiran lain misalnya undang-undang pentadbiran
Mahkamah Syariah dimana dari aspek takat bidangkuasa mal Mahkamah Syariah (Mahkamah Rendah Syariah
dan Mahkamah Tinggi Syariah) ada yang tidak selaras di antara satu negeri dengan negeri yang lain. (47)

Secara umum dapatlah dibuat penelitian awal dalam perbincangan mengenai pelaksanaan undang-undang
Islam iaitu masih banyak lagi halangan-halangan yang perlu ditangani terutama dari sudut mekanisme
pentadbiran undang-undang tersebut misalnya pelantikan hakim-hakim, bidang kuasa mahkamah yang terhad,
tiada panduan penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang umum, prosedur yang tidak lengkap,
pertindihan dengan undang-undang lain, pelaksanaan perintah, tafsiran peruntukan yang berbeza, masalah
penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa dan lain-lain. (48)

4.KESIMPULAN

Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan sebahagian undang-undang Islam.
Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah melaksanakan undang-undang-undang Islam.
Undang-undang Islam yang ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun
di peringkat kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari
semasa ke semasa beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri masing-masing selaras dengan
kepentingan dan untuk kebaikan masyarakat sejauh yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Usaha-
usaha untuk menyelaraskan pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri sedang dan terus dijalankan.
Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan harus mengambilkira kehendak Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan
Persekutuan untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri masing-masing.

RUJUKAN

# P.hD, Prof.Madya di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kertas ini dibentangkan di
Seminar Hukum Islam di Malaysia, anjuran Kolej Islam Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan pada 1 Mac 2004.
http://kias.edu.my/pelundang.htm

Anda mungkin juga menyukai