Anda di halaman 1dari 9

Kepentingan Rehat Secukupnya

Mendapat rehat secukupnya adalah penting untuk keupayaan berfungsi dengan baik di
bilik darjah. Tambahan dengan mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, anda
dapat memulihkan mental dan tenaga fizikal. Sebagaimana yang diketahui pendidik
yang terlalu melibatkan diri dengan kanak-kanak akan terbawa-bawa sehingga ke
rumah dan dalam mimpinya. Keadaan sebegini akan meletihkan anda. Merehatkan diri
adalah penting seperti minuman teh herba dan sebagainya mungkin dapat membantu
menyegarkan tubuh dan mental.

Rehat, tidur biar cukup


Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

Bagaimanapun, ada kalanya perubahan suhu antara tempat anda dengan destinasi
yang dituju boleh menyebabkan keadaan itu berlaku.
Apa lagi jika bercuti di kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk atau ke luar
negara dengan perbezaan musim.
Mencegah memang baik daripada mengubati tetapi jika senario buruk itu terjadi,
mengubati adalah satu-satunya pilihan terbaik.
Justeru, panduan minggu ini mungkin dapat membantu anda jika ditakdirkan anda
jatuh sakit ketika melancong.

Maklumkan keadaan anda kepada pramugari


Jika berasa sejuk dalam penerbangan ketika ke destinasi percutian, jangan raguragu memberitahu pramugari anda tidak sedap badan.
Ini dapat membantu kerana pramugari akan memberikan anda bantal, selimut atau
ubat supaya anda rasa lebih selesa.

Banyak minum air kosong


Usahakan untuk meminum air kosong satu gelas setiap 15 minit. Ia cara terbaik
kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak.

Apabila air kurang dalam badan, kita mudah diserang penyakit terutama selesema,
batuk dan demam.

Rehat yang cukup


Berehatlah selama beberapa jam ketika anda berasa kurang sihat. Jangan memaksa
diri kerana percutian anda akan menjadi sia-sia jika badan terasa sakit.
Keadaan mungkin akan semakin teruk kerana kedegilan anda dan anda mungkin
boleh pengsan ketika bersiar-siar atau dalam perjalanan.

Tidur
Tidur sangat baik untuk membantu mengembalikan kecergasan dan kesihatan. Ini
kerana selepas bangun daripada tidur yang cukup, ada akan berasa lebih sihat.
Jika anda diserang selesema dan berasa tidak tahan dengan gejala dialami, minum
ubat selesema atau demam sebelum tidur.

Beritahu pihak hotel


Pastikan pihak hotel penginapan anda mengetahui keadaan kesihatan anda yang
sedang sakit. Ini kerana pihak hotel boleh membantu dari pelbagai aspek terutama
membawa anda ke hospital atau klinik jika keadaan anda semakin teruk.

Sediakan ubat-ubatan
Ketika melancong, bawalah ubat-ubatan untuk mengubati sakit yang sering
menyerang ketika melancong seperti ubat selesema, batuk, demam, ubat
antimabuk dan yang bersesuaian.
Pastikan anda membawa baju panas atau jaket walaupun bercuti ke tempat yang
tidak terlalu sejuk. Ini antara langkah berjaga-jaga terutama apabila anda selesema.
Ini kerana, badan biasanya menggigil ketika selesema walaupun tempat dikunjungi
itu mempunyai suhu panas.

Berjumpa doktor

Apabila semua sudah dicuba seperti banyak minum air kosong, rehat dan tidur
cukup serta mengambil ubat yang perlu tetapi masih juga tidak sihat, berjumpalah
dengan doktor.
Dengan pemeriksaan doktor, anda pasti mendapat ubat yang sesuai dan terbaik
untuk sakit dialami. Anda juga boleh mencegah sakit dialami berlarutan, sekali gus
merosakkan keseluruhan percutian idaman anda.

Kebaikan insurans perjalanan


Insuran perjalanan biasanya sering diabaikan kerana ramai beranggapan ia tidak
penting. Namun, apabila sakit ketika bercuti, ketika itulah perkhidmatan ditawarkan
insurans sangat diperlukan.
Dengan adanya insurans, segala kos perubatan anda akan ditanggung.

Hidup sedentari (Gaya hidup tidak aktif) lemahkan tulang

Susu penting untuk membekalkan kalsium pada tulang menjadikannya kuat dan sihat. - Gambar
hiasan
Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar WAHIDIN SALIM
MENGEKALKAN kesihatan yang baik pasti menjadi keinginan setiap individu dan ia sangat
penting dalam kehidupan seharian.
Namun, kebanyakan daripada kita kurang mengendahkan aspek itu menyebabkan ramai yang
mudah mendapat penyakit.
Biarpun sibuk di pejabat tetapi kesibukan kita sebenarnya hanya menghadap komputer tanpa
perlu melibatkan aktiviti fizikal.
Malah di rumah pula, ramai yang suka menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan
menghadap komputer.
Tahukah kita gaya hidup tidak aktif atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai
sedentari sebenarnya membahayakan diri dan kesihatan.
Tetapi ia kini merupakan gaya hidup yang semakin menjadi fenomena global.

Kebergantungan kepada mesin dan sistem yang automatik dalam kehidupan harian
mengurangkan keperluan untuk kita melakukan aktiviti fizikal dan juga senaman.
Teknologi moden abad ke-21 membolehkan kita melakukan hampir segala-galanya dengan
hanya menekan butang.
Meskipun ia menyenangkan hidup kita semua tetapi hakikatnya ia mampu membawa kesan yang
tidak sihat.
Gaya hidup sedentari itu bukan sahaja mengganggu kesihatan diri dengan penyakit-penyakit
merbahaya tetapi juga boleh menyumbang kepada masalah lemah tulang.
Perkara ini diakui oleh Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Hospital
Gleneagles, Dr. Chin Chee Howe.
"Tulang kita adalah tisu hidup, sungguhpun nampak keras, tulang sentiasa melalui proses
penguraian dan pembinaan semula.
"Gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang, kita perlu mengambil langkah
untuk melindungi tulang sejak muda sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya,''
katanya ketika ditemui sempena bengkel media Fonterra-Anlene mengenai kesihatan tulang,
baru-baru ini.
Tegas beliau, kekurangan jisim yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis, satu proses
yang tidak boleh dikembalikan.
"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang
dihadapi golongan tua semata-mata," ujarnya.
Katanya lagi, satu-satu cara untuk melindungi tulang ialah dengan mengamalkan diet yang
seimbang dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
"Tidak kira tua ataupun muda, kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan
yang sihat dan memastikan kita memenuhi keperluan kalsium harian kita,'' ujarnya lagi.
Tegasnya, keadaan ini penting untuk membina dan mengekalkan jisim tulang dan membolehkan
kita meregang dan menggunakan potensi tulang kita dengan sepenuhnya.
Katanya, dengan hanya melakukan aktiviti fizikal, kita dapat mencergaskan badan dan
mencerdaskan mental kita.
Selain aktiviti fizikal, pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari juga adalah penting.
"Perkara ini penting bagi memastikan tulang kita sentiasa kuat dan mengelakkan daripada ia
reput,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Insight Fontera Brands Malaysia, Sheua Yea pula memberitahu, ramai
yang menyangka osteoporosis hanya akan berlaku kepada warga emas sahaja.
Malah ramai juga percaya bahawa penyakit yang berkaitan tulang tidak membawa maut.
Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa penyakit tersebut juga boleh menyerang
golongan muda dan membawa maut sekiranya tidak ditangani secara awal
Hasil kajian penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan wanita dalam usia
pertengahan hingga lewat 60-an yang mengalami masalah pinggul adalah lima kali ganda lebih
berkemungkinan mati dalam masa setahun.
Tambah Yea lagi, ramai wanita menganggap kemerosotan tulang hanya berlaku di usia yang
lanjut, hakikatnya ia juga boleh berlaku kepada golongan muda sekiranya tidak mendapat
bekalan kalsium yang secukupnya.
"Sebab itu, ramai yang tidak mengambil perhatian sehinggalah mereka sendiri merasai kesakitan
tersebut, lebih malang keadaan itu adalah kritikal,'' ujarnya.
Sambil menasihati golongan muda supaya mengamalkan meminum susu setiap hari, amalan gaya
sihat juga perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.
"Senaman bukan saja membina tulang kuat, ia juga memperbaiki imbangan dan kordinasi kita.
Kita perlu memastikan tulang mempunyai bahan mentah yang diperlukannya secukupnya.
Malah, cara yang paling baik untuk melindungi tulang kita adalah dengan menjaganya dari usia
muda dan sepanjang hayat," ujarnya.

Rehat sekejap tingkat produktiviti


Adakah anda tahu dianggarkan sembilan peratus daripada golongan profesional di negara ini
mengaku mereka turut bekerja antara satu hingga tiga jam ketika bercuti?
Selain itu, dianggarkan satu pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini turut menggunakan
lebih 11 jam daripada waktu harian mereka untuk menyelesaikan urusan di kerja pejabat.
Kajian yang dilakukan baru-baru ini turut mendapati lebih 91 peratus golongan pekerja membaca
e-mel berkaitan kerja ketika mereka bercuti.
Lebih memburukkan keadaan, 80 peratus daripada pekerja di negara ini juga sentiasa
memastikan telefon bimbit mereka sentiasa tersedia untuk membolehkan majikan menghubungi
meskipun ketika berada di luar kawasan menghabiskan cuti tahunan.
Membawa pulang bebanan kerja dari pejabat ke rumah bukan sesuatu yang ideal untuk
diamalkan namun ramai yang terpaksa melakukannya.

Kerja melebihi masa sepatutnya bukan satu amalan yang bagus untuk kesihatan terutama bagi
mereka yang mengabaikan waktu rehat semata-mata untuk menyiapkan kerja.
Amalan berkenaan jika dibiarkan lama kelamaan boleh membawa kesan buruk terhadap
kesihatan untuk jangka masa panjang.
Menyedari keperluan berkenaan, jenama coklat terkenal, Kit Kat memperkenalkan Kit Kat
Chungky's Big Drive bagi mendidik masyarakat di negara ini keperluan berehat untuk kebaikan
jangka masa panjang.
Ini kerana banyak kajian mendapati rehat sekejap sebelum menyambung sesuatu urusan di waktu
kerja dapat membantu meningkatkan produktiviti selain menyumbang banyak manfaat untuk
kesihatan.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2014/04/rehat-sekejap-tingkatproduktiviti.html#ixzz36mgj5cGp

Kanak-Kanak di Malaysia tidak aktif


Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk cahaya mata mereka lebih-lebih lagi
sejurus dilahirkan, setiap saat perkembangan dan pembesaran si kecil menjadi keutamaan ibu
bagi memastikan anak mereka membesar dengan sihat serta cergas tanpa sebarang alahan
terhadap penyakit.
Bagaimanapun, tentunya ada sedikit kerisauan di kalangan ibu bapa semasa anak mengalami
proses pembesaran sekiranya mereka menunjukkan sikap pasif, tidak banyak melakukan
pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak seusia mereka sedangkan ibu bapa tahu pada usia
berkenaan, si kecil sepatutnya cergas bermain selain tidur.
Justeru, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan anak cergas kerana apabila berpeluh, ia
menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.
Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson, Stanford Guo, berkata selaras dengan perkembangan
fizikal dan mental kanak-kanak, mereka sepatutnya menjalani kehidupan yang cergas dan ceria
dengan bebas melakukan sebarang kegiatan, tetapi dengan pemantauan ibu bapa bagi menjamin
masa berkualiti anak.
"Kami menggalakkan pada tahap usia kanak-kanak, si kecil perlu banyak melakukan kegiatan
yang sesuai dengan kadar pembesaran mereka kerana kami mendapati kanak-kanak Malaysia
kini semakin menuju ke arah gaya hidup yang tidak aktif. Tabiat ini dikhuatiri akan terbawabawa hingga ke alam dewasa kelak," katanya.
ISHANA ceria di samping ibunya, Grace.
Guo berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian kempen Jom Main! Johnson's
Baby Powder di Damansara, baru-baru ini.

Katanya, kempen berkenaan dilancarkan bagi menggalakkan kanak-kanak bermain dan


memanfaatkan sepenuhnya usia pembesaran mereka dengan kegiatan permainan yang boleh
menyebabkan mereka berpeluh kerana berpeluh penting dalam perkembangan kanak-kanak
secara holistik.
"Kami mahu setiap kanak-kanak melakukan kegiatan yang akan membuatkan kesihatan mereka
lebih baik selain kegiatan itu boleh dilakukan bersama ibu bapa dan keluarga mereka. Adalah
penting memastikan kanak-kanak gembira dengan apa yang mereka lakukan.
"Si kecil memperoleh banyak manfaat untuk diri sendiri ketika bermain, bahkan mereka dapat
mengutip kemahiran penting semasa membesar. Ibu bapa juga boleh mengajar anak mereka
mengenai kebaikan yang ada pada setiap kegiatan yang dilakukan selain memahamkan si kecil
mengenai konsep kehidupan semasa bermain," katanya.
Kaji selidik yang dikendalikan Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) terhadap kanak-kanak
berusia antara sepuluh hingga 12 tahun di empat bandar raya Asia termasuk Kuala Lumpur
menunjukkan, gaya hidup kanak-kanak di Malaysia berada di tahap membimbangkan kerana
tidak aktif.
Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak Malaysia termasuk dalam kategori mereka yang kurang
aktif kerana sering membabitkan diri dengan kegiatan yang tidak memerlukan mereka
melakukan banyak pergerakan seterusnya menyumbang kepada keadaan pasif.
"Mereka tidak cergas bergerak kerana banyak memperuntukkan masa menonton televisyen,
bermain Play Station (PS) dan menghadap komputer pada masa senggang. Pada musim cuti
sekolah pula, 30 peratus kanak-kanak di Malaysia didapati menghabiskan masa lapan jam sehari
menonton televisyen," katanya.
Katanya, lebih memburukkan keadaan, hasil daripada kajian berkenaan juga memperlihatkan
pola yang tidak sihat bagi perkembangan kanak-kanak kerana mereka tidak melakukan kegiatan
yang sepatutnya seperti bergerak atau dalam erti kata lain, bermain yang boleh menyumbang
kepada pengeluaran peluh.
"Kaji selidik itu juga menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam
ujian berkenaan memilih bermain komputer atau menonton televisyen berbanding keluar
bermain dengan rakan sebaya mereka selain faktor ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja rumah
sehingga mengabaikan masa bermain anak yang sedang membesar.
Justeru, gaya hidup berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan dalam jadual pembesaran kanakkanak kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan perkembangan holistik kanak-kanak serta masalah
berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak juga semakin berleluasa.
"Apabila kanak-kanak mengalami masalah obesiti, tidak mustahil mereka akan dijangkiti
penyakit yang berkaitan dengan berat badan seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetis
jenis II dan pelbagai lagi," katanya.

Bertujuan berkongsi pengetahuan dengan ibu bapa dalam mendidik si kecil, siri televisyen Jom
Main! Johnson's Baby Powder Menyerap Peluh (Jom Main) dibuat khusus untuk mencetus
semangat kepada ibu bapa mengenai kebaikan berpeluh kepada kanak-kanak.
Menyedari gaya hidup sihat sangat penting untuk kanak-kanak, Johnson & Johnson melancarkan
program khusus, Jom Main! Johnson Baby Powder Menyerap Peluh untuk kanak-kanak
bertujuan menggalakkan si kecil berpeluh dengan permainan yang merangsang akal dan sifat
ingin tahu mereka, manakala ibu bapa pula tidak perlu risau memikirkan anak mereka akan
berpeluh dan tidak selesa.
"Sudah tentu ada kanak-kanak yang tidak menggemari kegiatan fizikal kerana mereka akan rasa
tidak selesa jika berpeluh. Jangan risau mengenai peluh kerana talkum Baby Johnson adalah
terbukti lembut secara klinikal yang sesuai dan memastikan si kecil boleh bermain dengan
selesa," katanya.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/12/kanak-kanak-di-malaysia-tidakaktif.html#ixzz36mgz0ukI

Anda mungkin juga menyukai