Anda di halaman 1dari 7

Pernah tak anda alami situasi ini – sedang anda tekun menaip kerja di komputer, tiba-

tiba diserang sakit kepala?

Serangannya kadangkala mengambil masa sehari, dua untuk sembuh.

Namun begitu, masih ramai di antara kita yang menganggap sakit kepala sebagai sakit
biasa dan bersifat sementara.

Kikis tanggapan sedemikian! Ayuh kenali apakah punca sakit kepala yang sering
menyerang.

Apa Penyebab Sakit Kepala

Tahukah anda, ada di antara kita yang mengalami sakit kepala sehingga menjejaskan
tahap kesihatan seperti muntah teruk dan tidak dapat mengimbangi badan?

Mengikut kajian, setiap individu akan mengalami sakit kepala sekurang-


kurangnya sekali dalam seumur hidup, tidak kiralah sama ada biasa atau teruk.

Ramai yang menganggapnya sebagai sakit biasa kerana serangannya dalam tempoh
yang singkat sahaja.
Ada juga beranggapan sakit kepala terjadi di kalangan mereka yang mempunyai
masalah migraine.

Tidak mengira usia dan jantina, sakit kepala boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada
bila-bila masa sehingga boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Ketahui 12 punca sakit kepala yang mungkin terjadi kepada anda.

1. Tidak makan sehingga menyebabkan perut kosong

2. Tidak bertenaga dan tidak mengambil makanan mengandungi gula.

3. Makan dengan gelojoh dan tidak dihadam sempurna.

4. Kerap mengambil minuman bergas atau berkafein.

5. Tekanan di tempat kerja atau belajar.

6. Kurang tidur malam.

7. Tekanan darah tinggi.


8. Menggunakan gajet seperti komputer dan telefon bimbit dalam tempoh panjang.

9. Sinus, demam atau selesema.

10. Alahan terhadap persekitaran, bau dan cuaca.

11. Ketidakstabilan hormon dan tanda awal haid.

12. Tanda-tanda awal mengandung.

Jenis Sakit Kepala Yang Memang Tak Sama


Ada sakit kepala yang menyebabkan kita rasa seperti berpusing, sakit hingga
‘menangkap’ ke bahagian mata, sukar tidur malam – simptom berbeza-beza
menunjukkan ada beberapa jenis sakit kepala.

1. Migrain

Punca sakit kepala ini terjadi akibat tekanan atau pembengkakan otak dan saraf
sehingga menyebabkan sakit kepala sentiasa dirasai.

2. Sakit kepala tegang / Tension-type headaches

Jenis sakit kepala yang sering dihadapi oleh setiap orang. Ia berpunca dari tekanan
fizikal akibat postur badan yang salah, tekanan pada otot belakang badan, bahu dan
leher sehingga merebak ke kepala.

Tekanan emosi pula ada kaitan dengan hormon adrenalin.        

Rawatan yang popular bagi sakit kepala jenis ini adalah rawatan fisioterapi kerana ahli-
ahli terapi akan mengenalpasti dengan sebaiknya apakah punca yang menyebabkan
sakit kepala terjadi.

3. Sakit kepala kluster

Sakir kepada ini sering menyerang lelaki dalam usia 20 ke 40 tahun dan disifatkan
sebagai paling parah dan menyakitkan.

Punca sebenarnya masih belum diketahui namun antara ciri-cirinya adalah sakit
berdenyut di sebelah kepala dan boleh dirasai di belakang dan sekitar mata, boleh
merebak sehingga ke dahi, hidung dan pipi.

Cara Legakan Sakit Kepala


Kerap kali iklan sama ada untuk mengurangkan atau melegakan sakit kepala dapat
dilihat di media massa, terutama televisyen.

Ubat-ubatan penahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen sering dipilih oleh mereka yang
mengalami sakit kepala namun ia hanya bertindak buat sementara waktu.

Mengambil ubat-ubatan juga perlu mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pihak
doktor terlebih dahulu.

Hari ini ramai memilih kaedah fisioterapi untuk merawat gangguan musculoskeletal
seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit leher dan bahu serta sakit lutut.
PhysioMobile Malaysia terkenal dengan rawatan fisioterapi iaitu teknik manual yang
berkesan untuk membantu individu yang mengalami sakit-sakit yang disebut di atas.

Selain rawatan ke rumah dan konsultasi, PhysioMobile Malaysia juga menawarkan


rehab kepada mereka yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, geriatrik,
pediatrik dan mereka yang pernah menjalani pembedahan.

Dengan 12 ahli fisioterapi terlatih dan profesional yang boleh menyediakan rawatan
lebih dari 1,000 sesi, anda boleh mendapatkan khidmat rawatan PhysioMobile Malaysia
di cawangan-cawangan yang berhampiran dengan anda:

– Shah Alam, Selangor

– Bangi, Selangor

– Kuala Selangor, Selangor

– Kota Damansara, Selangor

– Wangsa Melawati, Kuala Lumpur dan


– Johor Bahru, Johor.

Anda mungkin juga menyukai