Anda di halaman 1dari 2

2022/7/27 22:07 Karangan SPM: Kepentingan amalan gaya hidup sihat

Kepentingan amalan gaya hidup sihat


Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat,
faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang
membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia.
Masalah wabak penyakit semakin menular dalam kalangan masyarakat tanpa
mengira usia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia pada tahun 2015, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan
telah meningkat sebanyak 200,000 orang jika dibandingkan dengan bilangan
pesakit pada tahun dahulu. Senario yang menggemparkan ini haruslah ditangani
dari akar umbi sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat? Saya akan rangkaikan satu demi satu.

Pertama sekali, salah satu kebaikan amalan gaya hidup sihat termasuklah
tumbesaran yang seimbang. Dalam kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan
makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita
hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang
mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini
boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
ataupun kencing manis yang merupakan antara punca kematian tinggi di negara
kita. Maka, tumbesaran yang seimbang ditentukan oleh pemakanan yang
seimbang. Pemakanan yang seimbang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin,
mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa haruslah menanam tabiat pemakanan
seimbang dalam anak-anak sejak usia muda supaya menjaga diet mereka apabila
dewasa kelak kerana bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Pengambilan minuman berkarbonat dan arak haruslah dikurangkan
kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi
kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air
kosong atau jus buah-buahan yang asli serta mengutamakan sayur-sayuran dan
buah-buahan dalam diet mereka. Lagipun, ibu bapa juga digalakkan untuk makan
di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang
jalan biasanya digoreng dengan penuh minyak. Maka, tumbesaran seorang
individu akan lebih menyeluruh dan seimbang. Jelaslah bahawa pemakanan yang
seimbang dapat memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang
diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden.

Selain itu, pengamalan gaya hidup sihat melahirkan sikap atau mentaliti positif
untuk menangani cabaran dan pancaroba di dunia luar. Terdapat beberapa
contoh gaya hidup sihat yang dapat mengurangkan tekanan dan stres kehidupan,
iaitu mendapat rehat yang mencukupi dan bersenam. Rehat yang mencukupi
memainkan peranan penting dalam pengamalan gaya hidup sihat. Kita perlulah
berehat antara 6 hingga 8 jam sehari kerana rehat inilah yang mengecas semula
organ-organ dalam badan kita untuk meneruskan kehidupan pada keesokan
harinya. Meskipun generasi muda kini lebih suka tidur selepas tengah malam, ibu
bapa tetap haruslah menetapkan satu masa tidur yang spesifik untuk dipatuhi
oleh anak-anak. Hal ini dapat memastikan anak-anak mendapat pemulihan tenaga
sepenuhnya. Sehubungan dengan kita, marilah kita meneruskan perbincangan
tentang aktiviti sukan sebagai amalan gaya hidup sihat. Secara umum, kita
seharusnya melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan
3 kali seminggu. Aktiviti bersukan dapat mengekalkan gaya hidup sihat kerana
peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman menyebabkan semua toksin
badan keluar bersama-sama. Stres yang dialami juga dapat dihilangkan jua.
Kesannya, individu tersebut mampu membina tahap imunisasi yang tinggi
terhadap serangan penyakit. Selain menyihatkan badan, aktiviti sukan juga dapat
mencergaskan minda kita. Hal ini disebabkan ketika bersukan, oksigen akan
diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel
badan untuk menjalankan proses respirasi, di samping mempercepat alira
oksigen ke otak. Maka, kita tidak mudah mengantuk ketika berada di sekolah

karanganspmska.blogspot.com/2016/08/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat.html 1/2
2022/7/27 22:07 Karangan SPM: Kepentingan amalan gaya hidup sihat
mahupun di tempat bekerja. Sudah pastinya produktiviti kerja serta proses
pembelajaran akan lebih efisien kerana bak kata pepatah, minda cerdas lahir
daripada badan yang sihat. Jelaslah bahawa rehat yang secukupnya dan aktiviti
sukan dapat melahirkan minda serta badan yang ishat.

Kepentingan amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah pencegahan serangan


penyakit. Pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan antara kaedah untuk
menjamin satu kehidupan yang sihat. Melalui pemeriksaan kesihatan sekurang-
kurangnya enam bulan sekali, pihak doktor mampu mengesan sebarang simpton
awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Hal ini memudahkan
pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, orang ramai perlu
mengutamakan kebersihan diri bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi dan
berpakaian bersih perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan
jangkitan kuman atau penyakit, asas-asas kebersihan lain perlu diamalkan seperti
mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan agar tidak
dihinggapi lalat dan juga memilih tempat makan yang bersih untuk menjamu
selera. Selain mengutamakan kebersihan diri, masyarakat juga perlu menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit
seperti nyamuk, lipas, lalat dan ssebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk
di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan
air mestilah kerap dibersihkan dan ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai
akan dapat menjauhkan diri daripada pelbagai penyakit serta membentuk
kehidupan yang shirt.

karanganspmska.blogspot.com/2016/08/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat.html 2/2

Anda mungkin juga menyukai