Anda di halaman 1dari 2

Amalan Gaya Hidup Sihat

Pada zaman moden ini, kelajuan kehidupan masyarakat Malaysia kian hari kian
laju sehingga tidak dapat bernafas. Demi mencapai kejayaan dalam bidang sama ada
pelajaran ataupun pekerjaan, budaya hidup yang sihat dipandang sepi oleh masyarakat
Malaysia. Menurut siasatan Jabatan Kesihatan, kadar rakyat yang menghidapi penyakit
obesiti kian tahun kian meningkat. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat mestilah diamalkan
dalam kehidupan kita.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdapat banyak juadah yang lazat.
Namun begitu, tahukah anda makanan seperti nasi lemak, roti canai dan sate
mengandungi kalori yang sangat tinggi? Jikalau kita menjamu kalori yang terlalu tinggi
sehingga lebihh daripada keperluan badan, kita akan menjangkiti beberapa jenis penyakit
yang membawa maut seperti penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Demi
mengelakkan berlakunya perkara tersebut, pemakanan yang seimbang adalah sangat
mustahak. Kita boleh menyediakan makanan berdasarkan piramid makananyang
menunjukkan bahawa kita mestilah melebihkan makanan karbohidrat, vitamin dan
protein tetapi mengurangkan pemakanan yang kadarnya tinggi dalam gula dan lemak
yang tidak sihat. Makanan yang seimbang termasuklah sarapan pagi, makan tegah hari,
dan makan malam yang mengandungi tujuh kelas zat, iaitu mineral, vitamin, karbohidrat,
protein, lemak, air dan pelawas dalam kadar yang betul. Seseorang juga digalakkan
mengambil pil vitamin C setiap hari bagi meningkatkan pencegahan badan terhadap
penyakit sekiranya mendapat kebenaran daripada doctor. Badan kita didirikan daripada
sebanyak tujuh puluh peratus air. Oleh itu, kita haruslah minum sebanyak lapan gelas air
sehari bagi memastikan bandan kita tidak kekurangan air.
Otak yang cerdas adalah lahir daripada badan yang cergas. Senaman yang kerap
adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan kita. Kita haruslah bersenam sekurangkurangnya 3 hingga 5 kali dan sesinya sepanjang 20 minit setiap kali. Ketika bersenam,
badan kita akan mengeluarkan bahan toksik dalam tubuh kita melalui keringat. Untuk
remaja, aktiviti seperti merentas desa dan lompat jauh adalah bersesuaian dengan mereka.
Aktiviti seperti bermain bola keranjang dan bola sepak dapat melancarkan pengaliran
darah badan kita. Hal ini juga dapat menyegarkan minda kita dan kita dapat lebih
menumpukan perhatian ketika belajar sesuatu. Bersenam juga dapat menenangkan fikiran
kita dan meringankan tekanan selepas penat belajar atau bekerja. Bagi orang yang
usianya lanjut, aktiviti seperti taichi dan berjoging adalah sesuai untuk menjamin
kesihatan kerana aktiviti tersebut tidak memerlukan tenaga yang terlalu banyak.
Kebersihan diri dan persekitaran adalah penting bagi menjaga kesihatan diri.
Aktiviti gotong-royong wajar dijalankan oleh setiap keluarga bagi memastikan tiadanya
takungan air di sekeliling rumah. Penyakit denggi yag dibawa oleh nyamuk aedes akan
membawa maut. Oleh itu, kita mestilah sentiasa memeriksa pasu bunga, baldi dan

longkang supaya tidak adanya takungan air yang merupaka tempat pembiakan nyamuk
aedes. Di samping itu, kita juga haruslah memastikan tiadanya tikus di sekitar rumah kita
kerana kencing tikus juga membahayakan kita. Selain itu, kita mestilah membasuh tangan
sebelum menjamu selera dan selepas menggunakan tandas. Ketika memilih tempat untuk
memakan, pastikan tempat itu adalah bersih dan kemas. Jikalau kita termakan juadah
yang ktor kita berkemungkinan mangalam keracunan makanan. Oleh itu kebersihan diri
dan persekitaran amat penting bagi menjaga kesihatan kita.
Pemeriksaan badan pada masa yang tetap adalah sangat penting tetapi hal ini
sering dipandang ringan oleh masyarakat. Sekiranya kita membuat pemeriksaan sekali
setahun atau sekali sebulan, kita dapat mengetahui tahap kesihatan diri. Jika kita disyaki
menjangkiti apa-apa penyakit, kita dapat memperoleh rawatan yang sempurna dengan
segera kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Janganlah kita sesal ketika nasi
sudah menjadi bubur kerana pada masa itu sudah terlewat. Dengan ini, doctor dapat
mengawal pemakanan kita dan member kita nasihat dalam mengamalkan gaya hidup
yang sihat supaya kehidupan kita tiada kemunculan penyakit yang menderita,
Pemeriksaan ini juga membolehkan kita hidup dengan aman kerana kesihatan terjamin.
Janganlah kita pandang ringan terhadap pemeriksaan badan ini.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat adalah muafakat dan mendatangkan
banyak manfaat kepada kita. Mayarakat, ibu bapa dan pihak kerajaan mestilah
bekerjasama dan berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya masyarakat kini dan
generasi yang muda mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil lagi, bak kata pepatah
meletur buluh biarlah dari rebungnya supaya tidak berlaku peristiwa yang menderita pada
masa depan yang cerah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat mulai hari ini.

Anda mungkin juga menyukai