Anda di halaman 1dari 3

PLOT NOVEL TIRANI

PERMULAAN

Waheeda terkenangkan zaman persekolahannya. Rakan-rakannya iaitu Si


Nuar dan Si Man sering mengejak rupa parasnya. Hidungnya yang pesek
sering menjadi gurauan mereka. Hal ini menyebabkan dia berasa rendah
diri. Dia berhasrat untuk membuat pembedahan plastik untuk hidungnya
yang pesek itu.
Setelah tamat belajar , Waheeda menjadi pengurus di syarikat Tajau Emas
yang mengusahakan produk pelancongan. Waheeda telah mendapat
pembiayaan daripada Bank Pembangunan untuk memulakan perniagaan
yang turut diuruskan bersama-sama ahli keluarganya. Bapanya menjadi
pemandu pelancong, ibunya Raidah menjadi pengurus dapur manakala
ibu saudaranya menjadi tukang masak.
Produk pelancongan di Inap desanya berasaskan alam semula jadi dan
budaya Sarawak. Waheeda kreatif memperkenalkan pakej yang dapat
menawan hati pelancong seperti makanan Sarawak, lawatan ke
dusun-dusun dan mengurut kaki di kolam. Hal ini menyebabkan
kedatangan pelancong asing ke Sarawak semakin meningkat.
Syarikat Tajau Emas dapat bekerjasama dengan Syarikat Seri Gading
kepunyaan Datuk Yasser. Syarikat Tajau Emas dipilih menjadi destinasi
pelancongan yang akan menerima tetamu dari England.
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk melakukan pembedahan plastik
supaya wajahnya kelihatan komersial selaras dengan perkembangan
perniagaannya. Hasratnya itu ditegah oleh bapanya kerana bercanggah
dengan hukum Islam.

PERKEMBANGAN

Seekor monyet Belanda telah menggigit hidung dan wajah Waheeda


semasa dia dan Fatimah berada di pejabat. Beliau dikejarkan ke hospital.
Waheeda telah bertanyakan pendapat doktor tentang pembedahan plastik.
Waheeda mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan di
Singapura setelah berbincang dengan keluarganya. Keluarga Waheeda
menghantar anaknya ke lapangan Kuching
Di Singapura Waheeda menumpang di rumah kawannya Bazilah. Bazilah
memperkenalkan Waheeda dengan Dr Zahari iaitu tunangnya. Waheeda
telah menanyakan prosedur rawatan wajahnya.
Waheeda menjalani pembedahan matda dan hidung di Sillicon Medical
Center di Singapura. Pembedahan dijangka memakan masa antara 10
hingga 15 jam.
Waheeda menghantar e-mel kepada abangnya Ghazi untuk
memaklumkan prosedur pembedahan yang bakal dijalankan . Ibu
Waheeda berasa bimbang akan kesakitan dan kesukaran yang dihadapi
oleh anaknya. Dia ingin menemani anaknya di Singapura.
Waheeda bercuti di Hotel Flamingo untuk menenangkan jiwanya. Dia
berharap Tuhan akan mengampuninya kerana menjalani pembedahan
plastik.
Waheeda banyak mempelajari ilmu pengurusan hotel di Singapura. Beliau
sering menghadiri bengkel keterampilan pengurusan perniagaan dan
pengurusan diri. Dia bercadang untuk tinggal lebih lama dan mencari kerja
di Singapura.
Sementara menjalani rawatan susulan di Singapura.Waheeda bekerja
sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Flamingo Resort. Waheeda
menimba ilmu yang baharu di situ. Dia ingin mengaplikasikan ilmu
pengurusan hotel tersebut di Syarikat milik keluarganya.
Hubungan antara Waheeda dengan Bazilah menjadi renggang kerana
Bazilah cemburu akan kemesraaan Waheeda dengan tunangnya Dr Zahari.
Waheeda mengambil keputusan untuk keluar dari rumah Bazialah dengan
memberikan alasan jarak tempat kerjanya yang jauh dengan rumah
Bazilah. Dia tidak mahu mengeruhkan suasana.
Waheeda telah dipilih menjadi ratu cantik dalam pertandingan Ratu
Pelancongan Antarabangsa. Pemilihannya bukan sahaja kerana
kecantikan tetapi turut berdasarkan pendapatnya tentang isu-isu semasa.
Waheeda berkenalan dengan Zahid iaitu anak Datuk Yasser. Zahid
yangmengagumi kecantikan Waheeda. Majlis perkahwinan dijalankan
dengan penuh istiadat.

KLIMAKS / KEMUNCAK

Waheeda mengalami konflik dengan Zahid yang terlalu cemburu sehingga


kerap bertengkar. Zahid sentiasa cemburu melihat kemesraan Waheeda
dengan pelanggan bilik Chalet. Zahid menuduh Waheeda tidak pandai
menjaga maruah diri.
Waheeda menolak hasrat bapa mentuanya iaitu Datuk Yasser untuk
menggabungkan Tajau Emas dengan Seri Gading. Dia ingin berdikari
dalam memajukan perniagaan keluarganya. Walaupun begitu Waheeda
kerap membantu menjadi penyelaras program ketika khidmatnya
diperlukan di Seri Gading.
Raidah sentiasa menjadi pendengar setia permasalahan anaknya. Raidah
meminta Waheeda bijak dalam menjaga maruah seorang isteri dan
menasihati menantunya agar bersabar dengan kerenah isterinya yang
sedang hamil.
Zahid cemburu apabila melihat Dr. Rushdi melayan Waheeda dengan
mesra. Zahid semakin jarang-jarang pulang ke rumah dan kerap
menengking isterinya.
Zahid tidak pulang ke rumah walaupun Waheeda melahirkan anak.
Waheeda telah membuat ujian DNA untuk membuktikan bahawa Izzati
ialah anak kandung Waheeda dengan Zahid.
Zahid pulang ke rumah setelah Izzati berusia dua bulan. Dia menuduh
Waheeda telah curang dan Izzati bukan anaknya kerana rupa Izzati yang
tidak sama sepertinya. Walaupun Waheeda telah menunjukkan ujian DNA
namun Zahid enggan mempercayainya. Di menuduh Waheeda berpakat
dengan pakar perubatan.
Waheeda mengalami kemurungan yang melampau apabila Zahid
menceraikannya di hadapan ibu bapanya. Dia kerap bercakap seorang diri
dengan mengingat semula layanan istimewa dan kata-kata pujian Zahid
kepada dirinya.

PELERAIAN

Keluarga Waheeda membawa Waheeda mendapatkan rawatan di


PUSRAWI untuk menyembuhkannya daripada kemurungan. Kaunselor
telah meyakinkan Waheeda untuk sentiasa bermuhasabah diri dan sedar
bahawa setiap manusia mempunyai kelemahan. Waheeda kembali positif
dan memulakan kehidupan baharu yang ceria.
Waheeda telah bertemu dengan Lais yang pernah bekerja bersama-sama
dengannya di Singapuran Waheeda berpeluang mengambil alih
perniagaan bapa saudara Lais yang menghidap strok dan menghadapi
masalah hutang dengan bank.
Waheeda berani membeli syarikat Khaldun walaupun terpaksa membuat
pinjaman baharu daripada Bank Rakyat. Pinjaman perniagaan mudah
diperoleh kerana rekod kecemerlangan pembayaran balik Syarikat Tajau
Emas.
Waheeda telah mengusahakan perniagaan chalet dan ladang strawberi di
Cameron Highland yang bernama Aya-Sajinah. Waheeda bertekad
membimbng Izzati menjadi wanita korporat seperti dirinya.
Walaupun rupa paras Izzati tidak secantik ibunya namun dia seorang yang
cerdas. Sejak Izzati menjadi pengurus Operasi Aya-Sajinah,
perniagaannya menjadi maju, Bilik-bilik penginapan sentiasa penuh dan
tidak dapat menampung permintaan pelanggan.
Zahid mengunjungi Aya Sajinah dengan Aiman. Kunjungan itu telah
menemukannya dengan anaknya Izzati. Dia perasan itu ialah anaknya
melalui tingkah laku Izzati yang sama dengan Waheeda. Setelah diselidik
memang benar Izzati ialah anaknya.
Zahid menyatakan kekesalahnya kerana bertidak terburu-buru
menceraikan Waheeda. Malah dia enggan melihat keputusan ujian DNA
yang diberikan oleh Waheeda. Dia menyatakan kekesalannya dan
memohon maaf kepada Izzati atas tanggapan salahnya selama ini.
Waheeda tidak dapat menerima alasan Zahid walaupun Izzati telah
memaafkan ayahnya. Zahid memohon kemaafan daripada Waheeda,
Izzati dan keluarga di Tajau Emas.
Waheeda tekedu dengan kemuliaan hati Izzati yang memaafkan bapanya
walaupun kewujudannya tidak diakui oleh bapanya sendiri. Izzati
menganggap kenikmatan memberi maaf lebih manis daripada kenikmatan
berdendam.

Anda mungkin juga menyukai