Anda di halaman 1dari 2

Amalan Gaya Hidup Sihat

29/04/2023

Menjaga kesihatan kita sangat penting supaya kita ingin hidup


bahagia. WHO (Organisasi Kesihatan Dunia) mengatakan bahawa
menjadi sihat boleh membuatkan kita menjadi lebih aktif dan sosial
kepada orang lain. Menjadi sihat juga menimbulkan keyakinan dan
harga diri. Namun begitu,bagaimana kita boleh mencapai gaya hidup
sihat?

Kita boleh mestilah makan makanan seimbang. Hal ini kerana


makan makanan seimbang boleh memberi kita nutrien yang
diperlukan dalam jumlah yang terkawal. Makanan yang mengandungi
karbohidrat, protein, fiber, kalsium, zink dan sebagainya mestilah
seimbang. Contohnya, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, telur dan
kekacang. Jika kita tidak makan makanan seimbang, kita akan
menerima sedikit protein yang akan menajdikan menyebabkan kita
lemah dan rapuh. Tambahan pula, terlalu kekurangan vitamin dan
serat menyebabkan sistem imun kita mudah dikalahkan oleh bakteria
dan virus. Jadi, kita mestilah mengambil makanan seimbang supaya
amalan gaya hidup sihat diamalkan setiap hari.

Selain itu,kita hendaklah menjaga kebersihan diri. Hal ini demikian


kerana kebersihan akan menjamin kehidupan sejahtera. Contohnya
ialah gosok gigi,potong kuku,mandi dua kali sehari dan sebagainya.
Hal ini kerana melakukan sikap ini ini boleh membasuh
membersihkan bakteria dan sisa di mana-mana di dalam badan
kita.Ini mengurangkan risiko mendapat penyakit. Menurut pakar
perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur mengatakan bahawa
hampir 60% rakyat Malaysia tidak mengutamakan kebersihan
menyebkan mereka jatuh sakit. Oleh sebab itu, kita harus menjaga
kebersihan diri untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat.

Akhir sekali,kita perlulah bersenam secara teratur. Hal ini kerana


senaman membantu kita menurunkan berat badan,sambil juga dapat
mengekalkan kecergasan. tanpa banyak usaha. Bersenam
membolehkan kita menurunkan berat badan mengatasi masalah
obesiti adalah dengan menghilangkan kalori dalam badan kita. Kajian
Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan rakyat Malaysia
terutama remaja dan dewasa mengalami masalah obesiti. Ini adalah
kerana mereka banyak mengutamakan pelajaran dan pekerjaan.
Rakyat perlu sedar bahawa melakukan senaman yang penat akan
mengambil tenaga yang tersimpan dalam badan kita. Akan
menjamin kehidupan yang sihat sejahtera.

Kesimpulannya,sebab kita harus mengekalkan amalan gaya hidup


sihat adalah supaya kita lebih yakin pada diri kita.Hal ini kerana kita
bersenam,kita rasa hebat sebagai dengan aktiviti fizikal
menyebabkan otak akan menghasilkan hormon dopamin dan
serotonin. Hormon ini akan melahirkan seseorang gembira dan
seronok.

Anda mungkin juga menyukai