Anda di halaman 1dari 29

Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Isi-isi penting meningkatkan produktiviti kehidupan

menghindari penyakit dan masalah kesihatan mendisiplinkan diri menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik
mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang memupuk perpaduan Baca juga: Kesalahan Bahasa Yang Lazim
Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu (BM) Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri
Pendahuluan Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara
yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai masalah kesihatan dan
penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat domestik dan antarabangsa. Polemik ini boleh
dikurangkan dengan mengamalkan dua perkara asas iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Amalan ini mungkin
dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia merupakan kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup
seseorang pada ketika ini. Kita sering kali digalakkan untuk bersenam, bersukan, membasuh tangan dan bergotong-
royong membersihkan kawasan sekitar. Oleh itu, wajar untuk kita mengetahui apakah kepentingan mengamalkan aktiviti
tersebut demi menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Isi 1 Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi kerana ia dapat
meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita mampu melakukan
kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat
memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam
melaksanakan tugas masing-masing. Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku
dengan semula jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam setiap perkara
untuk dikecapi.

Isi 2 Di samping itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan juga merupakan kepentingan dalam
menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tamsilnya, apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem kardiovaskular
individu tersebut akan bertambah kuat dan dapat menghindar daripada serangan jantung.  Selain itu, amalan membasuh
tangan menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar kita tidak membawa bakteria atau virus yang
mungkin dibawa oleh kita tanpa disedari. Amalan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar juga dapat membantu
mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang mampu menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit.
Kesannya, masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa merisaukan maslah kesihatan atau penyakit berjangkit.

Isi 3 Pada waktu yang sama, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap disiplin
dalam setiap individu. Hal ini demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan aktiviti seperti bersukan,
mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam aktiviti tersebut. Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu
mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal dan mental sebelum menyertai kejohanan tertentu.
Selain itu, dari sudut kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian semua manusia.
Secara tidak langsung, perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil daripada
usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Isi 4 Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia dapat menonjolkan imej dan perwatakan
yang menarik seseorang individu. Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah kriteria yang anda utamakan
terlebih dahulu? Sudah semestinya calon yang mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan imej yang
kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan yang boleh membantu kita untuk mendapatkan imej yang menarik di
samping baik untuk kesihatan. Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu golongan lelaki merapikan rambut
mereka dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata setiap orang yang memerhati.

Natijahnya, apabila imej dan perwatakan yang menarik hasill daripada penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, ia akan
memudahkan kita untuk bergaul dengan orang ramai serta diterima oleh masyarakat. Penutup Intihannya, menjaga
kesihatan dan kebersihan diri adalah penting seperti yang telah dihuraikan di atas. Setiap pihak mempunyai peranan
dalam memastikan kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan masyarakat berada pada tahap yang baik. Hasil usaha ini
dapat menjadikan masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu, amalan menjaga kesihatan dan
kebersihan perlu disemai dan dipupuk kepada setiap generasi agar ia menjadi budaya contoh manusia sejagat. Sejajar
dengan kata-kata hikmat, ” Negara bersih, rakyat sihat; Badan sihat, otak cergas”.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html

1
Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga Demi Kesejahteraan Hidup Isi-isi penting Melakukan aktiviti riadah
Mengamalkan pemakanan seimbang Menjaga kebersihan diri dan persekitaran Menjalani pemeriksaan kesihatan
Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup Menjaga hubungan sesama manusia dan Tuhan Baca juga: Jenis-Jenis
Pengenalan Dalam Penulisan Karangan Contoh Karangan Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri Dan Keluarga
Pendahuluan Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
menunjukkan graf masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun
kemudahan dan infrastruktur kesihatan bertambah maju dan lengkap, pelbagai wabak dan penyakit yang melanda setiap
golongan tanpa mengira usia. Mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada
tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit
melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Angka yang membimbangkan ini sepatutnya menjadi polemik yang
perlu diambil tindakan oleh semua pihak. Justeru, wajar untuk kita mengenal pasti cara-cara menjaga kesihatan diri dan
keluarga bagi mengelakkan masalah kesihatan menimpa diri dan orang sekeliling kita.

Isi 1 Antara cara bagi memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan baik adalah dengan melakukan aktiviti riadah.
Pada masa lapang, setiap di antara kita digalakkan untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan bersenam.
Senaman adalah aktiviti regangan badan yang mudah dan boleh diaplikasikan di mana-mana pada tempoh masa yang
singkat. Bagi mereka yang meminati aktiviti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental, bersukan adalah aktiviti terbaik
dalam memastikan kesihatan diri terjamin. Tambahan pula, melakukan aktiviti riadah akan mendatangkan manfaat lain
yang cukup baik untuk diri, keluarga dan masyarakat secara amnya. Pembangunan kawasan rekreasi dan infrastruktur
sukan yang lain hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat yang cergas. Natijahnya, aktiviti riadah dapat
membantu kita untuk memperkasa kekuatan fizikal dan mental supaya imun terhadap serangan penyakit yang
menjejaskan kesihatan diri.

Isi 2 Pada masa yang sama, mengamalkan pemakanan seimbang juga mustahak bagi memastikan kesihatan diri
terjamin. Untuk makluman, Malaysia telah dikategorikan antara negara yang mempunyai masalah obesiti yang tinggi di
rantau Asia. Kenyataan ini menunjukkan bahawa masyarakat kita kurang sedar akan faktor pemakanan dalam kesihatan.
Kesibukan dalam pekerjaan dan pengaruh iklan mungkin telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat di
negara ini tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan
seperti penggunaan piramid makanan, namun kadar penghidap obesiti tidak berkurangan. Tindakan yang sepatutnya
setiap ahli masyarakat lakukan adalah dengan mengurangkan pemakanan makanan segera dan makanan ringan.
Sebaliknya, kerapkan memasak makanan sendiri di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja atau institusi pengajian.
Dengan kaedah ini, kita dapat menentukan keseimbangan makanan yang kita sediakan serta berjimat cermat dalam
ketidak tentuan ekonomi hari ini.

Isi 3 Selain itu, penjagaan kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekitar juga adalah penting dalam menjaga kesihatan.
Hal ini kerana, penyakit boleh berpunca daripada pelbagai sudut terutamanya apabila terdapat kekotoran daripada sisa
sampah dan sebagainya. Sebagai contoh, wabak denggi yang seringkali melanda negara kita adalah disebabkan
takungan air yang terbiar lama dan membolehkan nyamuk aedes untuk membiak. Maka, setiapa ahli masyarakat
bertanggungjawab memastikan kawasan perumahan serta premis perniagaan atau tempat kerja masing-masing
dibersihkan dengan baik secara berkala. Perkara yang mudah ini dapat membantu kita melawan musuh yang tidak zahir
di mata kita. Di samping itu, pastikan bahan-bahan mentah yang ingin dimakan, dimasak dan disediakan dengan bersih.
Pembuangan sampah diuruskan dengan betul serta berusaha mengurangkan pencemaran alam dengan menjaga
kebersihan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik.

Isi 4 Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh dimana pemeriksaan kesihatan yang kerap dapat membantu menjamin
kesihatan diri dan keluarga. Kita sepatutnya bersyukur dengan kemudahan kesihatan awam yang disediakan oleh
Kementarian Kesihatan Malaysia kerana ia adalah sangat berpatutan berbanding negara lain. Tambahan pula,
kemudahan kesihatan disediakan di setiap pelusuk di seluruh negara kita samada klinik desa, klinik kesihatan daerah dan
juga hospital-hospital besar yang semakin lengkap dengan peralatan perubatan yang terkini. Maka, sebagai rakyat
Malaysia yang bertuah, kita hendaklah memanfaatkan kemudahan ini dengan melakukan pemeriksaan atau rawatan
kesihatan mengikut arahan yang dinasihatkan oleh pegawai kesihatan. Bagi yang berkemampuan, institusi kesihatan
swasta juga turut menawarkan pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap dan menyeluruh. Bak kata peribahasa Melayu,
mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tuntasnya, pemeriksaan kesihatan dapat menjamin kesihatan diri,
keluarga dan masyarakat.

Penutup Intihannya, setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan diri terjaga dengan melakukan cara-
cara yang telah dihuraikan di atas. Usaha menjaga kesihatan diri dan keluarga adalah usaha yang mulia dan wajar
menerima sokongan yang positif oleh setiap pihak.  Secara tidak langsung, setiap di antara kita adalah agen penyampai
kepada orang disekililing kita. Maka jika diri kita, orang sekeliling dan masyarakat secara amnya menjaga kesihatan
masing-masing, pasti generasi yang cergas dapat dilahirkan. Minda yang cergas menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

2
Semoga kita terhindar daripada masalah kesihatan dan penyakit kerana pepatah Melayu ada berkata, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html

Contoh Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Isi Penting Gaya hidup yang sihat (GHS) merupakan kunci utama
kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama,
bangsa dan negara. GHS didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta
bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status
gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam
oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam
mengamalkan kehidupan yang sihat antaranya adalah dengan menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau
riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran daripada terjebak melakukan
perkara yang menjejaskan kesihatan, dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 1.

Menjaga Pemakanan Seharian Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid
makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara makanan-makanan yang paling utama
atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti: Nasi Bijirin
Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan
pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan
adalah seperti:- Sayur-sayuran Buah-buahan Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk
membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. Di samping itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia
menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula. Ini kerana ia dapat
mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

2. Melakukan Senaman atau Riadah Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan
melakukan aktiviti senaman dan riadah yang penting untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan
makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam
badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah memadai
untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit.

3. Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres. Tekanan diri
adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya melibatkan tekanan yang
sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang
mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga
mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri. Antara langkah yang
dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri ialah seperti:- Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar
ataupun kaunselor Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti
keagamaan untuk terus memotivasi diri Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya
hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa
kemurungan disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur.

4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran  Amalan seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya
adalah seperti tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi.
Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau
ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

5. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan Selain itu, kita juga hendaklah
mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian
kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti
negatif tersebut adalah seperti:- Penagihan dadah Ketagihan arak Seks rambang Menghisap rokok Secara jelasnya,
tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan
menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan
aktiviti-aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula, dengan meminum arak akan mendatangkan
implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya seseorang
itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat. Sebagai
peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri sendiri,

3
bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan
kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak. Mengawal dan
mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata
malahan memberi kebaikan kepada masyarakat.

6. Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat biasanya akan berjumpa
dengan doktor hanya bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan
seseorang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan
atau swasta dengan kekerapan masa sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh
megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Secara kesimpulannya,
terdapat banyak amalan yang perlu kita lakukan antaranya seperti perkara yang dinyatakan di atas untuk membolehkan
kita supaya terus hidup sihat. Amalan ini harus dipupuk serta disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta
anggota keluarga lain juga memainkan peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini.

Akhir sekali, peribahasa Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama
mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat. Related : kencing manis, mengurangkan risiko, makanan
harian, aktiviti fizikal, salah satu, tekanan darah tinggi, penyakit berbahaya, untuk memberikan, risiko penyakit, pilihlah
makanan

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-mengamalkan-gaya-hidup-sihat.html

Contoh Karangan Cara-Cara Menangani Penularan Wabak Penyakit Pendahuluan Sejak dua dan tiga dekad
kebelakangan ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes-kes penularan penyakit di dalam negara mahupun di seluruh
pelusuk dunia. Ianya dikategorikan sebagai subset penyakit yang boleh ditularkan dan berjangkit kepada orang lain. Ia
mampu merebak melalui laluan udara dan juga melalui hubungan fizikal. Polemik yang semakin membimbangkan
masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya ini umpama duri dalam daging. Rentetan itu, kita wajar
untuk mengenal pasti cara terbaik untuk menangani masalah ini untuk daya tahan kesihatan dan kesejahteraan
masyarakat. Persis kata mutiara, mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 1 Perkara utama dalam menghadapi isu global ini adalah tindakan setiap individu dalam masyarakat untuk menjaga
kebersihan diri dan persekitaran. Kebersihan diri adalah nilai penting yang wajib diamalkan oleh semua manusia kerana
kekotoran adalah punca kepada penularan ini. Setiap ahli masyarakat dalam kalngan kanak-kanak dan dewasa perlu
mengutamakan kebersihan diri dengan membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas
menggunakan tandas dan memilik restoran yang memiliki tahap kebersihan terbaik. Aktiviti bergotong-royong dalam
membersihkan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam perlu sentiasa dianjurkan agar kebersihan dijaga di
samping hubungan kemasyarakatan dapat dieratkan. Maka, kita perlu sentiasa mengingatkan diri dan orang sekeliling
supaya menitik beratkan aspek kebersihan diri dan persekitaran dalam kehidupan seharian.

Isi 2 Cara lain dalam mencegahnya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Masyarakat yang inteligensia adalah
masyarakat yang mempraktikkan gaya hidup sihat kerana manfaatnya yang besar bukan sahaja pada diri malahan
berfaedah untuk negara. Gaya hidup sihat merangkumi pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti riadah atau
bersukan. Aktiviti ini yang dilakukan pada waktu lapang ini akan memanfaatkan diri individu tersebut. Mereka akan
terhindar dari wabak dan tahap imunisasi badan lebih kuat berbanding individu yang tidak mengamalkan gaya hidup
sihat. Tambahan pula, pemakaian kondom dalam pelakuan seks suka sama suka juga adalah penting sebagai langkah
kebersihan dan mengelakkan penyakit yang tiada penawar sehingga hari ini iaitu HIV dan AIDS. Justeru, pendidikan dan
kempen kesedaran perlu digiatkan dalam melibatkan semua lapisan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat
sebagai langkah menangani masalah yang kian meningkat masa kini.

Isi 3 Selain itu, ianya juga berpotensi dibawa oleh pelancong atau buruh asing. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk
memperketatkan kawalan kemasukan pelancong dan buruh asing ke dalam negara. Pelancong asing mempunyai risiko
rendah berbanding buruh asing yang akan menetap lebih lama dan berisiko bergaul dengan masyarakat tempatan. Oleh
itu, saringan kesihatan perlu diwajibkan dan penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu diperkasakan. Amalan
kebersihan mereka mungkin berbeza daripada kita jadi, pihak yang bertanggungjawab membawa buruh asing ini perlu
memastikan kebajikan pekerja mereka dijaga dengan baik. Kesannya, kita dapat menjamin kesihatan kita di samping
menyemarakkan ekonomi dengan kawalan yang baik ke atas kemasukan pelancong dan buruh asing.

Isi 4 Akhir sekali, cara-cara menangani adalah dengan memeriksa setiap bahan import yang masuk ke dalam negara. Hal
ini kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti peristiwa yang telah berlaku dahulu di negara China dimana
berlaku serangan selesema burung yang serius. Pihak berkuasa perlu memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk
ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport
untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu
4
disaring dan dipastikan kebersihannya daripada sebarang keracunan dan wabak. Kerjasama antara agensi
penguatkuasa dan kesihatan perlu dipereratkan agar tindakan ini dapat dijalankan dengan baik dan sekaligus
memusnahkan ancaman wabak daripada luar.

Penutup Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh diusahakan untuk menangani masalah ini di Malaysia.
Tindakan melawan penyakit secara holistik oleh semua pihak akan menyumbang kepada penurunan kes ini seterusnya
melahirkan negara yang bebas dari masalah ini. Media massa dan kerajaan berperanan besar dalam menyedarkan
masyarakat kita akan kepentingan dan manfaat mencegah penularan wabak ini. Janganlah kita berfikiran jumud dalam
perkara ini kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini membawa maksud
kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera ke atas perkara yang merbahaya ini agar tidak kesal akan akibatnya
dikemudian hari.

Contoh 2 Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit berjangkit telah
menjejaskan kesihatan manusia dan menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu yang serius ini
menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya. Kita mestilah mengambil berat terhadap masalah ini
kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Persoalannya, apakah cara-cara menjauhi penyakit
berjangkit? Perkara ini akan saya huraikan hingga akar umbi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat
mestilah memakai penutup mulut dan hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana bakteria akan terperangkap dalam
penutup itu. Penyakit berjangkit tidak mudah menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut menggunakan
penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat yang terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular
kepada orang lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu perlindungan kepada kita untuk
menjaga kesihatan diri. Tegasnya, memakai penutup mulut dan hidung dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit
untuk merebak. Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa berada di luar rumah.
Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa memastikan
tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang badan kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan
pensanitasi tangan sebagai kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu, kita boleh menjaga kesihatan diri
pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi bubur. Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh
pancaindera supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata, pensanitasi tangan amat penting
kepada kita untuk memastikan tangan kita sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.

Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan
diri semasa berada di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk memberikan kerjasama kepada
pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia
sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang
telah diberi oleh pihak berkuasa. Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal penularan wabak ini kerana
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk
menjauhi penyakit berjangkit. Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri
daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk
mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan
mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit berjangkit dapat dikurangkan.
Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan
gembiranya. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak. Kredit : Cikgu Tan CL Related :
akta pencegahan cirit birit kesihatan awam 1988 kejadian penyakit, jenis penyakit kesihatan awam kes penyakit
pengawalan penyakit pakar perubatan untuk mencegah kedua duanya penyakit yang disebabkan, jangkitan penyakit
penyakit berjangkit 1988 kejadian kes batuk atau bersin influenza a h1n1 melaporkan kejadian, demam denggi, secara
berkala, pembiakan nyamuk,

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-menangani-masalah-penyakit-berjangkit.html

Cara-Cara Menangani Stress Atau Tekanan Dengan Berkesan Isi-isi penting Mempelajari kawalan emosi kendiri
Berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai Melakukan aktiviti riadah Beribadat kepada Tuhan Berehat atau
melancong Berjumpa dengan kaunselor Baca juga: Faedah Menyertai Aktiviti Beruniform Contoh Karangan Cara-Cara
Mengatasi Stress Atau Tekanan (Untuk Mengelakkan) Pendahuluan Sejak kebelakangan ini, isu depresi dan
kemurungan menjadi polemik yang dibincangkan dalam masyarakat konvensional. Kenaikan kos sara hidup dan ketidak
tentuan ekonomi negara telah menyebabkan isu yang sebelum ini tidak diberi perhatian umum kini menjadi masalah
utama dalam kalangan komuniti terutamanya golongan remaja dan belia. Masalah depresi atau kemurungan berpunca
daripada tekanan atau stres yang berpanjangan, keterlaluan dan tiada kemampuan daya tindak seseorang individu
terhadap masalah tersebut. Ia merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental yang dialami oleh seseorang
apabila terdapat desakan terhadap sesuatu perkara. Sesiapa sahaja yang mengamalkan berbagai cara gaya hidup
samada kanak-kanak, remaja, dewasa serta warga emas boleh mengalami stres atau tekanan. Justeru, wajar untuk kita
bincangkan apakah cara-cara yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi tekanan atau stres sebagai panduan kepada
masyarakat hari ini.
5
Isi 1 Prakarsa utama dalam membendung tekanan atau stres adalah dengan mempelajari kawalan emosi kendiri.
Terdapat tekanan yang berbentuk sedikit, sederhana dan berlebihan di mana dalam jangka masa panjang dan tidak
dapat ditangani oleh individu tersebut, ia akan menyebabkan kesan negatif serta memudaratkan kesihatan mereka. Oleh
itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan penyelesaian jangka pendek sebagai kawalan emosi
kendiri yang dikenali sebagai kaedah “10B”. Sekiranya anda mengalami stres atau tekanan anda perlu mengikuti kaedah
ini secara berturutan iaitu bertenang, bernafas secara dalam, berkata relaks kepada diri, beribadat, bercakap dengan
seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam serta akhir sekali berfikiran positif. Kaedah ini
juga baik untuk membantu menangani tekanan darah tinggi yang meyumbang kepada punca stres. Memang kita tidak
boleh nafikan bahawa punca tekanan dan stres lazimnya bukan daripada diri kita dan sukar untuk mengatasinya tetapi
dengan kaedah yang diutarakan, kita dapat mencegah perkara yang lebih negatif daripada berlaku.

Isi 2 Di samping itu, tekanan atau stres boleh diatasi dengan berkongsi masalah atau bercerita tentang perkara yang
dilalui kepada individu yang dipercayai. Sebagai contoh, apabila majikan memarahi pekerja tentang tugasan yang
diberikan, pekerja tersebut tidak berasa tertekan dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah terbabit untuk
mengurangkan stress. Maka, pekerja tersebut boleh mencari rakan kerja yang berkecimpung dalam bidang yang sama
seterusnya berkongsi masalah dan berbincang tentang jalan penyelesaian terbabit. Tindakan ini bukan sahaja dapat
mengurangkan tekanan malah menunjukkan teladan dan tahap profesional yang lebih baik daripada majikan pekerja
tersebut yang menuding jari tanpa memberikan sebarang bantuan. Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat telah pun membangunkan Talian Kasih 15999 yang beroperasi selama 24 jam pada setiap
hari. Talian aduan krisis ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan kaunseling, kebajikan,
perlindungan dan masalah keluarga untuk berhubung dengan pegawai yang bertugas dan mereka akan membantu
mangsa atau individu yang tiada kenalan untuk berkongsi masalah serta untuk menghilangkan stres.

Isi 3 Alternatif lain yang dapat dilakukan oleh individu bagi mengelakkan tekanan atau stres adalah dengan melakukan
aktiviti riadah seperti bersenam atau bersukan. Umum mengetahui bahawa aktiviti riadah mendatangkan pelbagai
manfaat sekiranya kita aktif dalam menyertainya. Misalnya, apabila seseorang bermain sukan badminton bersama rakn-
rakan, secara zahirnya mereka dapat melepaskan tekanan yang mereka alami dengan menghasilkan pukulan smesy ke
arah lawan. Tambahan pula permainan sukan mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama di mana satu bentuk
kepuasan akan diperoleh sekiranya pasukan individu tersebut memenangi permainan yang disertai. Bagi golongan
dewasa yang berkerjaya dan mempunyai kekangan masa untuk bersukan seharusnya meluangkan masa dihujung
minggu untuk beriadah sekurang-kurangnya selama 30 minit. Kemudahan pusat riadah seperti taman permainan dan
taman komuniti telah lengkap dengan trek untuk berjoging atau berbasikal serta kelengkapan asas gimnasium yang boleh
digunakan tanpa bayaran untuk melepaskan hormon kesehatan tubuh. Kesannya, badan yang cergas akan membentuk
minda sihat dan tekanan atau stres dapat diatasi.

Isi 4 Jika dilihat pada sudut pandang yang berlainan, tekanan dapat dielakkan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Hal ini demikian kerana, ketenangan hati dan segala urusan duniawi adalah kurniaan dan ujian yang diberikan oleh
Tuhan. Maka, kita seharusnya sentiasa bermuhasabah diri sama ada perkara atau kehidupan yang kita jalani seiring
dengan ajaran dan kehendak Beliau. Setiap agama mengetengahkan konsep kebaikan dan nilai-nilai murni supaya kita
tidak terjerumus dalam lembah duniawi yang tidak kekal dan bersifat sementara. Sebagai seorang muslim, ibadat solat
merupakan tiang agama dan mampu membantu menenangkan hati dan minda jika dilakukan dengan kekhusyukan.
Tambahan pula, segala perbuatan dalam solat telah ditafsirkan sebagai bentuk senaman ringan kepada kita setelah
mengharungi pekerjaan sepanjang hari. Lantaran itu, pendekatan diri kepada Sang Pencipta bukan sahaja memberikan
kita ketenangan malah menunjukkan jalan yang benar dan diperlukan oleh manusia yang lemah seperti kita semua untuk
meningkatkan kerohanian. Izharnya, kekuatan rohani akan mezahirkan ketahanan jasmani terhadap apa sahaja masalah
yang timbul. Penutup Sebagai kesimpulan, terdapat banyak cara menghilangkan stress yang boleh dilakukan bagi
mengatasi tekanan atau stres. Ia adalah perasaan semula jadi yang ada pada setiap individu dan pelbagai faktor yang
menyumbang kepada desakannya terhadap sesorang individu. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin baik
terhadap perkara ini, ramai pihak seharusnya menggembleng tenaga bagi memperkenalkan mekanisme kawalan
terhadap tekanan atau stres yang dihadapi oleh ahli masyarakat. Perkara ini boleh diputar menjadi sumber motivasi
seseorang untuk mencapai segala bentuk kejayaan dalam perkara yang mereka ceburi. Kita hanya memerlukan
kepakaran dan kajian yang telus supaya dapat membantu golongan yang terkesan serta untuk mengetahui kaedah
terbaik kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Semoga segala inisiatif dan cara menghilangkan stres yang diatur
dapat memangkin sifat mahmudah dalam diri setiap individu seterusnya melahirkan komuniti yang hidup sejahtera, aman
dan harmoni.

Contoh 2 Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk
menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang
tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres. Zaman remaja diakui sebagai
zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari
hala tuju mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji
ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang tewas dalam
6
kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar
mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak. Apabila dibebani masalah, remaja lebih
cenderung untuk melarikan diri daripada masalah dengan mencetus masalah lain.

Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka
mengambil jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk
melakukan perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung dengan punca
masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik adalah dengan mencari punca masalah
tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai benang yang kusut
adalah lebih baik daripada terus menambah masalah. Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan
dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan
menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika
remaja mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang
sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang
mendengar tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang
bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres. Selain itu,
cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati
kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat
bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang. Dugaan itu
akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada
Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk menghilangkan
keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kerungsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk
bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas.
Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan
kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan
atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan
masalah. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk
menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.

Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Orang yang sedang dalam
tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres,
berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan,
carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum
nasi menjadi bubur. Related : tempat kerja, penting untuk terbaik untuk, hormon kortisol dan adrenalin stres yang
berkepanjangan berjalan kaki mengatasi stres menenangkan pikiran tubuh dan pikiran

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html

Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan Buah-Buahan Tempatan Pendahuluan Sebagai warganegara Malaysia, kita
seharusnya bersyukur kerana dikurniakan dengan pelbagai hasil sumber alam yang boleh dinikmati. Kesuburan kawasan
tanah-tanih dan sumber perairan yang mencukupi telah memberikan kita pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang
sedap lagi menyelerakan. Menjelang musim buah-buahan tempatan, seluruh rakyat Malaysia pasti akan berasa gembira
dan memenuhi ruangan pasaraya atau warung yang menjual buah-buahan tersebut. Selain buah durian dan rambutan,
kemunculan buah harum manis daripada negeri Perlis semakin mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan. Kita
dapat lihat bahawa buah-buahan tempatan sebenarnya digemari oleh penduduk setempat berbanding buah-buahan
import. Persis peribahasa Melayu,  hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Persoalannya, apakah kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan kepada kita sebagai konsumer utama komiditi
tersebut?

Isi 1 Antara kebaikan yang akan diperoleh sekiranya kita membeli buah-buahan tempatan adalah dapatan khasiat dan
kualiti terbaik daripada buah tersebut. Seperti sedia maklum, buah-buahan tempatan ditanam, tumbuh dan dituai secara
lokal. Makanya, ia mudah untuk didapati dan dapat dimakan secara segar dari ladang-ladang petani. Jika dibandingkan
dengan buah-buahan dari negara luar, faktor logistik yang memakan masa yang lama menjejaskan kualiti dan kondisi

7
buah tersebut. Kita sebagai pengguna akan kerugian kerana kandungan vitamin dan nutrien dalam buah terbabit sudah
berkurangan dan tidak memberikan manfaat. Sebagai contoh, buah betik yang digelar sebagai “buah bidadari”
merupakan buah-buahan iklim tropika yang mengandungi vitamin A, C, E dan K. Selain itu, buah ini juga mengandungi
ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita serta bagus untuk kesihatan kulit dan rambut. Berdasarkan kajian
saintifik, enzim yang terkandung dalam buah betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan jerawat,
meransang pertumbuhan dan kekuatan rambut. Terbuktilah bahawa buah-buahan tempatan juga mempunyai kualiti dan
khasiat yang tinggi, bak kata pepatah diam-diam ubi berisi.

Isi 2 Di samping itu, buah-buahan tempatan mempunyai kelebihan berbanding buah-buahan import kerana harganya
yang berpatutan. Buah-buahan import lazimnya dijual pada harga yang agak mahal disebabkan kos logistik yang perlu
ditampung oleh pembekal. Kos ini termasuk kos tuaian, kos pembungkusan dan kos penghantaran. Tetapi, buah-buahan
tempatan tidak memerlukan kos logistik yang banyak kerana bekalan boleh didapati secara dekat dan pasaraya sudah
mempunyai ruangan khas bagi buah-buahan tempatan. Golongan usahawan tani dan peniaga juga lazimnya akan
menjual secara terus dari ladang kerana masyarakat gemar untuk mendapat buah-buahan yang segar dan mudah
didapati. Secara tidak langsung, harga akan menjadi lebih murah dan pembeli dapat menikmati buah yang segar dan
berkualiti tanpa perlu berbelanja lebih. Kesannya, masyarakat konvensional akan memilih buah-buahan tempatan
berbanding import kerana mendapat harga yang murah serta kesegaran dan kualiti yang terbaik.

Isi 3 Pada masa yang sama, kebaikan buah-buahan tempatan adalah ia dapat membantu pertumbuhan ekonomi
domestik. Hal ini demikian kerana kadar kebergantungan bekalan makanan negara secara amnya mempunyai peratusan
yang banyak terhadap bekalan import. Andainya berlaku bencana atau pandemik dunia di mana aktiviti import dan
eksport terpaksa dihentikan, bekalan makanan negara akan berkurangan. Justeru, bagi mencapai satu tahap
keberdikarian bekalan makanan dalam negara, pemerkasaan bidang pertanian dan pembuatan makanan perlulah
dilaksanakan. Oleh itu, kita hendaklah menyokong segala usaha meningkatkan bekalan makanan dengan mewujudkan
permintaan yang banyak. Bak kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut. Tamsilnya, membeli buah-buahan
tempatan dapat membantu perkembangan usahawan tempatan dan melonjak produk keluaran tempatan. Mutakhir ini,
buah yang dikenali sebagai raja segala buah semakin mendapat permintaan daripada negara luar. Izharnya, buah-
buahan yang dahulunya menjadi hidangan setempat kini sudah mempunyai nilai komersial dan berpotensi besar dalam
pasaran antarabangsa.

Isi 4 Akhir sekali, kelebihan yang ada pada buah-buahan tempatan adalah keselamatannya yang terjamin. Mungkin ada
di antara kita yang tidak tahu-menahu bahawa terdapat penggunaan bahan kimia seperti natrium yang diaplikasikan
kepada buah-buahan import. Hal ini demikian kerana ia adalah bahan kimia yang dapat membantu mengekalkan kualiti
buah-buahan yang terpaksa disimpan lama sebelum sampai ke ruangan jualan di pasaraya dan kedai. Sejak
kebelakangan ini, terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan bahan kimia secara
berlebihan dan tidak menepati piawai yang ditetapkan bagi mendapatkan keuntungan semata-mata. Akibatnya,
pengguna akan mendapat kesan dari segi kesihatan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Masyarakat
kita mungkin tidak lagi mempunyai kesedaran akan kepentingan keselamatan makanan tetapi pihak berkuasa
seharusnya bersikap proaktif dalam mengekang bahaya yang mengancam kesihatan rakyat. Intihannya, wajar untuk kita
mengelakkan diri daripada risiko makanan yang tidak selamat dengan memilih produk atau buah-buahan tempatan
kerana ingat antara belum kena, hemat antara belum habis.

Penutup Konklusinya, pelbagai kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan yang akan diperoleh sekiranya kita kekal
membeli dan mencipta permintaan yang tinggi. Masyarakat kita masih mumpunyai stigma bahawa produk keluaran
negara luar mempunyai kualiti dan khasiat yang lebih tinggi berbanding produk keluaran tempatan. Sebagai generasi
muda, kita seharusnya mengubah pemikiran tersebut dan bersikap lebih terbuka dan seterusnya menyahut cabaran
dalam membuktikan kebolehan usahawan tempatan. Semoga pihak berkenaan sedar akan potensi buah-buahan
tempatan serta mencari mekanisma terbaik dalam mengembangkan jumlah permintaan serta menyediakan infrastruktur
yang lengkap untuk petani dalam membekal permintaan yang semakin bertambah. Peribahasa Melayu berkata, kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berbekalkan ilmu dan usaha untuk memajukan industri tani tempatan
kita pasti dapat merencana sesuatu yang terbaik demi pembangunan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat
setempat.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kebaikan-buah-buahan-tempatan.html

Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja Isi-isi penting Mengamalkan pemakanan
seimbang Menggalakkan aktiviti bersenam atau bersukan Mengehadkan penggunaan gajet Melakukan pemeriksaan
kesihatan Menggalakkan minuman air kosong berbanding air bergula Memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-
sayuran Baca juga: Cara Mendapat Kecemerlangan Dalam Peperiksaan Contoh Karangan Usaha-Usaha Pencegahan
Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja Pendahuluan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa

8
lebih 30 peratus dalam kalangan remaja hari ini menghidapi masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Perkara ini
seharusnya memberi kebimbangan kepada masyarakat umum terutamanya ibu dan bapa kerana golongan ini terdedah
kepada risiko menghidapi masalah kesihatan, penyakit kronik yang lain. Antaranya adalah penyakit diabetes, tekanan
darah tinggi dan serangan angin ahmar atau jantung. Justeru, setiap di antara kita perlu mempunyai kesedaran dan
sentiasa berwaspada supaya tidak tergolong dalam golongan yang mempunyai masalah obesiti. Masyarakat kita masih
mempunyai stigma bahawa kegemukan atau masalah berat badan bersangkut-paut dengan genetik dan sebagainya.
Namun, kita tidak boleh berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang mengancam nyawa diri dan juga orang
yang kita sayangi. Sebelum nasi menjadi bubur, wajar untuk kita bincangkan usaha-usaha pencegahan masalah obesiti
dalam kalangan remaja.

Isi 1 Prakarsa utama dalam mencegah masalah obesiti dalam kalangan remaja adalah memastikan mereka
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Golongan remaja perlu mendapat bimbingan daripada ibu dan bapa atau
guru di sekolah tentang cara pemakanan yang betul dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang dipromosikan di
media. Pemakanan yang seimbang boleh dirujuk kepada piramid makanan di mana jumlah nutrisi yang terkandung dalam
hidangan adalah penting dalam menentukan ianya pada kadar yang cukup atau berlebihan. Ringkasnya, pengambilan
makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat tinggi seperti makanan segera serta air berkarbonat hendaklah dielakkan.
Tidak dinafikan bahawa makanan segera seperti mee segera dan sosej merupakan kegemaran masyarakat kita namun
kita hendaklah mengubah perkara tersebut demi kesihatan yang lebih bermanfaat. Ibarat peribahasa Melayu, yang bulat
tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tegasnya, dengan mengamalkan pemakanan secara
seimbang, remaja dapat mengelak daripda masalah obesiti dan penyakit jantung.

Isi 2 Meninjau dari aspek lain, golongan remaja seharusnya melakukan aktiviti bersenam atau bersukan dengan lebih
kerap. Hal ini demikian kerana generasi muda hari ini lebih gemar meluangkan masa lapang melayari Internet dan
menonton hiburan di media-media elektronik. Situasi ini harus dibendung kerana kita sebenarnya mempunyai
infrastruktur yang lengkap dalam gelanggang atau taman rekreasi bagi membolehkan masyarakat awam bersenam atau
bersukan. Golongan remaja seharusnya mengambil kesempatan yang ada ini dengan mengisi masa lapang untuk
malukan aktiviti riadah seperti bermain badminton atau futsal di gelanggang yang telah disediakan. Apabila menjelang
dewasa, masa untuk bersukan atau beriadah sudah semakin terhad kerana kesibukan dalam hal-hal kerjaya masing-
masing. Aktiviti-aktiviti fizikal ini akan membantu kita untuk membakar kalori atau lemak yang berlebihan serta merembes
sisa-sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan kita. Malahan penyertaan dalam aktiviti bersenam dan bersukan
memberi pelbagai manfaat lain yang bagus untuk kedua-dua kesihatan fizikal dan mental serta rohani individu yang
mengamalkannya.

Isi 3 Pada masa yang sama, masalah obesiti kanak-kanak dan dalam kalangan remaja boleh diatasi dengan cara
mengehadkan masa penggunaan gajet seharian mereka. Tindakan ini merupakan peranan ibu dan bapa di rumah dalam
mengawasi perilaku anak-anak terhadap penggunaan gajet seperti telefon dan komputer. Sekiranya masa penggunaan
gajet mereka terlalu lama iaitu lebih daripada tiga hingga lima jam sehari, ia bukan sahaja akan mengancam kesihatan
diri mereka tetapi memberikan kesan kepada kesihatan mata mereka. Terdapat sebahagian golongan muda yang terlalu
obses dengan permainan video atau penggunaan gajet sehinggakan mereka tidak aktif dan lemah secara fizikal. Lebih-
lebih lagi yang gemar memakan makanan ringan di mana kandungan gula dan lemaknya merupakan faktor utama
masalah obesiti serta kerosakan gigi. Jika ibu dan bapa mampu memberi had waktu penggunaan gajet kepada anak-
anak, mereka pasti dapat meluangkan masa yang ada dengan perkara berfaedah yang lain serta mendatangkan
kesihatan diri mengelakkan obesiti. Mungkin sukar untuk mereka mengamalkannya pada permulaan tetapi ia adalah cara
untuk memastikan diri mereka bebas daripada ancaman penyakit

. Isi 4 Sebagai pelajar berminda kelas pertama, kaedah yang boleh dilaksanakan bagi membendung masalah obesiti
dalam kalangan remaja adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan. Budaya berjumpa dengan pengamal
perubatan pada waktu kita sakit sahaja perlu diubah. Hal ini kerana kebanyakan penyakit boleh dirawat jika dikesan pada
peringkat awal sebelum ia menjadi kritikal. Maka, golongan remaja seharusnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara
berkala di klinik kesihatan yang berdekatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Dengan berjumpa doktor atau
pegawai kesihatan, mereka dapat memeriksa tahap kesihatan diri kita serta mencadangkan gaya hidup yang sesuai
untuk kita amalkan kerana hanya jauhari mengenal manikam. Tambahan pula, perkhidmatan kesihatan awam di negara
kita adalah sangat berpatutan dan mudah untuk dikunjungi. Kesempatan ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh
setiap ahli masyarakat terutamanya golongan remaja. Izharnya, bimbingan dan panduan daripada orang yang pakar
dalam bidang yang kita tidak tahu adalah mustahak supaya kita terhindar daripada perkara yang tidak kita inginkan.

Penutup Kesimpulan daripada perbincangan di atas adalah pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi mencegah
masalah obesiti dalam kalangan remaja. Masalah ini seharusnya diberi perhatian kerana golongan remaja merupakan
nusa yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara. Justeru itu, setiap pihak terutamanya ibu, bapa dan rakan-
rakan sebaya perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam memastikan remaja yang menghidapi masalah
obesiti diberi rawatan yang terbaik. Pihak kerajaan perlu mencari punca obesiti dan mekanisme terbaik dalam
memastikan setiap daripada rakyatnya mempunyai kesedaran berkaitan kesihatan dan seterusnya melahirkan generasi
9
yang imun terhadap segala penyakit yang mampu dicegah. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
Dengan kegawatan ekonomi masa kini, kita tidak seharusnya dibebankan dengan beban kewangan dalam rawatan
kesihatan serta ubat-ubatan yang berpunca daripada diri kita sendiri. Semoga kesedaran yang holistik dalam masyarakat
konvensional akan timbul dan kesihatan umum menjadi agenda utama di negara kita dan juga seantero dunia.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/masalah-obesiti.html

Kepentingan Dan Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Isi-isi penting menjamin kesihatan diri mengurangkan stress
menjadi kerjaya memupuk semangat setia kawan membanteras gejala tidak sihat seperti lumba haram dan sebagainya
menyumbang kepada ekonomi negara Baca juga: Kesalahan Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Contoh
Karangan Kebaikan Dan Faedah-Faedah Bersukan Kepada Masyarakat Pendahuluan Dewasa ini, aktiviti bersukan
dalam kalangan masyarakat semakin mendapat perhatian. Perkembangan infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal,
badminton dan kawasan lapang dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kita dimana bersukan bukan sahaja menjadi
aktiviti di waktu siang malah telah dipraktikkan pada waktu malam. Hal ini kerana ramai diantara kita sibuk mencari rezeki
untuk suapan diri dan tangungan masing-masing di pagi hari maka aktiviti seperti bersukan dan bersenam dilakukan
pada waktu malam. Pelbagai faedah yang diperoleh daripada bersukan terutamanya kepada diri dan masyarakat secara
tidak langsung.

Isi 1 Bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu kerana ia merupakan aktiviti yang melibatkan
penggunaan fizikal dan juga mental individu tersebut. Peluh dan toksik dalam badan dapat dirembes keluar dengan
melakukan aktiviti bersukan dalam tempoh masa yang tertentu. Tahap kardio seseorang juga akan bertambah baik serta
berat badan yang ideal dapat  dicapai sekiranya individu tersebut konsisten dalam bersukan. Tambahan pula, bersukan
adalah langkah yang jelas dalam mengelak daripada penyakit-penyakit yang kronik seperti obesiti. Sediakan payung
sebelum hujan adalah peribahasa Melayu yang sesuai dalam menggambarkan faedah bersukan kepada masyarakat dari
segi menjamin kesihatan diri.

Isi 2 Selain itu, aktiviti sukan dapat membantu mengurangkan stress kerana mental seseorang individu itu memerlukan
aktiviti yang berbeza dengan kerjaya mereka. Majoriti daripada pengamal sukan melakukan aktiviti ini di waktu santai dan
sebagai hiburan. Psikologi seseorang juga mendapat input yang positif dengan bersukan dimana gelak tawa dan peluh
terhasil daripada keseronokan melakukan aktiviti bersukan. Dengan kemudahan teknologi hari ini, ada dalam kalangan
kita suka berjoging sambil mendengar radio atau rakaman suara yang berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu
semasa yang dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air dimana satu
pekerjaan mendapat hasil yang lebih.

Isi 3 Dalam pada itu, sukan juga mampu menjadi kerjaya seseorang. Sukan berkemampuan menjadi sebuah industri
yang mampu menarik pelaburan serta menjadi hiburan kepada masyarakat. Sebagai contoh, sukan bola sepak di benua
Eropah dan sukan bola keranjang di Amerika Syarikat yang menjana keuntungan daripada hak-hak penyiaran di
televisyen dan media massa. Maka, dengan latihan yang jitu dan bimbingan yang tepat, kita mampu untuk melahirkan
atlet-atlet yang bersaing di peringkat dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang. Atlet yang bersaing di
peringkat dunia mampu mendapat habuan yang banyak sekiranya konsisten bertanding dan menjuarai kejohanan yang
disertai. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan kerjaya atlet ini hanya bertahan kurang daripada 10 tahun. Mereka
sebenarnya berpeluang besar dalam mencari kerjaya yang sesuai seperti menjadi jurulatih, komentator sukan dan juga
menyambung pelajaran dalam sains sukan sekaligus dapat membantu dalam perkembangan industri sukan negara.

Isi 4 Aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri masing-masing. Di sini kita dapat lihat
bahawa sistem pendidikan kita telah menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah lagi. Penglibatan seseorang dalam
aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan hoki dan bola jaring dapat membentuk dan menambah nilai
berpasukan dalam mencari kemenangan ke atas pihak lawan. Sukan secara berpasukan memerlukan strategi dan
disiplin yang baik supaya apa yang ingin dicapai dapat dipraktikkan dengan baik. Secara tidak langsung semangat setia
kawan, kerjasama dan kekitaan akan timbul dan menjadi senjata penting dalam mencapai kemenangan dalam aktiviti
sukan yang disertai. Tambahan pula, sukan dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain di mana perpaduan
rakyat dapat dikekalkan dan diraikan dengan lebih baik demi tanah air yang tercinta.

Penutup Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada masyarakat dalam menyertai aktiviti-aktiviti
bersukan. Tiada halangan untuk kita bersukan pada hari ini kerana banyak infrastruktur sukan yang lengkap dan boleh
digunakan samada di waktu siang atau malam. Sekiranya hujan ataupun udara di luar tidak sihat, kita mempunyai pilihan
untuk melakukan aktiviti sukan di gelanggang yang bertutup dan teduh daripada cuaca yang tidak menentu. Hendak
seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud tiada halangan jika kita berusaha mencari jalan dalam mencapai
apa yang dikehendaki. Marilah kita bersama-sama ringan tulang dalam menyertai aktiviti bersukan serta menyumbang
sesuatu dalam perkembangan sukan supaya lahir rakyat  sihat, otak cerdas. Kesihatan fizikal dan mental membentuk

10
rakyat yang efektif sekaligus mampu memacu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing. Majulah sukan untuk
negara.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/faedah-bersukan-kepada-masyarakat.html

Contoh Karangan

Langkah-Langkah Memajukan Mutu Sukan Negara Pendahuluan Sukan boleh didefinisikan sebagai segala jenis gerak
badan yang memerlukan tenaga dan digunakan untuk permainan. Mutakhir ini, kita dapat melihat bahawa sukan mampu
menjadi sebuah industri yang menjana ekonomi di peringkat tempatan dan juga global. Sebagai contoh, penganjuran
Piala Dunia Bola Sepak 2018 di Rusia telah  mendapat jumlah keuntungan sebanyak 5 billion US Dollar hasil daripada
hak penyiaran dan pelbagai lagi. Namun, sebelum melihat kepada potensi sukan secara global, adakah mutu sukan
negara kita berada di tahap yang membanggakan? Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksana bagi memajukan mutu
sukan negara?

Isi 1 Langkah utama dalam memajukan industri sukan tempatan adalah dengan memastikan infrastruktur sukan yang
lengkap disediakan di seluruh negara. Secara asasnya, setiap aktiviti sukan memerlukan gelanggang permainan seperti
padang, kolam renang dan balapan. Cuba kita lihat di kawasan berdekatan kita, adakah setiap dearah mempunyai kolam
renang, padang dan balapan yang cukup sifatnya dan diselenggara dengan baik? Sekiranya tidak maka kegagalan
penyediaan infrastruktur sukan yang lengkap adalah perkara yang menyumbang kepada pembantutan kemajuan sukan
negara.  Jika tiada infrastruktur sukan yang mudah untuk diakses oleh komuniti, maka pencarian bakat untuk atlet
terbatas. Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh bekerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan
infrastruktur sukan dalam komuniti sentiasa ditambah baik dan diselenggara. Khidmat komuniti ini bukan sahaja
menguntungkan komuniti setempat malah mampu mengangkat jenama syarikat swasta seperti CIMB Bank yang menaja
industri sukan berbasikal negara.

Isi 2 Selain itu, mutu sukan negara boleh ditambah baik dengan mendedahkan atlet-atlet negara di peringkat
antarabangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Sekolah Sukan Malaysia bagi mencungkil bakat dan
menghasilkan atlet professional bertaraf antarabangsa. Namun begitu, peratusan kejayaan atlet ini dilihat tidak
memberansangkan. Pelbagai faktor yang menyebabkan atlet-atlet ini tidak berjaya antaranya adalah kerana kurangnya
pendedahan di peringkat antarabangsa. Pendedahan diperingkat antarabangsa perlu dimulakan sejak usia muda agar
mereka tidak mengalami kejutan budaya dan belajar untuk menyaingi tahap kompetitif di peringkat antarabangsa.
Pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan dalam beberapa sukan seperti Akademi Bola Sepak Mohktar Dahari yang
menganjurkan Piala Mokhtar Dahari. Penganjuran yang melibatkan pasukan daripada Jepun, China dan Eropah mampu
memberikan pengalaman dan pengajaran yang berharga kepada pemain akademi yang berumur lingkungan 13 hingga
15 tahun. Maka, pendedahan yang berterusan pasti akan meningkatkan tahap prestasi atlet tempatan setaraf dengan
atlet antarabangsa.

Isi 3 Sebagaimana yang kita maklum, setiap sukan di negara kita dinaungi oleh persatuan-persatuan sukan bagi
menguruskan atlet dan perkembangan sesebuah sukan tersebut dalam negara mahupun luar negara. Tetapi kita
seringkali melihat di dada akhbar dan televisyen tentang kepincangan persatuan sukan yang majoritinya dipimpin oleh
ahli yang mempunyai kepentingan politik. Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering
menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka.
Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan oleh
mereka. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-
muka baru yang mempunyai latar belakang dalam bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan
negara, bak kata peribahasa, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Isi 4 Di samping itu, kemajuan sains dan teknologi hari ini juga wajar untuk diaplikasikan dalam sukan di negara kita.
Kehadiran Institusi Sukan Negara adalah amat mustahak dalam menghubungkan sains dan teknologi dengan industri
sukan tempatan. Tahap kompetitif sukan di peringkat antarabangsa lazimnya sukar untuk kita capai melainkan atlet
tersebut mempunyai bakat yang besar. Tetapi, kita mampu membentuk atlet bertaraf antarabangsa dengan
menggunakan kaedah saintifik dalam meningkatkan prestasi atlet tempatan kita. Antara kaedahnya adalah dari segi
penjagaan nutrisi dan diet atlet, corak latihan dan fisioterapi yang sesuai untuk atlet agar mereka mampu menghasilkan
prestasi tertinggi apabila bersaing di peringkat antarabangsa. Kemahiran ahli perubatan tempatan kita tidak wajar untuk
disia-siakan dan sukan mampu menjadi cabang kepada kemajuan sains dan teknologi yang akan menaikkan nama
negara di persada antarabangsa.

Penutup Tuntasnya, pelbagai langkah yang boleh  digarap dalam memastikan kemajuan sukan negara meningkat dari
semasa ke semasa. Kejayaan atlet-atlet seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David dan Azizulhasni Awang
sepatutnya membuka jalan kepada kelahiran atlet-atlet tempatan bertaraf antarabangsa yang lain. Semoga pihak yang
11
bertanggungjawab dalam menguruskan sukan di negara kita tidak kira peringkat negara ataupun peringkat sekolah
mampu melaksanakan tugas dengan komitmen dan dedikasi terhadap kemajuan sukan negara. Pelbagai formula dan
langkah yang boleh diatur dan tidak semua berjaya untuk menghasilkan apa yang kita kehendaki tetapi sebaliknya
apakah langkah seterusnya yang wajar untuk difikirkan oleh semua pihak bagi membawa sukan tempatan kita bersaing
diperiingkat antarabangsa.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/langkah-meningkatkan-mutu-sukan-negara.html

Kebaikan Dan Kepentingan Beriadah Dan Berekreasi Dalam Kehidupan Seharian Isi-isi penting mengisi masa lapang
memastikan kesihatan diri terjaga mengeratkan hubungan sesama keluarga atau rakan menjadi medium penyatuan
rakyat mencabar kemampuan diri Menambah keyakinan dan motivasi diri Contoh Karangan Kepentingan Riadah Dalam
Kehidupan Pendahuluan Seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat kita ada yang terlalu
taksub dengan mengejar kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati
dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam
mempraktikkan gaya hidup sihat. Riadah adalah senaman atau menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan
cara-cara tertentu. Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senam robik yang tidak
memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud
jika kita berusaha untuk memberikan masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan hasil usaha
kita diwaktu kelak.

Isi 1 Aktiviti riadah atau senaman ini adalah penting kerana ia wajar diamalkan dalam mengisi masa lapang seseorang.
Jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti bermain permainan video atau melepak di kedai mamak, beriadah adalah
aktiviti yang sihat untuk diamalkan. Kemudahan untuk melakuakan aktiviti rekreasi telah berkembang dan tidak
memerlukan kos yang banyak untuk menggunakannya. Jadi, lebih baik kita melabur wang dalam melakukan aktiviti-
aktiviti yang mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding menghabiskan duit kepada aktiviti yang
membuang masa dan sia-sia. Bak kata peribahasa Melayu, tepuk dada, tanya selera di mana sesuatu pekerjaan yang
akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan diri kita sendiri.

Isi 2 Riadah adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita
beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam
badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau menunggang
kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan
terhindar daripada penyakit-penyakit seperti obesiti dan darah tinggi. Sebelum nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk
kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 3  Selain itu, aktiviti-aktiviti rekreasi mampu menjadi medium perhubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-
rakan. Jika kita imbas kembali pada zaman kanak-kanak kita, setibanya waktu petang kita akan keluar rumah untuk
bermain di padang atau taman permainan bersama sesiapa sahaja yang ingin bermain bersama dan dari situ kita akan
berkenalan dan menjadi rapat dengan rakan sepermainan kita. Aktiviti seperti bermain boling pada hujung minggu
bersama keluarga dan rakan-rakan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain di samping berhibur dan
mengeluarkan peluh yang sihat. Bagi golongan pekerja pula, syarikat atau pejabat selalunya menganjurkan aktiviti
rekreasi bersama sekurangnya setahun sekali bagi menambah nilai kekitaan antara rakan sekerja yang sekaligus
menyumbang pada prestasi kerja yang lebih baik.

Isi 4  Menyingkap dari sudut lain, aktiviti riadah dapat menyatukan rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum. Bagi
mengelakkan sentimen perkauman yang selalunya dijadikan isu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita sebagai
warganegara Malaysia seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti riadah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Bak
kata peribahasa melayu bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebagai contoh, skuad bola sepak kebangsaan yang
terkenal dengan nama harimau malaya pernah mengharumkan nama negara di peringkat Komanwel dan pasukan
tersebut terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi marilah kita berganding bahu dalam menepis sentimen yang sensitif ini
dengan beriadah bersama-sama kerana kekuatan kita pada penyatuan bukan perpecahan.

Penutup Secara tuntas, banyak kepentingan beriadah yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan oleh masyarakat kita
secara tersurat dan tersirat. Kita seharusnya bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merencana sesuatu untuk kita
meluangkan masa beriadah dan menyebarkan kesedaran tentang faedahnya kepada khalayak umum. Media massa dan
agensi kerajaan mampu menjadi tunjang dalam menggalakkan rakyat Malaysia beriadah kerana badan yang sihat
menjamin otak yang cerdas. Bersama-sama kita ke arah melahirkan generasi yang berfikiran waja, sihat jasmani dan
rohani serta hidup dalam harmoni.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html

12
Contoh Karangan Faedah-Faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri Pendahuluan Seni mempertahankan diri
adalah satu bentuk gerak badan secara fizikal yang digunakan untuk melindungi diri daripada musuh tanpa senjata. Ia
telah wujud sejak bertahun lama dan berbeza mengikut rantau dan elemen budaya serta tradisi masing-masing. Sebagai
contoh, di rantau Asia Tenggara terdapat seni silat dan muay thai manakala di rantau Asia Timur terdapat seni
teakwondo dan judo. Namun, ledakan teknologi hari ini telah menyebabkan seni ini semakin dilupakan dan tenggelam
dek ditelan zaman. Walau bagaimanapun, kadar jenayah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun telah
membuatkan sebahagian daripada masyarakat kita sedar dan mula menghantar anak-anak untuk menyertai kelas seni
mempertahankan diri. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan faedah-faedah yang mampu diperoleh sekiranya kita
mempelajari seni mempertahankan diri.

Isi 1 Faedah utama yang diperoleh apabila kita mempelajari seni mempertahankan diri adalah dapat melindungi diri
daripada sebarang ancaman fizikal. Sejak kebelakangan ini, kes-kes jenayah seperti kes penculikan, ragut dan gangguan
seksual semakin berleluasa serta menjadi tajuk utama di siaran berita dan dada akhbar. Senario ini telah membuatkan
rasa kurang senang masyarakat kerana ancaman jenayah boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa. Maka,
dengan mempelajari seni mempertahankan diri, kita dapat mengetahui apakah langkah yang perlu dilakukan sekiranya
berlaku ancaman terhadap kita. Mentaliti kita juga akan lebih bersedia untuk membuat keputusan yang betul dan
bertindak secara efisien kerana situasi ini hanya dapat dipelajari sekiranya kita mempunyai pengetahuan tentang seni
mempertahankan diri. Peribahasa Melayu ada berkata, malang tidak berbau. Justeru, berbekalkan ilmu seni
mempertahankan diri, kita mampu menjamin keselamatan diri dan juga orang disekeliling kita.

Isi 2 Selain itu, seni mempertahankan diri dapat memberikan kecergasan fizikal kepada kita. Hal ini demikian kerana,
segala latihan dan pembelajaran melibatkan aktiviti fizikal di mana kekuatan kita akan ditumpukan kepada pergerakan
yang mampu menewaskan musuh atau ancaman. Tambahan pula, ia dapat membantu membina ketangkasan koordinasi
mata dan tangan terutamanya dalam golongan kanak-kanak menerusi pelbagai pergerakan yang dipelajari. Kita juga
akan melakukan aktiviti yang melibatkan kardiovaskular seperti berlari dan berjoging kerana ia merupakan asas dalam
seni mempertahankan diri. Izharnya, bukan sahaja kekuatan otot dapat dicapai apabila kita menyertai kelas seni bela diri,
ia juga dapat memberikan kesihatan fizikal yang baik serta memberikan postur serta berat badan yang ideal sekiranya
kita mempraktikkan atau melakukan latihan secara konsisten. Dengan pelbagai masalah kesihatan yang membelunggu
masyarakat hari ini, wajar untuk kita mempertimbangkan seni ini sebagai satu wadah untuk mengelakkan daripada
terkena sebarang penyakit kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Isi 3 Pada masa yang sama, seni mempertahankan diri dapat membantu kita untuk meningkatkan disiplin diri. Kita boleh
perhatikan di mana setiap seni bela diri mementingkan kawalan emosi diri sebelum melakukan apa-apa tindakan. Seperti
dalam kehidupan, kita tidak boleh membuat keputusan yang melibatkan emosi kerana ia tidak stabil. Sebaliknya, kita
perlu sentiasa bersikap rasional dan realistik dalam membuat apa-apa keputusan atau tindakan. Nilai ini adalah sangat
penting dan mustahak untuk diajar kepada kanak-kanak dimana apabila mereka dewasa, mereka akan lebih bersikap
matang dan mampu memberikan hasil yang terbaik. Malahan, seni mempertahankan diri membantu kita untuk menepati
masa dengan lebih baik. Situasi ini secara langsung dapat membentuk jati diri seseorang dengan nilai-nilai yang positif
dan berguna. Walaupun pada mulanya sukar untuk sesetengah di antara kita berubah tetapi dengan semangat yang
kuat, kita mampu mengubah diri kita supaya menjadi lebih baik daripada semalam. Persis kata peribahasa, alah bisa
tegal biasa.

Isi 4 Di samping itu, seni mempertahankan diri mampu menjadi profesion di mana sebilangan besar diantaranya telah
diiktiraf sebagai sukan. Malahan, seni mempertahankan diri seperti teakwondo, judo dan karate dipertandingkan di
peringkat sukan tertinggi dunia iaitu Sukan Olimpik. Peribahasa Melayu berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Oleh itu, ibu dan bapa digalakkan untuk menghantar anak-anak yang mungkin berpotensi dan
mempunyai bakat terpendam dalam seni mempertahankan diri. Jika diasah dan dilatih dengan betul, mereka mampu
menjadi atlet dan bertanding di peringkat dunia seterusnya mengharumkan nama keluarga dan negara. Sebagai contoh,
kita telah pun mempunyai seorang atlet yang bertanding di peringkat dunia dalam seni pencak silat iaitu Jufferi Jamari.
Beliau juga berjaya mendapatkan pingat emas dalam kategori pencak silat pada Sukan SEA 2017 yang berlangsung di
Kuala Lumpur. Kita dapat lihat bahawa seni mempertahankan diri berpotensi menjadi karier seseorang dan membawa
nama negara ke persada antarabangsa.

Penutup Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang akan diperoleh sekiranya kita mempelajari seni mempertahankan
diri. Masyarakat konvensional harus meluaskan horizon pemikiran dan mula menghargai seni mempertahankan diri
terutamanya yang berasal daripada negara kita. Ia adalah merupakan warisan dan tradisi yang tidak ada di tempat lain
dan kita merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memperkasa seni mempertahankan diri yang
lahir daripada nenek dan moyang kita. Alhi masyarakat tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi
sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan mengabaikannya. Sebaliknya, setiap pihak khususnya pihak kerajaan
dan sekolah wajar memperkasa seni mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat hari ini demi mendapat maslahat

13
dan menjadikan negara Malaysia aman, selamat dan sejahtera.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/seni-mempertahankan-diri.html

Contoh Karangan Kesan-Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Kepada Kesihatan Seseorang Pendahuluan
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, pelbagai urusan yang harus dilaksanakan serta memakan masa individu
tersebut sehinggakan lumrah manusia seperti makan dan minum semakin sukar. Kesibukan mengejar matlamat atau
cita-cita hidup membuatkan kita alpa untuk mengambil serius dalam pemakanan kita dengan mengambil makanan
segera sebagai rutin demi menjimatkan masa. Makanan segera seperti burger dan mee segera adalah makanan yang
telah diproses dan mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu memudahkan pemakanan dan menambah tempoh
luput makanan tersebut. Kandungan dalam makanan tersebut yang menjadi punca utama keburukan mengambil
makanan segera secara kerap.

Isi 1 Kesan paling buruk dalam pengambilan makanan segera adalah menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit-
penyakit kronik. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan makanan segera adalah penyakit darah
tinggi dan kencing manis. Kandungan kolesterol dan kadar gula yang amat tinggi pada makanan segera akan
mengganggu fungsi badan kita bagi merembes bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan. Sekiranya amalan gaya
hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang tidak dipraktikkan oleh semua golongan di Malaysia, kadar kesihatan
akan menjunam dan akan merosakkan imej negara kita. Persis kata peribahasa Melayu, sesal dulu pendapatan, sesal
kemudian tiada guna yang bermaksud fikirlah tindakan kita hari ini sebelum mendapat akibatnya kelak.

Isi 2 Selain itu, kekerapan pengambilan makanan segera akan menyumbang kepada masalah obesiti. Terdapat fakta
yang menunjukkan bahawa Malaysia merupakan negara pertama dalam kedudukan rakyat yang mempunyai masalah
kegemukan. Faktor harga yang murah dan akses yang mudah bagi mendapatkan makanan segera menjadi punca rakyat
di negara ini suka membeli makanan segera berbanding memasak makanan yang lebih berkhasiat. Lambakan snek-snek
makanan ringan yang tidak berkhasiat juga menjadi punca kepada masalah obesiti ini di mana konsumer utama terdiri
daripada kanak-kanak yang lebih gemar kepada makanan segera. Hal ini perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian
Kesihatan supaya dapat mencari jalan mengurangkan masalh obesiti disamping meningkatkan kesedaran rakyat
terhadap keburukan makanan segera.

Isi 3 Terdapat juga kajian yang menunjukkan pengambilan makanan segara akan membantut pertumbuhan kanak-
kanak. Kanak-kanak seharusnya memakan makanan yang mengandungi zat dan khasiat yang cukup bagi mencapai
pertumbuhan diri yang ideal. Kenakan yang berbeza berbanding sayur-sayuran dan makanan berkhasiat yang lain
membuatkan kanak-kanak lebih gemar untuk makan makanan segera yang menepati cita rasa mereka. Kelalaian ibu
bapa yang kerap membawa mereka ke restoran makanan segera akan menjadi tabiat yang buruk untuk di amalkan. Ibu
bapa sepatutnya bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memakan makanan yang berkhasiat agar mendapat
faedah dikemudian hari. Pertumbuhan yang ideal generasi muda perlu menjadi agenda utama dalam melahirkan
genarasi pemimpin masa hadapan negara yang kompetitif dan berwawasan.

Isi 4 Pengambilan makanan segara juga akan mengakibatkan kesan buruk seperti mengurangkan daya produktiviti
seseorang. Sebagai contoh, golongan pelajar universiti yang kerap memakan mee segera untuk menjimatkan
perbelanjaan harian akan menghadapi kemelesetan dalam aktiviti harian dek kerana kekurangan tenaga dan khasiat.
Golongan pelajar seharusnya memberikan keutamaan pada diri mereka supaya berketrampilan baik dan meyakinkan
justeru pemakanan yang seimbang dan sihat dapat menjamin daya keberkesanan pelajar di dalam kelas. Tambahan
pula, aplikasi penghantaran makanan yang semakin berkembang hari ini juga menjadikan rakyat kita semakin malas jika
dilihat pada sudut yang negatif. Intihannya, kemudahan teknologi dan kegawatan ekonomi hendaklah dihadapi dengan
bijak agar mendapat manfaat yang positif lagi menguntungkan.

Penutup Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawasanya pengambilan makanan segera akan memberikan
pelbagai kesan buruk kepada semua golongan tidak kira individu atau masyarakat. Benarlah seperti telahan orang tua-
tua, jangan ambil senang jika tidak mahu susah. Inilah musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan mudah termasuk
dalam hal makan minum. Prakarsa yang efektif perlu di atur oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan dalam
memastikan rakyat mempunyai kesedaran akan keburukan pengambilan makanan segera serta kesannya terhadap diri
dan negara. Marilah kita bersama-sama mengorak langkah dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera
sekaligus memacu negara ke arah kecemerlangan sejagat.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kesan-buruk-pengambilan-makanan-segera.html

14
Contoh Karangan Kesan-Kesan Pengambilan Makanan Tambahan Pendahuluan  Mutakhir ini, pelbagai jenis produk
makanan tambahan dipromosikan dengan giat di kaca televisyen, setiap corong radio dan juga media sosial. Semangat
dan iltizam dalam menjayakan perusahaan mereka wajar dipuji tetapi terdapat segelintir daripada mereka yang menipu
pelanggan dimana produk mereka mempunyai bahan-bahan yang membahayakan dan boleh memudaratkan nyawa
seseorang. Jika ditelusuri, makanan tambahan terbahagi kepada beberapa jenis seperti suplemen vitamin dan mineral,
suplemen berasaskan herba dan tumbuhan serta suplemen kecantikan dan kosmetik. Faktor kesempitan masa dan tahap
pemakanan berkhasiat yang sukar dicapai manusia hari ini telah menyebabkan pengambilan makanan tambahan
sebagai suatu yang perlu dalam kehidupan masing-masing. Oleh itu, wajar untuk kita mengenali kesan-kesan
pengambilan makanan tambahan sebelum kita membeli dan menggunakannya untuk mendapat kesan yang kita
harapkan.

Isi 1 Antara kesan yang mujarab dalam pengambilan makanan tambahan adalah ia membantu meningkatkan tahap
imunisasi badan seseorang sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri. Misalnya, kanak-kanak yang sukar untuk
memakan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, mereka harus mengambil suplemen seperti vitamin A dan vitamin
C supaya mereka mendapat nutrien dan zat yang cukup lebih-lebih lagi dalam umur pertumbuhan yang vital. Bagi
golongan dewasa pula, makanan tambahan seperti pati ikan kod atau susu juga penting dalam membekalkan nutrien
khusus untuk antibodi dalam badan mencegah penyakit-penyakit yang berisiko apabila sudah berusia. Hal ini kerana, bila
usia kita sudah lanjut, sesetengah fungsi badan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti dahulu jadi makanan tambahan
akan membekalkan keperluan yang cukup untuk badan kita berfungsi dengan baik dan menyihatkan diri kita. Persis
mutiara kata, mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 2 Selain itu, pengambilan makanan tambahan memberikan kesan yang efektif kepada atlet negara kita khususnya dan
atlet dunia amnya. Jurang perbezaan fizikal yang ketara telah menyebabkan persaingan yang sihat dalam industri sukan
menjadi sukar dan membunuh keseronokan bersukan. Kajian saintifik dan kemajuan teknologi dewasa ini telah
membantu penghasilan makanan tambahan yang boleh meningkatkan tahap fizikal seseeorang untuk menjadi lebih
tinggi, tegap dan berotot berbanding dengan manusia biasa. Justeru, makanan tambahan telah memberi kesan positif
kepada atlet di mana mereka boleh meningkatkan tahap fizikal mereka disamping berlatih untuk kebolehan dan teknik
dalam sukan yang diceburi dan seterusnya bersaing di peringkat dunia. Atlet bina badan negara, Sazali Samad adalah
contoh atlet yang menggunakan makanan tambahan dan berbekalkan disiplin dan latihan yang mantap, beliau berjaya
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dengan merangkul anugerah “Mr. Universe” sebanyak 10 kali.

Isi 3 Namun begitu, pengambilan makanan tambahan juga seperti kehidupan, ada baik dan ada buruknya. Kesan buruk
dalam pengambilan makanan adalah sangat membahayakan sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Sesetengah daripada kita mungkin tidak sesuai dalam mengambil makanan tambahan tertentu. Janganlah kita alpa dan
memakan hasutan pengusaha-pengusaha produk makanan tambahan hari ini yang suka menggunakan taktik testimoni
pelanggan yang berjaya dalam menggunakan produk mereka. Tuhan telah lahirkan setiap daripada kita berbeza-beza,
begitu juga tahap kesesuaian dan kebolehan kita dalam mengambil makanan tambahan. Rentetan itu, kita sebenarnya
memerlukan rujukan daripada orang yang berkelayakan seperti doktor dan ahli farmasi dalam menentukan pengambilan
makanan tambahan. Tindakan yang tegas dan pantas oleh pihak berkuasa juga diperlukan dalam melindungi masyarakat
daripada golongan pengusaha yang hanya mengejar kekayaan dan bukannya memikirkan kesihatan pelanggan mereka.

Isi 4 Dalam masa yang sama, pengambilan makanan tambahan ini akan meningkatkan tahap kebergantungan
masyarakat harini terhadap produk tersebut dalam mendapatkan makanan berkhasiat. Kemajuan dalam teknologi
pembuatan makanan ini wajar dirai namun kita sebenarnya hendaklah menyemarakkan sumber asal pemakanan yang
dapat membantu kita dalam mencapai kesihatan optimum diri. Makanan tambahan dihasilkan daripada gabungan ekstrak
dan bahan-bahan kimia yang sebahagiannya ditumbuhkan dalam makmal dan memerlukan bahan penstabilan dimana ia
boleh mengancam fungsi tubuh badan kita jika diambil secara berlebihan. Pada hemat saya, kita perlu melebihkan usaha
meningkatkan industri pertanian dan makanan yang menggunakan sumber asli dan organik dimana tiada penggunaan
racun atau bahan kimia dalam proses pembuatan makanan dan sekaligus mengurangkan risiko kita daripada penyakit
yang disebabkan oleh keracunan dan bahan kimia yang terkandung dalam makanan tambahan mahupun makanan
harian kita.

Penutup Tuntasnya, pelbagai kesan samada baik dan buruk yang telah kita singkap dalam perbincangan di atas. Setiap
ahli masyarakat perlu bersikap inteligensia dan madani dalam mendepani arus pemodenan dunia hari ini dan
mengamalkan praktik yang terbaik dalam memastikan kesihatan diri masing-masing. Makanan merupakan keperluan
asas utama manusia dan pemain industri pemakanan perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan makanan atau
produk yang dihasilkan betul-betul memberikan manfaat kebaikan kepada setiap golongan manusia. Elakkanlah bersikap
bodoh sombong dalam menerima nasihat dan pendapat daripada golongan cendiakawan agar tindakan atau produk itu
tidak memberikan mudarat kepada sesiapa pun. Semoga rakyat kita bijaksana untuk menentukan kaca atau permata
dalam setiap aspek kehidupan terutamanya pemakanan yang akan menentukan daya kebolehan masyarakat dalam
kesihatan sekaligus melahirkan generasi yang sihat dan bebas penyakit.

15
Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kesan-pengambilan-makanan-tambahan.html

Contoh Karangan Langkah-Langkah Mencegah Keracunan Makanan Pendahuluan Kebelakangan ini, kes keracunan
makanan dalam kalangan pelajar di sekolah mendapat liputan yang luas di media dan televisyen. Keracunan makanan
bukan sahaja berlaku di sekolah malahan di rumah juga. Pelbagai punca yang menyebabkan keracunan makanan
berlaku antaranya berpunca daripada makanan itu sendiri, sumber luaran atau daripada orang yang memakan makanan
tersebut. Peribahasa Melayu berkata, hanya jauhari mengenal manikam yang bermaksud hanya orang yang bijaksana
arif tentang sesuatu perkara. Maka, marilah kita mengenali langkah-langkah dalam mencegah keracunan makanan agar
terhindar daripada padahnya.

Isi 1 Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti makanan yang ingin kita makan melalui rupa, bau dan rasa.
Langkah ini adalah mustahak terutamanya untuk kanak-kanak kecil yang berselingah dalam bab keracunan makanan.
Dari segi rupa, apabila membeli makanan mentah seperti ikan, kita perlu pastikan kulitnya bersinar dan berwarna terang
dan tidak diselaputi oleh lendir yang tebal Matanya pula cerah dan tidak tenggelam. Makanan yang berbau hamis dan
meloyakan sewajarnya tidak dimakan dan mempunyai risiko tinggi jika dimakan juga. Ibu bapa juga boleh mengajar anak-
anak bagaimana rasa sesuatu makanan atau minuman yang telah basi kerana sebagai contoh di sekolah terdapat
program susu percuma dan ia bergantung kepada celik akal anak-anak kecil ini untuk mengelakkan diri mereka daripada
keracunan makanan.

Isi 2 Seterusnya adalah dari segi penyediaan makanan dimana kebersihan dapur, pengusaha kantin atau restoran dan
tukang masak berperanan dalam mengelak daripada keracunan makanan berlaku. Makanan yang dijamu atau dijual
hendaklah dimasak sempurna seperti daging akan berwarna perang di bahagian dalamnya dan ikan yang telah dimasak
mesti mudah dipisahkan isi dari tulang serta tidak berwarna merah jambu. Alatan memasak juga hendaklah sentiasa
dibersihkan sebelum memasak dan selepas memasak. Cara menyimpan makanan mentah juga perlu mengikut cara
penstoran yang tepat seperti  ikan dan daging disimpan pada suhu yang rendah dan menutup atau membungkus bahan
makanan yang ingin disimpan dengan baik. Intihannya banyak perkara perlu diambil serius dalam penyediaan makanan
agar ia tidak tercemar daripada keracunan.

Isi 3 Selain itu, tindakan yang boleh diambil bagi mengelakkan keracunan makanan adalah dengan menyediakan
makanan kita sendiri di rumah dan membawanya ke sekolah atau tempat kerja sebagai bekalan. Ramai di antara kita hari
ini sibuk dalam pekerjaan sehinggakan hal pemakanan ini diambil mudah dengan membeli makanan di restoran kerana
kekangan masa. Apabila terkena keracunan makanan atau jatuh sakit barulah kita sedar dan mula mengambil tahu
tentang pemakanan yang merupakan lumrah kehidupan seorang manusia. Bak kata peribahasa Melayu, sediakan
payung sebelum hujan yang bermaksud kita seeloknya bersedia dalam segala perkara sebelum terkena kejadian yang
tidak kita ingini. Dengan menyediakan makanan dari rumah kita dapat memastikan makanan kita bersih, disimpan dan
dimasak dengan sempurna dan bebas daripada unsur-unsur keracunan.

Isi 4 Seterusnya, langkah dalam mencegah keracunan makanan adalah dengan pemerkasaan pemantauan dan
penguatkuasa daripada pihak berkuasa. Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mempunyai Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan (BKKM) yang berperanan untuk memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan
keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem pengurusan yang
berkesan. BKKM akan memantau dan meletakkan gred kepada pengusaha makanan dalam tahap kebersihan dan kualiti
penyediaan makanan mereka. Sistem pengredan ini mampu menjadi medium utama dalam mengelak keracunan itu
berlaku. Jadi, ia bergantung kepada kita sebagai pelanggan untuk memastikan restoran atau kantin di sekolah mendapat
gred yang terbaik agar kita terhindar daripada keracunan makanan. Kekerapan pemantauan dan penegasan dalam
tindakan dan denda kepada pengusaha yang gagal mematuhi arahan hendaklah diperkasakan dengan lebih lagi supaya
rakyat mendapat manfaat daripada tindakan tersebut.

Penutup Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu menggembleng ilmu dan tenaga dalam mengatur langkah holistik bagi
mencegah keracunan makanan. Usaha ini hendaklah dilaksana secara berterusan seperti pahat dengan penukul yang
bermaksud setiap pihak saling bantu membantu dalam merealisasikan sesuatu perkara. Lumrah manusia dalam
melakukan kesilapan atau kecuaian tetapi kita hendaklah sentiasa memastikan diri kita menjalankan tugas dengan betul
agar kecuaian atau kesalahan itu dapat diminimakan. Dengan mengurangkan kes-kes keracunan makanan, kita dapat
melahirkan masyarakat yang cakna dalam kebersihan bukan sahaja pada makanan malah kebersihan secara
menyeluruh. Persekitaran yang bersih menjamin kesihatan yang mapan dan rakyat dapat hidup sejahtera dan harmoni.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/langkah-mencegah-keracunan-makanan.html

16
Contoh Karangan Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan Pendahuluan Pengambilan makanan
seimbang adalah diet atau corak pemakanan yang mengutamakan jenis-jenis makanan tertentu di mana kandungan yang
berkhasiat menjadi elemen utama dalam pemakanan seseorang. Amalan ini sering kali diwar-warkan oleh pakar
kesihatan bagi menggalakkan setiap ahli masyarakat mempraktikkan pemakanan yang betul dalam rutin harian.
Berdasarkan statistik melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 menunjukkan
Malaysia telah menjadi sebuah negara obes, di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan
berlebihan atau obes. Senario ini mungkin akan berterusan dengan perkembangan industri makanan segera di Malaysia
dan gimik penjualan makanan secara tular di mana kesihatan menjadi perkara yang semakin dipandang enteng oleh
masyarakat. Justeru, diat ini adalah salah satu usaha yang boleh diketengahkan bagi melonjak semula kesihatan rakyat
secara am. Persoalannya, apakah kepentingan makanan seimbang kepada tubuh badan kita?

Isi 1 Makanan yang seimbang adalah mustahak kerana ia membekalkan zat dan nutrien yang berkhasiat untuk
tumbesaran tubuh badan manusia. Tubuh kita merupakan organisma yang memerlukan zat dan nutrien yang cukup bagi
menjalankan fungsi-fungsi organ. Seterusnya dapat membantu penghasilan tenaga, pembuangan sisa toksik dalam
badan dan pelbagai lagi fungsi lain. Tamsilnya, pengambilan diet yang mengandungi produk tenusu seperti susu dan keju
dapat menambah penghasilan kalsium dalam badan dan menguatkan tulang dan gigi manusia. Zat besi yang terkandung
dalam daging dan juga sayur bayam misalnya dapat memastikan sistem peredaran darah dalam tubuh menjadi lebih
efisien dan befungsi dengan lancar. Oleh itu, golongan kanak-kanak seharusnya mengamalkan pemakanan yang betul
agar zat dan nutrien yang optimum dapat dinikmati dan tumbesaran fizikal menjadi lebih baik.

Isi 2 Selain itu, ianya penting bagi mengurangkan risiko seseorang daripada menghidapi penyakit-penyakit yang
berbahaya. Kebanyakan di antara kita gemar memakan makanan segera dan makanan ringan yang tidak berkhasiat
tetapi sedap di tekak. Untuk makluman semua, makanan ini mengandungi kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu
tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan atau segera, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi penyakit obesiti, diabetes, hipertensi dan juga strok. Justeru, pemakanan cara betul yang menetapkan
kuantiti jenis makanan yang wajar untuk kita ambil dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit malah
meningkatkan tahap kesihatan diri secara langsung. Bak kata peribahasa Melayu, sesal dahulu pendapatan sesal
kemudian tiada guna. Pakar kesihatan telah pun memperkenalkan piramid makanan sebagai panduan kepada semua
dalam merencana pemakanan yang seimbang. Kini ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengamalkan diet
sihat ini supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama.

Isi 3 Dalam masa yang sama, amalan ini dapat memberikan kesihatan mental yang stabil serta perkembangan memori
yang lebih cekap dan berkesan. Terdapat frasa yang menyatakan bahawa apa yang kita makan akan menjadi darah dan
daging kita kerana secara analoginya, jika kita mengambil makanan yang baik maka baiklah fizikal dan mental kita.
Berdasarkan kajian saintifik, otak manusia adalah pusat kawalan seluruh sistem badan yang dipengaruhi oleh nutrien-
nutrien yang terdapat dalam diet kita. Mineral seperti kalsium dan sodium terlibat dalam proses penghantaran impuls
dalam sistem saraf badan kita. Intihannya, pemakanan sedikit sebanyak mempengaruhi pembentukan diri secara fizikal
dan mental seseorang. Persis kata mutiara daripada Imam As Syafie bahawa makan secara berlebihan atau tidak
berkhasiat membuatkan badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan
lemah untuk beribadah.

Isi 4 Akhir sekali, pemakanan yang betul amat penting untuk diamalkan oleh setiap individu kerana ia membantu
meningkatkan kecantikan rupa paras. Dalam zaman yang mengutamakan imej dan penampilan mutakhir ini, anda boleh
mendapatkan rupa paras yang diidam-idamkan hanya dengan mengamalkan diet yang betul. Realitinya, masyarakat di
Malaysia mudah terpedaya dengan produk kosmetik dan makanan tambahan yang menggunakan taktik penjualan penuh
helah demi mendapatkan keuntungan. Hasilnya, ramai yang menderita dek kerana kesan sampingan yang diperoleh
akibat mengambil produk yang tidak melepasi saranan Kementerian Kesihatan. Situasi ini menjadi bukti bahawa
masyarakat kita mementingkan kecantikan rupa paras dan mudah untuk mengambil jalan pintas dengan mengambil
produk makanan tambahan. Izharnya, amalan ini membantu meningkatkan ketrampilan diri tanpa sebarang kesan
sampingan dan ianya lebih mudah untuk didapati berbanding produk makanan tambahan yang memerlukan kos yang
lebih banyak.

Penutup Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang akan diperoleh dengan mengamalkan pemakanan seimbang.
Mungkin anda tidak sedar dalam jangka masa pendek tetapi jika diamalkan secara konsisten pada jangka masa panjang,
ia akan meninggalkan kesan yang lebih holistik kepada diri kita khasnya dari sudut kesihatan. Semoga masyarakat kita
sedar bahawa penjagaan kesihatan hendaklah diutamakan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat. Pihak
kerajaan pula seharusnya melaksanakan kempen yang lebih berkesan secara meluas supaya setiap golongan
masyarakat mendapat didikan yang betul dan cara yang tepat untuk mengamalkannya demi menghasilkan komuniti yang
sihat dan sejahtera. Diharapkan inisiatif yang dirancang mendapat kerjasama dan sambutan daripada rakyat supaya
aspirasi menjadikan negara kita negara yang sihat dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html


17
Contoh Karangan Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan Umum mengetahui, dalam satu keluarga wujudnya ayah dan ibu
yang berperanan membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama sekali aspek kesopanan yang mesti
diamalkan oleh seseorang anak. Sekiranya ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk
mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik. Sehubungan itu, ibu bapa bertanggungjawab dalam menyemai
kesedaran mengenai pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah dengan mencurahkan kasih sayang kepada
anak bagai menatang minyak yang penuh sejak mereka kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa sepatutnya meluangkan
masa bersama anak-anak agar dapat memahami tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka serta hobi dan
pergaulan mereka dengan kawan-kawan. Tamsilnya, ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak yang masih kecil
sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka
memperoleh kejayaan. Intihanya, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta
berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut
akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, serta menghormati
ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa. Selain itu, ibu bapa sepatutnya memberikan didikan agama
kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang secara berjemaah
atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Walaupun anak-anak juga seringkali
berhadapan dengan cabaran dan pancaroba globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, berlumba haram, merokok dan mencuri. Apabila anak-anak
sibuk mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka akan memperoleh panduan hidup yang baik
serta akan berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka.
Tambahan pula, pendidikan agama akan menjadi bimbingan kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana
dan beretika.

2) Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga Remaja masa kini memerlukan seseorang yang lebih tua
untuk menasihati serta memberitahu mereka sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan terutama dalam gejala
yang tidak sihat. Pengawasan ketat mesti dilakukan oleh keluarga agar dapat memastikan remaja tidak melakukan
kesilapan yang boleh menjejaskan imej remaja tersebut kelak. Kita perlu memastikan gejala sosial tidak mudah
mempengaruhi minda mereka. Remaja yang kurang perasaan kekeluargaan dan kasih sayang akan mudah terjebak
dengan budaya kuning seperti merokok dan melepak di pusat beli-belah jika mereka tidak mempunyai panduan hidup
yang jelas. Lantaran itu, mereka akan menjadi mudah memberontak dengan melakukan perkara yang tidak sihat untuk
mendapat perhatian orang ramai. Sebuah institusi keluarga yang bahagia akan dapat membendung masalah sosial
dalam kalangan remaja ini. Hal ini kerana, jika keluarga itu kucar-kacir, selalu bertengkar, dan tiada lagi kasih sayang,
sudah pasti akan melahirkan generasi yang bermasalah dan cenderung terlibat dengan masalah sosial yang sering
menyebabkan kesejahteraan negara tergugat. Namun begitu, keadaan sebaliknya akan berlaku jika sesebuah keluarga
berjaya mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian. Oleh itu, sesebuah keluarga pasti akan melahirkan generasi yang
bertanggungjawab, memiliki sifat dan sikap yang terpuji dan penuh kasih sayang kerana mendapat didikan serta
mencontohi teladan yang baik daripada ibu bapa mereka. Dengan adanya keluarga yang harmoni, anak-anak tidak akan
terlibat dengan kancah negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme dan gengsterisme. Perkara ini akan menjamin
golongan yang baru berdarah setampuk pinang ini dapat melalui jalan yang benar bagi menjadi individu yang berkualiti
dan mengharumkan nama keluarga.

3) Mengurangkan kes jenayah Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan
keluarganya. Kebanyakan kajian membuktikan pencetus utama penjenayah melakukan kesalahan undang-undang
seperti membunuh dan merogol adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka hilang pertimbangan sehingga
melakukan jenayah kerana tertekan dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Ketiadaan keluarga
untuk menjadi tempat mereka meluahkan masalah menjurus isu ini berlaku. Fenomena negatif ini mampu dibendung jika
semua keluarga berupaya memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk mendidik dengan sebaik mungkin.
Setiap orang perlu ingat bahawa keluarga yang menjadi penentu kelakuan seseorang anggota masyarakat itu. Didikan
dan asuhan ibu bapa amat penting supaya anak-anak menjadi golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi
golongan agen perosak terhadap pembangunan negara. Dalam hal ini, ibu bapa yang merupakan tulang belakang
keluarga dapat mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga,
mengadakan hari keluarga, melancong dan sebagainya. Apabila wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-anak
akan berasa lebih selamat dan selesa untuk berada di rumah daripada membazirkan masa dengan berpeleseran di luar
rumah. Secara tidak langsung, negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman damai apabila masalah gejala sosial dan
kadar jenayah berkurangan. Negara yang harmoni dan tiada masalah dalaman mahupun luaran mampu melahirkan
18
masyarakat yang tinggi nilai kekeluargaan. Hal ini demikian kerana, mereka bebas melakukan pelbagai aktiviti bersama
keluarga tanpa memikirkan masalah-masalah yang menimpa negara mereka.

4) Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat Kewujudan keluarga bahagia mampu meningkatkan produktiviti
masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana setiap keluarga merupakan alat keseimbangan kehidupan
seseorang. Tekanan di tempat kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika dikelilingi oleh keluarga
mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria dalam kalangan ahli keluarga. Untuk itu, keluarga secara langsung
ataupun tidak turut mempengaruhi jatidiri sesebuah masyarakat. Dari keluarga munculnya generasi manusia yang
bermartabat, memiliki perasaan kasih sayang, dan saling tolong-menolong di antara mereka. Dengan itu, akan tercipta
satu aturan kehidupan masyarakat yang kuat, yang disokong oleh keluarga-keluarga yang harmoni dan berkasih sayang.
Produktiviti rakyat juga turut akan bertambah kerana mereka berasa gembira melihat keluarga yang bahagia dan
keadaan negara yang aman dan makmur. Rakyat negara yang harmoni pasti berwawasan dan mempunyai modal insan
yang tinggi. Justeru, mereka dapat menjaga kebajikan keluarga seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga, bangsa
dan negara mereka. Pertumbuhan ekonomi negara juga turut akan berkembang dengan pesat. Oleh itu, nilai positif ini
perlu diwujudkan supaya kebahagiaan sesebuah keluarga dapat dikekalkan.

5) Mampu menjamin keamanan negara Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan
wujudnya institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang
boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran kehidupan terutama yang sukar
diselesaikan secara bersendirian. Ia sangat jelas bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara serta
memastikan ia terus berada dalam keadaan aman sekiranya berfungsi dengan baik. Tambahan pula, imej negara di mata
masyarakat dunia akan juga terus bersinar. Keluarga yang bahagia menghasilkan semua impak yang positif. Masyarakat
luar akan melihat kejayaan ini dan cuba menyebarkan kejayaan itu di negara mereka. Tindakan ini akan menyebabkan
semua masyarakat luar akan mengenali rahsia kejayaan Malaysia ialah kekuatan sistem keluarga mereka. Maka, rakyat
negara ini boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat luar.

6) Menyumbang kepada pembangunan negara Institusi keluarga yang bahagia penting kepada pembangunan negara
kerana keluarga bahagia menjamin kesinambungan generasi masa depan negara. Keluarga bahagia menjadi kunci
kepada pembangunan negara kerana dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Hal ini, menerusi kekukuhan ikatan
kekeluargaan dapat melahirkan generasi berkualiti yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan
kesejahteraan negara. Selain itu, institusi keluarga yang bahagia juga dapat melahirkan pemimpin masa depan yang
berkaliber. Ibu bapa akan memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna dan sebaik mungkin. Mereka
sentiasa menerapkan nilai-nilai moral. Modal insan yang dilahirkan oleh keluarga bahagia turut menjadi pemimpin pelapis
dan penyumbang tenaga dalam proses pembinaan negara yang maju. Oleh itu, jelas bahawa institusi keluarga yang
bahagia mampu membentuk sebuah negara yang sejahtera.

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang kita mampu peroleh apabila mempraktikkan nilai kekeluargaan dalam
kehidupan seharian. Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita jalani pada masa hadapan lebih berkualiti dan
bermakna kerana kita mempunyai keluarga yang menjadi penyebab seseorang itu meneruskan kehidupannya. Justeru,
masyarakat tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan nilai-nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah
keluarga yang sempurna. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk sebuah
keluarga yang bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada ribuan batu-bata.
Tanpa keluarga bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas. Banyak anak muda akan terlibat dalam kegiatan
sosial yang sekali gus akan menjahanamkan agenda pembangunan negara sama ada dari aspek politik, ekonomi dan
sosial.

Selain daripada itu, keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat diwujudkan dengan mudah jika setiap ahlinya telah
melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia
berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.
Komitmen yang jitu daripada semua pihak ini sudah pasti dapat merealisasikan impian negara untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang dan terbilang agar dapat digapai dengan mudah.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html

Contoh Karangan Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak Pendahuluan Sejak akhir-akhir ini, acap kali
kita melihat berita di televisyen dan dada-dada akhbar tentang kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai
mangsa. Isu ini amat membimbangkan semua pihak kerana kanak-kanak merupakan anugerah kurniaan tuhan yang
diamanahkan kepada pasangan ibu bapa untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan
negara. Akibat terlalu banyak kes jenayah terhadap kanak-kanak, badan kehakiman negara telah mewujudkan
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti

19
cara-cara terbaik dalam mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak supaya mereka terjamin daripada sebarang
jenayah.

Isi 1 Prakarsa utama dalam mendepani isu ini adalah peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kebanyakan kes
jenayah yang berlaku melibatkan kanak-kanak yang belum tahu menilai situasi mereka samada selamat atau tidak.
Justeru, ibu dan bapa bertanggungjawab mengawasi dan memberi perhatian kepada kanak-kanak sepanjang mereka
berada bersama-sama. Kecuaian dan peralihan perhatian dek kerana melihat telefon pintar dan sebagainya haruslah
dielakkan kerana pelaku jenayah semakin cilik dan bijak demi mencapai matlamat jijik mereka. Ibu bapa mestilah
sentiasa memimpin tangan anak-anak ketika berada di luar rumah dan sentiasa menemani mereka kemana sahaja yang
mereka kehendaki. Bak kata peribahasa Melayu, umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang yang
bermaksud kanak-kanak masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat maka ibu bapa berperanan penting
membimbing dan mengawasi mereka.

Isi 2 Cara lain dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin adalah dengan mendedahkan mereka kepada seni
mempertahankan diri. Dewasa ini, pelbagai jenis seni mempertahankan diri boleh dipelajari dan terdapat banyak kelas
yang menawarkan pembelajaran untuk kanak-kanak. Berbekalkan ilmu mempertahankan diri yang kanak-kanak pelajari,
mereka boleh mempraktikkan apa yang dipelajari sekiranya berasa terancam dan dalam situasi bahaya. Tambahan pula,
kanak-kanak bukan sahaja dapat mempelajari teknik mempertahankan diri malahan mereka boleh menghargai dan
meneruskan tradisi seni tersebut seperti seni silat dan taekwondo. Bimbingan yang tepat dan mendalam oleh pengajar
akan membentuk kanak-kanak yang lebih berdisiplin dan siap siaga dalam menghadapi ancaman keselamatan.

Isi 3 Di samping itu, media massa juga berperanan penting dalam menyedarkan masyarakat tentang keselamatan
kanak-kanak yang kian terancam hari ini. Media massa sewajarnya menyiarkan iklan atau rancangan yang berkaitan
supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa sedar dan mengambil tindakan yang drastik untuk
mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah. Siaran daripada media massa dapat memancing
perhatian dan kerjasama masyarakat untuk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan kanak-kanak yang hilang atau
diculik. Tapisan rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga menbangkitkan nafsu manusia yang
jelik hendaklah dilaksanakan. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali. 
Natijahnya, semua media perlu menghalang rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat
kita untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada menjadi mangsa.

Isi 4 Selain itu, ibu dan bapa seharusnya mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi masa kini dengan memakai
alat penjejak pada anak-anak mereka. Sekiranya kita sanggup melaburkan wang untuk memakai telefon pintar yang
terkini kita juga sepatutnya melaburkan wang untuk membeli gajet keselamatan kepada anak-anak kita. Gajet atau alat
penjejak kanak-kanak direka dalam pelbagai bentuk dan mesra kanak-kanak seperti jam tangan, gelang ataupun
rantai. Ibu bapa boleh memantau setiap pergerakan anak menerusi aplikasi yang disambungkan melalui telefon pintar
lalu perasaan selamat muncul dalam jiwa ibu bapa dan anak kerana sedar pergerakan mereka sedang diawasi oleh
orang tersayang. Maka, pemasangan alat penjejak ini boleh memberikan satu perasaan selamat dalam jiwa setiap ahli
keluarga serta sebagai satu langkah bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Penutup Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilaksana demi mengatasi masalah keselamatan kanak-kanak. Seisi
masyarakat kita bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak yang akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa
kita supaya mereka berpeluang membesar dengan aman dan sentosa. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu,
yakni sudah terhantuk, baru terngadah yang memberi definisi apabila kita ditimpa musibah barulah hendak bertindak.
Maka, polisi kerajaan harus dirangka bagi membendung masalah yang kian mengancam masa hadapan negara kita dan
segera mencari penyelesaian yang berkesan dan berkekalan.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/langkah-menjaga-keselamatan-kanak-kanak.html

Contoh Karangan Kelebihan Dan Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga Pendahuluan Budaya makan bersama-
sama dengan keluarga kini semakin kurang diamalkan. Dalam kehidupan manusia yang berkeluarga, waktu makan
merupakan masa yang paling istimewa dapat dilakukan sekiranya ada perancangan yang teliti. Hal ini telah diperjelaskan
oleh William J. Siegel, iaitu manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi sebenarnya mereka gagal untuk merancang.
Meluangkan masa makan bersama-sama dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberikan kesan besar
kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah membentuk budaya makan di rumah.
Galakan agar setiap ahli keluarga duduk bersama-sama di meja makan perlulah diberi keutamaan. Malangnya, budaya
makan bersama-sama keluarga yang menjadi teras ikatan kekeluargaan semakin dipinggirkan. Anak-anak pada zaman
sekarang makan tanpa mengikut waktu makan yang sepatutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar
untuk mencari masa makan bersama, terutamanya pada waktu siang namun kita boleh berkumpul sekeluarga pada
20
waktu makan malam. Punca utama yang dikenalpasti fenomena ini berlaku kerana bersikap mementingkan diri sendiri
bagai “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dalam menggalakkan anak-anak makan bersama-sama.
Lazimnya, kebaikan makan bersama dengan keluarga sememangnya tiada penghujungnya untuk dibincangkan.

Isi 1 Pertama sekali, manfaat utama apabila sesebuah keluarga dapat makan bersama-sama ialah budaya ini dapat
meningkatkan disiplin dan adab ketika makan dalam ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana adab ketika di meja
makan kini semakin hilang dalam kalangan generasi muda. Anak-anak pula lebih gemar menikmati makanan sambil
menonton televisyen atau mendengar muzik. Anak-anak pula akan tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan bagi
mengejar rancangan hiburan masing-masing yang tiada penghujungnya. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menetapkan
disiplin atau adab di meja makan. Ketika makan bersama, ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik
supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak untuk menyediakan hidangan,
membasuh pinggan mangkuk dan mengemas meja apabila selesai makan. Kesannya, didikan ini akan menyebabkan ibu
bapa akan pulang ke rumah untuk makan bersama dengan anak-anak. Selain itu, kelazatan dan kebersihan makanan
serta minuman tersebut akan terjamin. Tambahan pula, kesihatan dengan makan bersama-sama keluarga dapat
ditingkatkan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa “mencegah lebih baik daripada mengubatinya” dalam soal
pengambilan makanan ini. Hakikatnya, makan bersama dengan keluarga mampu membentuk adab sopan anak-anak
demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah dalam soal pemakanan.

Isi 2 Selain peningkatan disiplin dan adab ketika makan, budaya makan bersama-sama juga dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan yang semakin renggang pada masa kini dek kesibukan dunia. Hal ini begitu kerana waktu
makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Dengan demikian, ibu bapa boleh berinteraksi sambil
berbual dengan anak-anak ketika makan. Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa.
Oleh yang demikian, ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-
anak. Mereka boleh berterima kasih kepada perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan
belajar. Selain itu, ibu bapa dan anak-anak boleh berbincang tentang sesuatu perkara yang menggembirakan atau
menyedihkan yang telah berlaku dalam tempoh masa yang terdekat. Ibu bapa juga boleh bertanya tentang masalah yang
dihadapi sama ada masalah peribadi ataupun masalah pembelajaran mereka. Perbincangan ketika masa makan juga
dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti
berlaku.Tamsilnya, anak-anak dapat belajar perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu,
keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar kepada
kehidupan anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan bersama-sama dengan keluarga
perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan
mereka anggota masyarakat yang berhemah. Untuk menjadi lebih menyeronokkan, ahli-ahli keluarga boleh memasak
bersama-sama untuk menyediakan makanan. Anak-anak boleh membantu mengupas bawang dan memotong sayur.
Dengan itu, ibu bapa dapat mengesan pergerakan harian anak-anak jika mereka sentiasa bersama. Kemungkinan anak-
anak untuk terbabit dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Seterusnya, rumah akan dijadikan tempat yang
menyeronokkan untuk tinggal dengan lebih lama. Tradisi makan bersama-sama ini dapat mengekalkan institusi keluarga
daripada runtuh. Benarlah orang cerdik pandai berkata bahawa “Rumahku Syurgaku” dapat disemai dalam diri anak-
anak. Sesungguhnya, makan bersama-sama ini dapat melahirkan suasana yang aman damai dan harmoni.

Isi 3 Budaya makan bersama-sama jika diamalkan secara rutin dalam aktiviti harian keluarga akan dapat meningkatkan
tahap komunikasi dalam sesebuah keluarga. Hal ini kerana, waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan
menyeronokkan. Ketika makan, ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa mesti meluangkan masa makan
bersama dengan anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu dalam meningkatkan komunikasi. Antara topik yang boleh
dibincangkan ialah peristiwa menarik di sekolah, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau
rakan-rakan rapat mereka. Selain itu, meja makan ialah tempat yang sempurna untuk berbincang mengenai hal atau
sesuatu yang berlaku dalam kehidupan setiap anggota keluarga. Oleh hal demikian, ibu bapa boleh berkongsi perbualan
dengan ahli keluarga yang lain. Ketika berbual-bual ini maka suasana ini akan memberi kesempatan berkomunikasi
kepada mereka. Hal ini juga membolehkan anak-anak memerhatikan kelakuan orang lain, khususnya perbuatan yang
positif akan dijadikan contoh dan panduan untuk mengharungi hidup yang semakin mencabar di luar sana. Sekiranya
komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berhemah maka sudah tentu tradisi makan bersama-sama ini dapat
menjalin ikatan dan perhubungan mesra antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat mengesan
pergerakan harian anak-anak, terutamanya yang sudah masuk usia remaja. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa
hubungan “bagai aur dengan tebing” dapat diterapkan dalam institusi keluarga yang seterusnya akan membentuk
keharmonian keluarga itu sendiri. Kajian juga menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah
kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, mengambil minuman keras,
penyalahgunaan dadah, dan pergaulan bebas. Pendek kata, makan bersama dengan keluarga merupakan satu wahana
ataupun kaedah komunikasi yang lebih canggih dalam pembentukan institusi keluarga yang mapan.

Isi 4 Kebaikan seterusnya, amalan makan bersama-sama keluarga ialah aktiviti ini dapat mendedahkan anak-anak
tentang kepentingan pemakanan seimbang yang menjadi tunjang kesihatan diri. Hal ini disebabkan anak-anak lebih
mengutamakan pemakanan ringan ataupun makanan segera sebagai menu makanan utama mereka. Anak-anak juga
21
perlu tahu bahawa pengambilan buah-buahan, sayuran dan makanan yang ada nutrien patut lebih kerap diambil dalam
sajian makanan harian. Oleh sebab itu, anak-anak akan memilih makanan yang lebih menyihatkan ketika mereka makan
bersama. Seterusnya, anak-anak akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman
manis. Tradisi makan bersama-sama ini akan dapat menunjukkan cara pengambilan makanan yang sihat dijadikan
keutamaan. Sebagai kesannya, anak-anak dan ahli keluarga akan melebihkan pengambilan makanan berserat dan
menyihatkan. Secara tidak langsung, pemakanan yang sihat dapat menurunkan kadar masalah obesiti dalam kalangan
anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan cara pemakanan yang sihat kepada anak-anak kerana mereka merupakan
uswatun hasanah yang paling rapat dengan anak-anak. Jelaslah bahawa, ibu bapa sebagai pemimpin sesebuah keluarga
perlu memastikan anak-anak membuat pilihan yang baik tentang pemakanan apabila makan bersama-sama.

Isi 5 Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa boleh
menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Mereka boleh berterima kasih kepada
perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan belajar. Perbincangan ketika masa makan juga
dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti berlaku.
Tamsilnya, anak-anak dapat belajar perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu,
keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar kepada
kehidupan anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan bersama-sama dengan keluarga
perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan
mereka anggota masyarakat yang berhemah.

Penutup Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga
adalah tidak ternilai harganya. Ibu bapa terutamanya perlu menjadikan tradisi makan bersama-sama keluarga menjadi
agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Bill Gates ada berkata bahawa sekiranya kita tidak mahu berubah,
sedangkan orang lain sudah berubah sebenarnya kita belum berubah. Oleh hal demikian, setiap ahli keluarga mesti
mengamalkan tabiat makan bersama-sama dalam keluarga mereka. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa “kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya“. Dalam erti lain, budaya makan bersama-sama ini sewajarnya
dijadikan amalan dan budaya yang berkekalan. Selayaknya, amalan makan bersama-sama ialah resipi kebahagiaan
sesebuah keluarga. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran
negara. Slogan “Rakyat Sihat Negara Sejahtera“, haruslah tersemat dalam diri semua insan yang cinta akan
ketenteraman dan kebahagian rumah tangga.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-makan-bersama-keluarga.html

Contoh Karangan Cara-Cara Menghargai Warga Tua Pendahuluan Dasawarsa ini, pembangunan ekonomi dunia telah
menyumbang kepada pertumbuhan populasi manusia. Begitu juga dengan populasi golongan warga tua yang semakin
bertambah kerana perkembangan industri kesihatan yang mengurangkan kadar kematian di dunia secara amnya. Warga
tua dikenali sebagai warga emas adalah kerana mereka diibaratkan seperti golongan yang telah banyak berjasa kepada
keluarga, masyarakat mahupun negara. Mereka telah melalui pelbagai liku kehidupan dalam memberikan yang terbaik
demi keluarga tercinta. Oleh itu, wajar untuk masyarakat kita khususnya anak-anak menghargai warga tua bukan sahaja
dalam keluarga kita tetapi jiran dan juga masyarakat sekeliling. Persoalannya, apakah cara-cara untuk menghargai warga
tua yang boleh diamalkan oleh masyarakat madani?

22
Isi 1 Manhaj utama yang boleh dipraktikkan oleh ahli keluarga dalam menghargai warga tua adalah dengan meluangkan
masa bersama mereka. Jika ditelusuri, golongan tua terdiri daripada ibu yang melahirkan zuriat serta menguruskan hal
ehwal rumah tangga dan bapa yang membanting tulang bekerja bagi menampung kehidupan keluarga. Jasa dan
pengorbanan mereka wajar dihargai dan kita sebagai anak-anak yang soleh dan solehah seharusnya meluangkan masa
bersama mereka. Senario masyarakat hari ini adalah dimana kesibukan mengejar urusan duniawi dan kerjaya
menyebabkan mereka tidak balik atau berkunjung melawat ibu dan bapa di kampung. Bagi mengelakkan kita bersikap
seperti kacang lupakan kulit, setiap di antara kita wajar berusaha untuk meluangkan masa bersama warga tua sebagai
tanda menghargai mereka. Hanya dengan panggilan telefon sama ada audio atau visual, kita dapat berkomunikasi,
berkongsi masalah dan mendengar cerita daripada mereka. Kehadiran cucu-cucu melawat datuk dan nenek juga
mendapat dapat memberikan keceriaan kepada mereka kerana gelagat kanak-kanak yang lucu dan seronok. Intihannya,
warga tua akan rasa dihargai dan disayangi apabila kita meluangkan masa bersama mereka.

Isi 2 Sejajar dengan cara di atas, warga tua seharusnya dihargai dengan mengutamakan hal-ehwal kebajikan mereka.
Umum mengetahui bahawa apabila dimamah usia, kesihatan diri akan semakin diancam pelbagai jenis penyakit. Dengan
membangunkan industri kesihatan negara serta memperkenalkan pakej kesihatan seperti PeKa B40 perlindungan
kesihatan yang menyeluruh akan diperoleh. Kos-kos rawatan kesihatan yang di luar kemampuan rakyat marhaen dapat
dibiayai oleh kerajaan dengan memberikan insentif kesihatan kepada warga tua. Selain itu, pihak yang berkenaan
dengan rumah penjagaan orang tua seharusnya diselia dan dikawal oleh organisasi kerajaan. Hal ini demikian supaya
piawaian tertentu dapat ditetapkan dan dikuatkuasakan sekaligus menjamin sumber kewangan yang kukuh dalam
menyelenggara rumah-rumah penjagaan orang tua. Jika dilihat, usaha membantu rakyat di negara asing lebih
ditumpukan berbanding kebajikan di negara sendiri hanya kerana mengejar pengiktirafan antarabangsa. Elakkanlah
bersikap seperti, anak di pangkuan dibiarkan, kera dihutan disusui di mana kebajikan orang asing diutamakan tetapi
kebajikan rakyat yang lahir dan menyumbang bakti kepada negara disisihkan.

Isi 3 Jika dipandang pada sudut yang berlainan, golongan yang berumur 50 tahun dan ke atas seharusnya mempunyai
pelan persaraan yang kukuh dan menyeluruh. Ketidak tentuan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup masa kini telah
meneybabkan masyarakat semakin sedar akan kepentingan pengurusan kewangan. Kebanyakan warga tua pada hari ini
mempunyai wang persaraan yang tidak mencukupi kerana  tidak timbul isu kewangan jika difikirkan pada masa dahulu.
Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya bersikap prihatin dengan merencana dasar atau polisi yang membantu golongan
warga tua mempunyai simpanan yang cukup sepanjang persaraan mereka. Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
seharusnya dikukuhkan dan menjadi medium utama wang persaraan masyarakat yang berkerja secara sendirian atau
swasta. Sesungguhnya pengurusan kewangan yang cekap adalah lebih baik berbanding memberikan bantuan kewangan
seperti Bantuan Sara Hidup Rakyat. Bak kata pepetah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Izharnya, kebebasan
kewangan menjadi tujuan dan objektif setiap individu menjelang kedewasaan maka jika masih dibelenggu beban
kewangan apabila sudah bergelar warga tua, pasti ia akan menimbulkan masalah dan keresahan yang membimbangkan.

Isi 4 Di samping itu, warga tua juga boleh dihargai dengan menerbitkan filem atau drama yang menyentuh isu-isu tentang
kehidupan mereka. Media massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat
konvensional hari ini. Dengan kesempatan yang ada, filem dan drama yang mempunyai unsur hormat-menghormati dan
menghargai keringat warga tua wajar mendapat tempat di siaran perdana. Sebagai contoh, drama Keluarga Iskandar
yang menunjukkan rutin harian sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai ragam dan kisah yang boleh menjadi
pengajaran buat kita. Persis peribahasa Melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Media elektronik atau media cetak
merupakan medium perantara utama masyarakat dalam apa sahaja isu yang membelenggu fikiran dan keadaaan
disesebuah tempat. Justeru dengan adanya penerbitan yang menyentuh isu mengenai penghargaan terhadap warga tua,
ia pasti dapat disampaikan kepada masyarakat yang melanggan setiap jenis media. Kementerian Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat perlu memainkan peranan dengan lebih efektif dalam mendekati masyarakat dan membuat maklum balas
akan perkara-perkara yang perlu dititik-beratkan dalam golongan warga emas di Malaysia. Kesannya, kebajikan
masyarakat dapat dipenuhi secara menyeluruh dan menjamin kesejahteraan rakyat sejagat.

Penutup Secara tuntas, jasa dan pengorbanan warga tua boleh dihargai dengan cara-cara yang dibincangkan di atas.
Golongan yang sudah lama makan garam ini wajar mendapat perhatian yang sama rata seperti golongan kanak-kanak
dan wanita. Janganlah kita bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana tanpa
mereka, siapalah kita. Sebagai masyarakat madani, kita perlu menunjukkan tauladan terbaik sepanjang kehidupan kita
agar menjadi contoh yang ulung buat generasi muda. Lambat laun kita juga akan menjadi warga tua dan semestinya
suasana yang selesa dan aman adalah menjadi impian setiap individu. Oleh itu, inisiatif-inisiatif yang akan membentuk
corak kehidupan warga tua yang lebih baik haruslah disokong supaya suatu hari nanti kita sendiri akan menikmatinya.
Negara yang progresif menjamin kesejahteran kehidupan rakyatnya serta meningkatkan tahap keselesaan setiap
golongan masyarakat yang menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan negara.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghargai-warga-tua.html

23
Peranan Ibu Bapa Memupuk Sikap Hormat Menghormati Dalam Kalangan Anak-Anak Isi-isi penting Menjadi suri
tauladan kepada anak-anak Memberikan didikan agama dan moral Membawa anak-anak melawat saudara-mara
Menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong Menonton filem atau drama yang bertemakan kekeluargaan
Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Sikap Hormat Menghormati Pendahuluan Mutakhir ini, generasi
muda semakin hari semakin galak untuk mengekpresi diri mereka terutamanya di dalam sosial media. Kemajuan sains
dan teknologi pada hari ini telah membuka ruang yang perlu diberikan had dan bimbingan khususnya dalam kalangan
remaja atau kanak-kanak. Kita boleh lihat dimana guru-guru dilayan seperti rakan sebaya oleh pelajar hanya kerana
mereka tidak meminati subjek atau cara pengajaran guru tersebut. Situasi ini seharusnya menjadi topik perbincangn
dalam kalangan pemimpin negara, masyarakat dan ibu bapa kerana pembentukan generasi muda yang saling
menghormati tanpa mengira usia atau latar belakang dapat direalisasikan. Oleh itu, wajar untuk dihuraikan apakah
sebenarnya peranan ibu bapa memupuk sikap hormat menghormati dalam kalangan anak-anak.

Isi 1 Prakarsa utama dalam perbincangan ini adalah ibu dan bapa seharusnya menjadi suri tauladan terbaik kepada
anak-anak. Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini dianugerahkan ahli keluarga sebagai makhluk yang paling rapat.
Justeru, ibu dan bapa perlu mengelak menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan kerana sejak mereka kecil sehingga
mereka membesar, insan yang paling rapat dan banyak mereka perhati adalah ibu dan bapa mereka sendiri. Dalam
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuhan untuk menjaga zuriat yang dikurniakan, ibu dan bapa
hendaklah sentiasa menjaga budi dan pekerti di rumah atau di mana-mana sahaja. Seperti peribahasa Melayu, ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tegasnya, dalam membentuk generasi muda yang menunjukkan nilai hormat, ia
hendaklah dimulakan oleh ibu dan bapa mereka sendiri.

Isi 2 Peranan lain ibu dan bapa boleh laksanakan dalam memupuk sifat hormat dalam anak-anak adalah dengan
memberikan didikan agama dan moral. Jika ditelusuri, setiap agama menggalakkan kita sebagai manusia untuk
melakukan kebaikan antara satu sama lain. Begitu juga dengan nilai hormat-menghormati kerana dengan menjaga
hubungan yang baik sesama manusia, pasti hubungan dengan Tuhan juga akan terjaga. Misalnya, agama Islam
menggalakkan kita untuk saling mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sebagai permulaan sebuah perbualan atau
ucapan. Ia bukan sahaja sekadar ucapan tetapi juga doa yang kita berikan kepada mereka yang supaya sejahtera
hendaknya. Tambahan pula, sebagai masyarakat yang hidup dalam berbilang kaum dan agama, nenek dan moyang kita
telah berjaya menunjukkan sifat hormat-menghormati mampu menghasilkan negara yang aman sentosa.

Isi 3 Selain itu, kaedah alternatif yang dapat memupuk nilai hormat-mennghormati adalah dengan membawa anak-anak
melawat saudara-mara. Sebagai medan ujian untuk melihat perangai dan sikap anak-anak, melawat ahli keluarga atau
saudara-mara adalah cara terbaik. Ibu dan bapa boleh melihat dengan mata kasar sama ada anak-anak anda
mempraktikkan nilai hormat-menghormati khususnya terhadap mereka yang lebih tua. Malahan warga tua seperti datuk
dan nenek pasti akan menghargai kunjungan tersebut dan cuba untuk berinteraksi dengan generasi muda dan menyemai
nilai-nilai murni.  Secara tidak langsung, kita juga dapat melihat didikan yang diberikan oleh ahli keluarga kita yang lain
kepada anak-anak mereka. Ibarat sambil menyelam, minum air. Sekiranya sikap hormat-menghormati tersebut tidak
disemat dalam keluarga atau saudara-mara anda, lawatan ke rakan-rakan sekerja atau rumah kebajikan pasti dapat
membantu.

Isi 4 Akhir sekali, menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong oleh anak-anak pasti dapat membantu ibu dan
bapa untuk memupuk sikap hormat-menghormati dalam diri mereka. Hal ini kerana, aktiviti ini memerlukan mereka
mendengar arahan yang diberikan oleh ketua untuk menyelesaikan tugasan. Situasi sama yang akan berlaku dalam
setiap peringkat kehidupan mereka. Dengan nilai hormat kepada ketua dan juga sebaliknya, mereka pasti dapat
menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan efektif dan berkesan. Interaksi sosial yang berlaku apabila mereka sertai
program kemasyarakatan dapat menambah pelbagai nilai murni dalam diri mereka agar berguna untuk masa hadapan.
Begitu juga dengan aktiviti kesukanan yang dapat memupuk sifat hormat dalam diri generasi muda. Misalnya dalam
sukan seperti bola sepak dan badminton dimana melibatkan dua pasukan yang bertanding untuk mendapatkan
kemenangan. Namun, setiap ahli pasukan perlu saling menghormati pasukan lawan serta meraikan kemenangan atau
menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana ia merupakan adat pertandingan.

Penutup Konklusi daripada perbincangan diatas, kita dapat lihat bahawa ibu dan bapa memainkan peranan yang penting
dalam memupuk nilai hormat-menghormati dalam anak-anak mereka. Obligasi yang perlu ditanggung oleh ibu dan bapa
adalah mustahak bagi melahirkan anggota masyarakat yang kaya dengan pelbagai budi pekerti. Oleh sebab yang
demikian, tindakan yang wajar perlu dipraktikkan sejak peringkat kanak-kanak kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Bagi mencapai kemajuan di peringkat nasional dan antarabangsa, pembentukan generasi muda yang
berketrampilan tinggi adalah penting supaya setiap cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi oleh negara dapat
diselesaikan dengan solusi yang terbaik. Semoga nilai hormat-menghormati menjadi antara nilai murni yang selalu
diamalkan oleh setiap peringkat umur anggota masyarakat di dalam negara agar masyarakat dunia memandang tinggi
keperibadian negara serta mencapai kemakmuran bersama.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/sikap-hormat-menghormati.html


24
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Berbudi Bahasa Di Kalangan Anak-Anak Isi-isi penting Menjadi suri teladan
terbaik kepada anak-anak Memantau aktiviti dan perihal kehidupan mereka dengan teliti Memastikan pergaulan mereka
di dalam kalangan yang berbudi bahasa Menegur dengan kaedah yang sesuai dan penuh hikmah Memberikan
pendidikan agama dan moral Menyelami karya sastera kekeluargaan bersama anak-anak

Contoh Karangan Peranan Ibu Bapa Membentuk Anak Berbudi Bahasa 

Pendahuluan Budi bahasa, budaya kita. Ungkapan yang sering diwar-warkan di media massa tentang budaya
masyarakat tanah air ini. Namun, adakah ia masih diamalkan oleh seluruh ahli masyarakat pada hari ini? Jelas di kaca
televisyen kita dapat lihat pelbagai gejala sosial yang meruncing dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Perkembangan teknologi khususnya sosial media sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga
mereka lupa untuk mengamalkan budaya masyarakat kita. Justeru, golongan pemimpin negara dan masyarakat perlu
berganding bahu mencari penyelesaian kepada polemik ini dengan berkesan agar generasi muda ini menjadi individu
yang berktrampilan tinggi dan berakhlak mulia. Ibarat peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada
hemah saya, ibu dan bapalah yang berperanan untuk membentuk anak menjadi seseorang yang berbudi bahasa.

Isi 1 Obligasi utama dalam menjadi ibu dan bapa adalah untuk membesarkan anak-anak dengan sahsiah terbaik. Maka,
peranan yang perlu dimainkan adalah dengan menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk membentuk budi dan
bahasa mereka. Sejak lahir, kita pasti akan melihat ibu dan bapa kita sebagai contoh dalam melakukan apa-apa perkara
dalam kehidupan masing-masing. Ibu dan bapa boleh menunjukkan contoh untuk berbudi bahasa apabila berkomunikasi
dengan orang yang lebih tua misalnya datuk dan nenek mereka. Salam sebagai tanda hormat dan bercakap
menggunakan nada suara yang tidak kasar kepada mereka. Nilai hormat merupakan elemen penting dalam amalan budi
bahasa. Jika kita ingin rasa dihormati, kita hendaklah menghormati rang terlebih dahulu. Begitu juga dengan sahsiah
anak-anak kerana pepatah melayu berkata bapa borek anak rintik. Intihannya, menjadi tauladan kepada anak-anak
adalah peranan paling utama yang perlu dilaksanakan oleh ibu dan bapa.

Isi 2 Peranan lain yang boleh dilaksanakn dalam membentuk anak yang berbudi bahasa adalah dengan memantau
aktiviti dan perihal kehidupan mereka dengan teliti. Ibu dan bapa seharusnya mengambil tahu setiap perihal yang
dilakukan oleh anak-anak. Misalnya, apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah, aktiviti di waktu lapang dan perkara yang
sering mereka lakukan sebagai hobi. Dengan sikap mengambil berat ini, anak-anak akan lebih menghormati dan
meminta nasihat yang baik daripada ibu dan bapa dalam perihal kehidupan mereka. Contoh lain adalah jika anak-anak
suka untuk meluangkan masa bermain permainan video, pastikan mereka bermain dengan penuh hemah dan tidak
menjejaskan perkembangan perihal kehidupan mereka yang lain. Anak-anak boleh diibaratkan seperti kain putih, ibu dan
bapa adalah orang yang mencorakkan warna kehidupan mereka. Dengan bimbingan dan sokongan yang baik, mereka
mampu menjadi individu yang berjaya dan kaya dengan budi bahasa.

Isi 3 Dalam masa yang sama, ibu dan bapa seharusnya memastikan pergaulan anak-anak berada di dalam kalangan
yang berbudi bahasa. Perkara ini penting kerana perkembangan kanak-kanak bukan sahaja berlaku di rumah. Masa yang
diluangkan mereka semasa di sekolah dan aktiviti lain bersama rakan-rakan adalah mustahak dalam membentuk
keperibadian mereka. Pepatah Arab pernah berkata, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau
wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Dengan peralihan aktiviti sosial ke alam maya,
ia seharusnya memberikan kelebihan kepada ibu dan bapa untuk memantau perilaku anak-anak dan juga rakan-rakan
mereka. Walaupun sukar untuk membendung anak-anak daripada dipengaruhi dengan kandungan-kandungan yang tular
tetapi ibu dan bapa mempunyai hak untuk menetapkan tapisan kepada anak-anak supaya mereka melayari internet dan
menggunakan sosial media pada kaedah yang sesuai. Jelas bahawa memastikan pergaulan anak-anak dapat memupuk
nilai berbudi bahasa dalam diri mereka.

Isi 4 Dahulu lain, sekarang lain. Frasa ini seharusnya dipegang oleh golongan ibu dan bapa dalam membesarkan anak-
anak pada zaman ini. Pada waktu nenek dan moyang kita membesarkan anak-anak mereka, ketegasan merupakan satu
perkara yang mampu membentuk keperibadian anak-anak. Tetapi masa kini, anak-anak memerlukan kasih sayang dan
cara teguran yang lebih difahami oleh mereka. Ibu dan bapa tidak boleh menghukum anak-anak dan menggunakan
ketegasan seperti merotan dan sebagainya untuk menegur kesalahan mereka. Galakkan anak untuk meminta maaf
apabila melakukan kesalahan dan jadikan ia satu kebiasaan kerana ia akan memebuatkan anak-anak lebih senang
dalam pergaulan. Tambahan pula, berikan pujian berbanding kritikan sekiranya mereka melakukan perkara yang betul. Ia
akan memberikan rasa bangga dan mengeratkan lagi hubungan antara keluarga. Tegasnya, menegur dengan kaedah
yang sesuai dan penuh hikmah dapat membentuk anak yang berbudi bahasa.

Penutup Kesimpulannya, banyak peranan yang wajib dimainkan oleh ibu dan bapa dalam membesarkan anak untuk
menjadi seorang yang berbudi bahasa. Tanpa disedari kita sebenarnya lahir di tanah air yang penuh dengan sikap
toleransi anatara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan bangsa. Nilai yang pernah diamalkan
oleh datuk dan nenek kita dahulu kala perlu terus disemat dalam diri anak-anak pada ketika ini supaya kesejahteraan dan
25
keamanan negara kekal terjamin. Setiap pihak sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan generasi muda
zaman ini dipupuk dengan nilai-nilai murni dan berketrampilan tinggi. Janganlah kita menuding jari dan bersikap pasif
dalam polemik ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita berganding bahu
mengembleng tenaga membentuk generasi yang kaya dengan budi dan bahasa.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/berbudi-bahasa.html

4. Keluarga

1. Kepentingan Keluarga Yang Bahagia Dan Harmoni

2. Cara-Cara Mengatasi Masalah Keselamatan Kanak-Kanak

3. Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Gejala Sosial

4. Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Anak-Anak

5. Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga

6. Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Mengawal Penggunaan Internet Anak Mereka

7. Cara Menghormati Orang Yang Lebih Tua

8. Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

9. Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Sikap Saling Hormat Menghormati

10. Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Berbudi Bahasa

5. Sekolah

1. Cara-Cara Memanfaatkan Cuti Sekolah

2. Kesan Penggunaan Telefon Bimbit Kepada Pelajar/ Murid Sekolah

3. Langkah Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah Di Kalangan Pelajar

4. Kebaikan Dan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

5. Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai Bahasa Asing

6. Langkah-Langkah Persediaan Melanjutkan Pelajaran ke IPT

7. Usaha Meningkatkan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

8. Punca Dan Cara Mengatasi Gejala Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

9. Cara-Cara Mengekalkan Keceriaan Sekolah

10. Ciri-Ciri Remaja Yang Cemerlang & Berwawasan

11. Kepentingan Belajar Sejarah Di Sekolah

12. Ciri-Ciri Pelajar Yang Cemerlang

13. Cara-Cara Menghargai Jasa Guru

14. Cara-Cara Menghormati Guru

15. Kepentingan Disiplin Kepada Pelajar Untuk Kejayaan 1

6. Cara Memartabatkan Bahasa Malaysia

17. Kepentingan Pameran Kerjaya Buat Pelajar Lepasan SPM 1

8. Usaha-usaha Pembentukan Jati Diri Pelajar

19. Kepentingan Remaja Menguasai Sains Dan Teknologi

20. Faedah Belajar Menggunakan Komputer Kepada Murid

21. Aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang Yang Terluang


26
22. Kebaikan Mengikuti Program Motivasi Buat Pelajar

23. Kebaikan Membawa Bekal Ke Sekolah

24. Usaha Menangani Gejala Vandalisme Dalam Kalangan Pelajar Atau Remaja

25. Faktor Remaja Terjebak Dalam Penyalahgunaan Dadah

26. Tanggungjawab Unit Bimbingan & Kaunseling Di Sekolah

27. Kebaikan Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya

28. Manfaat Dan Kebaikan Perhimpunan Sekolah

29. Kebaikan Kerja Part Time Contoh karangan bahasa Melayu bertemakan Masyarakat dan Negara :-

6. Masyarakat

1. Cara Memupuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat

2. Langkah Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat

3. Usaha-Usaha Membantu Golongan OKU

4. Kebaikan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat

5. Tanggungjawab Dan Kepentingan Menjaga Harta Benda Awam

6. Peranan Masyarakat Dalam Membentuk Masyarakat Penyayang

7. Usaha Dan Cara Mempopularkan Permainan Tradisional

8. Langkah Pemuliharan Rumah Tradisional Melayu

9. Cara Mempopularkan Puisi Tradisional Melayu Lama

10. Kebaikan Amalan Gotong Royong Kepada Masyarakat

11. Kepentingan Semangat Kejiranan Dalam Kehidupan Bermasyarakat

12. Kepentingan Dan Usaha Galakkan Masyarakat Untuk Menderma Darah

13. Pentingnya Sains & Teknologi Kepada Kehidupan Seharian Manusia

14. Kebaikan Menyertai Kerja Amal & Sukarellawan

15. Usaha Mengekalkan Warisan Budaya

7. Negara

1. Peranan Rakyat Dalam Menjaga Keselamatan Negara

2. Tanggungjawab Masyarakat Dalam Membanteras Jenayah Negara

3. Kepentingan Sektor Industri Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara

4. Kepentingan Mengekalkan Bangunan Bersejarah

5. Kesan Kemasukan Pendatang Asing Dan Cara Mengawalnya

6. Langkah-Langkah Untuk Memajukan Industri Kecil dan Sederhana

7. Cabaran Untuk Megekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia

8. Langkah-Langkah Persiapan Menghadapi Revolusi Industri 4.0

9. Usaha-Usaha Dalam Memupuk Perpaduan Kaum

10. Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian Negara

11. Cadangan Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kemerdekaan

12. Kepentingan Sambutan Hari Kemerdekaan


27
13. Kesan Buruk Gejala Rasuah Kepada Negara

14. Usaha Meningkatkan Industri Pelancongan Di Malaysia

15. Perintah Kawalan Pergerakan Disiplinkan Rakyat Malaysia

16. Pentingnya Sumbangan Sektor Pertanian Kepada Malaysia

17. Mengapakah Malaysia Menjadi Pilihan Destinasi Pelancongan Terbaik

18. Kepentingan Semangat Cintakan Negara Malaysia Karangan bertemakan global, alam sekitar dan lain-lain tema :

- 8. Global

1. Faktor-Faktor Berlakunya Krisis Makanan Global

2. Langkah Mengatasi Dan Cara Membanteras Jenayah Antarabangsa

3. Manfaat Keamanan Serantau

4. Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Pelaburan Asing

5. Langkah Mengatasi/ Menangani Masalah Jenayah Siber Di kalangan Masyarakat

6. Langkah Melaksanakan Pembangunan Secara Lestari

7. Kebaikan Menonton Filem Antarabangsa

9. Pengguna

1. Kepentingan Amalan Berjimat Cermat

2. Cara-Cara Menangani Kenaikan Harga Barang

3. Jimat Cermat Amalan Mulia

4. Peranan Ibu Bapa Dalam Menggalakkan Pembelian Barang Buatan Malaysia

5. Pengaruh Pengiklanan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak

6. Punca Dan Kesan Negatif Media Sosial Kepada Remaja

10. Alam Sekitar

1. Langkah-Langkah Memelihara Kebersihan Sungai

2. Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar

3. Kepentingan Memelihara Alam Sekitar Yang Hijau

4. Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Sampah

5. Kepentingan Amalan Kitar Semula

6. Langkah-Langkah Memelihara Alam Sekitar

7. Kesan Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar

8. Langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global

9. Kelebihan Guna Pengangkutan Awam

10. Punca Dan Kesan Jerebu Kepada Persekitaran

11. Punca Berlakunya Pencemaran Ke Atas Sungai/ Air

12. Ciri-Ciri Bandar Terancang Di Malaysia

11. Lain-lain

1. Cara-Cara Mengatasi Kemalangan Jalan Raya

2. Faedah-Faedah Inovasi Dalam Kehidupan


28
3. Persediaan Menempuh Alam Pekerjaan

4. Punca-Punca Pengangguran Dan Cara Mengatasinya

5. Cadangan Memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam

6. Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang Yang Menjadi Pilihan Majikan

7. Peranan Penting Belia Dalam Pembangunan Negara

8. Sayangi Haiwan Peliharaan Anda

Semoga perkongsian Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM dapat membantu pelajar dalam melakukan rujukan
tambahan secara online. Selamat mengulang kaji dan menjawab dengan cemerlang pada hari peperiksaan kelak.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/contoh-karangan-bahasa-melayu-


spm.html#Koleksi_Contoh_Karangan_SPM_Bahasa_Melayu_Sijil_Pelajaran_Malaysia

29

Anda mungkin juga menyukai