Anda di halaman 1dari 1

Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi

kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan
yang baik, kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung membantu
setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka
dan pekerja professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan
semula jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam
setiap perkara untuk dikecapi. Isi 2 Di samping itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah
kesihatan juga merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tamsilnya,
apabila seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem kardiovaskular individu tersebut akan
bertambah kuat dan dapat menghindar daripada serangan jantung. Selain itu, amalan membasuh
tangan menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar kita tidak membawa bakteria
atau virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa disedari. Amalan gotong-royong membersihkan
kawasan sekitar juga dapat membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang
mampu menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit. Kesannya, masyarakat dapat hidup
dengan sejahtera tanpa merisaukan maslah kesihatan atau penyakit berjangkit. Isi 3 Pada waktu
yang sama, amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap
disiplin dalam setiap individu. Hal ini demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan
aktiviti seperti bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam aktiviti tersebut.
Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk
menjaga kekuatan fizikal dan mental sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut
kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian semua manusia.
Secara tidak langsung, perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding
dahulu hasil daripada usaha untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Isi 4 Seterusnya,
penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia dapat menonjolkan imej dan perwatakan
yang menarik seseorang individu. Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah kriteria
yang anda utamakan terlebih dahulu? Sudah semestinya calon yang mempunyai perwatakan
menarik beserta pakaian yang rapi dan imej yang kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan
yang boleh membantu kita untuk mendapatkan imej yang menarik di samping baik untuk kesihatan.
Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu golongan lelaki merapikan rambut mereka
dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata setiap orang yang memerhati. Natijahnya, apabila imej
dan perwatakan yang menarik hasill daripada penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, ia akan
memudahkan kita untuk bergaul dengan orang ramai serta diterima oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai