Anda di halaman 1dari 2

KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

Dasawarsa ini,sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia.Namun disebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai masalah kesihatan dan penyakit berjangkit yang
semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.Polemik ini boleh
dikurangkan dengan mengamalkan dua perkara asas iaitu menjaga kesihatan dan
kebersihan diri.Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi ia
merupakan kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang pada ketika
ini.Oleh itu,wajar untuk kita mengetahui apakah kepentingan mengamalkan aktiviti
tersebut demi menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada
tahap yang tinggi kerana ia dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang.
Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik,kita mampu melakukan kerja-kerja yang
secara langsung dan tidak langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar
sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka dan pekerja professional
boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Justeru,kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam
setiap perkara untuk dikecapi.

Selain itu,menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan juga


merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Tamsilnya,
apabila seseorang itu aktif bersukan,kekuatan sistem kardiovaskular individu tersebut
akan bertambah kuat dan dapat menghindar daripada serangan jantung.Selain itu
amalan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar juga dapat membantu
mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang mampu menjadi punca kepada
penyakit berjangkit.Kesannya, masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa
merisaukan tentang masalah kesihatan.

Disamping itu,amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting bagi
memupuk sikap disiplin dalam diri. Hal ini kerana, apabila individu tersebut ingin
melaksanakan aktiviti seperti bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika
dalam aktiviti tersebut.Sebagai contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu mengikuti
jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal dan mental.Selain itu, dari
sudut kebersihan,amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian
semua manusia.Secara tidak langsung, perkara di atas telah membuatkan kita untuk
lebih berdisiplin berbanding sebelumnya.
Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana ia dapat
menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seseorang individu.Sudah semestinya
calon yang mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan imej yang
kemas.Contohnya, penggunaan gel rambut dapat membantu golongan lelaki merapikan
rambut mereka dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata setiap orang yang
memerhati.

Intihannya, menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting seperti yang
telah dihuraikan di atas.Setiap pihak mempunyai peranan dalam memastikan kesihatan
dan kebersihan diri, keluarga dan masyarakat berada pada tahap yang baik.Hasil usaha
ini dapat menjadikan masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi.Oleh itu,
amalan menjaga kesihatan dan kebersihan perlu disemai dan dipupuk kepada setiap
generasi agar ia menjadi budaya contoh manusia sejagat. Sejajar dengan kata-kata
hikmat, ” Negara bersih, rakyat sihat; Badan sihat, otak cergas”.

Anda mungkin juga menyukai