Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan Dan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Isi-isi penting meningkatkan

produktiviti kehidupan menghindari penyakit dan masalah kesihatan mendisiplinkan diri menonjolkan
imej dan perwatakan yang menarik mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang memupuk
perpaduan Baca juga: Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu
(BM) Contoh Karangan Kepentingan Menjaga Kesihatan Dan Kebersihan Diri Pendahuluan
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
masalah kesihatan dan penyakit berjangkit yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat
domestik dan antarabangsa. Polemik ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan dua perkara asas
iaitu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Amalan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah
orang tetapi ia merupakan kunci utama dalam memastikan kelansungan hidup seseorang pada ketika
ini. Kita sering kali digalakkan untuk bersenam, bersukan, membasuh tangan dan bergotong-royong
membersihkan kawasan sekitar. Oleh itu, wajar untuk kita mengetahui apakah kepentingan
mengamalkan aktiviti tersebut demi menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Isi 1 Salah satu
kepentingan memastikan kesihatan dan kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi kerana ia
dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik,
kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak langsung membantu setiap
makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah dapat memberikan fokus pada pelajaran mereka dan
pekerja professional boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Setiap pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan
semula jadi. Justeru, kesihatan dan kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan dalam setiap
perkara untuk dikecapi. Isi 2 Di samping itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah kesihatan
juga merupakan kepentingan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Tamsilnya, apabila
seseorang itu aktif bersukan, kekuatan sistem kardiovaskular individu tersebut akan bertambah kuat
dan dapat menghindar daripada serangan jantung.  Selain itu, amalan membasuh tangan
menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar kita tidak membawa bakteria atau
virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa disedari. Amalan gotong-royong membersihkan kawasan
sekitar juga dapat membantu mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang mampu
menjadi punca kepada penyakit-penyakit berjangkit. Kesannya, masyarakat dapat hidup dengan
sejahtera tanpa merisaukan maslah kesihatan atau penyakit berjangkit. Isi 3 Pada waktu yang sama,
amalan menjaga kesihatan dan kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap disiplin dalam
setiap individu. Hal ini demikian kerana, apabila individu tersebut ingin melaksanakan aktiviti seperti
bersukan, mereka perlu mematuhi peraturan dan etika dalam aktiviti tersebut. Sebagai contoh, sukan
olahraga dimana atlet perlu mengikuti jadual latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal
dan mental sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut kebersihan, amalan
memberus gigi di waktu pagi telah pun menjadi rutin harian semua manusia. Secara tidak langsung,
perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisiplin berbanding dahulu hasil daripada usaha
untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Isi 4 Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan
diri penting kerana ia dapat menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seseorang individu. Jika
anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah kriteria yang anda utamakan terlebih dahulu?
Sudah semestinya calon yang mempunyai perwatakan menarik beserta pakaian yang rapi dan imej
yang kemas. Mutakhir ini, pelbagai produk kesihatan yang boleh membantu kita untuk mendapatkan
imej yang menarik di samping baik untuk kesihatan. Contohnya, penggunaan gel rambut dapat
membantu golongan lelaki merapikan rambut mereka dengan kemas agar ia kelihatan elok di mata
setiap orang yang memerhati. Natijahnya, apabila imej dan perwatakan yang menarik hasill daripada
penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, ia akan memudahkan kita untuk bergaul dengan orang
ramai serta diterima oleh masyarakat. Penutup Intihannya, menjaga kesihatan dan kebersihan diri
adalah penting seperti yang telah dihuraikan di atas. Setiap pihak mempunyai peranan dalam
memastikan kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan masyarakat berada pada tahap yang baik.
Hasil usaha ini dapat menjadikan masyarakat kita sentiasa dihormati dan disanjung tinggi. Oleh itu,
amalan menjaga kesihatan dan kebersihan perlu disemai dan dipupuk kepada setiap generasi agar ia
menjadi budaya contoh manusia sejagat. Sejajar dengan kata-kata hikmat, ” Negara bersih, rakyat
sihat; Badan sihat, otak cergas”.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html

Anda mungkin juga menyukai