Anda di halaman 1dari 13

Isi Kandungan

Bil.
1 2 3 4 5 6

Tajuk
Isi Kandungan Pengenalan Kepentingan gaya hidup sihat Langkah-langkah mengamalkan gaya hidup sihat Kesimpulan Sumber Rujukan

Muka surat
1 2 3-5 6-10 11 12

Pengenalan
Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan, meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan dan membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Dari aspek fizikal pula bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Gaya hidup sihat juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Namun begitu, terdapat sesetengah golongan yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun mereka merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan kini terdapat kanak-kanak yang masih kecil sudah menghidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.

Gaya hidup sihat juga berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani yang akan menentukan prestasi seseorang dalam pelbagai bidang dan jangka hayat seseorang. Sikap dan pertimbangan diri amatlah penting untuk menentukan gaya hidup seseorang itu. Setiap manusia bertanggungjawab untuk mengubah gaya hidup bagi mendapat kesihatan yang baik. Oleh hal demikian, amalan ini perlu diamalkan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh yang tertentu. Sudah pasti kehidupan era moden penuh dengan tekanan, oleh itu amalan gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai dengan segera.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat


Memastikan tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari membolehkan tubuh badan kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan


Amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancar. Gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelutkemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.

Mendisiplinkan masyarakat
Gaya hidup yang sihat boleh melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan mental. Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seseorang itu akan sentiasa memastikan setiap aspek gaya kehidupannya memenuhi tahap yang memuaskan. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya secara sukarela tanpa dipaksa. Setiap orang mengetahui dan mengamalkan peranan masing-masing untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Sebagai kesannya, kita dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan, berpakaian bersih, bergotongroyong dan membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan keperibadian seseorang yang baik.

Dapat meningkatkan jangka hidup rakyat


Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, jangka hayat rakyat Malaysia adalah lebih kurang 55.9 tahun semasa awal kemerdekaan. Akibat kesedaran rakyat Malaysia tentang penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan yang bermutu, maka pada tahun 2006, jangka hayat mereka telah meningkat kepada 76.4 tahun. Hal ini demikian kerana gaya hidup zaman moden adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Oleh itu, kita harus kekalkan gaya hidup yang sihat ini supaya menjauhi daripada penyakitpenyakit kronik. Jika masyarakat kita mengamalkan gaya hidup yang sihat secara tidak langsung dapat meningkatkan jangka hidup rakyat.

Dapat memajukan Negara


Rakyat yang hidup dalam keadaan yang sihat membolehkan mereka meneruskan pekerjaan ke usia yang lebih tinggi. Sebagai buktinya, Malaysia telah meningkatkan usia persaraan daripada 55 kepada 58 tahun. Hal demikian kerana rakyat mampu meneruskan pekerjaan mereka dengan badan yang sihat dan otak yang masih cerdas walaupun mencapai usia tua. Perkara ini sesuai untuk memenuhi keinginan pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara ini. Misalnya, seorang doktor pakar yang berusia tinggi mampu meneruskan tanggungjawabnya untuk menolong pesakit dengan kepakaran dan pengalamannya yang matang selagi beliau masih lagi sihat. Kesannya, hasrat kerajaan untuk mencapai kemajuan dapat ditunaikan dengan mempunyai tenaga rakyat yang cergas dan cerdas tanpa mengira usia.

Langkah-langkah Mengamalkan Gaya Hidup Sihat


Amalan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
Kepentingan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang wajar diamalkan dalam kehidupan kita kerana jika hal ini tidak dititikberatkan, maka kita akan mudah jatuh sakit, tidak bermaya melakukan kerja, dan sebagainya. Makanan yang berkhasiat penting bagi tubuh badan kita untuk membina tenaga. Contoh makanan berkhasiat ialah telur, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, dan sebagainya. Dengan pengambilan makanan-makanan ini, tubuh badan kita mampu mengeluarkan tenaga dan kita akan berasa cergas dan kuat untuk melakukan kerja-kerja harian dengan lebih terancang dan teratur tanpa mangalami apa-apa gangguan kesihatan. Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai yang berasaskan kepada Piramid Makanan. Kaedah yang paling berkesan ialah beralih daripada makanan sedap kepada makanan sihat.

Kurangkan pengambilan makanan tidak sihat


Dalam keadaan hidup sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan ringan dan makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamate yang tinggi. Makanan yang terlalu manis, berlemak, dan masin menjadi penyumbang utama peningkatan pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular yang menjadi antara pembunuh tertinggi rakyat Malaysia. Selain itu, kegemukan juga adalah hasil pertama daripada amalan pemakanan tidak sihat yang menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan lain kerana mengandungi pelbagai toksik. Makanan tidak sihat ini mengandungi banyak bahan toksik yang akhirnya merosakkan badan dengan mangakibatkan masalah seperti obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung, kanser dan lemah tulang. Kajian juga menunjukkan kira-kira 90 peratus masalah kesihat berpunca daripada makanna yang mengakibatkan sistem pertahanan badan manjadi lemah. Oleh itu, kita harus mengelakkan daripada mengambil makanan yang tidak sihat . 6

Amalan Senaman
Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Bersukan tidak perlu dijalankan setiap hari, mamadaikanlah jika kita boleh melakukannya dua kali seminggu. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Sebagai pengetahuan, aktiviti berjalan kaki yang kerap merupakan senaman yang ringkas dan berkesan untuk membaiki sistem jantung manusia. Seelok-eloknya, kita perlu bersenam pada awal pagi kerana badan kita masih cergas dan mampu melakukan senaman selain matahari yang terbit awal pagi boleh memberikan vitamin kepada tubuh badan kita. Dengan bersenam, kita dapat mencergaskan semula mental dan fizikal kita .

Amalan kebersihan diri


Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih perlu dijadikan amalan hidup seharian Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, kita juga perlu mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan dan menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan begini seharusnya diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala


Kita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini digalakkan bagi menghindari tubuh badan kita daripada penyakit dan memastikan badan kita sentiasa dalam keadaan sihat setiap hari. Mencegah lebih baik daripada mengubati, oleh itu pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengenali keadaan dalam badan diri kita dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai supaya kesihatan badan sentiasa baik dengan berpandukan cadangan-cadangan yang diberi oleh doktor. Selain itu, pemeriksaan tersebut membolehkan kita mengesan sesuatu penyakit seperti kanser dengan lebih awal. Hal demikian membolehkan kita mengambil langkah yang lebih awal sebelum ia terus merebak ke seluruh badan dan menjadi serius.

Sikap dan mentaliti yang positif


Sikap atau mentaliti positif penting untuk menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tekanan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Mereka yang menghadapi tekanan hidup boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan, tubuh melepaskan hormon yang akan meningkatkan kadar degupan jantung dan penafasan. Hampir semua sistem tubuh badan seperti jantung dan salur darah, sistem imun, paru-paru, sistem pencernaan dan otak akan bersedia untuk berhadapan dengan keadaan ini. Ia dikenali sebagai tindakbalas tekanan fight-or-flight. Tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan kesan daripada tindak balas tersebut. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

Rehat dan tidur yang mencukupi


Ketika kita tidur dan rehat, segala otot dan organ yang tertentu di dalam badan kita akan berkumpul semua untuk menghasilkan tenaga yang baru supaya kita dapat melaksanankan kerja-kerja harian dengan lancer dan selesa. Jika kita tidak mempunyai rehat dan tidur yang mencukupi, kita akan berasa letih dan mangantuk serta tidak bermaya dan semangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Orang yang tidak mempunyai rahat dan tidur yang mencukupi akan mengalami sakit kepala. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama 8 hingga 9 jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika tidur kurang daripada lapan jam. Masa tidur dikawal oleh jam sirkadian, melalui homeostasis dan keinginan (bagi manusia). Jam sirkadian ini, iaitu suatu alat dalaman yang menjaga masa, berubah-ubah suhu dan mengawal enzim ini, berfungsi seiring dengan adenosina, iaitu neurotransmiter yang menghalang kebanyakan proses badan yang dikaitkan dengan kebangkitan. Adenosina dihasilkan sepanjang siang, dan tahap adenosina yang tinggi akan menyebabkan rasa mengantuk. Bagi haiwan jaga siang, rasa mengantuk berlaku apabila unsur sirkadian menyebabkan keluarnya hormon melatonin dan pengurangan suhu badan teras secara beransur-ansur. Pengaturan masa ini dipengaruhi oleh kronotaip seseorang. Ritma sirkadian itulah yang menentukan pengaturan masa terbaik bagi satu episod tidur yang distrukturkan dengan betul dan berpulih.

Jauhi tabiat negatif


Kita harus menjauhi tabiat-tabiat negatif seperti merokok, menghisap dadah, meminum alkohol dan sebagainya. Hal ini demikian kerana tabiat tersebut tidak sahaja menjejaskan kesihatan kita, ia juga menyebabkan kehidupan harian kita terjejas dan tidak teratur. Kajian perubatan mendapati bahawa rokok mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia termasuk racun dan bahan penyebab kanser yang akan mengakibatkan perokok mengalami pelbagai penyakit yang membawa maut. Tabiat merokok mengakibatkan 90 peratus daripada semua kes kencer paru-paru, 75 peratus kes kerosakan paru-paru, dan 25 peratus kes sakit jantung dalam kalangan lelaki berumur bawah 65 tahun. Selain itu, dianggarkan 15 hingga 25 peratus rakyat Malaysia mungkin mendapat kanser.

Kempen-kempen harus dilaksanakan


Pihak kerajaan harus melaksanakan kempen-kempen bertemakan gaya hidup sihat kepada masyarakat supaya mereka lebih memahami kepentingan gaya hidup sihat dan menerangkan langkah mengamalkan amalan tersebut. Misalnya, pakar-pakar kesihatan atau doktor harus dijemput untuk member ceramah kepada orang ramai kerana mereka lebih percaya dan yakin akan ilmu yang diberi oleh pakar-pakar tersebut. Kesannya, orang ramai akan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengetahui kepentingannya dengan lebih lanjut. Kementerian Kesihatan harus kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Contohnya, Kempen Cara Hidup Sihat yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 merupakan permulaan yang baik untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat. Namun, pelbagai aktiviti berkaitan dengan gaya hidup sihat wajar dilaksanakan supaya kempen tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.

10

Kesimpulan
Secara tuntasnya, gaya hidup yang sihat boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sihat sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Jika kita menginginkan kesihatan yang baik dan kehidupan yang ceria sepanjang hari, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kita semua perlulah memahami bahawa mencagah lebih baik daripada mengubatinya. Sebaliknya, jika kita tidak berubah gaya hidup kita menjadi sihat dari sekarang, mungkin kita akan berasa kecewa suatu hari nanti. Bak kata pepatah menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna . Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita mengamalkan amalan baik ini bersama-sama.

11

Sumber Rujukan
http://www.scribd.com/doc/9640547/Topik-6-Gaya-Hidup-Sihat http://opzaney.wordpress.com/2007/06/04/gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbangan-rohani-danjasmani/ http://pmr.im/show.php? n=101856&nS=19204&t=AMALAN_GAYA_HIDUP_SIHAT_by_ATHIRAH_ILYANA.html http://cikgunasirbm.blogspot.com/2010/10/amalan-gaya-hidup-sihat.html http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html http://www.kekalsihat.com/artikel/gaya-hidup/10-amalan-ke-arah-hidup-sihat-kurang-stress.html http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/posts.php?topic=14&start= http://www.slideshare.net/syazayasmin/makanan-dan-amalan-pemakanan http://www.docstoc.com/docs/22864663/Skima-Jawapan http://ms.wikipedia.org/wiki/Tidur#cite_note-3 http://www.majalahsains.com/2010/03/tekanan-hidup/ HJ Samat Buang, Fokus SPM Disember 2009. Mohd Khir Kassim & Marzukhi Nyak Abdullah, Karangan Gred A SPM. Sin Chew Daily

12

Anda mungkin juga menyukai