Anda di halaman 1dari 20

GAYA HIDUP

SIHAT DAN
SELAMAT
MENJAMIN
KEHARMONIAN
BERSAMA
DEFINISI DAN
KONSEP GAYA
HIDUP SIHAT
Secara umumnya, gaya hidup sihat
ditakrifkan sebagai satu proses atau
amalan kesihatan ke arah perubahan
hidup yang memuaskan yang meliputi
pelbagai aspek termasuklah penjagaan
pemakanan yang seimbang, bersenam,
mengawal tekanan atau stres, dan
yang paling penting adalah
menghindar diri daripada aktiviti-
aktiviti yang negatif dan berisiko.
AMALAN GAYA
HIDUP SIHAT
1.Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai
satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan
masyarakat. Antara contoh kehidupan yang
sihat ialah individu tersebut hidup dengan
penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah
yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk
satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam
kehidupan era moden yang begitu banyak
tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu,
terdapat pelbagai tindakan yang boleh
dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
2.Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu
bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam
keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil
makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan
pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak
kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang
mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang
tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik
seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang
juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang
ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau
meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah,
diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai
kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan
oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
3.Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan
kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat
dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti
seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari
bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika
hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh
pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran
darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem
imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang
cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan.
Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka
semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana
minda yang cerdas datangnya daripada badan yang
cergas.
4.Orang ramai juga perlu mengutamakan
kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih,
waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan
seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar
tidak diharung lalat mahupun dielakkan.
5.Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek
psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan
orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya
berbanding dengan individu yang suka bersendirian
atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan
menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi
yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan
sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya
hidup yang sihat ini.
PIRAMID
MAKANAN
GAYA HIDUP
SIHAT
PANDUAN PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan secara asas nya


mempunyai 4 klasifikasi ataupun
jenis/kumpulan makanan yang disusun
mengikut tingkat/ aras berdasarkan
jumlah atau kuntiti pemakanan yang
disyorkan oleh pihak kesihatan seluruh
dunia bagi memenuhi ciri - ciri
pemakanan yang seimbang,sihat dan
betul.
ARAS 1 ( PALING BANYAK )

Makanan dalam kumpulan ini lazimnya makanan yang kaya dengan kandungan
nutrien Karbohidrat Komplek yang terdiri dari zat - zat penting yang
membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.Selain itu, ianya turut
melengkapkan zat - zat nutrien yang lain seperti vitamin,serat,mineral dan
sedikit protein.

Makanan dalam kelas ini perlu diambil dengan jumlah yang banyak ataupun
paling banyak berbanding kelas makan yang lain bagi memasti tubuh badan
mempunyai nutrien yang cukup dalam membekalkan seumber tenaga tubuh
badan kita bagi menjalankan rutin harian.

Makanan dalam kelas ini disyorkan diambil dalam kuntiti 8 sehingga 12


hidangan sehari.

Contoh - contoh makanan dalam kelas makanan ini adalah basi, bubur, roti,
mi, bihun , biskut, pasta, kentang , keledek,
ARAS 2 ( BANYAK )

Makanan dalam kumpulan ini selalunya makan yang kaya dengan zat vitamin ,
mineral dan serat.Makanan ini juga amatlah penting bagi melengkapkan
fungsi - fungsi organ dan sistem tubuh badan.Ini termasuk sistem imunisasi (
daya tahan ) tubuh badan dan juga sebagai pelindung ataupun peransang
kepada sistem tubuh badan yang lain seperti sistem pencernaan dan sistem
aliran darah dan banyak lagi sistem - sistem penting di dalam tubuh badan
kita.

Selain itu juga,pengambilan makanan dalam kelas ini mampu membantu


dalam melambatkan penuaan dan mencantikkan kulit.

Makanan dalam kelas ini boleh diambil dalam jumlah yang banyak.Selain itu
pilihan pengambilan makanan dalam kelas ini boleh dipelbagaikan dalam
setiap hidangan.

Saiz hidangan yang disyorkan untuk makanan dalam kelas ini adalah sekurang
- kurangnya 5 sajian ataupun lebih.

Contoh - contoh makanan dalam kategori ini adalah pelbagai jenis sayur -
sayuran hijau dan buah - buahan.
ARAS 3 ( SEDERHANA )

Makanan dalam klasifikasi aras 3 ini dalah dalam saiz sederhana.Makanan kategori ini
adalah makanan yangh kaya dengan zat nutrien protein , vitamin,kalsium , zat besi ,
zink dan magnesium.Makanan pada kelas sangat penting untuk tumbesaran tubuh
badan yang sempurna terutama diperingkat bayi atau kanak - kanak.Selain itu juga
ianya sangat penting dalam membantu memulihkan tisu - tisu atau organ badan.

Makanan dalam katagori ini boleh diambil dalam saiz yang sederhana.Kelas makanan
dalam Aras 3 taua katagori sederhana ini boleh dipecahkan kepada dua jenis.

Jenis pertama adalah makanan seperti ayam, daging, telur, dan juga kekacang serta
hasil kekacang yang lainnya seperti kacang soya,tauhu, tempe dan juga kacang merah
dan dhal.Makanan dalam jenis ini disyorkan untuk diambil dalam kadar 2 hingga ke 3
hidangan untuk saiz hidangan yang seimbang.

Jenis yang kedua pula adalah makanan hasil tenusu seperti susu,keju dan
dadih.Makanan dalam kelas ini sangat kaya dengan kandungan zat nutrien protein,
kalsium dan juga vitamin D.Pengambilan susu rendah lemah adalah sangat disyorkan
untuk memberikan anda kesihatan yang mantap.
.
ARAS 4 ( PALING SEDIKIT )

Makanan aras 3 adalah antara katagori makanan yang


paling atas atau pun yang paling sedikit
pengambilannya walaubagaimana pun ianya tetap
merupakan makanan yang penting dalam memberikan
kesihatan tubuh badan.Ini kerana makanan dalam ini
turut menjalankan fungsi tertentu dalam tubuh badan
seperti melindungi organ dalaman dari kecederaan
dalam keadaan tertentu.

Antara jenis makan yang terdapat dalam katagori ini


adalah lemak,minyak cokelat,gula dan
sebagainya.Namun ianya perlu diambil dalam saiz yang
sangat sedikit.
Pengambilan makanan yang seimbang
dan betul amatlah penting dalam
mengekalkan gaya hidup sihat selain
meningkatkan kualiti kehidupan kita
seharian. Jesteru amatlah mustahak
untuk menitik beratkan pengambilan
makanan untuk menjaga kesihatan
kita seharian.Kesimpulannya,semua
orang dikehendaki makan mengikut
piramid agar sentiasa dalam keadaam
yang sihat.
Sekian terima kasih
atas kesabaran
kawan-kawan yang
dikasihi dan
SIR.VIJAY
AKHIRNYA SLAID
INI TENTANG
GAYA HIDUP
SIHAT TAMAT

Anda mungkin juga menyukai