Anda di halaman 1dari 6

PENGAMALAN DIET YANG BAIK BERDASARKAN PIRAMID MAKANAN DAN CARA

PENCEGAHAN OBESITI.

Oleh:Muhammad Syahiran Bin Mohamad Din

Pemakanan akan mempengaruhi kesihatan seseorang untuk jangka masa panjang dan
pendek bergnatung bagaimana penjagaan diet mereka. Pengawalan pemakanan bergantung
kepada manusia bagaimana mereka mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang
mencukupi, kurang atau lebih. Penyakit mudah mendatangi orang tidak menjaga pemakanan
berdasarkan piramid makanan yang disyorkan. Piramid makanan telah diwartakan di Sweden
1974 sebagai cadangan pemakanan yang optimum mengikut pengambilan berdasarkan asas
kumpulan nutrisi makanan. Dalam piramid makanan terdiri daripada nutrisi asas dan
tambahan seperti karbohidrat, protein, serat dan vitamin (sayur-sayuran dan buah-buahan),
serta lemak. Rajah di bawah menunjukkan piramid makanan daripada Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat (USDA).

Rajah 1: Piramid Makanan (Sumber: (United Stated Department Of Agriculture, 2005))

Dalam piramid makanan, karbohidrat merupakan satu rantaian nutrisi yang merupakan
asas sumber makanan dunia. Karbohidrat merupakan satu makanan ruji dunia yang sudah
menjadi santapan manusia sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Makanan yang mengandungi
karbohidrat adalah sebagai contoh roti, nasi, bijirin, serta mi. Sebagai contoh di Malaysia, nasi
adalah makanan ruji yang telah menjadi amalan sejak dahulu. Dalam pengambilan makanan
karbohidrat adalah penting sebagai sumber tenaga utama dan segera. Pengamalan
pemakanan karbohidrat yang baik adalah berlandaskan kuantiti yang simbang. Hal ini kerana
kesan buruk akan menimpa jika seseorang terlebih dalam pengambilan makanan yang tinggi
karbohidrat. Penyakit seperti obesiti serta diabetis mellitus mudah menyerang dan
memberikan impak negatif kepada tubuh pesakit. Pengamalan karbohidrat secara seimbang
dapat membantu dalam menghasilkan tenaga yang baik untuk otot dan otak. Disamping itu,
kandungan serat yang tinggi membantu dalam penghadaman yang lebih lama dan
memanjangkan tempoh rasa kenyang. Oleh yang demikian, pengambilan karbohidrat adalah
penting akan tetapi perlu diminimakan dalam setiap hidangan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan diet yang penting. Oleh itu, nutrisi ini
membantu dalam dalam sistem penghadaman seterusnya membekal vitamin-vitamin yang
perlu ada dalam badan manusia. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mempunyai serat
yang membantu dalam sistem pengahadaman agar lebih lancar dan mengelakkan daripada
menghidap penyakit sembelit. Saiz hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
tidak dihadkan kerana tidak memberi kesan yang sangat buruk, malah baik untuk tubuh dan
organ. Akan tetapi kebanyakkan kanak-kanak malah orang dewasa tidak mengambil sayur
dan buah kerana tidak berminat. Hal ini dibuktikan dengan kajian oleh Michael (2007),
menyatakan bahawa hanya 44.8% daripada 250 orang pelajar memenuhi saranan
pengambilan harian bagi sayur-sayuran manakala hanya 35.2% sahaja yang mengambil
buah-buahan mengikut saranan pengambilan. Oleh itu, kita perlu meningkatkan kesedaran
pemakanan buah dan sayur dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Protein merupakan makanan yang biasanya diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Contoh sumber protein terbesar adalah daripada sumber daging, ikan, produk tenusu serta
kekacang. Kepentingan pengambilan protein yang seimbang adalah penting dalam
membantu membaiki tisu juga meningkatkan kadar pertumbuhan seseorang. Daging adalah
sumber protein utama yang boleh didapati daripada daging ayam, lembu, atau kekacang
Persoalan bagaimana masyarakat yang mengamalkan pemakanan sayur sahaja
mendapatkan sumber protein mereka? Hal ini menurut Kate, Elizabeth dan Surinder (2013),
sumber protein mereka adalah melalui kekacang yang dibuktikan kandungan protein di
dalamnya seperti kacang soya, tofu, kacang merah dan pelbagai lagi. Pengambilan protein
untuk kanak-kanak adalah lebih penting berbanding orang dewasa untuk meningkatkan kadar
pertumbuhan mereka dengan tahap yang maksimum. Oleh yang demikian, jelas protein
adalah penting untuk tubuh badan semua manusia.

Lemak adalah makanan yang patut dikurangkan pengambilan kerana terdapat kesan
negatif yang lebih banyak daripada positif. Akan tetapi kita perlu mengawal pengambilannya
terutamanya makanan berminyak. Hal ini kerana, umum masyarakat Malaysia sangat suka
menggunakan minyak secara berlebihan dalam masakan mereka. Lemak berfungsi dalam
menghasilkan tenaga bukan utama seperti karbohidrat. Lemak terbahagai kepada dua iaitu
lemak tepu dan lemak tidak tepu. Pengambilan lemak adalah penting, akan tetapi perlu
diminimakan kerana akan menyebabkan masalah seperti strok, saluran jantung tersumbat.
Cara Pencegahan Obesiti

Kesan pemakanan yang tidak seimbang boleh membawa kepada pelbagai penyakit
terutamanya obesiti. Peratus obesiti dikalangan golongan-golongan muda sudah semakin
meningkat kerana faktor pemakanan yang tidak terjaga. Malaysia juga telah memegang rekod
nombor 1 di Asia tenggara yang mempunyai peratus rakyat obesiti berdasarkan rajah 6.

Rajah 2: Peratus Populasi Dewasa Yang Melebih BMI 25kg/m2 Di Asia Tenggara
(Sumber: (WHO), 2011))

Melalui pengalaman dan sesi pembelajaran, para pelajar mungkin sudah mengetahui
bagaimana mereka boleh menjaga pemakanan mereka dan mengelakkan daripada gejala
obesiti. Di sekolah, guru-guru sudah mengajar bagaimana memerhatikan kandungan
makanan yang mungkin mengandungi kadar gula yang tinggi, kandungan lemak serta kalori
dalam sesuatu makanan. Produk yang mempunyai kandungan gula yang banyak sebagai
contoh air bikarbonat, air minuman buah-buahan segera atau minuman susu bekultur. Senarai
kandungan gula dan lemak dalam setiap hidangan biasanya tertera di belakang produk. Garis
panduan pemakanan yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat makanan segera juga
boleh digunakan untuk memerhatikan bilangan kalori dan pengambilan minimum yang diambil
oleh seseorang. Murid-murid boleh mengaplikasikan pemilihan makanan yang sihat dengan
mengambil kalori, kandungan gula dan lemak yang bersesuaian dengan merujuk fakta nutrisi
seperti rajah 3:

Rajah 3: Contoh Fakta Nutrisi


Teknologi terkini juga memudahkan para pelajar serta masyarakat umum
memerhatikan pengambilan kalori, gula mereka dalam sehari dengan menggunakan aplikasi
telefon pintar mereka masing-masing, Pelajar telah belajar setiap nutrisi yang membantu
dalam proses serta tumbesaran mereka. Pemakanan yang seimbang terdiri daripada
pengambilan makanan seperti sayuran-sayuran, buah-buahan, karbohidrat serta protein
dalam satu hidangan yang lengkap. Dalam sehari, kebiasaannya sesesorang pelajar akan
mengambil 4 kali hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengahari, makan petang dan makan
malam. Oleh itu, dalam sehari mereka sudah mengetahui untuk mengambil hidangan lengkap
berpandukan kepada keperluan tenaga seharian dan mencukupkan keperluan kalori mereka.

Selain daripada pemakanan dijaga, pelajar juga telah diajar untuk melakukan aktiviti
kecergasan, Di sekolah, telah dimasukkan dalam program Satu Murid Satu Sukan untuk
pelajar lebih mendominasikan pembelajaran beserta dengan sukan. Sebagai contoh dapat
dilhat di Rajah 4 menunjukkan pelajar sedang menjalankan aktiviti sukan. Pengamalan sukan
daripada sekolah boleh diterapkan semasa di luar sekolah. Hal ini boleh dikukuhkan lagi
dengan pengamalan bersukan diluar waktu pembelajaran. Pelajar lazim mengetahui untuk
melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari mampu mengurangkan risiko obesiti dan
penyakit lain-lain. Kesedaran masyarakat khususnya orang muda terhadap bersukan telah
meningkat hasil daripada kajian melalui Syamimi Azizan (2011), menyatakan bahawa
responden menunjukkan persepsi yang positif terhadap aspek kepentingan senaman dalam
penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian pengamalan bersukan dan berekreasi dapat
membentuk masyarakat yang bebas penyakit khususnya obesiti.

Rajah 4: Pelajar sedang melakukan aktiviti bersukan

Pelajar boleh menjalankan pemeriksaan doktor dan kesihatan kendiri. Pelajar telah
diajar bagaimana mereka boleh menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Para pelajar boleh menjalankan pemeriksaan bersama pegawai perubatan secara
berkala untuk memerhatikan tahap perkembangan kesihatan mereka. Tanggungjawab ini
adalah dibawah tanggungan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka sihat dan bebas
obesiti. Murid-murid yang berisiko menghidapi penyakit obesiti boleh diajar bagaimana
memerhatikan berat badan mereka dengan menggunakan penimbang. Hal ini mereka akan
lebih peka dengan berat mereka dan lebih prihatin untuk menjaga kesihatan.

Sebagai kesimpulan, gaya pemakanan yang berbeza akan mempengaruhi kesihatan


seseorang. Oleh itu, pelajar khususnya telah diajar makanan asas dan bagaimana mereka
boleh menjaga pemakanan secara sihat. Perhubungan antara kedua-dua faktor boleh
membawa kepada kesan positif mahupun negatif. Hal ni bergantung bagaimana pengambilan
kuantiti makanan asas dan gaya hidup masyarakat tersebut. Oleh yang demikian demi
membina masyarakat yang prihatin terhadap kesihatan perlu bemula daripada kecil dan
seterusnya disokong oleh orang dewasa demi mewujudkan masyarakat yang sihat.
Rujukan
Marsh K. A., Munn E. A., & Baines S. K. (2013). Protein And Vegetarian Diets . The
Medical Journal Of Australia, 7-10.

Michael C. (2007). Pengambilan Buah-buahan & Sayur-sayuran Dikalangan Pelajar


Universiti Malaysia Sabah. Labuan: Universiti Malaysia Sabah.

Syamimi Azizan. (2011). Penjagaan Kesihatan Menerusi Senaman Dari Perspektif


Islam: Kajian Terhadap Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan). Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

United Stated Department Of Agriculture. (2005, April 19). Food Guide Pyramid.
Retrieved from United Stated Department Of Agriculture:
https://www.cnpp.usda.gov/FGP

WHO), W. H. (2011). Health Of Adolescents In Malaysia. Geneva: World Health


Organization.

Anda mungkin juga menyukai