Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN

PKBK 3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


PENULISAN ESEI (TUGASAN 1)

Nama : NOR FADZLYIN BINTI GERIEM

No. K/P : 980219-13-5804

Angka Giliran : 2017182340084

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2017

Unit : PENGAKUAN PELAJAR


PENDIDIKAN KHAS 2
Saya Nama
mengaku PEMERIKSA
bahawa tugasan
Pensyarah : kerja
PN kursus ini adalah
NOR ASIAH hasil
BINTI MODERATOR
kerja saya sendiri kecuali
NASIR
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
1.0 MarkahTarikh Hantar : PENGESAHAN
24 FEBRUARI PELAJAR
Markah
2020
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang
Tandatangan diberikan oleh pensyarah telah saya
Tandatangan
Tandatangan
rujuki dan fahami.
Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
Cop Cop

Tarikh
Tandatangan Tarikh
Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PENGENALAN

Pemulihan dalam komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk
OKU iaitu program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan
penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang
sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. PDK adalah program yang diwujudkan
oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi
pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang
upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini
dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK
atau di rumah. Pekerja-pekerja terdiri daripada individu yang terlibat dalam kerja sosial.

1
Frost, Robinson & Anning (2005) mendakwa kerja sosial adalah satu profesion
penghubung, menjadi orang tengah, dan perunding antara profesion, dan antara
profesion dengan kanak-kanak dan keluarga mereka.

2.0 KONSEP KERJA SOSIAL DAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Mesyuarat Agung Persekutuan Antarabangsa Pekerja Sosial (International Federation of


Social Workers) pada Julai 2000 mendefinisikan kerja sosial sebagai satu profesion yang
menggalakkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam konteks perhubungan
serta memperkasa individu dalam mengecapi kesejahteraan hidup. Kerja sosial menangani
halangan, ketidaksamarataan dan ketidakadilan yang wujud dalam masyarakat. Kerja sosial
bertindak balas terhadap krisis dan kecemasan serta masalah sosial dan peribadi. Intervensi
kerja sosial merangkumi proses psikososial yang memfokuskan individu sehingga kepada
penglibatan dalam pembentukan dasar, perancangan dan pembangunan sosial. Intervensi
kerja sosial merangkumi kaunseling, kerja sosial klinikal, kerja kumpulan, pedagogi sosial,
rawatan dan terapi keluarga serta usaha untuk membantu individu mendapat perkhidmatan
dan sumber-sumber dalam komuniti.

Pekerja sosial profesional bertanggungjawab untuk menyampaikan perkhidmatan


bagi memenuhi kebajikan dan keperluan diri manusia; untuk membangun dan menggunakan
pengetahuan saintifik berkaitan dengan tingkah laku manusia dan masyarakat secara
berdisiplin; untuk membangun sumber bagi memenuhi keperluan dan aspirasi individu,
kumpulan, negara dan antarabangsa; untuk meningkat dan menambah baik kualiti hidup
manusia; dan bagi mencapai keadilan sosial. Kecekapan dalam mengurus kes kanak-
kanak menurut Johansen (2002) perlu ditumpukan kepada kemahiran, pengetahuan, dan
nilai-nilai yang menjurus kepada dalam enam bidang penting iaitu amalan sensitif etnik dan
budaya, teras kemahiran kebajikan kanak-kanak, kemahiran kaedah kerja sosial,
pembangunan manusia dan persekitaran sosial, pengurusan tempat kerja, dan
perancangan, pentadbiran dan dasar kebajikan kanak-kanak.

Antara konsep pemulihan dalam komuniti ialah mendekatkan perkhidmatan


pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan, memastikan
penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti dan mengurangkan
penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan
daripada keluarga dan komuniti. Program ini memastikan golongan OKU ini tidak
dipinggirkan dan diberikan perkhidmatan yang sesuai. Selain itu, program ini menyediakan
peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada

2
dalam diri mereka. Ini amat penting kerana setiap individu mempunyai kebolehan tersendiri
termasuk golongan istimewa ini. Seterusnya program ini turut membantu dalam mewujudkan
masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU.

3.0 KOMPETENSI ETIKA KERJA SOSIAL

Konsep kerja sosial dan pemulihan dalam komuniti dapat dikaitkan dengan penilaian dalam
kompetensi etika kerja sosial. Antara kompetensi etika kerja sosial yang boleh dinilai dalam
seseorang pekerja sosial ialah individu tersebut menjalankan tugasnya berasaskan kepada
nilai yang terkandung dalam kod etika professional. Pekerja sosial harus tidak lari daripada
apa yang termaktub dalam kod etika professional. Selain itu, pekerja sosial perlu “berfikir”
secara konseptual tentang fenomena individu dan masalah sosial yang dibawa untuk
perhatian serta menggunakan pengetahuan kerja sosial untuk memahami permasalahan
yang berkaitan. Pengetahuan adalah sesuatu yang sentiasa berkembang dengan aktif
penggunaannya berbanding sesuatu yang diarahkan dan diterangkan oleh orang lain
(Parker & Bradley, 2014).

Pekerja sosial juga mengenal pasti dan menimbangkan beberapa alternatif ke arah
mencapai penentuan situasi yang profesional tentang individu dan masalahnya. Konsep
kerja sosial dan pemulihan dalam komuniti adalah seorang pekerja sosial harus sentiasa
mencari alternatif yang berfaedah untuk seseorang individu yang ada di dalam pusat
pemulihan dalam komuniti. Seorang pekerja sosial juga harus mereka bentuk objektif dan
strategi perancangan intervensi yang sesuai berasaskan pengetahuan kerja sosial.
Intervensi yang sesuai sangat diperlukan bagi individu di pusat pemulihan. Ini dapat
membantu mengatasi dan mengurangkan segala permasalahan yang dihadapi serta dapat
meningkatkan keyakinan mereka terutamanya aktiviti yang melibatkan komunikasi.

4.0 PERANAN PDK DALAM MENINGKATKAN KUALITI HIDUP ORANG KURANG


UPAYA

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR)


merupakan salah satu program latihan bagi orang orang kurang upaya yang ditawarkan oleh
kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara peranan pemulihan dalam komuniti
dalam meningkatkan kualiti golongan OKU adalah dari aspek pendidikan. Program ini
menyediakan sistem pendidikan yang sesuai dengan kemampuan individu yang mengikuti
program ini. Sebagai contoh program yang dirancang dalam PDK iaitu pentaksiran dan

3
penilaian. Program ini menyediakan rekod dan laporan bagi setiap individu di PDk.
Contohnya, seorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran semasa dia
berada dalam kelas KBSR. Laporan-laporan mengenai maklumat murid dan persepsi
pembelajaran boleh digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran
yang menyeluruh berkaitan murid tersebut. Ini dapat mengetahui tahap pengetahuan murid
dalam pembelajaran. Selain itu, kaedah ujian, kuiz dan pemerhatian bagi memastikan
penguasaan mereka terhadap setiap subjek.

Selain itu, program PDK ini juga berperanan untuk meningkatkan kualiti golongan
OKU dari aspek sosial. Antara program yang dijalankan ialah intervensi awal. Program ini
amat penting untuk meningkat kemahiran sosial setiap setiap golongan OKU. Penilaian ke
atas pelatih di PDK adalah penting supaya program -program intervensi awal dapat
diaturkan. Program –program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap pelatih
mengikut kekuatan -kekuatan dan kelemahan-kelemahan masing-masing. Sesuatu program
yang diatur itu mempunyai objektif-objektifnya yang tersendiri contohnya, pelatih PDK yang
tidak mahu bercakap. Aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti permainan
dapat merangsang minat pelatih PDK. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan komunikasi
dapat membina keyakinan diri setiap pelatih PDK. Contohnya aktiviti kerja kumpulan yang
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dimana setiap pelatih harus
mengemukakan idea mereka di dalam kumpulan. Seterusnya, memberi dia peluang
berinteraksi serta bergaul dengan rakan -rakan sebayanya boleh dijalankan. Ini dapat
meningkatkan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan orang lain.

Peranan pemulihan komuniti juga penting dalam meningkatkan kualiti golongan OKU
dari aspek kesihatan. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat sawan perlu diberikan
ubat cegah sawan. Ini dapat mengawal keperluan ubat bagi setiap pelatih PDK yang
memerlukan. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tiroid
(hypothyroidism) akan dibekalkan dengan hormon tersebut seumur hidup. Ini menunjukkan
Program PDK menyediakan sistem kesihatan yang dapat meningkatkan kualiti golongan
OKU. Program ini juga turut menyediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan
pelatih PDK. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal dapat meningkatkan kemahiran motor
halus dan kasar bagi setiap pelatih PDK.

4
5.0 RUJUKAN

Frost. N, Robinson. M & Anning. A. (2005). Social workers in multidisciplinary teams: Issues
and dilemmas for professional practice. Child & Family Social Work, 10(3), 187-196.
doi:10.1111j.1365-2206. 200500370.x

Fuziah Shaffie & Abd Razak Abd Manaf. (2001). Pengenalan kerja sosial: Artikel-artikel
Pilihan. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2003). Laporan Tahunan 2003 Jabatan Kebajikan


Masyarakat Malaysia. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Johansen, P. S. (2002). Key competencies in public-child welfare: A comparison of the


priorities of social-work faculty and public-child-welfare supervisors. (3049684 Ed. D),
University of San Francisco, Ann Arbor.

Parker, J., & Bradley, G. (2014). Social work practice: Assessment, planning, intervention
and review: Learning Matters.

Anda mungkin juga menyukai