Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 2: LAPORAN KAJIAN KES

1.0 Pengenalan
Dokumen Standard KSSR yang dipraktikkan mulai tahun 2011 menggariskan Kurikulum
Matematik dirangkumkan dalam KSSR Pendidikan Khas mengikut Asas 3M Masalah
Pembelajaran bagi tahun 1, 2 dan 3. Manakala bagi tahun 4, 5 dan 6, Kurikulum Matematik
Pendidikan Khas adalah kurikulum tunggal, bukan dalam asas 3M. Dalam KSSR Pendidikan
Khas Kurikulum Matematik, sukatan yang diajar ialah Pranombor, Nombor, Operasi (tambah,
tolak, darab dan bahagi), Wang, Masa dan Waktu serta Ukuran dan Sukatan.

Sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Matematik dilaksanakan, guru


perlulah mengetahui tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran tersebut terlebih dahulu.
Bagi mengetahui tahap penguasaan murid dengan lebih lanjut, guru perlulah meneliti fail
peribadi murid bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid ataupun masalah yang telah
didiagnos oleh pakar perubatan. Setelah mengetahui latar belakang murid, guru perlulah
melakukan Ujian Diagnostik bagi mengetahui aras pengetahuan murid dalam Matematik.

Pada 18 Mac 2019 hingga 23 Mac 2019, kami, siswa pendidik PISMP Pendidikan Khas
Ambilan Jun 2016, telah menjalankan satu program sangkutan bersama pihak Permata Kurnia
di Pusat Permata Kurnia, Kuala Lumpur. Bagi menyempurnakan kehendak kerja kursus PKUK
3113, Pentaksiran dalam Pendidikan, satu instrumen pentaksiran iaitu ujian diagnostik bagi
mata pelajaran Matematik telah disediakan dan diuji pada kanak-kanak autisme di pusat
tersebut.

2.0 Fokus Kajian

Ujian diagnostik ini telah disediakan mengikut sukatan yang diajar iaitu Pranombor, Konsep
Nombor, Nombor 0 hingga 10, Nombor 0 hingga 100, Ayat Matematik, Operasi Tambah dan
Tolak, Masa dan Waktu dan Wang. Ujian diagnostik ini telah diuji pada salah seorang murid dari
kelas Prasekolah, Pusat Permata Kurnia. Murid yang ditempatkan di kelas ini adalah murid
yang boleh berdikari, memahmi arahan dan boleh mengikuti akademik murid tipikal, iaitu murid
aliran perdana.

1
3.0 Tujuan Kajian
Instrumen pentaksiran ini disediakan adalah untuk menguji dan mengetahui tahap penguasaan
ataupun tahap pengetahuan murid dalam sesuatu kurikulum mata pelajaran. Dengan adanya
pelaksanaan instrumen ini, guru boleh menyediakan PdP sesuai dengan tahap pengetahuan
murid dan merancang aktiviti yang kreatif dan sesuai bagi membantu murid menguasai sesuatu
tahap dalam mata pelajaran tersebut.

4.0 Analisis Hasil Pentaksiran

No Tandakan (/) sekiranya


Bil Topik Skor Catatan
Soalan menguasai dengan betul
Murid tidak
1 0/5 mempunyai pensel
1 Pra Nombor
warna
2 0/4
3 4/4 /
4 1/1 /
2 Konsep Nombor
5 1/1 /
6 0/1
7 3/3 /
3 Nombor 0-10
8 2/3 /
9 2/2 /
4 Nombor 0-100
10 3/3 /
5 Ayat Matematik 11 0/3

6 Operasi Tambah 12 0/2

7 Operasi Tolak 13 1/1 /


14 1/1 /
8 Masa dan Waktu 15 1/1 /
16 0/1
17 0/3
18 0/1
9 Wang
19 0/1
20 3/3 /
Jadual 1: Hasil Pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik

Instrumen pentaksiran iaitu Ujian Diagnostik Matematik telah diuji pada seorang murid dari
Prasekolah Pusat Permata Kurnia, Kuala Lumpur. Hasil daripada instrumen pentaksiran
tersebut telah dipersembahkan di dalam bentuk jadual seperti yang tertera di atas.

Sebelum hasil pentaksiran ini dihuraikan dengan lebih lanjut, terdapat beberapa
kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang pentaksiran ini dijalankan. Antaranya ialah, guru

2
kurang peka tentang keperluan murid sebelum pentaksiran dilakukan. Murid tidak
menyempurnakan soalan yang pertama kerana ketiadaan pensel warna. Bagi penambah
baikan, guru seharusnya mengetahui kelengkapan alat tulis yang dimiliki oleh murid dan
bersedia dengan alat tulis tambahan sekiranya murid tidak memiliki kelengkapan tersebut.

Berdasarkan jadual di atas, murid ini kurang menguasai topik Pra Nombor, Ayat
Matematik, Operasi Tambah dan Wang. Oleh itu, guru perlulah menyediakan bahan PdP yang
sesuai dan kreatif bagi mendidik dan membimbing murid ini dalam menguasai beberapa topik
tersebut. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan maujud terlebih dahulu bagi
memudahkan murid memahami konsep yang ingin disampaikan. Hal ini kerana menurut Jean
Piaget (1952), proses pemahaman kanak-kanak adalah bermula daripada konkrit terlebih
dahulu sebelum memahami sesuatu yang abstrak.

Walaupun kurang menguasai beberapa topik, murid ini mempunyai beberapa kekuatan
yang perlu guru kenal pasti iaitu murid ini menguasai topik Konsep Nombor dengan baik sekali.
Murid ini juga menguasai nombor dalam lingkungan 0 hingga 10 dan 0 hingga 100. Murid ini
juga boleh menguasai topik Operasi Tolak, Masa dan Waktu dengan baik. Oleh itu, sebagai
seorang guru, perkara ini perlulah dipandang sebagai satu kekuatan yang boleh mendorong
murid untuk lebih mudah untuk memahami sesuatu topik pembelajaran yang lain. Hal ini adalah
tergolong dalam teori pembelajaran kontekstual, di mana murid belajar sesuatu dengan
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru seperti yang telah
dinyatakan oleh John Dewey (1916), a curriculum and teaching methodology tied to the child’s
experiences and interests, yang bermaksud, sesuatu kurikulum dan kaedah pengajaran adalah
berkait dengan pengalaman dan minat kanak-kanak.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pentaksiran memainkan peranan yang penting untuk melihat sejauh
mana kefahaman murid mengenai sesuatu konsep atau kemahiran yang diajar (Noraini, 2005).
Menurut NCTM (2000), pentaksiran merupakan salah satu daripada enam prinsip yang
mendasari pendidikan Matematik, yang menyatakan bahawa pentaksiran berperanan untuk

3
menyokong pengajaran serta menyampaikan maklumat kepada guru dan murid. Maka, sebagai
seorang guru, adalah penting untuk menyediakan satu instrumen pentaksiran sebelum
memulakan sesuatu PdP agar PdP yang disampaikan adalah lebih berkesan dan bermakna.

Rujukan

Dewey, J. (1916). Democracy and education: An introduction to the philosophy of education.


New York: Macmillan.

4
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM). (2000). Principles and Standards for
School Mathematics. Reston, VA: NCTM.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan.

Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York: International Universities


Press.

Menurut NCTM (2000),


pentaksiran
merupakan salah satu daripada
enam prinsip yang mendasari
pendidikan Matematik
yang menyatakan pentaksiran
berperanan menyokong
kepentingan pengajaran serta
menyampaikan maklumat kepada
guru dan murid. Pentaksiran
memainkan peranan

5
yang penting untuk melihat sejauh
mana kefahaman murid mengenai
sesuatu konsep
atau kemahiran yang diajar
(Noraini, 2005)

Anda mungkin juga menyukai