Anda di halaman 1dari 2

PKP 3063 : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

NAMA : Brenda Bestian

Soalan : a) Bincangkan secara terperinci 3 jenis masalah tingkah laku (beri contoh).

b) Rancang intervensi yang sesuai mengatasi ketiga-tiga jenis masalah tingkah


laku tersebut.

Masalah tingkah laku yang boleh didapati dalam kalangan murid di sekolah adalah
pertama, murid tidak beratur dan sering memotong barisan. Masalah ini sering berlaku
dalam kalangan murid terutamanya semasa di kantin, sebelum memasuki kelas, makmal
atau perpustakaan dan semasa balik. Murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini
akan memotong barisan rakan-rakannya walaupun sering ditegur oleh rakan dan guru-
guru mereka. Sebagai contoh, Gibid dan Abu sedang bermain di taman permainan dan
menunggu giliran untuk bermain buaian. Namun, Gibid telah merebut giliran Abu dengan
memotong barisan lalu timbulnya pergaduhan antara mereka. Melalui situasi tersebut,
dapat dilihat bahawa Gibid merupakan seorang murid yang mempunyai masalah tingkah
laku.

Intervensi yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah tingkah laku ini adalah
dengan menggunakan strategi over to action. Cara pelaksanaan kepada strategi ini ialah
guru akan menyuruh murid yang memotong barisan itu baris semula di barisan yang
paling belakang dan tindakan akan diteruskan sehinggalah masalah tingkah laku tersebut
diatasi.

Masalah tingkah laku yang kedua ialah sering mengganggu murid yang lain
semasa guru sedang mengajar. Perkara ini sering berlaku dalam kalangan sesetengah
murid di mana mereka tidak fokus kepada pengajaran guru pada masa tersebut. Mereka
akan mencari cara untuk mengganggu rakan-rakan mereka yang lain bagi menghilangkan
rasa bosan mereka. Contohnya, Melvin tidak fokus dan berasa bosan semasa guru
sedang mengajar. Oleh itu, Melvin akan mengganggu rakan-rakan di sekelilingnya dengan
membaling kertas, bercerita, sengaja membuat bising dan sebagainya.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, intervensi yang boleh dilakukan adalah


melalui strategi time-out. Strategi ini boleh dilaksanakan di dalam kelas. Sebagai contoh,
apabila guru mendapati Melvin mengganggu rakan-rakan yang lain semasa guru
mengajar, guru boleh mengenakan time-out kepada Melvin dengan menyuruhnya berdiri di
sudut kelas selama 5 minit. Setelah 5 minit berlalu, Melvin akan disuruh kembali ke tempat
duduknya. Intervensi ini akan dilaksanakan setiap kali Melvin mengganggu rakannya.

Ketiga, masalah tingkah laku dalam kalangan murid ialah murid sering mengambil
sesuatu benda tanpa kebenaran guru. Contoh, guru memberikan setiap orang murid
sekeping kertas untuk melukiskan lukisan mereka. Namun Shanti sering mengambil kertas
di atas meja guru tanpa mendapatkan kebenaran walaupun kertasnya itu masih terdapat
ruang untuk melukis.

Maka, intervensi yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut adalah
menggunakan strategi kejemuan. Dengan menggunakan strategi ini, guru akan
memberikan kertas kepada Shanti untuk melukis atau menulis. Kemudian, guru akan
memberikan lagi kertas kepada Shanti pada 4 minit yang seterusnya. Guru akan teruskan
memberikan kertas sehinggalah Shanti memberitahu dia tidak memerlukan kertas lagi.

Anda mungkin juga menyukai