Anda di halaman 1dari 13

ANALISIS MASALAH 1 (KELAS_2 BIJAK) Tingkah laku distruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian yang dilakukan dalam kelas 2 Bijak, SK Jeram, Melaka, terdapat banyak gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu oleh Cikgu Suhana. Semasa beliau mengajar, terdapat sebilangan murid yang menghadapi masalah tingkah laku distruptif. Hal ini, kerana murid-murid dalam kelas ini, mempunyai prestasi akademik yang rendah. Kelas ini juga merupakan kelas terakhir bagi tahun dua. berikut merupakan antara a) Masalah tingkah laku distruptif : i. Hiperaktif Salah seorang murid di dalam kelas ini merupakan murid yang hiperaktif. Murid ini sering menggangu murid lain semasa Cikgu Suhana mengajar. Dalam gambar 1 menunjukkan murid ini sedang berjalan dan mengganggu rakan yang sedang belajar. Dia juga turut berjalan dan tidak boleh duduk diam serta sering dalam keadaan gelisah. Hal ini, menyebabkan pelajaran yang berlangsung tidak berfokus. Murid ini juga mudah dipengaruhi oleh sesuatu perkara atau orang lain.

Gambar 1 : Murid Hiperaktif

ii.

Bising Selain itu, kami juga mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran Cikgu Suhana. Dalam gambar 2 menunjukkan murid-murid yang sering membuat bising dan kadangkala menjerit kuat secara tiba-tiba. Ada kalanya beliau terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Dalam pada itu, murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud.

Gambar 2 : Murid Bising

iii.

Kelakuan Nakal Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu murid lain dengan melakukan perlakuan menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Dalam gambar 3 dibawah menunjukkan situasi seorang murid yang nakal .

Gambar 3 : Murid Yang Bermasalah Agresif

Murid berkelakuan nakal merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Beliau juga mula menggunakan kekerasan seperti berebut ingin bergaduh. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain.

b) Cara Guru Menangani Masalah Cikgu Suhana menggunakan kedua-dua peneguhan dan hukuman bagi mengatasi maslah tingkah laku ini. Pada peringkat awal Cikgu Suhana menggunakan peneguhan positif, seperti member pujian kepada rakan lain dan membuat perbandingan tingkah laku murid yang baik dan fokus dalam pembelajaran. Selain itu, Cikgu Suhana juga sering mengingatkan murid-murid tentang peraturan dalam bilik darjah yang telah dipersetujui bersama. Hal ini, hanya memberi kesan dalam jangka masa pendek.

Gambar 4 : Hukuman Rotan

Murid-murid yang bermasalah akan terus melakukan kesalahan selepas itu. Malah, keadaan kelas terus menjadi tidak terkawal. Akhirnya, beliau mengambil tindakan hukuman negatif dengan merotan murid di tangan sebanyak dua kali. Beliau juga sering, meninggikan suara. Selepas mengambil kedua-dua tindakan murid ini tetap melakukan kesalahan.

c) Cadangan Mengatasi Masalah Proses pembelajaran dan pengajaran yang tidak teratur dan tidak memberi impak kepada murid akan membawa kerugian pada murid dan guru itu sendiri. Oleh itu, bagi membantu Cikgu Suhana menangani masalah tingkah laku distruptif ini dan membuatkan pengajaran lebih efektif, beliau hendaklah berhenti menengking dan berleter kepada murid-murid beliau. Suasana yang tegang tidak akan menggalakkan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini, akan mengganggu murid yang sedang fokus dalam topik pembelajaran pada hari tersebut. Selainnn itu, beliau juga perlu bersikap tegas tetapi adil ketika menguatkuaskan peraturan. Hal ini, bermaksud beliau harus memberi layanan yang sama kepada setiap murid. Kesimpulannya, beliau harus memberi peluang kepada murid untuk meluahkan kehendak mereka agar mampu melahirkan murid yang sihat dan produktif.

ANALISIS MASALAH 2 (KELAS_5 BESTARI) Tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian yang dilakukan dalam kelas 5

Bestari, SK, terdapat banyak gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris oleh Cikgu Noridayu. Beliau menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran selama enam puluh minit. Semasa beliau mengajar, terdapat sebilangan murid yang menghadapi masalah tingkah laku distruptif, iaitu murid yang membuat gangguan dan tidak beeminat dalam pembelejaran. Hal ini, kerana murid-murid dalam kelas ini, mempunyai prestasi akademik yang rendah, terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Kelas ini juga merupakan kelas terakhir bagi tahunlima. Berikut merupakan antara masalah tingkah laku distruptif : a) Masalah tingkah laku distruptif : i. Komunikasi antara murid Seterusnya, terdapat beberapa orang murid yang nakal kerana mereka tidak menunjukkan sebarang minat atau tidak mengikuti pembelajaran semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Oleh itu, mereka tidak menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru seperti menghantar nota dan berhubung melalui penulisan. Hal ini, jelas terbukti dalam gambar 5 di bawah. Tambahan pula, mereka tidak faham bahasa Inggeris

memandangkan bahasa ini, bahasa kedua.

Gambar 5 : Murid bercakap semasa proses P&P

ii.

Merosakkan harta benda di dalam bilik darjah Selain itu, terdapat juga murid yang mempunyai sikap perosak. Hal ini, terdapat seperti dalam situasi gambar 6. Murid tersebut menconteng meja dan buku. Lebih berat lagi murid tersebut turut menconteng buku rakan lain. Oleh itu, menyebabkan keadaan tidak terkawal dan timbul salah faham kecil. Selain itu, saeorang murid yang lain pula, suka menjengketkan kerusi. Keadaan ini bukan sahaja merosakkan harta benda dalam bilik darjah tetapi juga membahayakan diri murid tersebut.

Gambar 6: Murid Menjengketkan Kerusi iii. Sikap melengahkan kerja atau sambil lewa

Di dalam kelas ini juga terdapat murid yang bersikap selamba dan melakukan tugasan mengikut jadualnya. Contohnya, seperti dalam gambar 7 di bawah, apabila diedar lembaran kerja, murid tersebut tidak berminat dan membuat kerja sendiri. Malah, apabila diarah oleh Cikgu Idayu ke hadapan kelas bagi menyertai aktiviti yang berlangsung, murid ini mengambil masa yang lama untuk membuat aktiviti tersebut. Hal ini, ,mengganggu murid lain untuk belajar.

Gambar 7 : Murid membuat kerja sendiri di bawah meja

b) Cara guru menangani masalah Selepas keadaan menjadi semakin tidak terkawal CikguIdayu mula kurang sabar dan meninggikan suara dengan menyebut nama murid yang membuat gangguan semasa pengajaran beliau. Seterusnya, Cikgu Idayu juga kerap berjalan ke tempat-tempat murid yang menghadapi masalah disruptif. Contohnya, dalam gambar 8 di bawah menunjukkan beliau sedang berdiri di sebelah murid yang sering membuat gangguan.

Namun begitu, cara ini tidak memberi kesan dan hanya berjaya bertahan selama beliau berdiri di sebelah murid berkenaan. Selepas beliau beredar murid tersebut mula bangun dan berjalan. Semasa murid-murid membuat aktiviti yang kedua iaitu menyiapkan lembaran kerja yang diberikan, tiba-tiba beliau menepuk tangan atas meja kerana kelas bising dan menyuruh murid untuk diam. Selain itu, beliau juga turut memberi amaran nanti saya rotan awak kalau bising.

ANALISIS MASALAH 3 Pemerhatian Terhadap Masalah Tingkah Laku Semasa Pelaksanaan Sesi P&P di dalam Kelas Tahun 3 Harmoni SK Datuk Tambichik Karim, Melaka Tingkah laku bermasalah merujuk kepada perlakuan yang tidak mengikut norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyakat. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan di kelas Tahun 3 Harmoni SK Datuk Tambichik Karim, Melaka, iaitu kelas berprestasi rendah, kami dapati bahawa terdapat beberapa masalah tingkah laku disruptif murid semasa sesi P&P mata pelajaran Sains oleh cikgu Azli sedang berlangsung. Berikut merupakan antara masalah tingkah laku disruptif murid dan cara guru menangani masalah tingkah laku murid tersebut: Masalah Tingkah Laku Disruptif Oleh Pelajar Antara masalah tingkah laku disruptif ialah kurang menumpukan perhatian semasa guru mengajar, mengganggu rakan sekelas dan bersikap apati. i. Kurang Menumpukan Perhatian Semasa Guru Mengajar Semasa guru mengajar, terdapat beberapa orang murid yang kurang memberikan perhatian. Mereka tidak mendengar dan tidak fokus terhadap pembelajaran yang sedang dijalankan oleh guru di hadapan kelas. Mereka berbual dengan rakan, main alat tulis di atas meja, bercakap sendiri dan memerhati aktiviti di luar bilik darjah. Gambar 1 menunjukkan murid tersebut tidak memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

GAMBAR 1: Murid Tidak Tumpu Perhatian

ii.

Bersikap Apati Selain itu, terdapat juga murid yang bersikap apati iaitu tidak menghiraukan arahan guru mengenai tugasan atau aktiviti yang berkaitan dengan sesi P&P yang dijalankan di dalam kelas. Murid tersebut seolah-olah sedang berada di dunianya sendiri. Gambar di bawah menunjukkan murid sedang berimaginasi di dunianya sendiri.

GAMBAR 2: Murid Berkhayal di Dalam Kelas iii. Mengganggu Rakan Sekelas

Semasa membuat pemerhatian di kelas ini juga kami dapati ada murid yang mengganggu rakan sekelasnya seperti mengajak kawan sekelasnya berbual mengenai hal lain, sering meminjam alat tulis rakan dan sebagainya. Gambar di bawah menunjukkan murid tersebut mengajak rakannya berbual mengenai perkara lain sewaktu cikgu sedang mengajar di depan kelas.

GAMBAR 3: Murid Berbual

Cara Guru Menangani Masalah Disruptif Semasa Pelaksanaan Sesi P&P di Dalam Kelas Semasa proses P&P sedang dijalankan, Cikgu Azli mendapati bahawa muridnya tidak menumpukan perhatian terhadap sesi P&P tersebut dan juga mengganggu rakannya dengan mengajak berbual mengenai perkara lain yang tiada kaitan dengan pembelajaran pada ketika itu. Beliau telah membuat keputusan untuk melibatkan murid tersebut dalam P&P yang dijalankan dengan bertanyakan soalan P&P kepada berkaitan murid

tersebut.

Gambar 4: Guru Menyoal Murid

Selain itu, cikgu Azli juga telah meninggikan sedikit suaranya untuk menarik kembali perhatian murid-muridnya terhadap sesi P&P yang dijalankan.

Pemerhatian Terhadap Masalah Tingkah Laku Disruptif Semasa Pelaksanaan Sesi P&P di dalam Kelas Tahun Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan P&P khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku disruptif antara tingkah laku bermasalah yang menyebabkan persekitaran pembelajaran terganggu ataupun terjejas. Semasa pelaksanaan

pemerhatian di dalam kelas tahun 5 Bestari, SK Tambichik Karim, Melaka, kami dapati beberapa masalah tingkah laku disruptif berlaku dalam kalangan murid. Berikut merupakan antara masalah disruptif yang dilakukan oleh murid dan cara cikgu menangani masalah tingkah laku disruptif tersebut. Masalah Tingkah Laku Disruptif Oleh Pelajar

Antara masalah tingkah laku disruptif ialah gemar bercakap, menganggu rakan sekelas dan bergerak sesuka hati. i. Gemar Bercakap Murid ini terlalu peramah, sentiasa bercakap walaupun ada tugasan yang perlu disiapkan dan ketika guru sedang mengajar. Mereka berbual mengenai perkara lain yang tiada kaitan dengan pmbelajaran yang berlangsung. Murid ini juga bertanya banyak soalan kerana tidak mendengar arahan awal yang menyebabkan kelas menjadi bising dan mengganggu proses P&P.

Gambar 1: Murid yang Suka Bercakap

ii.

Bergerak Sesuka Hati Semasa pemerhatian dilakukan terdapat beberapa orang murid yang suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Gambar di bawah menunjukkan murid tersebut bejalan ke meja rakannya semasa proses P&P sedang dijalankan.

Gambar 2 : Murid Berjalan ke Meja Rakan

iii.

Mengganggu Rakan Sekelas Selain itu, terdapat juga murid yang mengganggu rakan yang lain semasa sesi P&P sedang dijalankan. Murid ini suka mengacau rakan sekelasnya yang sedang membuat kerja.

Gambar 3: Mengganggu Rakan Lain Cara Guru Menangani Masalah Disruptif Semasa Pelaksanaan Sesi P&P di Dalam Kelas Guru seharusnya telah menyediakan perancangan pengajaran yang lengkap sebelum masuk ke dalam kelas. Selain itu, guru juga perlu peka dalam meramal kejadian-kejadian yang tidak dijangka yang mungkin berlaku semasa

melaksanakan proses P&P. Dalam pemerhatian yang kami

jalankan guru

tersebut seakan tidak menyediakan perancangan pengajaran yang rapi yang menyebabkan masa P&P murid hanya diisi dengan aktiviti yang sama sehingga tamat sesi pembelajaran. Oleh sebab itu, sebahagian murid menjadi bosan dan menimbulkan masalah tingkah laku disruptif di dalam kelas. Selain itu, sikap guru tidak mengambil endah dan hanya menegur dari jauh tanpa mengenakan apaapa tindakan menyebabkan murid berasa tidak takut dan meneruskan tingkah laku disruptif seperti yang telah dinyatakan di atas.

Anda mungkin juga menyukai