Anda di halaman 1dari 3

Skrip Cerita : SEK KEB PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

ADIWIRAKU

Assalamualaikum kepada hakim yang arif lagi bijaksana serta kawan-kawan yang menonton video
saya. Hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk, “Adiwiraku.”

Begini ceritanya, kawan-kawan.

Tepat jam 10 malam wajah ibu Sara, Dr. Hana muncul dimuka pintu. Mukanya kelihatan amat penat.
Sejak akhir ini ibunya pulang lewat kerana sibuk di hospital. Sara menerjah ibunya.

“Ibu, apakah rupa kuman COVID-19?” tanya Sara kepada ibunya.

“COVID-19 atau coronavirus, adalah kuman halus yang tidak dapat dilihat,” kata ibunya. “Namun, ia
boleh tersebar dengan sangat cepat apabila orang yang menghidapinya tidak kuarantin diri”. Terang
ibunya.

“Jadi, kita tidak boleh melawan kuman tersebut walau tidak boleh dilihat?” tanya Sara lagi.

“Kita boleh melawannya,” tegas ibu Sara.

“Virus ini boleh menjangkiti ramai orang, dan semua orang boleh membantu kita melawannya.
Kanak-kanak adalah istimewa dan mereka juga boleh membantu. Sara perlu menjaga keselamatan
diri untuk kita semua. Ibu mahu Sara menjadi adiwira Ibu.” Kata ibunya lagi.

Ketika Sara baring di atas katil pada malam itu, dia sedikitpun tidak berasa seperti adiwira. Dia
berasa kecewa.

“Adiwira mempunyai kuasa istimewa.” “Apa yang saya ada?” apa yang saya boleh lakukan? Saya
ingin menyebarkan kepada dunia cara menyelamatkan diri daripada virus covid”. kata Sara kepada
dirinya sendiri sebelum menutup matanya.

Seperti biasa, setiap pagi Sara mengikuti kelas atas talian. Semasa menunggu kelas berjalan Sara
ternampak satu video yang tular. Lalu Sara mendapat idea.

“Ya, saya boleh sebarkan kesedaran. Saya ingin menjadi adiwira”. Sara nekad untuk merakam video
dan menyebarkannya.

Selesai sahaja kelas. Sara merakam video sendirian di dalam bilik.

“Assalamualaikum kawan-kawan. Saya Sara. Saya berumur 8 tahun. Kawan-kawan, ibu saya adalah
seorang Saintis. Saya jarang dapat bersamanya kerana ibu saya sering pulang lewat. Kata ibu, saya
boleh menjadi adiwira dengan membantu melawan virus.

“Tahukah rakan-rakan, bahawa kanak-kanak boleh memastikan jiran- jiran, kawan-kawan, ibu bapa
dan saudara selamat daripada coronavirus? Kita semua perlu membasuh tangan dengan sabun dan
air.” ujar Sara.

“Pergilah, ceritakan pada seluruh keluarga, kita semua lebih selamat di dalam rumah! Kita boleh
menjaga semua ahli keluarga dengan kekal berada di dalam rumah!” ujar Sara lagi.

“Kawan-kawan boleh bantu Sara? Sebarkan video ini. Sara ingin menjadi adiwira ibu. Sara ingin
bantu ibu. Sara rindu ibu” Ujar Sara sebak. Di kelopak matanya terbit air jernih.
Selesai sahaja Sara merakam video tersebut Sara menyuruh pembantu rumahnya menghantar
rakaman tersebut kepada ahli keluarga yang lain.

Sara mendapat respon yang baik daripada ahli keluarganya tetapi ibunya masih tidak memberikan
respon yang diharapkan. Dia menanti dengan penuh harapan di dada.

“shh..shh.sshhh..” terdengar suara-suara jururawat berbisik sesama sendiri ketika Doktor Hana
melintasi kaunter perubatan.

“Dr. Hana! Panggil sister Anis sambil memegang telefon bimbitnya.

“Ya sister. Tanya dr. Hana kehairanan.

“Ini anak dr kan? Sambil menunjukkan rakaman di telefon bimbitnya.

Dr. Hana melihat rakaman yang ditunjukkan oleh sister Anis.

Keadaan sepi seketika. Dr. Hana sebak sambil menganggukkan kepalanya. Tiada kata-kata yang
keluar dari mulutya. Dr. Hana berlalu pergi. Dia berasa terharu dengan semangat anaknya.

Usai lewat malam Dr. Hana pulang ke rumah.

“Sara!. Panggil Dr. Hana sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah.

Berlari-lari anak Sara mendapatkan ibunya.

Dr. Hana terus memeluk Sara . “terima kasih, Sara! Ibu bangga dengan usaha Sara.

Walaupun dipuji wajah Sara tetap suram.

“kenapa Sara sedih? Sara tidak suka?

“ Kenapa ibu tidak membalas pesanan yang Sara hantar?”

“ Ibu terlalu sibuk. Maafkan ibu ya.”

“ Macam mana ibu dapat tahu mengenai video Sara?”

“ Pak Su kamu yang memuat naik di laman sosialnya. Video Sara menjadi tular. Hmmm kenapa kamu
kelihatan sedih anakku?”

Sara menggelengkan kepalanya. “Sara ingin menjadi adiwira ibu.”

“Mari Sara. Dr. Hana mengajak Sara duduk di sofa.

“Lihat ini. Ibu telah melayarkan semula video Sara ke laman sosial ibu. Ramai rakan ibu memuji Sara.
Ramai yang bersetuju dengan Sara.

“Bagusnya Sara” komen Saif.

“Setuju Sara.” Komen Ahmad.

“saya akan kongsi video ini” komen Atul

Satu persatu komen di baca Sara. Sara mula tersenyum.

“Terima kasih ibu. Sara Cuma ingin menjadi adiwira. Sara tidak boleh membantu ibu merawat
pesakit. Sara ingin melawan kuman covid ini!
“Sara, kita semua boleh menjadi adiwira. Adiwira bukan sahaja doktor mahupun barisan hadapan
tetapi jika kita sama-sama menjaga diri, mematuhi S.O.P kita pasti boleh melwan kuman covid ini.
Memberi kesedaran kepada orang lain juga adiwira Sara” Kata dr. Hana sambil mengusap-ngusap
kepala Sara.

“Jadi, Sara dah jadi adiwira ibu? Tanya Sara penuh pengharapan.

Dr. Hana terus memeluk Sara “Tindakan yang Sara lakukan menunjukkan bahawa Saralah Adiwira
ibu!”.kata dr hana dengan sebak.

“Ibu juga adiwiraku!” kata hati Sara sambil membalas pelukan ibunya.

Begitulah cerita saya kawan-kawan. Pengajarannya, kita perlu sentiasa menjaga diri untuk melawan
wabak yang telah melanda di negara kita. Bersama-samalah kita Bersatu hati untuk menang dalam
perlawanan ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai