Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PROJEK AKHIR

PENGENALAN

Kami memilih Adobe Animation (Type I). Tajuk cerita kami ialah Kesihatan Mental yang

dibawakan oleh Sarah iaitu seorang pelajar Univerisiti yang mengalami tekanan perasaan.

Kandungan cerita ini membawa mesej supaya pelajar dan ibu bapa perlulah mengambil tahu

tentang bahayanya penyakit tekanan perasaan.

JALAN CERITA

Sarah seorang yang pendiam dan juga seorang yang memendam rahsia. Sarah berumur 20
tahun dan sedang menyambung pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia . Kehidupan di
universiti sangat indah bagi Sarah kerana dikelilingi ramai orang yang disayangi. Hidupnya
bahagia malah Sarah merupakan salah seorang pelajar pintar di Universitinya . Malangnya
apabila kerajaan mengumumkan seluruh Malaysia akan di ‘lockdown’ semua sekolah wajib
di tutup dan bagi pelajar ipta dan ipts harus pulang ke rumah masing-masing untuk
mengurangkan penularan covid 19 yang sedang melanda di seluruh Negara. Disebabkan ini,
semua pelajar dikehendaki mengikuti kelas di atas talian bagi menyambung pembelajaran
yang tergandala di sebabkan penularan covid19 ini.
Pada mulanya Sarah menyangka kelurganya akan memahami situasi yang dihadapi
sekarang iaitu belajar secara dalam talian ini. Tapi malangnya keluarga Sarah seakan tidak
memahaminya. Apabila Sarah sedang mengikuti pembelajaran secara ‘online’ ini, ibunya
sering memarahi Sarah kerana asyik menghadap laptopnya, terpuruk di dalam bilik, dan tidak
membantu ibunya mengemas rumah. Walhal semasa itu Sarah sedang mengikuti kelas secara
‘online’. Sarah juga mempunyai masalah jaringan internet yang sangat lemah oleh kerana
Sarah dan keluarga tinggal di kawasan pedalaman. Keadaan itu membuatkan Sarah semakin
tertekan dan sangat menganggu pelajarannya. Sarah berasa semakin berputus asa kerana
keluarganya yang sering bising, adik beradik yang sering bertengkar. Keluarga Sarah tidak
langsung memahami keadaannya. Tetapi Sarah cuba untuk menyesuaikan dirinya.
Di samping itu, Sarah juga mempunyai kucing yang diberi nama Tompok. Tompok
merupakan tempat untuk Sarah meluahkan segala isi hatinya. Tapi malang tidak berbau
kucing kesayangan Sarah, di langgar kereta . Betapa sedihnya perasaan Sarah ketika itu
kerana tompok lah kawan baik dan merangkap peneman setianya apabila Sarah di rumah.
Disebabkan itu juga, pelajarannya semakin merosot kerana Sarah terlampau sedih sehingga
menganggu emosinya.
Oleh itu, Sarah cuba untuk menenangkan perasaannya dengan melayari laman sosial
dan pada ketika itu juga dia terlihat teman lelakinya mempunyai hubungan dengan
perempuan lain. Emosi Sarah semakin terganggu, Sarah beranggapan tiada lagi sesiapa
pedulikan tentang kehidupannya. Dengan itu, Sarah mengambil keputusan untuk
bersendirian. Sarah tidak menghadiri kelas secara atas talian selama 2 minggu. Teman sekelas
Sarah cuba untuk menghubunginya, namun tidak dapat. Sarah berterusan sedih dan
mengasingkan diri dari kelurganya. Sarah mengalami waktu yang sukar untuk memulih
dirinya.
Pada waktu cuti pertengahan, rakan sekelas Sarah iaitu Alya mengambil keputusan
untuk berjumpa dengannya. Selepas Alya mendapat tahu keadaan fizikal Sarah, Alya
mengambil keputusan untuk memujuk dan membawa Sarah ke Pusat Kaunseling. Pihak
kaunseling turut meminta keluarga Sarah untuk berbincang mengenai keadaan Sarah. Mereka
meminta keluarga Sarah sering memberi sokongan dan tumpuan sepenuhnya kepada Sarah.
Keluarga Sarah juga diminta untuk memahami keadaan Sarah, yang juga merupakan seorang
pelajar. Pihak kaunseling menerangkan mengenai pembelajaran atas talian ini tidaklah mudah
seperti yang dijangka. Selepas kejadian itu, keluarga serta rakan-rakan Sarah memberi
sepenuh tumpuan, dan sering menyokong Sarah untuk teruskan belajar ke peringkat yanga
lebih tinggi. Pada ujian akhir semester, Sarah dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

PENONTON SASARAN & KESIMPULAN

Cerita ini mensasarkan penonton remaja dan juga ibubapa . Kesimpulannya, ibubapa perlulah

memainkan peranan dalam mencegah penyakit tekanan perasaan dalam diri anak-anak

mereka . Ibubapa perlu memastikan keadaan anak-anak mereka terutamanya dalam musim

penyakit Covid-19 ini dalam keadaan baik dan jika mereka mendapati anak-anak mereka

mengalami tanda-tanda tekanan perasaan, mereka perlu mengambil tindakan segera bagi

menangani penyakit ini daripada berlarutan . Remaja juga perlu mengambil serius tentang

bahayanya penyakit tekanan perasaan ini. Mereka perlu sentiasa berfikiran positif dan perlu

bercerita tentang masalah mereka kepada orang yang mereka percaya agar tidak memendam

masalah yang mereka alami sendirian. Memendam perasaan membolehkan mereka

mengalami tekanan perasaan. Oleh itu, ibubapa dan remaja perlukan memandang serius

tentang bahayanya penyakit tekanan perasaan ini.

Anda mungkin juga menyukai