Anda di halaman 1dari 2

PERJUANGAN HIDUP DIANA

Diana merupakan salah seorang murid yang bersekolah di Sekolah


Kebangsaan Ulu Slim. Kehidupannya yang daif sering kali dijadikan modal
oleh rakan-rakanya untuk membulinya. Diana bukan sahaja dibuli sewaktu
berada di sekolah malah turut dibuli di luar kawasan sekolah. Kehidupan Diana
sering dirundum kesedihan. Beliau dipulau oleh rakan-rakan sekolahnya.
Kemiskinan yang dialaminya membuatkan dirinya dipandang hina dimata
rakan-rakan sekolahnya.

Diana langsung tidak menghiraukan pembuli-pembuli yang acap kali


merasakan merekalah orang paling hebat sekali di sekolah. Diana berjanji
kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh bagi menjadi seorang yang
berguna dan berjaya seterusnya menjadikan dirinya bebas daripada mangsa buli.
Diana sentiasa mendapat kedudukan yang terbaik semasa peperiksaan yang
dijalankan disekolah membuatkan dirinya mula dirapati rakan-rakanya. Diana
berasa sangat gembira.

Disangka panas hingga ke petang,tetapi hujan ditengah hari, rakan-


rakanya yang mula berbaik dengannya hanya mengambil kesempatan ke atas
kecerdikan dirinya. Mereka meminta Diana menyiapkan tugasan yang diberikan
guru. Selain itu, buku tulisnya sering kali koyak dan hilang dek kerana sering
kali digunakan untuk meniru jawapan tugasan yang diberikan guru.

Diana sedar rakan-rakanya hanya mengambil kesempatan atas kebaikkan


dirinya namun Diana tetap ingin berteman dengan mereka kerana beliau sudah
lama sunyi dengan gelak tawa rakan-rakan.Diana terus menjadi murid yang
cemerlang di sekolahnya. Segala hasutan rakan-rakanya untuk berhibur dan
melupakan pelajaran tidak diendahkan. Kehidupan yang serba kekurangnya
dijadikan batu loncatan dalam dirinya. Diana sedar kehidupannya perlu diubah
menjadi lebih baik.

Kini Diana sudah tamat pembelajaran di menara gading. Luka-luka


lamanya diubati dengan kecemerlangan yang dikecapinya.Beliau kini sudah
memiliki perniagaan sendiri dan merupakan tulang belakang sebuah organisasi
kebajikan. Diana yakin, kecemerlangan dan kemewahan dirinya merupakan
sebuah rahmat dan perlu dikongsi dengan orang lain. Kejayaan dan kekayaan
yang dikecapinya disedari oleh pembuli- pembulinya. Mereka memohon maaf
atas perlakuan mereka dan meminta ehsan daripada Diana untuk meneruskan
kehidupan yang serba mencabar.

Diari perjalanan hidup Diana dijadikan contoh kepada seluruh


masyarakat. Siapa sangka,murid yang dulunya daif dan serba kekurangan boleh
Berjaya dalam kehidupan. Diana sedar tidak ada sesiapa yang akan menolong
untuk mengubah nasib seseorang melainkan atas usaha diri sendiri. Sekiranya
Diana langsung tidak berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan, sudah
tentu beliau masih menjadi mangsa buli, hal ini dapat dijelaskan dengan
ungkapan ilmiah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Anda mungkin juga menyukai