Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : SHARVINI A/P MURUGAN


(b) Nama IPG : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
(c) Opsyen : PPISMP Bahasa Melayu (BM3)
(d) Ambilan : Jun 2019

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Novel


Songket Berbenang Emas
1. Tajuk Buku:
Khairudin Ayib
2. Pengarang:
2016
3. Tahun
diterbitkan:
Buku Prima
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Novel Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia
yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam
keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-
timpa.  Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan
disukai oleh rakan-rakannya.  Namun, akibat masalah keluarga
yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu.
Setelah ibunya dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa
menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat
ke sekolah.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar terus dari


asrama. Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh Aton yang
melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh membunuh
Said yang tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai.
Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong sebagai ketua keluarga
dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama beberapa hari.
Segala beban tugas rumah tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia
tanpa meninggalkan tugasnya sebagai seorang pelajar. Dahlia
tetap tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapinya.
Adiknya, Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang
berwarna hitam mengandungi paku, cincin akek, butiran pasir dan
jarum semasa membersihkan kawasan di bawah rumah mereka.
Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan
keluar dari hospital.  Azhari telah menghantarnya balik ke rumah. 
Pertolongan Dahlia sekeluarga semasa dirinya terlantar sakit telah
menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang menghadapi
permasalahan, Dahlia dapat menangani semua itu dengan jayanya
dan memperoleh hasil seperti yang diinginkannya.  Dahlia terpilih
sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan
pelajaran ke Jepun.

Dahlia juga selamat ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan


hatinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila mereka
sekeluarga dapat berkumpul semula dan Saleha sudah sembuh
daripada penyakitnya.

6. Manfaat/ Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam


pengajaran yang kesusahan. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan
diperoleh sebarang tugasan.Kita janganlah berprasangka buruk terhadap
daripada buku orang lain.
yang dibaca:

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai