Anda di halaman 1dari 3

NAMA: SHARVINI A/P MURUGAN

KELAS: BM3

Latihan: Topik 7

SOALAN:

Merujuk lukisan yang dipaparkan, perincikan apresiasi seni lukisan kanak-kanak


yang berfokuskan bentuk dan makna.

JAWAPAN:

Menurut Viktor Lowenfeld (1975), setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Kanak-kanak


dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembangan mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan oleh kanak-
kanak ini berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak
serta sebagai medium bagi meluahkan emosinya.
Tema yang disampaikan oleh kanak-kanak melaui lukisannya ialah “kisah pahit
peperangan”. Kanak-kanak tersebut mengkagumi untuk menggunakan tema “kisah pahit
peperangan” dalam lukisannya disebabkan pengalaman yang pernah dialami ketika berada
disana. Kanak-kanak tersebut mencurahkan segala perasaannya melalui lukisan dengan
maksud yang tersirat. Sebagai contohnya, kanak-kanak tersebut melukis meriam yang
melontarkan peluru terhadap sesuatu penempatan serta melukis gambar yang menitis air
mata dalam lukisannya yang menggambarkan tema “kisah pahit peperangan”.

Hal-hal benda yang terdapat dalam lukisan kanak-kanak tersebut ialah seorang lelaki
yang memegang pistol kearah orang lain dengan muka yang senyum manakala orang yang
berdepanan berada di dalam penjara dengan muka yang sendih. Figura-figura tersebut
melambangan perasaan kezaliman dan penindasan. Seterusnya, kanak-kanak tersebut juga
melukis sebuah mata yang menitis air mata di tengah lukisannya secara bersaiz besar. Hal
ini kerana, benda utama atau mesej tersirat utama yang disampaikan oleh kanak-kanak
akan menghasilkan dengan saiz yang besar. Dengan ini, kanak-kanak dapat
menggambarkan atau menyampaikan mesej kisah pahit dan perasaan sedih melalui
lukisannya. Selain itu, kanak-kanak tersebut juga melukis meriam yang melontarkan peluru
terhadap sesuatu penempatan yang menggambarkan kebangkitan keganasan dalam
kehidupan yang damai. Di samping itu, kanak-kanak tersebut melukis awan serta rumput
dalam lukisannya.

Bahan yang digunakan oleh kanak-kanak tersebut untuk melukis ialah media kering
iaitu pensel dan pensel warna sebagai media utama dalam lukisannya. Lukisan ini gemar
menggunakan ketiga-tiga jenis warna iaitu warna asas, warna sekunder dan juga warna
tertier. Contohnya, dalam lukisannya menggunakan warna asas iaitu biru bagi awan dan
warna sekunder iaitu hijau bagi rumput serta warna tertier iaitu coklat kebiruan yang
bercampuran warna biru dengan jingga. Warna tersebut juga kelihatan kusam, suram dan
kelam dan kombinasi warna pula gelap dan terang yang menggambarkan kesengsaraan
dan kezaliman. Selain itu, kanak-kanak tersebut menggunanggan kaedah Hatching (Teknik
Garisan Selari) dalam lukisannya. Selanjutnya, lukisan tersebut juga menjelaskan unsur seni
yang dapat diperhatikan iaitu kewujudan garisan nipis, tebal dan sebagainya pada lukisan
figura itu. Prinsip rekaan iaitu elemen irama dan pergerakan pula dapat dilihat pada objek
meriam dengan menunjukkan pergerakan peluru yang dilontarkan terhadap penempatan.
Isi kandungan yang terdapat dalam lukisan kanak-kanak tersebut ialah menekankan
emosi yang dimiliki oleh pengkarya. Lukisan ini lebih kepada gambaran keadaan yang
berlaku pada waktu itu. Kanak-kanak tersebut mengutamakan simpati terhadap kisah
kesengsaraan dan kezaliman. Mesej yang disampaikan melalui lukisannya berkaitan dengan
kritikan sosial, ketidak kedamaian dan ketidak keharmonian. Selain itu, kanak-kanak juga
menyampaikan mesej secara tersirat kepada audiens iaitu kedamaian dan keharmonian
adalah amat penting bagi ketamadunan sesebuah bangsa dan negara.

Secara semula jadi, sikap kreatif sudah wujud dalam diri setiap kanak-kanak lagi.
Namun, dengan dorongan dan didikan ibu bapa, sikap ini akan lebih bercambah lalu
menjadikan anak-anak lebih yakin dan selesa untuk mengekspresikan kesenian dan
kreativiti mereka kepada umum. Melalui lukisan ini, kanak-kanak dapat mengkaitan keadaan
sekeliling dengan pengalaman yang pernah dialami ketika berada disana. Kreativiti kanak-
kanak tersebut juga dapat dilihat dari sudut pemilihan medium atau bahan pada lukisannya.
Kanak-kanak tersebut memilih medium yang sesuai dan tepat iaitu medium kering bagi
menghasilkan lukisannya. Seterusnya, kanak-kanak tersebut juga kreatif meluahkan
perasaan atau emosinya dengan menggambarkan lukisan yang tepat serta kreatif dan bijak
memilih warna bagi lukisannya.

Aktiviti melukis ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak tersebut dalam
meluahkan apa yang dilihat dipindahkan melalui hal benda yang dihasilkan secara unik
mengikut pemahaman dan penguasaannya. Seterusnya, melalui aktiviti melukis kanak-
kanak tersebut dapat meningkatkan daya kepekaan pancaindera dalam menyampaikan
mesej yang jelas terhadap dirinya. Menurut calvin w. Taylor (1976) percaya bahawa
perkembangan kreativiti kanak-kanak melalui deria penglihatan lebih utama berbanding
deria yang lain untuk mendapatkan maklumat melalui proses pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai