Anda di halaman 1dari 2

TOPIK 6: TUGASAN 1

SOALAN:

Berdasarkan hasil lukisan di bawah ini, perjelaskan keberkesanan rangsangan yang


diutarakan melalui tema, hal benda dan kandungan oleh kanak-kanak melalui lukisan
tersebut

JAWAPAN:

Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini dilihat sebagai satu aspek luahan emosi serta
sosial. Menurut Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni
kerana melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam
menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri.

Tema yang disampaikan oleh kanak-kanak melaui lukisannya ialah “pemandangan di


kampung halaman”. Kanak-kanak tersebut mencurahkan segala perasaannya melalui
lukisan ini. Sebagai contoh ciri-ciri penggunaan warna di dalam lukisan menggambarkan
perasaan kanak-kanak itu seperti warna biru kepada awan serta warna hijau kepada pokok-
pokok di sekeliling kampung tersebut yang melambangkan keamanan dan kedinginan.
Lukisan ini juga, menggambarkan kanak-kanak hidup dengan aman dan damai di kampung
halamannya dan dia cuba menyatakan bahawa dia hidup dalam komuniti yang bersatu dan
sederhana. Kanak-kanak ini boleh cuba berkomunikasi dengan alam di sekelilingnya seperti
yang di gambarkan dalam karyanya. Seterusnya, kanak-kanak tersebut juga melukis tanah
merah sebagai laluan untuk berjalan, untuk melintas kenderaan dan sebagainya. Suasana
bandar digunakan jalan raya atau jalan tar tetapi suasana di kampung biasannya digunakan
tanah merah. Oleh itu, kanak-kanak tersebut menghasilkan lukisan pemandangan di
kampung halaman dengan imaginasi yang betul dan juga tepat. Selain itu, kanak-kanak
tersebut melukis dua buah kereta sahaja dalam lukisannya. Hal ini demikian kerana,
kebiasannya orang kampung tidak memiliki kenderaan malah orang atasan seperti penyelia
kampung sahaja memiliki kenderaan. Oleh itu, bilangan kenderaan yang lalu lintas adalah
sangat kurang. Di samping itu, kanak-kanak tersebut juga melukis pelbagai jenis pokok dan
juga tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelapa, pokok tebu, pokok ubi serta tanaman buah
tembikai di sekeliling pemandangan kampung tersebut. Dengan ini, kanak-kanak
menggambarkan suasana kampungnya melambangkan persekitaran hijau, bersih, udara
yang nyaman serta sihat. Dalam lukisannya, pelukis tersebut mengatakan rumah yang
sebelah kanan hujung sebagai rumah peneroka. Kemungkinan yang besar ialah rumah
peneroka itu menggambarkan rumah sendiri kanak-kanak tersebut dan mungkin bapanya
adalah seorang peneroka.

Melalui lukisannya kanak-kanak ini dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan
kepada orang lain dengan aspek komunikasi satu hala. Lukisan ini menggambarkan aktiviti
melukis mampu memberikan kepuasan kepada diri sendiri. Melalui lukisan, kanak-kanak
juga dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka.

Anda mungkin juga menyukai