Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : SHARVINI A/P MURUGAN


(b) Nama IPG : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
(c) Opsyen : PPISMP Bahasa Melayu (BM3)
(d) Ambilan : Jun 2019

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Novel


Tuan Anas Mikail
1. Tajuk Buku:
Syamnuriezmil
2. Pengarang:
2015
3. Tahun
diterbitkan:
Penulisan2U
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Raihanah ialah seorang gadis berusia 13 tahun dan bersikap
seperti budak-budak lelaki. Sikapnya yang nakal dan lucu
memeningkan kepala ibu dan bapanya. Ayah Raihanah bekerja
sebagai seorang guru sekolah rendah. Manakala ibunya pula
merupakan seorang suri rumah. Raihanah mempunyai dua orang
abang dan seorang adik lelaki. Pada satu ketika, ayah Raihanah
dipindahkan ke sekolah yang terletak di Kampung Santubong,
Kuching, Sarawak. Raihanah sedih kerana terpaksa berpisah
dengan teman-temannya dan bimbang seandainya dia tidak akan
mempunyai kawan di sekolah baru nanti kerana sikapnya yang
kelelakian.

Raihanah mula menyesuaikan diri di kampung dan berkenalan


dengan Balqis di sekolah. Balqis mempunyai sepupu yang
bernama Azfar. Azfar pula bersahabat dengan Firdaus dan Ah
Seng. Bermula dari perkenalan itu, Raihanah mula rapat dengan
Azfar dan teman-temannya. Ragam dan kenakalan Raihanah
semakin menjadi-jadi. Dia mengikut Azfar dan teman-temannya
bermain bola sepak, mandi laut, memanjat pokok jambu, solat
bersama jemaah lelaki dan pelbagai lagi kisah lucu yang dilaluinya
bersama teman-teman.

Walaupun perwatakan Raihanah kasar, namun dia mempunyai


satu rahsia besar di mana dia terlalu obses dengan warna ungu.
Namun dia cuba menyembunyikan minatnya itu kerana warna
ungu agak sinonim dengan kewanitaan dan bimbang akan diusik
oleh abang dan adik serta teman-temannya. Ketika berkurung di
dalam bilik, Raihanah sering mengenakan gaun labuh berwarna
ungu yang dihadiahkan Ibunya kepadanya ketika ulang tahun hari
lahirnya yang ke-12.

Kejadian solat bersama-sama jemaah lelaki dan menyembunyikan


selipar para jemaah, mendorong Imam Fauzi mengadu dengan
ayah Raihanah. Ayah Raihanah naik angin lantas memarahi dan
memukulnya. Raihanah merajuk dengan ayahnya dan berkurung
di dalam bilik. Ibunya cuba memujuknya namun Raihanah masih
lagi dengan rajuknya. Dia bertanya kepada ibunya, mengapa
ayahnya terlalu marah sehingga sanggup memukulnya. Ibu
Raihanah memberi penjelasan kepada Raihanah. Setelah lama
berfikir dan bermuhasabah diri, Raihanah telah merancang
sesuatu.

6. Manfaat/ Cerita ini telah mengajari kita tenang sesat di hujung jalan, balik
pengajaran yang ke pangkal jalan.
diperoleh
Kita perlulah berinsaf dengan menukarkan sikapnya untuk
daripada buku
yang dibaca: menjadi orang yang berisiplin

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai