Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN (8.9.

2020)

1. Buat penjelasan kata semua kata dalam teks tersebut berdasarkan proses
pembentukan kata bahasa Melayu.

Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan


sedangkan ketiga-tiga tengah hari
menjadi mundar-mandir
pembantu ikan-ikan
mengangkat berlengah-lengah
berasingan baik-baik
memindahkan terngiang-ngiang
terkejut kata-kata
menyingsing gerak-geri
jualan mencari-cari
bersiap-siap
tertanya-tanya
membelek-beleknya
bubu-bubu
bersama-sama
kekuning-kuningan

2. Analisis setiap pengelasan yang telah anda lakukan.

Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan


sedangkan ketiga-tiga tengah hari
(akhiran kata kerja –kan) (penggandaan separa (rangkaian kata bebas)
kata imbuhan)
menjadi mundar-mandir
(awalan kata kerja men-) (penggandaan berentak
pengulangan konsonan
kata kerja)
pembantu ikan-ikan
(awalan kata nama pem-) (penggandaan penuh
kata tunggal)
Mengangkat berlengah-lengah
(awalan kata kerja meng-) (penggandaan separa
kata berimbuhan)
berasingan baik-baik
(apitan kata kerja ber-…- (penggandaan penuh
an) kata adjektif)
memindahkan terngiang-ngiang
(apitan kata kerja mem- (penggadaan separa
…-kan) kata berimbuhan dengan
awalan kata kerja ter-)
Terkejut kata-kata
(awalan kata adjektif ter-) (penggandaan penuh
kata tunggal)
jualan gerak-geri
(akhiran kata nama –an) (penggandaan berentak
pengulanagan
konsonan)
mencari-cari
(penggandaan separa
kata berimbuhan dengan
awalan kata kerja meN-)
bersiap-siap
(penggandaan separa
kata berimbuhan dengan
awalan kata kerja ber-)
tertanya-tanya
(penggandaan separa
kata berimbuhan dengan
awalan kata kerja ter-)
kekuning-kuningan
(penggandaan separa
dengan apitan kata
adjektif ke-….-an)
bubu-bubu
(penggandaan penuh
kata tunggal)
bersama-sama
(penggandaan separa
kata berimbuhan dengan
awalan kata kerja ber-)
3. Dengan menggunakan tiga perkataan contoh daripada setiap kumpulan
pembentukan kata, jelaskan aktiviti yang sesuai supaya murid anda dapat:

i. menggunakan imbuhan yang betul pada kata dasar

Salah satu permainan yang boleh merangsang minda pelajar ialah


permainan teater bercerita. Melalui teater bercerita murid-murid dapat
menghayati kata imbuhan. Teater bercerita mengutamakan penggunaan
suara sebutan gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat
memahami, menghayati dan merasakan cerita yang bermotifkan kata
imbuhan. Langkah-langkah teater ialah guru menyediakan skrip yang
mengandungi kata imbuhan terlebih dahulu. Murid diberi peluang
membaca dan menghafal cerita. Murid akan menyampaikan cerita dan
murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru dan murid
lain akan memberi ulasan berdasarkan aktiviti bercerita.

ii. mengeja kata majmuk dengan betul dan

Selain itu, aktiviti lain yang boleh diadakan oleh guru ialah menyusun kata
mengikut urutan yang betul. Tujuan mengadakan permainan ini adalah
untuk memastikan murid dapat mengeja dan mengingati kata majmuk yang
betul. Cara memainkan permainan ini ialah murid mendengar penerangan
guru mengenai cara bermain permainan ini. Guru akan menyebut beberapa
perkataan dalam urutan yang salah. Murid perlu menyusun perkataan
dalam urutan yang betul.

iii. menggunakan kata ganda dengan betul. cara anda menerangkan kepada
murid tentang penggunaan.

Aktiviti berikutnya ialah permainan fikir dan nyatakan. Objektif permainan


bahasa ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir
secara kritis dan menyatakan kata ganda yang sesuai. Pelajar-pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai
bilangan ahli yang sama. Guru perlu membuat garisan pada papan hitam
mengikut bilangan kata ganda yang hendak diteka. Selepas itu, pelajar-
pelajar perlu meneka huruf-huruf yang sesuai diisi pada ruang kosong
tersebut. Kumpulan yang meneka huruf yang salah akan diberi hukuman
dimana lima markah akan dipotong bagi setiap kumpulan. Kumpulan yang
dapat meneka kata ganda dengan betul akan dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai