Anda di halaman 1dari 24

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas
nikmat dan kurnia-Nya, dapat kami menyiapkan assignment Psikologi dan
Sains Tingkah Laku ini dalam masa yang telah ditetapkan. Di sebalik
kejayaan dan keberhasilan kami dalam mencari maklumat bagi tugasan
ini, terdapat insan-insan lain yang turut berdiri bersama kami.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami, Puan Che Hasnah
binti Che Musa yang telah memberi kami maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan tokoh Psikologi ini iaitu Jean Piaget. Tanpa bantuan
daripada beliau, agak sukar bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini
dalam masa yang ditetapkan.
Terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang tidak
pernah mengenal erti penat dalam menegur sikap kami berdua yang
sering bertangguh kerja. Berkat kesabaran mereka itu, tergerak jua hati
kami ini untuk menyiapkannya lebih awal supaya tidak kelam-kabut untuk
menyiapkannya.
Tidak

lupa

juga

kepada

rakan-rakan

seperjuangan

yang

sanggup

bersengkang mata bagi membantu kami menyiapkan tugasan ini. Terima


kasih diucapkan terutamanya kepada pelajar kos Psikologi yang telah
mempelajari bab ini dengan lebih mendalam kerana sudi berkongsi dan
bertukar-tukar ilmu yang ada sebagai maklumat tambahan kepada kami.

PENGENALAN
Teori Jean Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif
yang lebih menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak
menyetujuinya. Teori ini pada dasarnya telah menjadi asas dan pengaruh
kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya. Piaget mengemukakan
idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan
mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut
kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak
dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara
berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri.
Maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan
teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut Piaget, sistemsistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan
oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini
seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri.
Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan
diri kanak-kanak terhadap persekitaran.

Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan


kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respons kompleks yang
dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan
kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya
menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam
tahap-tahap

yang

mengalami

perubahan

melalui

penyeimbangan

(equilibration), keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu

keseimbangan di antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan


proses dan struktur kognitif yang dihadapinya.

BIODATA JEAN PIAGET

Jean piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih.


Beliau lahir di Nauchate, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Belaiu
3

merupakan anak sejarawan bernama Arhur Piaget yang merupakan


seorang profesor sastera dalam bidang sejarah. Ibunya pula bernama
Rabecca Jackson. Semasa remaja, belaiu amat berminat dalam bidang
biologi dan epistemologi yang berkaitan dengan perkembangan dan
perolehan pengetahuan manusia. Beliau banyak memberi sumbangan
kepada bidang psikologi setelah bekerja dengan Binet untuk membentuk
kecergasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan yang betul yang diberikan oleh kanak-kanak,
tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang
salah.

Semasa usianya 10 tahun, beliau telah memulakan pekerjaan


pertamanya sebagai penulis. Karya pertama beliau ialah mengenai
burung gereja albino (mempunyai kulit yang benar-benar terang).
Seringkali ketika memberikan karyanya untuk diterbitkan dalam majalah,
Piaget dipaksa merahsiakan usianya yang masih muda. Banyak editor
beranggapan bahawa penulis muda tidak memiliki kredibiliti. Salah satu
artikelnya yang ditulis ketika berumur lima belas tahun. Beliau ditawarkan
bekerja di sebuah muzium Zoologi di Jeneva, Swiss. Jean menolak tawaran
tersebut kerana ingin melanjutkan pelajarannya.
Selepas tamat zaman persekolahan, Jean melanjutkan pelajaran ke
Universiti Nauchatel pada tahun 1916 dan mendapat PHD pada tahun
1918 semasa berumur 22 tahun. Beliau mula meminati bidang psikologi
apabila menjadi profesor sejarah dalam bidang ilmiah (1929-1939).
Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua Swiss Society for Psychologist.
Beliau mengajar di universiti-universiti Paris, Lausanne dan Neuchatel.
Beliau juga menjadi ketua Biro Pendidikan Antarabangsa dan duta United
Nations Economic and Scientific Comittee (UNESCO), Swiss.

Piaget sentiasa berdisiplin dalam melakukan pekerjaan sesuai


dengan sifat peribadinya. Beliau banyak membaca sebelum tidur. Setiap
pagi, Jean bengun dan menulis sekurang-kurangnya empat tulisan yang
dapat dipaparkan sebelum mengajar. Selepas sarapan pagi, Jean akan
berjalan-jalan dan merenungkan apa yang menjadi minatnya. Beliau suka
memikirkan suatu masalah sebelum membaca tentang masalah tersebut.
Setiap musim panas, beliau akan pergi ke pergunungan Alpine, Eropah
dan banyak menulis karya di sana.
Jean Piaget menerima gelaran kehormat dari Universiti Oxford dan
Harvard

kerana

banyak

menyumbangkan

idea-idea

tentang

perkembangan dan cara belajar kanak-kanak. Beliau telah membuat


penyelidikan di Institut Jacques Rosseau di Switerzeland dan membina
kaedah klinikal dalam temubual.
Jean Piaget meninggal dunia pada 17 September 1980 di Jeneva,
Swiss ketika berusia 84 tahun. Beliau merupakan salah seorang tokoh
ilmiah yang amat dikagumi ramai sebagai seorang pemikir ilmiah yang
kreatif di Swiss.

2.0 Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget ( 1896-1980 )


Di dalam teori kognitif kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget
menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar yang mana
merupakan faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu.
Beliau berpendapat bahawa di dalam proses pengubahsuaian diri dalam
alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu
memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang
lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung


huraian lima konsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan,
asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif
individu.

2.1 Skema
Skema merupakan model tingkah laku yang ditonjolkan semasa
proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai
kebolehan individu yang diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang
diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan seperti bahasa, pemikiran atau
pandangan yang boleh mewakili tingkah laku adalah disebut skema
individu. Maka skema individu merupakan tingkah laku yang sering
berubah mengikut pembelajarannya. Di dalam peringkat perkembangan
kanak-kanak, skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke
semasa. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah
skema pegangannya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin
beransur-ansur

maju

apabila

perubahan

skema

kanak-kanak

ini

sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.

2.2 Adaptasi dan Keseimbangan


Di

dalam

teori

pembelajaran

kognitif

Piaget,

adaptasi

dan

keseimbangan adalah saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama


lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas
6

tindakan di antara mereka. Sekiranya skema (bentuk tingkah laku) yang


sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa
proses pengubahsuaian diri, maka individu tidak perlu memperolehi
pengalaman baru dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Oleh itu,
perhubungan dalaman dan luaran individu dikatakan sedang di bawah
keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat
menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasi keperluan
alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu dengan alam
sekitarnya akan hilang. Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama
dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman. Adalah ditegaskan di sini,
Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang
mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam sekitar
dan bukan seperti teori ransangan.

2.3 Asimilasi dan Akomodasi


Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi kepuasan
kerana motivasi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses
adaptasi. Di dalam proses ini, skema individu beransur-ansur berubah
hingga perubahan tingkah lakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut
Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satu adalah asimilasi dan satu
yang lain adalah akomodasi yang mana kedua-duanya saling berkait
dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan.
Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi dikenali
sebagai proses akomodasi. Oleh itu, dapat dihuraikan bahawa akomodasi
merupakan sesuatu proses pikologikal yang berlaku semasa seseorang
individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif
dengan

tujuan

mendapati

keperluan

situasi

pembelajaran

yang

dihadapinya. Secara keseluruhannya, Piaget mengatakan bahawa murid


belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi maklumat baru dan
dengan proses asimilasi serta menukarnya kepada struktur kognitif
(skema) dengan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuhkan. Bagi
maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka menggunakan
7

proses akomodasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif. Oleh itu,


ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan kepada tahap yang
lebih tinggi.

3.0

TEORI

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

JEAN

PIAGET

(1896-1980)
3.1 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget
TAHAP

TEMPOH

Sensori Motor

Sejak lahir sehingga 2 tahun

Pra - Operasi

2 7 tahun

Operasi Konkrit

7 12 tahun

Operasi Normal

12 tahun ke atas

Jadual Empat Tahap Perkembangan Kognitif Piaget

3.1.1 Peringkat Sensori Motor ( 0 2 tahun )


Dalam

peringkat

ini,

kanak-kanak

mula

menggunakan

deria

motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.


Selepas lahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan
objek-objek di dalam persekitarannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu
telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan.
Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di
persekitarannya.

Di

antara

hingga

tahun,

kanak-kanak

cuba

menggunakan pelbagai skema ( struktur menyelesaikan masalah yang


dihadapi ). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh
belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2
tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan
gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objekobjek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur
sebelum sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan
setelah diperhatikan objek tersebut sebelumnya. Pada tahap ini, bayi
melihat

kepada

hubungan

antara
8

badannya

dengan

persekitaran.

Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi


tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan
mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk
meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian.
Dalam perkembangan deria motor ini, terdapat enam sub tahap yang
dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada
umur yang tertentu.

a) Dari lahir sehingga satu bulan ( refleks )


Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan
yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan,
gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan,
pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan
perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan adalah
untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan ( reaksi asas sekular )


Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya
reaksi sekular, bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian
badannya yang tertentu. Di tahap ini, pengalaman memainkan peranan
yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman
boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama, dengan itu
tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada
andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi
baru.

Pergerakan

sistem

deria

mula

diselaraskan

dengan

sistem

pandangan dan gerakan tangan. Apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi


akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.
Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang

ganjarannya akan menyeronokkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu


lagi.

c) Empat hingga lapan bulan ( reaksi sekular kedua )


Di

tahap

ini,

bayi

mempunyai

persediaan

untuk

membuat

pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi


dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi dapat melakukan
tingkah

laku

baru

seperti

mengambil

sesuatu

barang

lalu

mengerakkannya. Pada waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang


objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang
mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali
barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi )


Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang
wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada di
tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
Bayi

sudah

mengetahui

sebab

akibat

sesuatu

keadaan

berlaku.

Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan


berbunyi.

e) Dua belas hingga lapan belas bulan ( reaksi sekular ketiga )


Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang
dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Bayi memerlukan kecepatan untuk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam
10

sesuatu situasi baru. Pada tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang
pesat

berhubung

dengan

pemahaman

sesuatu

konsep

dan

telah

mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga


mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah.
Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah
laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun ( penggambaran pemikiran awal )


Berlakunya

kombinasi

mental

di

mana

kanak-kanak

mula

mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi


simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah
cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang
diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina
dan fungsi individu dalam rumahtangga.

3.1.2 Peringkat Pra Operasi ( 2 hingga 7 tahun )


Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta
simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4
tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan pesat. Pemikiran kanakkanak dalam

peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap

pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka


percaya semua objek mempunyai jiwa oleh itu mereka tidak boleh
membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh
memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh11

contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir


secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus ) dan secara
induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini,
mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan
mereka,

boleh

mengelaskan

objek

mengikut

ciri-ciri

tertentu

dan

memahami konsep pengabadian bilangan.

3.1.3 Peringkat Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun )


Tahap ini bermula pada umur 7 tahun hingga 12 tahun. Kanak-kanak
dapat memanipulasikan

dan membentuk reprentasi mental secara

dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang


objek konkrit seperti komputer, perabot dan benda-benda yang wujud.
Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanakkanak

dapat

mengabadikan

(conserve)

dalam

minda

kuantiti

dan

memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda.


Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperti
rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-perlahan mereka
membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana
sesuatu perkara berlaku. Seterusnya, menggunakan skema dalaman
untuk memberi panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran sahaja.
Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi
dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenalpasti kuantiti-kuantiti
yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat
menyedarkan kanak-kanak tentang objek yang disentuh. Menurut Piaget,
tahap

terakhir

daam

perkembangan

kognitif

adalah

meneliti

dan

mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

3.1.4 Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun )

12

Tahap operasi formal bermula umur 12 tahun dan seterusnya


melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan simbol yang mungkin
tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak
mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan
alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan
mencari

untuk

mewujudkan

reprentasi

mental

pada

situasi

yang

dihadapinya dengan logik. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah


berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, kanak-kanak sudah mulai
berfikir abstak dan pada masa yang sama, kanak-kanak sudah mampu
memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi. Di samping itu, pada
tahap ini juga, remaja sudah mampu berfikir secara sistematik untuk
menyelesaikan masalah.

13

4.0 Perhubungan Teori Jean Piaget (1896-1980)


4.1 Aplikasi Teori Piaget dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mengikut teori pembelajaran kognitif Piaget, kandungan pelajaran
hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanakkanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh
dan daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru mengikut
perkembangan fizikal individu. Piaget berpendapat bahawa pembelajaran
merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan
kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah
struktur

kognitifnya

agar

dapat

menyesuaikan

dengan

situasi

pembelajaran yang dihadapinya.

4.2

Teori

Pembelajaran

Kognitif

Piaget

dalam

Pengajaran
Seorang guru yang mengajar pelbagai subjek di tadika harus
menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam
peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti
pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah. Murid-murid
sekolah rendah hanya memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk
menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Mereka gemar
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu
mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai
digunakan supaya menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran

matematik.

Semua

konsep

matematik

baru

harus

diperkenalkan dengan gambar rajah atau model. Kaedah membuktikan

14

teorem harus dielakkan. Murid-murid dalam peringkat operasi konkrit


tidak berupaya membuktikan teorem geometri yang abstrak.

Adalah didapati bahawa murid-murid sekolah rendah mahupun


tadika

tidak

dapat

membuat

generalisasi

daripada

contoh-contoh

matematik. Oleh itu, mereka tidak boleh memahami hukum-hukum


matematik seperti hukum tukartertib, hukum sekutuan dan hukum
taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai
murid sekolah rendah suka menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa
memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai
daripada

mereka

menggunakan
membimbing

tidak

simbol
murid

mampu

matematik

mengatasi

menyelesaikan

masalah

yang

dipelajari.

masalah

mereka
ini,

pengajaran

dengan
Untuk

mengenai

masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar


dan perkenalan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang
konkrit.

4.3 Aplikasi Teori Kognitif Lev Vygotsky


Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang
dalam situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang
psikologi telah menghasilkan tulisan di Uni Soviet pada tahun 1920
sehingga 1930. Namun karyanya terkenal di dunia barat pada tahun
1960-an. Sejak itulah tulisan-tulisannya menjadi sangat berpengaruh.
Vygotsky sangat mengagumi Piaget. Walaupun beliau bersetuju dengan
15

pandangan Piaget bahawa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap,


namun

ada

bercanggah

pandangan-pandangan
pendapat.

Teori

tertentu

Vygotsky

yang

mereka

mengatakan

saling
bahawa

perkembangan manusia adalah sesuatu yang tidak terpisah dari kegiatankegiatan sosial dan budaya.

5.0 Kekuatan Teori Jean Piaget (1896-1980)


Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini adalah
penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula
menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya menganggap buku
sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, pemikiran
kanak-kanak masih lagi di tahap rendah berbanding orang dewasa.
Pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana keseluruhannya dilihat
dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses
perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi
tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan
sesuatu perbuatan yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang
dikukuhkan

dan

digeneralisasikan

tingkahlaku yang stabil.


3. Hal-hal umum yang betul-betul

sehingga

difahami

mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkahlaku.

16

menjadi

oleh

skema

individu

bagi

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti
berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan,
ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana
kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang
dilihat. Ingatan pula adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan
pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula
merupakan suatu proses yang menyebabkan sensasi yang statik,
selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian
mental.
Bagi tahap ini, Piaget telah membahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pra-Konseptual (2-4 tahun)
2. Tahap Pra-Operasi (4-7 tahun)
Pada

tahap

pra-konseptual,

kanak-kanak

belum

lagi

dapat

membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang
sama. Hal ini kerana mereka belum dapat menyusun penerangan yang
ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan
sebagai kaku, tegang dan tidak menumpukan perhatian terhadap
hubungan di antara peristiwa yang berbeza.
Terdapat empat kandungan utama proses kogitif dalam tahap ini iaitu
egosentrism,

konsep

sebab-akibat,

peningkatan

perolehan

bahasa dan pembentukan identiti diri. Satu lagi kekurangan di


tahap ini adalah dari segi prinsip ketekalan iaitu pengetahuan bahawa
kuantiti adalah tidak berhubungkait dengan susunan atau keadaan fizikal
sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan
tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan
berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

17

6.0 Kritikan pada Teori Jean Piaget dan Lev


Vygotsky
6.1 Isu-isu berkaitan Teori Piaget
Teori perkembangan kognitif Piaget telah mendapat perhatian
meluas dalam bidang psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian
Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanakkanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun,
teori

dan

kajiannya

tetap

menerima

kritikan

terutama

berkaitan

kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan


teori,

pengkritik

menyatakan

bahawa
18

teori

Piaget

tidak

mampu

menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada


pengkritik

yang

mempertikaikan

kebenaran

wujudnya

empat

perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget. Mereka mengatakan


sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif
berasaskan

set

operasi

tertentu,

mereka

sepatutnya

juga

dapat

menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.


Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan
pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka
berdasarkan

teori

Piaget,

mereka

sepatutnya

dapat

menunjukkan

kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang


sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple
(1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak
sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat
daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan
teori Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah
klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan
kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah
diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada
sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

6.2 Kritikan pada Teori Jean Piaget (1896-1980)


Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi
utama dari segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang

19

luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli psikologi yang lain sependapat


bahawa teori terebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut :
6.2.1 Ketidaksempurnaan
Piaget telah memberi
perkembangan

kognitif

kita

satu rangka

kanak-kanak

penerangan tentang

yang

amat

berfaedah.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara


teorinya

dengan

seperti

asimilasi,

peristiwa-peristiwa
akomodasi,

empirikal,

istilah-istilah

keseimbangan

dan

penting

tahap-tahap

perkembangan kognitifnya agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan


pula, beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu
yang kanak-kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun
demikian, Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan
kanak-kanak

dalam

sesuatu

bidang

seperti

bahasa,

penyelesaian

masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman


mereka.
Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria
pada setiap tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu
tahap kepada tahap yang lain. Piaget telah berjaya dalam menghurai
tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam
beberapa aspek, Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif
kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanakkanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa
yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa kanakkanak praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang
disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak praoperasi
berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang
disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian
yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan
kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu
bergantung pada keupayaan bahasa mereka, kanak-kanak praoperasi
ternyata berjaya memberi jawapan yang betul.

20

6.2.2 Metologi
Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang
beliau gunakan untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana
bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhatian yang lain dan kurang
kawalan semasa Piaget menjalankan kajian. Apabila kajian yang sama
dijalankan dengan lebih ramai responden dan kawalan yang lebih baik
dalam makmal, aliran tahap perkembangan Piaget dapat membuktikan
kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku.
Kajian

Piaget

berpendapat

bahawa

perkembangan

kognitif

awal

bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa
keupayaan

otak

bayi

mungkin

berkembang

lebih

cepat

daripada

keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham
tentang akibat tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga berumur
4 atau 5 bulan

iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas

pergerakan tangan mereka.

21

7.0 Rumusan
Sumbangan penting Piaget dan Vygotsky harus dianalisis dari segi
perkembangan pemikiran pelajar iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir
dan bertingkahlaku. Keperluan guru memerhati pelajar dengan teliti untuk
membantu

pembelajaran

yang

berdasarkan

perkembangan

kognitif

adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dan
Vygotsky dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan
informasi

membincangkan

bagaimana

pelajar

menerima

dan

mengorganisasikan informasi dalam memori. Pendekatan pemprosesan


informasi mengemukakan pelbagai model tentang bagaimana minda
memproses sesuatu, menerima dan mencungkil ilmu pengetahuan yang
telah dimanipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang
menjelaskan bagaimana pelajar belajar dengan bantuan proses kognitif.
Fokus pada teori ini menerangkan bagaimana pelajar mengalami,
memahami dan mengingati semua informasi dan ilmu pengetahuan yang
dipelajari melalui proses kognitif sejak kecil lagi melalui pembelajaran
formal di sekolah dan tidak formal iaitu di persekitaran mereka. Dalam
pada itu, teori perkembangan kognitif Piaget, pengaruh sosiobudaya
Vygotsky, pemprosesan informasi, peranan metakognitif dan teori-teori
kognitif kontemporari yang diketengahkan akhir-akhir ini.
Pendekatan-pendekatan

yang

dibincangkan

telah

memaparkan

bagaimana aspek kognitif manusia berkembang mengikut urutan masa


sejak zaman Piaget lagi. Kajian tentang perkembangan kognitif Piaget,
Neo-Piaget iaitu Vygotsky dan teori pemprosesan informasi peranan
metakognitif dan teori kognitif kontemporari diteliti untuk seterusnya.
Pada dasarnya, manusia dapat mengembangkan idea, pemikiran dan
22

pembelajaran mengikut peredaran masa dan zaman. Apabila manusia


membesar dari peringkat bayi ke peringkat kanak-kanak dan seterusnya
remaja, didapati mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi
dengan

pemikiran

dan

bertingkahlaku

untuk

mengembangkan

pengalaman hidup.

RUJUKAN
http://teoripiaget.blogspot.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/JeanPiaget
http://kumpulan4groupd.blogspot.com/2010/03/10-pengenalan.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-jeanpiaget.html
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jeanpiaget.html
http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jeanpiaget.html
http://mynameisienaiz.blogspot.com/2012/06/teori-perkembangankognitif-jean-piaget.html

23

24

Anda mungkin juga menyukai