Anda di halaman 1dari 9

Teks Pengacara

PROGRAM DIALOG KASIH SAYANG


SEMPENA HARI WANITA 2016
Dewan Tan Sri Suffian Koroh, IPG Kampus Keningau
27 Julai 2016 Jam 7.30 pagi

Perasmian oleh:
YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno,
ADUN N34 Liawan merangkap Pembantu Menteri Pertanian & Industri
Makanan Sabah

myle2838@yahoo.com.my
TAKLIMAT PROGRAM
No.1
CUE Pengumuman ini dibaca setelah Ustaz Sakaria Semela dan para peserta
berada di tempat duduk masing-masing.
ANN Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam 1Malaysia dan salam kasih
sayang. Selamat datang ke Dewan Tan Sri Suffian Koroh, IPG Kampus
Keningau dan selamat datang ke Program Dialog Kasih Sayang sempena
Hari Wanita 2016. Untuk kelancaran perjalanan pengisian program pada
hari ini, majlis menjemput YBerusaha Ustaz Sakaria Semela, Ketua
Pendakwa Syarie Negeri Sabah merangkap Pengerusi JK Undang-undang
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) bagi menyampaikan Taklimat
Program, dipersilakan.

No.2
CUE Selepas taklimat program selesai disampaikan, pengacara mengumumkan

ANN Majlis mengucapkan terima kasih.

CERAMAH KHAS

No.3
CUE Apabila penceramah telah bersedia pengacara membaca pengumuman ini.
ANN Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2008 menyatakan … “Saya
boleh mengatakan dengan ikhlas yang saya patuh dan akan sentiasa
mematuhi prinsip pengasingan kuasa, membiarkan perkara berkaitan
pengadilan kepada badan kehakiman. Badan kehakiman mestilah
diperkuatkan menjadi satu institusi yang berkhidmat untuk prinsip
demokratik pemisahan kuasa. Badan kehakiman hendaklah menjadi penjaga
kepada perlembagaan dan pengawal kepada hak rakyat.”

Bagi merungkai dan menjelaskan persoalan tentang Perlembagaan


Persekutuan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan YBerusaha
Tuan Ahadin Arenin, Hakim Mahkamah Syariah Tawau, untuk
menyampaikan ceramah khas bertajuk ‘Perlembagaan Persekutuan: Hak &
Tanggungjawab’. Dipersilakan YBerusaha.

No.4
CUE Setelah penceramah selesai menyampaikan ceramahnya dan kembali ke
tempat duduk beliau, pengacara mengumumkan …
ANN Majlis mengucapkan terima kasih.
SESI DIALOG

No.5
CUE Sebaik pengacara selesai mengucapkan terima kasih kepada penceramah,
pengumuman ini dibaca.
ANN Acara seterusnya Program Dialog Kasih Sayang sempena Hari Wanita 2016
ini ialah Sesi Dialog.

Kalau hendak bergalah


Pergilah ke hulu-hulu
Kalau hendak berdayung
Hilirlah ke kuala

Kalau lintang-kedak lantai perahu


Takkan dapat melabuh jarring
Kalau lintang-kedak lantai rumah
Takkan dapat membentang tikar

Kalau terkandas di beting


Tunggulah air pasang
Kalau kandas di tebing
Tunggulah pasang menyenak

Kehadiran ahli-ahli panel yang arif di bidang masing-masing akan membawa


kita semua ke satu titik pemahaman tentang tajuk sesi dialog yang akan kita
ikuti sebentar lagi. Sidang hadirin yang dihormati, majlis dengan segala
sukacita mempersilakan moderatornya untuk menjemput dan
memperkenalkan barisan panel seterusnya menyempurnakan sesi dialog ini.
Dijemput YBerusaha Puan Sairah Hj Yahya, Pegawai Mediasi, Jabatan
Guaman Malaysia Sabah, dipersilakan.

No.6
CUE Selepas berakhir sesi dialog dan moderatornya menyerahkan kembali majls
kepada pengacara, pengacara mengumumkan …
ANN Majlis mengucapkan terima kasih.
PERASMIAN PROGRAM
No.7
CUE Pengumuman ini dibaca sebelum ketibaan YB di Dewan TSSK.
ANN Bagi kelicinan perjalanan majlis perasmian ini, disampaikan beberapa
pengumuman untuk perhatian sidang hadirin sekalian.

Pertama, tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan berdiri dan bertepuk tangan


secara berterusan (Standing Ovation) apabila pengacara mengumumkan
ketibaan YB sebagai tanda penghargaan kepada tetamu utama kita.

Kedua, sidang hadirin diminta terus berdiri selepas Standing Ovation untuk
menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Pengacara tidak akan
meminta sidang hadirin berdiri. Pengacara akan hanya mengumumkan
‘Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku’.

Ketiga, tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan duduk setelah pengacara


menyatakan ‘Majlis mengucapkan terima kasih’ selepas nyanyian lagu-lagu
tadi.

Keempat, sidang hadirin dipohon untuk terus berada di tempat duduk


masing-masing semasa sesi fotografi di atas pentas. Selepas sesi fotografi
pengacara akan menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke acara jamuan
makan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian sidang hadirin yang


dihormati.

No.8
CUE Sebaik YB tiba di pintu masuk Dewan TSSK, pengacara mengumumkan …
ANN Mengumumkan ketibaan YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno, ADUN N34
Liawan merangkap Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah.

No.9
CUE Setelah YB tiba di tempat duduk khas, pengacara membaca pengumuman
ini.
ANN Sidang hadirin sekalian, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

No.10
CUE Sebaik lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku tamat dinyanyikan,
pengacara mengumumkan …
ANN Majlis mengucapkan terima kasih.

<Pause>
Majlis dengan takzimnya mempersilakan Ustaz Abd Ghaffar Ibrahim dari
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Keningau untuk mengetuai bacaan
doa, dipersilakan.

No.11
CUE Apabila pembaca doa melepasi barisan tempat duduk di hadapan sekali
untuk kembali ke tempat duduknya, pengacara membaca pengumuman ini.
ANN Majlis mengucapkan terima kasih.Sidang hadirin sekalian, apapun yang
telah kamu lakukan, apapun kesalahanmu, kamu akan selalu menemukan
kata maaf dalam hati seorang ‘ibu’.

<Pause>

YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno, ADUN N34 Liawan merangkap
Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah.

YBerusaha Ustaz Sakaria Semela, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah


merangkap Pengerusi JK Undang-undang Majlis Penasihat Wanita Sabah
(MPWS)

YBerusaha, Puan Rujinah Binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau


merangkap AJK Tertinggi MPWS.

YBerusaha, Tuan Ahadin Arenin, Hakim Mahkamah Syariah Tawau.

YBerusaha, Encik Losoyun Juhilin Takun, Timbalan Pengarah IPG Kampus


Keningau.

YBerusaha, Puan Sairah Haji Yahya, Pegawai Mediasi, Jabatan Bantuan


Guaman Malaysia, Sabah.

YBerusaha, ASP Gloria AK Vincent Balang, Bahagian Siasatan Seksual


Wanita & Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Sabah.

YBerusaha, Tuan Mohd Saufurazee Hussin, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri
Sabah.

YBerusaha, Puan Noor Azah Abdul Rahman, Peguambela dan Peguamcara.

YBerusaha, Puan Anne Nur Ain Charles Abdullah, Jabatan Pendaftaran


Negara.

YDihormati dif-dif jemputan, para peserta program seterusnya tuan-tuan


dan puan-puan sidang hadirin sekalian.

Selamat bersama di majlis perasmian Program Dialog Kasih Sayang


sempena Hari Wanita 2016. Penghargaan kepada YB atas kehadiran di
majlis ini dan MPWS atas usaha mengadakan aktiviti murni ini, bak kata-kata
orang …
Seperiuk sebelanga
Sekain sebaju
Secupak sama secupak
Segantang sama segantang
Hidup sekandang sehalaman
Hidup seatap selantai
Pahit sama ditelan
Masam sama di rasa
Kalau manis beri-memberi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, izinkan saya


membuka tirai majlis ini dengan rangkap-rangkap pantun berikut:

Selendang sutera buat kenangan


Di hari lebaran cantik bergaya
Hebatnya wanita hadapi cabaran
Rela berkorban sepanjang masa

Anak helang mencari makan


Anak merbah menyanyi menari
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa di sini

Pagi-pagi mandi di perigi


Selamat Hari Raya Idilfitri
& Selamat Hari Wanita 2016

No.12
CUE Pengumuman ini dibaca setelah pengacara selesai mengucapkan
‘salutation’ dan ‘intro’ majlis.
ANN Majlis perasmian Program Dialog Kasih Sayang sempena Hari Wanita
2016 ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBerusaha Ustaz
Sakaria Semela, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah merangkap
Pengerusi JK Undang-undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).
Dengan segala hormatnya dipersilakan YBerusaha Ustaz.

No.13
CUE Selepas selesai ucapan alu-aluan dan YBerusaha Ustaz tiba semula di
tempat duduknya, pengacara mengumumkan …
ANN Majlis mengucapkan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati, kata-kata indah buat kaum hawa – engkau tidak akan
sekuat laki-laki tapi engkau lebih tabah daripada mereka. Dan
ketabahan itulah yang menjadikan wanita mampu mengalahkan laki-
laki.

<Pause>

Acara selanjutnya ialah ucapan perasmian Program Dialog Kasih


Sayang sempena Hari Wanita 2016. Majlis dengan segala takzimnya
menjemputYB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno, ADUN N34 Liawan
merangkap Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah
untuk menyempurnakannya, dipersilakan.

No.14
CUE Setelah tamat ucapan perasmian majlis oleh YB, pengacara membaca
pengumuman ini.
ANN Majlis mengucapkan terima kasih. Sidang hadirin yang dihormati,
wanita menangis bukan kerana mereka lemah, tetapi mereka tidak
menemui kata untuk mengungkapkan perasaan mereka.
<Pause>

Sebagai penghargaan atas penyertaan dalam Program Dialog Kasih


Sayang sempena Hari Wanita 2016 ini, berikut ialah penyampaian Sijil-
sijil Penyertaan. Dijemput YBerusaha Ustaz Sakaria Semela, Ketua
Pendakwa Syarie Negeri Sabah merangkap Pengerusi JK Undang-
undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) untuk mempersilakan
dan mengiringi YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno, ADUN N34 Liawan
merangkap Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah
naik ke pentas bagi menyempurnakan acara ini, dipersilakan.

<Pause>

Peserta-peserta yang bakal menerima sijil masing-masing diminta


untuk terus berada di atas pentas bagi sesi fotografi bersama YB.

Dijemput wakil penerima sijil penyertaan -CIk Hjh Zainab Nawab Khan.

Dipersilakan wakil penerima sijil penghargaan kepada AJK Program -


Encik Sylvester Simon Simin.

Dijemput mediator acara dialog - Puan Sairah Haji Yahya.

Dipersilakan ahli-ahli panel dialog - ASK Gloria AK Vincent Balang


Tuan Mohd Saufurazee Hussin, Puan Noor Azah Abdul Rahman dan
Puan Anne Nur Ain Charles Abdullah.

Dijemput YBerusaha Ustaz Sakaria Semela untuk menyampaikan


cenderamata bagi pihak MPWS kepada YBerusaha Puan Rujinah Binti
Miki bagi pihak IPG Kampus Keningau.

Dipersilakan YBerusaha Puan Rujinah Binti Miki untuk menyampaikan


cenderamata bagi pihak IPGKampus Keningau kepada YBerusaha
Ustaz Sakaria Semela bagi pihak MPWS.

Dijemput YBerusaha Ustaz Sakaria Semela untuk menyampaikan


cenderamata bagi pihak penganjur kepada YB Datuk Haji Sairin Bin
Haji Karno.
No.15
CUE Selepas YB menerima cenderamatanya, pengacara membaca
pengumuman ini.
ANN Majlis mengucapkan terima kasih.

<Pause>

No.16
CUE Semasa sesi fotografi berlangsung, pengacara mengumumkan …

ANN Wanita tidak sekuat laki-laki. Tapi laki-laki tidak akan sekuat itu jika tidak
disempurnakan oleh lelaki.

Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan


senyum sembarangan kepada wanita !

<Pause>Sehingga selesei sesi fotografi

Selama duduk di dewan ini


Entah sempit nan berhimpit
Entah duduk tak dapat berkiah
Entah tegak tak dapat berkisar
Entah tikar salah bentang
Entah lantai tidak rata
Entah sudu nan tak cukup
Entah terlambat dipersilakan
Kami mohon ampun dan maaf
Kami susun jari sepuluh

Padang Kota pantainya indah


Ramai penjaja ada di sana
Majlis kita selesailah sudah
Ayuh ke acara menjamu selera

Besi tembaga biar di tanah


Emas suasa dibawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah
Di lain ketika bersua kembali

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan YB, tetamu-tetamu utama


dan sidang hadirin ke acara jamuan makan di Kafetaria IPG Kampus
Keningau. Sekian, wassalamualaikum WBT.

<tamat>
ATUR CARA PERASMIAN
PROGRAM DIALOG KASIH SAYANG 2016

0730 Pgi Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi


0820 Pgi TAKLIMAT PROGRAM
0830 Pgi CERAMAH KHAS ‘Perlembagaan Persekutuan: Hak dan
Tanggungjawab’ oleh YBerusaha Tuan Ahadin Arenin.
1000 Pgi SESI DIALOG
Ahli Panel - ASP Gloria Ak Vincent Balang
Tuan Mohd Saufurazee Hussin
Puan Noor Azah Abdul Rahman
Puan Anne Nur Ain Charles Abdullah
Moderator - Puan Sairah Haji Yahya

1215 Tgh PERASMIAN PROGRAM


 Ketibaan YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno
 Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
 Bacaan Doa
 Ucapan Alu-aluan oleh Ustaz Sakaria Semela
 Ucapan perasmian oleh YB Datuk Haji Sairin Bin Haji Karno
 Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penghargaan serta
cenderamata-cenderamata.
 Sesi fotografi
 Jamuan makan
 Bersurai

Anda mungkin juga menyukai