Anda di halaman 1dari 5

BI MAS PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN

L A
1 Semua AJK bergerak untuk berada di tempat masing-masing AJK
pendaftaran
Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk penyambut AJK Siaraya
tetamu bersedia  AJK persiapan
tempat
X AJK pendaftaran mengambil tempat.

Peralatan siaraya diperiksa.

Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa

Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah


2 PENGUMUMAN AJK peralatan
Assalamualaikum wbt.
“Sila ambil perhatian”
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan
mengambil tempat duduk masing-masing. Majlis akan bermula
sebentar lagi.”

Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya di sepanjang majlis berlangsung, telefon
bimbit hendaklah ditutup atau tukar ke mod senyap (silent).
Setibanya perasmi memasuki dewan, mohon semua untuk
berdiri sehinggalah tamatnya nyanyian lagu-lagu yang telah
ditetapkan.

3 - Ketibaan tetamu jemputan  AJK


X - Jemputan ke ruang menunggu Penyambut
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis tetamu

4 PENGUMUMAN KETIBAAN Sambutan


AJK
Sidang hadirin diminta berdiri, persembahan

“ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj Ishak Bin AJK Protokol


Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan
Negeri Pahang serta para tetamu jemputan”

5 NYANYIAN LAGU Sambutan


Siaraya
“Sidang hadirin diminta terus berdiri, Majlis dimulakan dengan Ajk Protokol
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Allah Selamatkan Sultan Kami,
lagu tema Nadwah Kepemimpinan dan Asmaaul Husna.

 Terima kasih diucapkan, para tetamu, hadirin dan hadirat

1
dipersilakan duduk.
Bismillahir rahmanir rahim , Alhamdulillahi Rabbil
Alamin..wassolatu wassalam...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BACAAN DOA

Membuat  kerabu mencari lokan


Penambah selera  sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati  majlis pada pagi ini , dengan segala


hormatnya dipersilakan saudara Naqib Syarafi Bin Sa’aban untuk
memimpin bacaan doa.  Dipersilakan .”

Amin,amin Ya Rabbal Alamin….Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada saudara Naqib Syarafi Bin Sa'aban atas
bacaan doa itu tadi.

6 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS Juruacara

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
 semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pemimpin unggul itulah kami ,
Agen Pelaksana Wawasan Negara.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya  mengucapkan


selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran ;
1. Yang Berbahagia Tuan Hj Ishak Bin Othman, Ketua Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
2. Yang Berusaha...........................................................................
........................................................................................................
3. Yang Dihormati
4. Yang Berusaha Penyelaras Program Nadwah Kepemimpinan
Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Barisan Urusetia, Kem Komandan dan para Fasilitator
6. Penghulu Nadwah Kepemimpinan Islam dan Penghuluwati
7. Seterusnya sahabat-sahabat Putera dan Puteri Peserta
Nadwah Kepemimpinan Islam yang dikasihi lagi disayangi
sekalian.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh bahagia ini, kita dapat
berkumpul di Dewan Dato’ Mazlan, PLGDP Seri Tualang yang

2
indah ini sempena Majlis Perasmian Nadwah Kepemimpinan
Islam Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang tahun
2019.
Untuk makluman semua, kami Putera dan Puteri peserta
Nadwah seramai 47 orang, yang mewakili beberapa buah
daerah, iaitu daerah Temerloh, Jerantut, Lipis, Maran dan
Rompin yang bermula sejak semalam dan akan berakhir pada
hari esok, insya-Allah.
Adalah diharapkan agar Nadwah Kepemimpinan ini menjadi
salah satu aktiviti dakwah dan syiar Islam bagi mencungkil dan
membentuk sifat kepimpinan kami pelajar-pelajar Tingkatan 4
yang akan menjadi pemimpin di sekolah dan seterusnya
pemimpin dalam kalangan masyarakat dan negara pada suatu
hari nanti.
Sebelum majlis diteruskan dengan sesi ucapan, marilah kita
sama-sama menonton tayangan montaj Program Nadwah
Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri
Pahang Tahun 2019. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas tayangan montaj
sebentar tadi.

7 UCAPAN WAKIL PPD TEMERLOH

Songket tenunan dahulu kala


Gemersik indah tenunan mata
Setulus hati majlis mempersila
Berucap sepatah dua kata

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha ………………………………………………………..
untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya
dipersilakan .”

(ucapan tamat)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha


………………………………………………. atas ucapan sebentar
tadi.

8 UCAPAN PERASMIAN AJK Protokol

Terbang tinggi si burung unggu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami menunggu,
Bersama ucapan kata perasmi

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian,

3
“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan
perasmian Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah
KPM Peringkat Negeri Pahang tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia Tuan Hj Ishak Bin Othman, Ketua Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
untuk menyampaikan ucapan  dan  seterusnya merasmikan
majlis kita pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.”

(UCAPAN TAMAT)

“Majlis dengan penuh perasaan terhutang budi merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tuan Hj Ishak Bin Othman, Ketua Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Nadwah
Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri
Pahang tahun 2019.

9 PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan


Yang Berusaha …………………………………………………….
untuk menyampaikan cenderamata  kepada Yang Berbahagia
Tuan Hj Ishak Bin Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Dipersilakan Yang Berbahagia Tuan untuk menerima
cenderamata tersebut.

Demikianlah adat kehidupan,


Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi diterima
Tanda ingatan kekal selamanya.

10 PENUTUP

Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis Perasmian telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

4
Pulang ke desa menyambut lebaran
Disambut mesra rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf


sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan
majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Terbangnya murai bersama merbah ,


Hinggap sebentar di Pohon Ara
Kepada tuan-puan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj


Ishak Bin Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang
dan para tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis dan
dijemput ke majlis jamuan di Kafeteria.

Sekian, wabillahit taufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.


11 Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai