Anda di halaman 1dari 5

Kiv : majlis mengalu2kan ketibaan datuk hasan abdul rahman, adun sungai

rambai Melaka

No.1 Catatan
Cue Pengumuman Housekeeping
Ann Hadirin yang dihormati, berikut dibacakan beberapa Asyraf
pengumuman housekeeping demi kelancaran majlis;

1. Sila pastikan telefon bimbit hadirin sekalian


ditukarkan kepada mod senyap

2. Hadirin diminta untuk meminimunkan pergerakan


semasa majlis berjalan

3. Sebaik sahaja pengacara mengumumkan ketibaan


perasmi, hadirin diminta berdiri sambil bertepuk tangan
sehingga tetamu kehormat tiba ke tempat duduk.

4. Pengacara tidak akan menjemput hadirin untuk duduk


atau berdiri sepanjang majlis berlangsung.

sekian terima kasih.


No.2
Cue Ketibaan Perasmi Safiqah
Ann Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Datuk Hasan
abdul Rahman, Adun Sungai Rambai melaka
Diiringi oleh Mejar Bersara Mohd Samin bin Jatim,
Pengerusi KRT Sungai Rambai dan Puan Norhayati Idris.

Masuk ke dalam dewan


No.3
Cue Ucapan Salutations Asyraf
Pohon meranti tampaknya rendang
Ann Tumbuh merata diapit ara,
Yang dinanti sudahpun datang,
Mari kita mulakan acara.

1. Yang Berhormat, Datuk Hassan Abdul Rahman, Adun


Kawasan Sg Rambai
2. Yang berusaha, MEJAR (b) mohd samin bin jatim,
Pengerusi KRT Sungai Rambai
3. Yang berusaha, Puan Norhayati Idris, Penyelaras
Program
4. Pensyarah pengiring
4. Para ibu bapa angkat
5. Peserta peserta program
6. Dan seterusnya, sidang hadirin yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum wbt, salam 1 malaysia, Salam Melaka


Maju Negeriku Sayang, Melaka maju fasa 2, Negeri
Bandar Teknologi Hijau dan Salam Sabah Maju Jaya
Negeri dibawah Bayu. Selamat bersama di Majlis Malam
Semarak Integrasi 1 Malaysia 2015.

No.4
Cue Tarian Sambut Tamu Safiqah
Ann Tumbuh beriring Pohon Melaka,
Diapit mempelam, tampak terbilang,
Daling-daling tari pembuka
Jadikan malam penuh gemilang.

Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini,


marilah sama-sama kita saksikan tarian Daling-daling
yang akan ditarikan oleh sekumpulan pelajar IPG
Kampus Keningau, Sabah.

Baiklah, tanpa membuang masa, majlis dengan penuh


bangga, mempersembahkan.
No.6
Cue Ucapan Terima Kasih Safiqah
Ann Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
persembahan tarian sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian, Tarian Daling-daling


ini merupakan sejenis tarian yang menjadi kebanggaan
suku kaum Sulu dan Bajau di Sabah. Tarian ini biasanya
dipersembahkan dengan iringan pukulan gabbang dan
gesekan biola serta nyanyian. Liuk-lintuk badan, serta
pergerakan kaki menjadi keunikan tarian ini.
No.7
Cue Ucapan Alu-aluan mejar bersara mohd samin bin Asyraf
jatim, pengerusi krt sungai rambai melaka
Ann Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-
aluannya.

Dengan itu, majlis menjemput mejar bersara mohd


samin bin jatim
Pengerusi krt , Sungai Rambai untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


No.8
Cue Ucapan Terima Kasih Asyraf
Ann Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk Hasan Abd Rahman atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Ann Sidang hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita pada malam ini diteruskan lagi dengan


menjemput Yang Berusaha, Tuan Mansor bin Mohd.
Hashim,/
_____________________________________________________
Pengarah/ Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional Melaka untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


No.1
2 Ucapan Terima Kasih Asyraf
Cue
Ann Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
No.1
3 Doa Makan Malam Safiqah
Cue
Ann Tetak buluh panjang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipanjat biar berkat.

Hadirin dan hadirat sekalian,


bagi meneruskan majlis kita pada malam ini, dijemput
_________________________________________________ untuk
memimpin bacaan doa makan .

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.


-------------------------------------------------------------------------------
----------

Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih atas bacaan


doa sebentar tadi.
No.1
4 Makan Malam Asyraf
Cue
Ann Kembang harum sibunga seroja
Buat hiasan penyambut tetamu
Terhidang sudah jamuan dimeja
Dipersilakan hadirin jemput menjamu.

Untuk itu dipersilakan datuk-datuk, datin-datin serta


hadirin dan hadirat sekalian untuk menikmati hidangan
makan malam yang telah dihidangkan.

Selamat menjamu selera


No.1
8 Persembahan Nyanyian (Sayang Kinabalu & Putri Safiqah
Cue Santubong)
Ann Baiklah, malam kita akan dihangatkan lagi dengan
persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar IPG Kampus
Keningau, Sabah. Mereka akan menyampaikan dua buah
lagu etnik Sabah dan Sarawak iaitu lagu Sayang
Kinabalu dan Putri Santubong.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.


No.1
8 Perasmian Penutupan Oleh YB datuk Hasan abdul asyraf
Cue rahman, adun sungai rambai melaka
Ann Hadirin sekalian,

Kini tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan


perasmian penutupan oleh YB datuk Hasan abdul
rahman, adun sungai rambai melaka
Terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Ir Haji
Idris bin Haji Harun, Ketua Menteri Melaka atas kesudian
Datuk Seri menyampaikan ucapan perasmian
penutupan itu tadi.
# Dimohon agar YAB Datuk Seri untuk kekal berada di
atas pentas bagi sesi penyampaian cendera kenangan.
No.1
9 Penyampaian Hadiah dan Cenderakenangan Safiqah
Cue
Ann Sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis
kepada Yab Datuk Seri Haji Idris bin Haji Harun,
dipersilakan Puan Norhayati binti Idris, penyelaras
program diiringi oleh Siti Ari Nadzriah binti Abdul
Rahman, pengerusi program untuk naik ke pentas.
Terima kasih YAB Datuk Seri.

Seterusnya dipersilakan;
1) Yang berhormat Datuk Hasan Abd Rahman
2) Yang berusaha Tuan Mansor bin Mohd. Hashim
3) Yang Berusaha Mejar Bersara Samin bin Jatim

Seterusnya dijemput;

1) mejar bersara mohd samin bin jatim


= Dijemput anak-anak angkat
2) en lokman
=
3) haji sarip
4) pn jaliah mohd piah
5) encik mad dhia
6) en mad zin bin kamis
7) en sulaiman bin syah
8) en wahid bin waziman

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan


cenderakenangan sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini.

Dengan itu, dijemput saudara aziz untuk membacakan


doa makan. Dijemput datuk diiringi oleh mejar bersara
mohd samin bin jatim dan puan norhayati ke bilik
jamuan yang telah disediakan.
Pengumuman kepada peserta program dikehendaki
berkumpul di kem modal insan. Tepat jam 7 pg kita akan
bertolak ke kuala lumpur.

Anda mungkin juga menyukai