Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN WAKIL BERTUKAR KELUAR

Terima kasih pengacara majlis,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang berbahagia Datin Hanim bin Jera’i, Pengerusi BAKAT 4 Div, Yang

berbahagia Puan Roziah binti Abdullah, Pengerusi BAKAT 12 BGD, Puan-

puan pengerusi, dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana

dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita bersama di Majlis Hi-Tea pada

petang ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

berbahagia datin dan Ybhg Puan di atas kesudian untuk menjemput saya

untuk bersama-sama di majlis pada petang ini.

Semurni hati seindah budi,

Majlis dinama cantik sekali,

Terima kasih sekalung budi,

Di petang ini bersua kembali.

Yang berbahagia Datin, Ybhg Puan, Puan-puan yang dikasihi sekalian,

sudah adat bertemu, tentu ada perpisahannya. sudah adat berjumpa, tentu
ada nokhtah perhentiannya. Jika diturutkan hati, tentu berat melepaskan

pergi, tetapi apakan daya, sudah tertulis suratan ILAHI. Walau pertemuan

hanya setakat ini, apa yang penting hubungan sillaturahim akan terus

kekal abadi. Untuk makluman Ybhg Datin, perpisahan ini terjadi berikutan

pertukaran suami saya yang sebelum ini merupakan Timbalan Komander

Rejimen 515 Askar Wataniah ke 10 Briged Infantri PARA bagi menjawat

jawatan Pegawai Staf Satu Latih.

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat

kekhilafan saya sepanjang kita bersama. Saya juga mendoakan semoga

Ybhg Datin, Ybhg Puan, Puan-Puan sekeluarga terus diberi kesihatan yang

baik dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALLAH SWT. Semoga

silatulrahim antara kita semua akan kekal berpanjangan. In sha Allah.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada BAKAT BGD ,

Pegawai Kerja BAKAT pasukan dan ahli jawatan kuasa yang telah

menjayakan majlis pada hari ini. Saya akhiri ucapan ini dengan dua

rangkap pantun.

Mengamit rindu datang ke mari,

Teman sepermainan di tengah laman,


Kenangan bersama memahat memori,

Tautan kasih sepanjang zaman.

Bintang Barat Terbit Petang

Bintang Timur Terbit Pagi

Jika Tidak Melarat Panjang

Ada Umur Ketemu Lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai