Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS RESTU ILMU UPSR

‫سمم ام الرريحمممن الررمحييمم‬


‫بم ي‬

‫سبيمَدنناَ دمنحتمدَّد نونعنلىَ آلمَمَه‬


‫سلندم نعنلىَ ن‬ ‫ َنوالنعاَقمَنبةَ َلمَيلدمتتقمَيينن َنوال ت‬,َ ‫ب َالنعاَنلمَميينن‬
‫ص ن‬
‫لةَا دنوال ت‬ َ‫انيلنحيمدد َ م‬
‫ل َنر ب‬

‫صنحاَمَبمَه أنيجنممَعيينن‬
‫نوأن ي‬

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya pada pagi yang mulia ini,kami ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai kerana mengizinkan kami
menghadirkan diri dalam MAJLIS MOHON RESTU ILMU UPSR 2019 SK PENJOM.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Engkau berkatilah majlis kami kali ini Ya Allah dengan sinaran rahmatMu

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa anak didik kami akan menduduki
UPSR yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan mereka. Kami menyedari
bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru, kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu kepada mereka ya Allah.
Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada mereka dan
janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah
engkau persulitkan.

Tanamkanlah keyakinan yang tinggi dan semangat yang kental dalam jiwa mereka untuk
memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan itu dengan usaha yang bersungguh-
sungguh, penuh keazaman dan iltizam. Sinarilah hati dan jiwa mereka dengan nur
rahmatmu, agar mereka mudah menerima, memahami dan mengingati ilmu yang
dipelajari, agar terbuka akal dan minda mereka, agar suci dan luhur cita-cita mereka.
Kau padamkanlah dari jiwa mereka segala perasaan takut dan cemas, gementar dan
gugup, tiada keyakinan dan mudah mengalah. Ya Allah! Kurniakanlah kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi nanti.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Ya Allah! Kurniakanlah kepada anak-anak didik kami jasmani dan ruhani yang seimbang
dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati
akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah mereka daripada terjebak
sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada sebarang pegangan dan
‫‪fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang‬‬
‫‪memudharatkan..,‬‬

‫سنناَ َنوإرين َلنيم َتَنتغيرفيرلننناَ َنوتَنتيرنحيمنناَ َلنننككيوننن َرمنن َالينخاَرسرريينن‬


‫نربَنتنناَ َظنلنيمنناَ َأننيتكف ن‬
‫ب َالنناَرر َوصلى َال َعلى‬ ‫ر‬ ‫ر ر‬ ‫ر‬
‫سننةة َ نروفَِي َالخنرة َنح ن‬
‫سننةة َنوقنناَ َنعنذا ن‬ ‫نربَنتنناَ َآتَنناَر َفَِي َالددنيتنياَ َنح ن‬
‫ب َالينعاَلنترميينن‬ ‫سيدناَ َمحمد َوعلى َآله َوصحبه َأجمعين َواليحمكدر َ ر‬
‫ل َنر ب‬ ‫ن ني‬

Anda mungkin juga menyukai